Sunday, November 16, 2008

Bayangan Barisan Pentadbiran Obama







Hillary Rodham Clinton(Setiasusaha Negara)



Jacob J. Lew (Dalam Negeri) Auston Golsbee (Council of Economic Advisers )
John O Brennan(Perisikan/Terrorisme) James L. John (Polisi Luar Negara)


Dan W. Reicher (Setiausaha Tenaga) Richard J. Danzig (Pertahanan)




Micheal Froman (Penasihat Luar) James B. Steinberg (Penasihat Keselamatan Kebangsaan)

Saturday, November 15, 2008

HIZBUT TAHRIR TIDAK TERGODA MASUK PILIHANRAYA

Jumlah massa yang cukup besar ternyata tidak membuat Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) tergoda masuk ke parlemen. Padahal, partai politik yang lolos menjadi peserta Pemilu 2009 saja, ada yang diragukan basis massanya.
“Dengan posisi saat ini, gerakan HTI menjadi lebih efektif. Orang melihatnya lebih tulus, karena tidak ikut-ikutan masuk ke dalam politik praktis,” kata Juru Bicara HTI Muhammad Ismail Yusanto beserta jajaran pengurus pusat HTI saat berkunjung ke redaksi Media Indonesia, Jakarta, Rabu (13/11).



Menurut Ismail, dengan posisi seperti ini pula, HTI lebih mudah diterima berbagai kalangan. “Masuk ke politik praktis tidak relevan dengan perjuangan yang kami lakukan. Dengan berada di’luar’, kami bisa masuk ke masjid, kampus, hingga partai politik, termasuk ke PDI Perjuangan,” ujarnya.Pada bagian lain, ia menegaskan krisis global membuktikan bahwa kapitalisme telah gagal. ”Kapitalisme justru menjadi bagian dari masalah. Karenanya, HTI menegaskan perlunya mengadopsi ekonomi syariah sesuai dengan ajaran Islam yang bebas dari unsur riba (bunga) dan judi,” ungkapnya.

Namun, Ismail menolak jika gerakan HTI diidentikkan dengan parlemen jalanan seperti yang selama ini banyak digambarkan media massa. “Aksi demo itu kan hanya salah satu dari 100 kegiatan Hizbut Tahrir,” tegasnya.HTI, tambahnya, tidak menggunakan kekerasan untuk menyampaikan gasan-gagasan mereka. “Kami memandang sejauh ini yang penting adalah apakah gagasan kami itu masuk dan bisa diterima masyarakat. Tidak harus berada di perlemen,” kata Ismail.HTI juga menampik anggapan bahwa gerakan mereka bersifat primordial dan hanya untuk kepentingan kelompok tertentu.”Kami bekerja untuk kepentingan negeri ini. Dakwah untuk ke arah perubahan yang lebih baik,” tandasnya.Lebih lanjut, ia mengemukakan pandangannya tentang krisis global yang tengah melanda dunia.

Menurutnya, yang terjadi saat ini merupakan akibat dari penerapan sistem kapitalisme. Kapitalisme justru menjadi bagian dari masalah, bukan solusi atas krisis ekonomi dunia.Menyikapi hal ini, HTI kembali menegaskan perlunya mengadopsi ekonomi syariah sesuai dengan ajaran Islam yang bebas riba dan judi.

Ismail juga mengkritik dualisme sistem perbankan saat ini yang menerapkan sistem bank konvensional beriringan dengan syariah.“Bagaimana mungkin dua sistem yang berlainan menjadi satu. Sistem bank konvensional itu kontradiktif dengan ekonomi syariah,” ujarnya.HTI meminta agar sebagian kalangan tidak berpikiran buruk dan keburu alergi dengan upaya penegakkan syariah Islam di Indonesia, karena penerapan hukum tersebut tetap mengakomodir dan melindungi hak serta kepentingan warga nonmuslim.[hti]

Friday, November 14, 2008

[SN176]PATUTKAH UMAT ISLAM BERHARAP PADA OBAMA?

sumber: http://www.mykhilafah.com

Pada 5 November lepas, satu sejarah telah tercipta di Amerika Syarikat (AS) apabila Barack Obama memenangi pilihan raya Presiden, sebagai presiden kulit hitam pertama di Amerika dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari kuasa Eropah. Obama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengenepikan pencabarnya daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi melepasi undi minimum sebanyak 270 bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki White House. Dengan kemenangan tersebut, ucapan tahniah datang mencurah-curah, bukan sahaja dari Amerika, malah dari seluruh dunia, termasuk dunia Islam yang nampaknya bergembira dengan kemenangan Obama. Kemenangan calon kulit hitam pertama ini seperti telah memberi satu harapan baru kepada dunia sehingga pemimpin dunia Islam pun menaruh harapan yang tinggi kepada anak keturunan Kenya ini, seolah-olah seorang ‘pengaman’ dunia telah muncul.

Rata-rata pemimpin umat Islam, termasuk yang bergelar ulama sekalipun mengucapkan tahniah dan menaruh harapan yang tinggi kepada Obama yang pernah bersekolah di Indonesia semasa kecilnya dahulu. Harapan menggunung yang diletakkan ke atas Obama antara lain adalah kerana kemarahan dan kebencian mereka terhadap Bush, yang selama ini terkenal dengan segala kemusnahan dan kekejaman yang telah dilakukannya ke atas umat Islam. Jadi, para pemimpin dunia Islam menaruh harapan yang tinggi kepada presiden Amerika yang ke-44 ini. Tidaklah salah untuk umat Islam menaruh harapan kepada Obama. Tetapi malangnya umat Islam yang mengharap itu seolah-olah tidak pernah mengikuti perkembangan ucapan dan pendirian Obama selama tempoh beliau berkempen untuk menjadi orang nombor satu di negara Uncle Sam tersebut. Sesungguhnya ‘pendirian’ seseorang calon presiden terhadap polisi luarnya ke atas negara umat Islam memang merupakan satu agenda penting yang mesti dibawa semasa berkempen dan boleh menentukan kalah-menang calon tersebut di dalam pilihan raya. Di sinilah kita sebagai umat Islam mesti meneliti setiap ucapan seseorang calon presiden itu agar kita tahu apakah kita boleh ‘meletakkan harapan’ kepada mereka atau tidak.

Obama Oh Obama!

Jika diteliti sepanjang kempennya untuk menduduki jawatan presiden, Obama menyatakan dengan jelas banyak perkara mengenai pendiriannya terhadap umat Islam dan negara-negara umat Islam. Berhubung peperangan di Iraq misalnya, Obama memang dari awal seolah-olah menentang peperangan ke atas Iraq, namun dalam masa yang sama beliau juga tidak bersetuju dengan tarikh tepat untuk mengundurkan tentera AS dari Iraq. Ini kerana keberadaan pasukan AS di Iraq amat penting bagi meneruskan kesinambungan polisi AS di Timur Tengah, termasuklah antaranya konfrontasi tentera dengan Iran, Syria dan Selatan Lebanon.

Obama telah beberapa kali menekankan bahawa kebanyakan dari pasukan AS di kawasan berkenaan sepatutnya ditempatkan di kawasan-kawasan yang lain juga seperti Kuwait, bukannya meletakkan kesemuanya di Iraq. Obama juga dengan jelas menyatakan bahawa perang sebenar adalah di Afghanistan bukannya Iraq. Inilah sebabnya kenapa Obama memilih untuk mengundurkan tentera dari Iraq agar mereka dapat ditempatkan di Afghanistan dan Pakistan, negara di mana AS sebenarnya sedang menghadapi peperangan yang tidak diisytiharkannya (undeclared war). Obama secara terbuka mengulangi berkali-kali janjinya bahawa beliau akan memperluaskan penguasaan (baca: penaklukan) mereka di Afghanistan, menambahkan bilangan tentera mereka di sana serta memperluaskan lagi operasi dan mensistematikkan lagi serangan-serangan mereka di sempadan (cross-border attacks). Dengan kata lain, perancangan Obama sesungguhnya tidak jauh berbeza dengan Bush, malah beliau sebenarnya hanya memperkukuhkan lagi perancangan jahat yang telah selama ini dimulakan oleh Bush di bumi Iraq, Afghanistan dan sekitarnya.

Di Pakistan pula, dengan pertolongan Musharraf, Bush selama ini telah menjadikan bumi umat Islam ini tidak lebih sebagai gelanggang utama untuk menjatuhkan segala bom dan peluru untuk membunuh kaum Muslimin yang di labelnya sebagai teroris. Dan hal ini tidak ada beza sedikit pun dengan Obama yang dengan terang lagi nyata ingin melancarkan perang ke atas Pakistan jika Musharraf enggan bertindak demikian terhadap umat Islam yang digelarnya ‘militan’. Obama dalam satu temu ramah menyatakan, “Ketidakstabilan di Pakistan sekarang telah terpesong dari demokrasi. Kebangkitan golongan militan Islam di dalam negara tersebut yang Musharraf tidak dapat atasi dengan berkesan, inilah yang pada pendapat saya mengancam kestabilan di rantau itu.” Belum pun menjadi presiden, Obama telah dengan nyatanya berhasrat untuk membunuh saudara-saudara kita di Pakistan. Subhanallah!

Langsung tidak ada beza dengan Bush, Obama turut ingin membawa demokrasi ke Pakistan dan untuk memastikan demokrasi tersebut dilaksanakan, darah dan nyawa umat Islam adalah galang gantinya. Darah dan nyawa ini menjadi ‘harga’ yang akan diambilnya dari umat Islam demi sebuah sistem yang bergelar ‘demokrasi’ yang ingin diterapkannya di Pakistan. Kini, dengan kedudukan Asif Ali Zardari sebagai Presiden, yang hakikatnya telah pun mempersembahkan taat setianya kepada Amerika sama seperti Musharraf, polisi Obama ke atas Pakistan nampaknya akan dapat diteruskan dengan mudah. Jika selama ini Zardari boleh ‘menyembah’ Bush tanpa berbelah bahagi, dengan kehadiran Obama sebagai tuan barunya, Zardari nampaknya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk menyerahkan nyawa umat Islam di Pakistan kepada Obama. War on terror pastinya akan diteruskan oleh Obama tanpa ragu-ragu ke atas kaum Muslimin di Pakistan, dengan kerjasama penuh dari Zardari. Obama sesungguhnya telah pun mengisytiharkan secara terbuka bahawa rejimnya akan meneruskan lagi agenda ‘war against terrorism’ di Pakistan dengan lebih sistematik, serangan berskala besar di darat dan udara (large-scale ground and air attacks). Ini bermakna, Obama hanya akan memperluaskan lagi gelanggang untuk menumpahkan darah umat Islam di Pakistan ke kampung-kampung, bandar, pinggir bandar dan lain-lain kawasan atas alasan memerangi ‘pengganas’.
Di antara sikap Obama yang penting yang mesti diketahui oleh umat Islam adalah pendiriannya terhadap Israel. Semasa berucap di AIPAC (American Israel Public Affairs Committee) pada Jun 2008, Obama dengan lantang dan tegas menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada negara haram tersebut. Beliau mendapat tepukan gemuruh dari hadirin setiap kali menyuarakan sokongan penuh kepada negara dan bangsa yang dilaknat Allah itu. Antara lain Obama menyatakan, “Saya tahu apabila saya melawat AIPAC, saya adalah di kalangan kawan (dengan Israel), kawan yang sangat baik. Kawan yang berkongsi komitmen yang kuat untuk memastikan ikatan antara AS dan Israel tidak akan terputus hari ini, tidak akan terputus besok dan tidak akan terputus selama-lamanya”

Semasa memperkata dan mempertahankan tentang kewujudan negara haram Israel, Obama dengan tegas menyatakan bahawa, “We know that the establishment of Israel was just and necessary, rooted in centuries of struggle and decades of patient work but sixty years later we know that we cannot relent, we cannot yield and as president I will never compromise when it comes to Israel’s security.” (Kita tahu bahawa kewujudan negara Israel adalah suatu yang adil dan perlu, yang telah dihasilkan dari perjuangan yang berabad lamanya dan kesabaran usaha yang berdekad tempohnya. Namun sesudah 60 tahun kemudian, kita tahu bahawa kita tidak boleh berlembut dan kita tidak boleh menyerah kalah dan sebagai presiden saya tidak akan sekali-kali berkompromi bila melibatkan keselamatan Israel).

Obama seterusnya dengan lantang dan tegas memberikan komitmennya untuk menjaga Israel dari sebarang ancaman dengan mengatakan, “Kesepakatan (alliance) kita sekarang adalah berteraskan kepentingan bersama dan nilai bersama. Sesiapa sahaja yang mengancam Israel, bermakna ia mengancam kami (AS). Israel senantiasa menghadapi ancaman ini secara terang-terangan. Dan saya akan membawa ke White House sebuah komitmen yang tidak berbelah bahagi (unshakeable committment) terhadap keselamatan Israel, bermula dengan memastikan keupayaan kualitatif ketenteraan Israel. Saya akan memastikan yang Israel dapat mempertahankan dirinya dari sebarang ancaman dari Gaza hingga ke Tehran. Kerjasama pertahanan antara AS dan Israel adalah satu kejayaan dan mesti diperhebatkan lagi. Sebagai presiden, saya akan melaksanakan satu Memorandum Kesefahaman (MoU) yang memperuntukkan bantuan sebanyak 30 bilion kepada Israel pada dekad hadapan ini, sebagai pelaburan kepada keselamatan Israel yang tidak akan terikat kepada mana-mana negara sekalipun.” [sedutan ucapan-ucapan Obama di atas boleh ditonton di [http://www.youtube.com/watch?v=YgpJUlzoKTg]

Amerika Adalah Negara Kafir Harbi
Wahai kaum Muslimin! Janganlah hendaknya kita menilai seseorang itu dengan warna kulitnya, tetapi kita mestilah menilai apa yang ada di dalam pemikirannya yang dizahirkan melalui lisan atau perbuatannya. Kita mungkin merasakan atau mengharap bahawa seorang presiden Amerika yang berkulit hitam lebih baik dari yang berkulit putih, kerana telah sekian lama mereka yang berkulit hitam ditindas oleh mereka yang berkulit putih di negara besar tersebut. Namun, warna kulit pada hakikatnya tidak mencerminkan apa-apa, kerana akidah dan pemikiranlah yang menjadi ukuran. Presiden Amerika, siapa pun jua hendaklah dinilai dari sudut akidah dan pemikiran yang dimilikinya. Seorang presiden yang berkulit putih sudah hampir meninggalkan rumah putihnya, dan rumah putih tersebut bakal dihuni pula oleh seorang presiden berkulit hitam, namun apa yang nyata adalah akidah/ideologi yang dianuti keduanya adalah sama. Bertukarnya penghuni Rumah Putih ternyata sama sekali tidak menukar sistem yang dibawa oleh mereka. Ideologi kufur Kapitalis tetap digalas oleh siapa pun jua yang masuk ke mahligai syaitan itu.

Kita perlu ingat bahawa Amerika adalah negara kepala, pendukung dan pengembang Ideologi kufur Kapitalis dan Obama hanyalah sebahagian darinya. Amerika adalah sebuah negara yang dipimpin oleh segolongan kuffar dengan segala hukum-hakam kufur diterapkan di dalamnya di mana Barack Obama kini menjadi ‘ketua’ kepada semua golongan kuffar Kapitalis tersebut. Kita semua tahu berapa ramai di antara golongan kuffar tersebut yang bencikan Islam dan umat Islam dan kita semua tahu bahawa tabiat hidup penganut Kapitalis adalah untuk mencapai sebanyak mungkin kemewahan dunia dan mereka tidak akan pernah berhenti berfikir bagaimana untuk menguasai dunia dengan segala sumber-sumbernya. Dan kita semua tahu bahawa kebanyakan sumber kekayaan dunia berada di negara umat Islam.

Justeru, apakah kita mengharapkan presiden baru Amerika ini hanya akan berdiam diri melihat kekayaan yang melimpah ruah yang ada di dunia Islam, walhal dia boleh menguasai semuanya? Malah dia boleh menguasai kesemuanya dengan begitu mudah kerana pemimpin-pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini adalah para pengkhianat yang telah pun selama ini menyerahkan kekayaan negara dan nyawa umat Islam di negara mereka kepada Amerika. Justeru, sungguh sedih apabila ada di kalangan pemimpin dan ulama Islam yang boleh mengucapkan tahniah dan berharap kepada Obama untuk membawa perubahan kepada dunia amnya dan dunia Islam khususnya, seolah-olah dengan terlantiknya Obama sebagai presiden kulit hitam pertama AS, seorang ‘superman’ yang akan menyelamatkan dunia telah muncul. Mereka seperti tidak dapat mengambil pengajaran bahawa George Bush laknatullah dahulu pun membawa misi yang sama iaitu ingin membawa keamanan kepada dunia melalui sistem demokrasi yang dijajanya ke seluruh dunia Islam. Dan selama dua penggal memegang jawatan presiden, kita semua tahu bahawa ‘keamanan’ yang dimaksudkan oleh Bush adalah dengan membunuh dan memerangi semua umat Islam yang tidak menyokongnya, menakluk negeri umat Islam dan mengaut segala hasil buminya. Hanya dengan pembunuhan ke atas golongan umat Islam yang dilabelnya pengganas dan menakluk negara umat Islam, maka barulah dunia akan mengecapi keamanan; inilah tafsiran ‘keamanan’ bagi Bush. Bukti sekarang terpampang di depan mata bahawa tafsiran keamanan yang sama yang kini dibawa pula oleh Obama.

Sebagai Muslim, berfikirlah dengan jernih berdasarkan akidah Islam yang kita miliki ini, apakah kita patut menaruh harapan kepada pengganti Bush ini seolah-olah dunia akan dinaungi rahmat kerana kemenangannya? Bukankah dunia hanya akan berada di bawah rahmat jika orang Islam yang memerintah dunia dengan hukum-hukum Allah? Justeru, apakah Obama yang akan meneruskan Ideologi Kapitalis dan melaksanakan hukum-hukum kufurnya ke atas dunia patut kita berasa gembira di atas kemenangannya? Sesungguhnya kemenangan Obama sekali-kali tidak akan merubah status Amerika Syarikat sebagai sebuah negara kafir harbi (kafir yang memerangi umat Islam). Dan sesungguhnya Islam telah merincikan hukum-hakam yang wajib kita ambil terhadap negara kafir harbi seperti Amerika, Israel, Britain dan sekutu-sekutu mereka. Sayangnya ruang yang terhad di dalam nasyrah ini tidak mengizinkan kami untuk menjelaskan hukam-hakamnya dengan terperinci.
Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya kemenangan Obama tidak akan merubah landskap politik dunia. Dunia tetap tidak akan aman dan tidak akan berada di bawah naungan rahmat dan keberkatan dari Allah. Hanya dengan kepimpinan dunia berada di bawah tangan seorang Khalifah yang berakidahkan Islam dan dengan penerapan hukum Allah secara kaffah, maka barulah keamanan yang sebenar akan tercapai dan rahmat Allah akan tercurah ke atas kita semua. Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah perubahan/penggantian sistem dunia kepada sistem Islam (sistem Khilafah), bukannya penggantian seorang yang berkulit putih dengan seorang yang berkulit hitam yang tetap membawa sistem Kapitalis yang sama. Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah dengan tertegaknya kembali Daulah Khilafah, yang akan menerapkan hukum Allah dari tujuh petala langit. Sesungguhnya dunia tidak akan berubah hanya dengan terlantiknya seorang kafir yang akan memerintah dengan hukum-hukum kufur, tetapi dunia akan berubah apabila dibai’atnya seorang Khalifah yang akan memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

Thursday, November 13, 2008

Najoud Mohammed Ali: US Menangguk di Air Keruh

Mungkin belum ramai yang mendengar tentang seorang budak perempuan yaman, Najoud Muhammad Ali. Ada yang melapurkan usianya 8 tahun ada juga yang menyatakan 10 tahun. Mana yang betul saya kurang pasti. Gambar disebelah itu adalah gambar Najoud.



Najoud dikatakan telah dipaksa berkahwin dengan Faez Ali Thameur (digambar) berusia 30tahun atas paksaan keluarganya. Khabarnya bapa yang telah kehilangan pekerjaan telah memaksa ia berkahwin. Dia dikatakan telah dipukul, dipaksa melakukan hubungan seks dan sebagainya selama 2 bulan perkahwinannya.


Dia juga dilapurkan telah pergi sendiri ke mahkamah memfailkan kes ini dan terbaru dia mahkamah telah mengistiharkan perceraiannya. US telah mengambil kesempatan untuk memperbesarkan hal ini. Najoud telah diisytiharkan sebagai Woman of The Year 2008 dan anugerah telah disampaikan oleh Condoleeza Rice.
Seperti biasa, US cuba menyerang seolah hukum perkahwinan Islam yang memberi hak kepada bapa sebagai wali sebagai punca masalah ini. Kumpulan2 feminisme yang kononnya memperjuangkan emansipasi turut menuding jari ke Islam. Sekali lagi Islam diletakkan sebagai pihak tertuduh.

Saturday, November 8, 2008

SYAR'IEKAH PEMBAYARAN RIBA RM54 JUTA KEPADA KERAJAAN PUSAT TERSEBUT?


.....Lebih 1400 tahun yang lalu

Ayat-ayat mengharamkan riba telah diturunkan oleh pencipta kita, Allah swt.
Antaranya: Surah Al Baqarah 275-279, Ali Imran 130, An Nisaa 160-161, Ar Rum 39.

Melalui lisan nabi junjungan kita antaranya:
” Jauhi tujuh dosa besar”.... memakan harta riba’...... (Muttafaq Alaih)
”Riba itu hanya pada menunda waktu” (Muslim)
”Tiada riba’ kecuali pada penundaan waktu” (Bukhari)
“Tiada riba selama tunai” (Muslim, Ahmad)
Rasulullah melaknat pemakan riba, pembayar riba’, pencatat riba, dua saksi bagi riba. Baginda bersabda, “ Mereka semua sama” (Muslim)

Ribuan tahun kemudan, tiba-tiba Kerajaan Kelantan membayar riba sebanyak RM57 juta kepada kerajaan pusat. Dalil yang diberikan oleh sesetengah pihak ia adalah hutang lama kerajaan BN. Kerajaan Kelantan terikat dengan dengan perjanjian terdahulu.

Sebagai orang beriman, kita kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah. Apakah riba’ itu wajib dibayar? Firman Allah: Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahawa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. (Al Baqarah 279).

Firman Allah: Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.
Ibn Kathir berkata: Dengan meletakkan nilai modal yang asal menyebabkan tidak berlaku zalim menzalimi inilah penyelesaian Islam berhubung dengan taubat daripada riba.
Sedangkan An-Nasafi berpendapat mereka yang berhutang tidak dikenakan bayaran lebih daripada hutangnya di samping tidak dikurangkan hak pembeli hutang.

Hukum memuhasabah adalah wajib. Banyak nas yang secara qath’ie membicarakan hal ini. Antaranya yang biasa kita baca dalam surah Al Ar, Allah ta’kid(menegaskan sebanyak 3 kali.
1. Dengan sumpah
2. Inna (sesungguhnya)
3. lafi khusr (benar2 dalam kerugian)

Allah sampai menegaskan sebanyak 3 kali bahawa manusia dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Hizbut Tahrir Malaysia melalui laman webnya menegur tindakan tersebut bertentangan dengan hukum syara’. Apakah teguran haramnya membayar riba’ bukan teguran yang benar? Atau adakah kita ego untuk menerima kebenaran yang terang lagi bersuluh? Atau kita merasakan yang menegur itu tidak sehebat ulama’ yang kita ikuti itu?

Jika itulah, maka ingatlah sabda nabi yang diriwayatkan Imam Muslim dari Abdullah bin Mas’ud:
” Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar biji sawi. ...... Sombong itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah orang lain”

Wahai saudara ku yang mulia,

Apakah kamu masih tidak mahu menerima muhasabah ini. Jika tidak mengapa?
- apakah kamu merasakan memang diperbolehkan membayar riba bagi kes ini? Walhal ia belum sampai ke tahap ikrahul mulji untuk mendakwa dharurah/terpaksa.

- Apakah anda merasakan tidak apa melakukan keharaman asalkan mempunyai niat yang baik? Sedangkan tidakkah anda sendiri yang menyatakan matlamat tidak menghalalkan cara.

- Apakah kamu menolak kerana ini adalah teguran dari jemaah lain, apatah lagi ia datang dari jemaah yang menolak demokrasi yang mana kamu berkiprah diatas jalannya? Jika begitu jelas kamu menolak bukan kerana dalil tetapi kerana kebencian terhadap penyampainya. Tidak takutkah kamu menjadi orang sombong yang tak layak masuk syurga seperti yang dinyatakan dalam hadith riwayat Imam Muslim di atas?

- Atau apakah kalian engikut saja apa yang disampaikan oleh ulama kalian tanpa mengendahkan ia selari dengan syara’ atau tidak. Apakah pada kalian setiap butir perkataan yang datang dari ulama’ kalian, pasti betul dan tidak boleh dimuhasabah lagi? Jika itulah sikap kalian, ingatlah peringatan Allah swt yang cukup keras;

Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah [9]: 31).

Wahai saudara ku yang dikasihi,

Muhasabah ini walaupun mungkin berat bagi kalian menerimanya, ia adalah muhasabah yang didasari seruan syara’ dan atas rasa cinta terhadap kalian. Sudilah kiranya kalian menerimanya, dan muhasabahlah kami seikhlasnya sekiranya kami silap. Jadikanlah ia budaya sesama gerakan Islam.
Sama-samalah kita mengikut minhaj kenabian mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan semula khilafah Islamiah. Kami adalah saudara seagama kalian yang punya cita dan hasrat seperti kalian untuk melihat Islam kembali meliputi bumi. Bersama-samlah kita berusaha dan berdoa agar kita semua dapat bersama-sama berjuang dalam barisan yang kukuh menghadapi musuh-musuh Allah dan semoga Islam dapat ditegakkan melalui tangan-tangan kita, insyaAllah.

Sunday, November 2, 2008

Foto: Masirah Bersihkan Indonesia dari Pornografi-Pornoaksi dengan Syariah & Khilafah

HTI-Press. Pada hari Khamis, 29/10/08, Hizbut Tahrir Indonesia telah menganjurkan aksi damai (masirah) menyerukan kepada pemerintah dengan segenap kakitangannya, anggota keselamatan , penggubal undang-undang, tokoh masyarakat dan seluruh rakyat Indonesia untuk menyatakan perang dan mem-BERSIHKAN INDONESIA DARI PORNOGRAFI DAN PORNOAKSI. Aksi yang berlangsung di depan Gedung DPR Senayan Jakarta tersebut dihadiri oleh massa baik laki-laki, perempuan, kalangan tua maupun muda. Sebelumya, massa berjalan kaki dari Ibupejabat TVRI di Taman Ria Senayan menuju Gedung DPR. Mereka membentangkan spanduk, “Bersihkan Indonesia dari Pornografi-Pornoaksi dengan Syariah dan Khilafah”, di samping membawa poster dan juga meninggikan bendera Rasulullah Saw. Banyak foto lain boleh didapati di www.hizbut-tahrir.or.id






























SN Kembali Lagi :ISA Haram di Sisi Islam

Terbitan: HIZBUT TAHRIR MALAYSIA


[SN174] “Kerajaan tidak cadang kaji ISA” – Itulah keputusan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 19/10/08. Beliau berkata, “tumpuan saya ialah untuk membentangkan tiga rang undang-undang ini (suruhanjaya pelantikan hakim, pencegahan rasuah dan aduan khas) di Parlimen dan oleh itu tolong jangan soal saya tentang langkah untuk mengkaji ISA kerana akta hampir sama juga masih diguna pakai di Amerika Syarikat (AS) dan Britain”, tegasnya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-55 di Kuala Lumpur pada 18 Oktober lepas. Perdana Menteri nampaknya langsung tidak mahu tunduk kepada bantahan yang ditimbulkandari pelbagai pihak termasuklah dari parti komponen BN sendiri untuk memansuhkan Akta zalim tersebut.

Siapa tidak kenal ISA? Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang lebih dikenali sebagai ISA iaitu akronim nama Bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuat kuasa di Malaysia sejak 1960 lagi. Akta yang telah benar-benar digunakan kerajaan untuk menyelamatkan hegemoni politik mereka ini membolehkan sesiapa sahaja ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang disyaki atau dipercayai engancamkeselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Dan Menteri boleh menyambung dan terus menyambung tempoh tahanan ‘ikut suka beliau’ selama tempoh yang tiada hadnya, selama beliau masih berkuasa atau masih bernyawa.

Secara umumnya akta hasil pemikiran penjajah ini mengenepikan kuasa kehakiman dan bercanggah dengan kebebasan individu yang dijamin oleh Perlembagaan yang diagungkan oleh mereka sendiri. Ringkasnya, individu yang ditahan di bawah ISA (i) tidak memerlukan waran tangkap atau apa-apa arahan dari Mahkamah (ii) tidak perlu dan tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atau dibuktikan kesalahannya (iii) kuasa mutlak untuk ‘menjatuhkan hukuman’ terletak kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (iv) ‘kuasa mutlak’ untuk menyeksa tahanan terletak pada polis cawangan khas (SB) yang tidak pernah mengenal erti kemanusiaan.

Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin membincangkan fakta-fakta kezaliman ISA dan mereka yang telah ‘menjadi korbannya’ sejak sekian lama,kerana sememangnya risalah kecil ini tidak akan dapat memuat segala penderitaan tersebut. Namun apa yang ingin kami utarakan adalah hukum syarak mengenai akta gubalan tangan manusia ini yang mana para penggubal dan pengamalnya langsung tidak memikirkan hukuman dan azab Allah yang bakal menimpa mereka satu hari nanti dek kezaliman yang merekalakukan.

Kaedah Penghakiman/Keadilan Dalam Islam
Sebagai sebuah deen yang sempurna, agama Islam yang diturunkan oleh Allah ini mencakup segala perkara dan tidak ada satu pun yang tertinggal darinya. Dalam bab pengqadhian(penghakiman), Islam telah menggariskan hukum dan kaedah yang lengkap yang wajib diikuti oleh umat manusia. Antara kaedah syarak yang masyhur di dalam bab penghakiman/keadilan Islam adalah “Al-Aslu bara’atu zimmah” yang bermaksud “seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah” (innocent until proven guilty). Mengikut kaedah ini, oleh sebab hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya, makaseseorang itu tidak boleh dikenakan hukuman melainkan dengan keputusan mahkamah (setelah dibicarakan dan dibuktikan), dan seseorang itu tidak boleh sama sekali (secara mutlak) dihukum (punish) oleh mana-mana pihak selagi dia tidak disabitkan kesalahan[Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur, Fasal 13].

Perkara pertama: Al-Aslu bara’atu zimmah. Kaedah ini diambil dari hadis Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam iaitu, “(Beban) pembuktian adalah di atas pendakwa, dan sumpah (penafian) adalah di atas yang tertuduh” [HR Baihaqi dan Mutafaq alaih].

Imam Nawawi ketika mensyarah hadis ini mengatakan, “Pembuktian terletak di pihak pendakwa kerana ia menyalahi perkara yang zahir. Ini adalah kerana asasnya seseorang itu adalah ‘bebas dari kesalahan/liabiliti’ (bara’atuzimmah), sedangkan bagi tertuduh (accused/defendant) cukup dengan sumpah sahaja di pihaknya kerana dia meminta mengekalkan status quo, sesuai dengan asalnya iaitu bara’atuzimmah (tidak bersalah)” [Syarah Matan Arba’in, ms 153].

Hadis ini dengan jelas menerangkan bahawa hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah (innocent), dan pendakwa hendaklah membawa/menunjukkan bukti bahawa si tertuduh bersalah. Jika dia gagal membuktikan, maka si tertuduh tetap berada dalam keadaan asalnya yakni tidak bersalah. Justeru, menjatuhkan hukuman tanpa bukti, malah tanpa dakwaan sedikit pun seperti yang berlaku dalam kes ISA adalah bertentangan sama sekali dengan hadis ini. Dengan kata lain, perbuatan ini telah menyalahi hukum yang telah ditetapkan oleh Rasulullah.

Perkara kedua: Seseorang tidak boleh dijatuhkan hukuman kecuali dengan keputusan Qadhi (Mahkamah). Dalil untuk hal ini dapat dilihat dalam Hadis Nabi, “Maka barang siapa yangtelah terambil hartanya olehku, maka inilah hartaku, maka silalah dia mengambilnya dan barang siapa yang telah aku tersalah sebat belakangnya maka inilah belakangku untuk disebatnya, maka hendaklah dia mengambil keputusanku ini” [HR Baihaqi].

Dalam kes ini, kita mesti ingat bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam mengatakan hal ini dalam kapasiti baginda sebagai seorang pemerintah dan juga hakim. Ini bermaksud bahawa sesiapa sahaja yang telah dihukum (oleh hakim) secara salah, maka dia boleh menuntut pembalasan yang serupa. Hadis ini menjadi dalil yang tidak membenarkan pemerintah menghukum rakyatnya tanpa terbuktinya dakwaan terhadapnya yang melayakkan dia dihukum. Oleh itu, seseorang tidak boleh mendera orang lain kecuali dengan keputusan hakim dan adalah haram bagi seseorang hakim untuk menghukum (sama ada mengambil harta, mendera atau memenjara) orang lain tanpa hak.

Tambahan pula ada dalil lain di dalam kes li’an, yang mana seorang perempuan yang dituduh oleh suaminya bersekedudukan dengan orang lain kemudian perempuan ini dibawa ke hadapan Rasulullah (sebagai hakim), tetapi dia telah teragak-agak dalam melakukan penafian. Dalam kes itu, perempuan tersebut terselamat dari direjam kerana dia telah melakukan sumpah li’an. Namun Rasulullah bersabda,“Seandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa bukti, escaya aku akan merejamnya” [HR Muslim, Ahmad, Baihaqi dan Thabrani].

Ini menunjukkan bahawa tidak boleh merejam (menghukum) seseorang apabila tidak ada bukti jelas meskipun anda kesamaran dalam penafian perempuan tersebut. Jika Rasulullah sendiri justeru memanggil bicara dan tidak menghukum tanpa bukti yang jelas (walhal baginda diberi wahyu tentang perkara tersebut), maka alangkah hebatnya kuasa seorang Menteri (dan polis-polis yang terlibat) melampaui batas yang ditetapkan oleh Rasulullah, apabila mereka dengan mudahnya terus menghumban suspek ISA ke Kamunting dan menyeksa tahanan tanpa bicara dan tanpa bukti yang kukuh!

Dalam keadaan di mana individu tersebut disyaki melakukan kesalahan, Islam sememangnya membenarkan pihak polis menahan seseorang tertuduh (seperti tahanan reman) bagi membolehkan mereka mengumpul maklumat sebelum melakukan dakwaan. Bagaimanapun, penahanan ini hanya boleh dilakukan dengan syarat mendapat akuan/perintah dari Mahkamah dan masa penahanan adalah pendek dan terhad.Hal ini berdasarkan dalil hadis dari Bahz bin Hakim dari bapanya, dari datuknya, “Bahawa Nabi SAW menahan seorang lelaki kerana tuduhan kemudian dia dibebaskan” [Riwayat Lima kecuali Ibn Majah] dan dari Abu Hurairah ia berkata,“Rasulullah SAW menahan seorang individu selama sehari semalam dalam satu kes pertuduhan”.Perlu difahami bahawa penahanan tersebut bukanlah satu bentuk ‘hukuman’ tetapi iabertujuan untuk mendapatkan maklumat dan keterangan (tempoh siasatan), dan tidak boleh sama sekali mendera atau menyeksa tertuduh pada waktu ini.

Perkara ketiga: Hukuman hanya boleh dikenakan selepas sabit kesalahan. Tidak boleh (haram) melaksanakan hukuman kepada si tertuduh sebelum disabit kesalahannya. Dalilnya adalah berdasarkan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Seandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa bukti nescaya aku akan merejamnya” [HR Muslim, Ahmad, Baihaqi].

Meskipun (berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas) perempuan tersebut memang diketahui telah melakukan zina, namun ternyata Rasulullah tidak menyeksa atau melakukan apa jua tindakan agar perempuan itu mengaku. Tambahan lagi, jikalau hukuman boleh dikenakan kepada si tertuduh sematamata kerana kesalahannya ‘diketahui’, maka sudah tentu perempuan itu dihukum oleh Rasulullah kerana kejahatannya memang sudah pun diketahui ramai. Namun ternyata hakikatnya tidak demikian. Ini menunjukkan bahawa secara mutlak tidak dibolehkan (haram) melaksanakan hukuman terhadap si tertuduh tanpa disabitkan kesalahannya. Oleh yang demikian, adalah haram mengugut, memukul, mendera, memenjara atau mengenakan apa jua bentuk hukuman(punishment) selama mana tertuduh masih belum disabitkan kesalahan.

Hal ini disokong lagi oleh hadis dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam tidak menghukum seorang yang mabuk kerana tidak ada bukti. “Ibnu Abbas berkata, seorang lelaki telah meminum khamar dan mabuk dan dilihat terhuyung hayang. Lelaki ini dibawa kepada Rasulullah dan ketika menghampiri rumah Abbas, dia terlepas lalu masuk ke rumah Abbas dan berselindung di situ. Apabila hal ini sampai kepada Rasulullah, baginda tertawa seraya bertanya, ‘Adakah dia melakukan semua itu?’ Dan (kata Ibnu Abbas) Rasulullah tidak memerintahkan apa-apa pun dalam perkara ini”. Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah tidakmenjatuhkan hukuman kepada peminum khamar kerana tidak ada pengakuan dari tertuduh dan dakwaan ke atasnya juga tidak terbukti. Ini bermakna dia telah ‘dituduh’ mabuk tetapi tidak dapat dibuktikan (bahawa dia minum arak). Rasulullah tidak mengugut atau menyeksa atau mendera dia agar mengaku, dan Rasulullah juga tidak menjatuhkan hukuman ke atasnya hanya semata-mata kerana adanya ‘tuduhan’.

Oleh yang demikian, adalah haram untuk mengenakan sebarang bentuk tindakan ke atas tertuduh selagi kesnya tidak disabitkan oleh Mahkamah. Dengan kata lain, selagi tidak ada sabitan, statusnya tetap sebagai tertuduh (accused) dan bukannya pesalah (guilty) dan tidak ada seorang pun, baik polis atau menteri yang boleh menghukum (punish) orang yang ‘dituduh’.
Berdasarkan hadis ini, hukuman tahanan 60 hari dan juga dua tahun penjara (dan diseksa) yang dilakukan di bawah ISA oleh Menteri Dalam Negeri dan juga pihak polis adalah teramatjelas menyalahi perbuatan Rasulullah dan ternyata haram hukumnya ditinjau dari aspek mana sekalipun.

Selain ketiga perkara di atas, terdapat banyak hadis di mana Rasulullah berpesan, “Jika dua orang yang bersengketa di adapkan di hadapan engkau (hakim) maka janganlah engkaumenjatuhkan keputusan sehingga engkau mendengarkan dari pihak yang satu lagi sebagaimana engkau mendengar dari pihak pertama” [HR Ahmad].

Malangnya di dalam kes ISA, suspek langsung tidak dihadapkan di hadapan hakim danlangsung tidak diberi hak untuk berbicara. Suspek hanya ‘dipaksa’ menerima keputusan Menteri yang dibuat tanpa (Menteri tersebut) melihat kepada syariat Islam sedikit pun dan suspek terus dikategorikan sebagai pesalah. Kita sungguh sedih menghadapi kekejaman undang-undang ini tatkala melihat ia dilakukan oleh pemerintah yang mengaku bahawa mereka adalah beragama Islam. Islam manakah yang diikuti oleh mereka walhal hadis-hadis Rasulullah dalam hal ini mereka campakkan kesemuanya?

Sesungguhnya keharaman ISA adalah ibarat cahaya matahari. Bagi mereka yang jahil agama sekalipun, semua tahu bahawa ISA adalah undang-undang buatan manusia di Parlimen yangdiluluskan dengan cara majoriti. ISA bukan berasal dari wahyu, malah jelas bertentangan dengan apa yang diwahyukan. Jika dulu ISA digubal untuk menghalang kebangkitan komunis, danternyata ia telah berjaya melumpuhkannya. Kini setelah hilangnya pengaruh ideologi tersebut, ISA digunakan pula untuk menghalang kebangkitan dan penerapan Islam, dengan ditangkap dan dipenjarakan pendakwah-pendakwah yang ingin menegakkan agama Allah dan siapa sahaja yang berjuang ke arah menggantikan kerajaan sekular ini dengan Islam.

Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Kita semua tahu bahawa ISA adalah sebuah akta yang memang terkenal zalim. Namun, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah mengukur ‘zalim’ itu dariperspektif Islam semata-mata, bukannya dari perspektif emosi. Apabila kita memandang dari kaca mata Islam, maka kita akan mendapati bahawa bukan sahaja ISA, malah hampirkesemua undang-undang yang dibuat oleh manusia yang diamalkan di Malaysia hari ini adalah zalim. Ini kerana semua undang-undang itu adalah undang-undang yang bertentangandengan Islam yang hanya diluluskan dengan mudah melalui sistem demokrasi berdasarkan suara majoriti. Firman AllahSubhanahu wa Ta’ala, “Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45]. Oleh itu, kita hendaklah memahami bahawa kezaliman ISA itu adalah kerana keharamannya, sama sebagaimana undang-undang haram lain yang bertentangan dengan Islam yang diamalkandi negara kita. Justeru, ISA dan juga akta-akta gubalan manusia wajib dihapuskan dan diganti dengan undang-undang Islam yang berasal dari wahyu. wallahua’lam


Saturday, November 1, 2008

Mengatur Interaksi Antara Lelaki dan Wanita Menurut Syariah

Artikel ini saya edit dari halaman rasmi Hizbut Tahrir Indonesia, http://www.hizbut-tahrir.or.id/ . Saya kira ia sangat bermanfaat untuk kita jadikan sedikit panduan dalam mengatur interaksi kita sesama lelaki dan wanita.

Kitab ini adalah salah satu dari kitab mutabanat yang dihalaqahkan secara talaki dalan tatsqif Hizbut Tahrir. Kepada sesiapa yang berminat, silalah hadir ke halaqah-halaqah yang diaturkan oleh Hizbut Tahrir.

Semoga kita dapat hidup di dunia, mengharungi gelora hidup yang penuh ranjau ini dalam batas yang telah ditetapkan pencipta kita, Allah swt. Amin


------------------------------------------------------------



Telaah ini bertujuan menerangkan pengaturan interaksi lelaki dan wanita dalam kehidupan umum menurut syariah Islam, sebagaimana diterangkan oleh Imam Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitabnya, An-Nizhâm al-Ijtimâ’i fî al-Islâm (2003), khususnya halaman 25-30 pada bab “Tanzhîm ash-Shilât bayna al-Mar’ah wa ar-Rajul (Pengaturan Interaksi Wanita dan Lelaki).
Pengaturan tersebut sebenarnya bukan persoalan yang mudah. Sebab, menurut An-Nabhani, pengaturan yang ada hendaknya mengambilkira dua faktor: Pertama, bahawa potensi hasrat seksual pada lelaki dan wanita dapat bangkit jika keduanya berinteraksi; misalnya ketika bertemu di jalan, pejabat, sekolah, pasar, dan lain-lain. Kedua, bahwa lelaki dan wanita harus saling tolong-menolong (ta’âwun) demi kemaslahatan masyarakat, misalnya di bidang perdagangan, pendidikan, pertanian, dan sebagainya. (h. 25-26).
Bagaimana mempertemukan dua faktor tersebut? Memang tidak mudah. Dengan maksud agar hasrat seksual tidak bangkit, boleh jadi muncul pandangan bahwa lelaki dan wanita harus dipisahkan secara total, tanpa peluang berinteraksi sedikit pun. Namun, jika demikian, tolong-menolong di antara keduanya terpaksa dikorbankan alias tidak terwujud. Sebaliknya, dengan maksud agar lelaki dan wanita dapat tolong menolong secara optimal, boleh jadi interaksi di antara keduanya dilonggarkan tanpa mengenal batasan. Namun, dengan begitu akibatnya adalah bangkitnya hasrat seksual secara liar, seperti pelecehan seksual terhadap wanita, sehingga malah menghilangkan kehormatan (al-fadhîlah) dan moral (akhlâq).
Hanya syariah Islam, tegas An-Nabhani, yang dapat mengkompromikan dua realiti yang seakan saling bertentangan itu dengan pengaturan yang canggih dan berhasil. Di satu sisi syariah mencegah potensi bangkitnya hasrat seksual ketika lelaki dan wanita berinteraksi. Jadi, lelaki dan wanita tidaklah dipisahkan secara total, melainkan dibolehkan berinteraksi dalam koridor yang dibenarkan syariah. Di sisi lain, syariah menjaga dengan hati-hati agar tolong-menolong antara lelaki dan wanita tetap berjalan demi kemaslahatan masyarakat.

Pengaturan Syariah
An-Nabhani kemudian menerangkan beberapa hukum syariah untuk mengatur interaksi lelaki dan wanita. Hukum-hukum ini dipilih berdasarkan prinsip bahawa meski lelaki dan wanita dibolehkan beriteraksi untuk tolong-menolong, interaksi itu wajib diatur sedemikian rupa agar tidak membangkitkan hasrat seksual, yakni tetap menjaga kehormatan (al-fadhîlah) dan moral (akhlâq). (h. 27). Di antara hukum-hukum itu adalah:

a) Perintah menundukkan pandangan (ghadhdh al-bashar).
Lelaki dan wanita diperintahkan Allah Swt. untuk ghadhdh al-bashar (QS an-Nur [24]: 30-31). Yang dimaksud ghadhdh al-bashar menurut An-Nabhani adalah menundukkan pandangan dari apa saja yang haram dilihat dan membatasi pada apa saja yang dihalalkan untuk dilihat (h. 41). Pandangan mata adalah jalan masuknya syahwat dan bangkitnya hasrat seksual, sesuai sabda Nabi saw. dalam satu hadis Qudsi:
اَلنَّظْرَةُ سَهْمٌ مِنْ سَهَامِ إِبْلِيْس مَنْ تَرَكَهَا مِنْ مِخِافِتِي أَبْدَلْتُهُ إِيْمَاناً يَجِدُ حَلاَوَتَهُ فِي قَلْبِهِ
Pandangan mata [pada yang haram] adalah satu anak panah di antara berbagai anak panah Iblis. Barangsiapa meninggalkannya karena takut kepada-Ku, Aku akan menggantikan pandangan itu dengan keimanan yang akan dia rasakan manisnya dalam hatinya.” (HR Al-Hakim, Al-Mustadrak, 4/349; Al-Baihaqi, Majma’ az-Zawâ’id, 8/63). (Abdul Ghani, 2004).
b)Perintah kepada wanita mengenakan jilbab(jubah) dan tudung.
Menurut An-Nabhani, busana wanita ada dua: jilbab (QS al-Ahzab [33]: 59) dan tudung (khimar) (QS an-Nur [24]: 31). Jilbab bukan tudung, sebagaimana yang disalahfahami kebanyakan orang, tetapi baju terusan yang longgar yang terulur sampai ke bawah, yang dipakai di atas baju lapisan dalam (h. 44, 61). Tudung (khimar) adalah apa saja yang digunakan untuk menutupi kepala (h. 44).
Penjelasan An-Nabhani mengenai erti jilbab ini sejalan dengan beberapa kamus, antara lain dalam kitab Mu’jam Lughah al-Fuqahâ’:
ثَوْبٌ وَاسِعٌ تَلْبَسُهُ الْمَرْأَةُ فَوْقَ ثِيَابِهَا
[Jilbab adalah] baju longgar yang dipakai wanita di atas baju (rumah)-nya (Qal’ah Jie & Qunaibi, Mu’jam Lughah al-Fuqahâ, hlm. 124; Ibrahim Anis dkk, Al-Mu’jam al-Wâsith, 1/128).
c)Larangan atas wanita bermusafir selama sehari-semalam, kecuali disertai dengan mahram-nya.
Tidak halal bagi seorang wanita yang mengimani Allah dan Hari Akhir untuk melakukan perjalanan selama sehari-semalam, kecuali disertai dengan mahram-nya (HR Muslim, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban).

d)Larangan ber-khalwat antara lelaki dan wanita, kecuali wanita itu disertai dengan mahram-nya.
Khalwat ertinya adalah bertemunya dua lawan jenis secara menyendiri (al-ijtimâ’ bayna itsnayni ‘ala infirâd) tanpa adanya orang lain selain keduanya di suatu tempat (h. 97); misalnya di rumah atau di tempat sepi yang jauh dari jalan dan keramaian manusia. Khalwat diharamkan berdasarkan hadis Nabi saw.:
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بَاِمْرَأَةٍ إِلاَّ مَعَ ذَيْ مَحْرَمٍ
Janganlah sekali-kali seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita, kecuali wanita itu disertai dengan mahram-nya (HR al-Bukhari dan Muslim).

e) Larangan atas wanita untuk keluar rumah, kecuali dengan seizin suaminya.
Wanita (isteri) haram keluar rumah tanpa izin suaminya, karena suaminya mempunyai hak-hak atas iserinya itu. An-Nabhani menukilkan riwayat Ibnu Baththah dari kitab Ahkâm an-Nisâ’. Disebutkan bahwa ada seorang wanita yang suaminya bepergian. Ketika ayah wanita itu sakit, wanita itu meminta izin kepada Nabi saw. untuk menjenguknya. Nabi saw. tidak mengizinkan. Ketika ayah wanita itu meninggal, wanita itu meminta lagi izin kepada Nabi saw. untuk menghadiri penguburan jenazahnya. Nabi saw. tetap tidak mengizinkan. Lalu Allah Swt. mewahyukan kepada Nabi saw.:
إِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهَا بَطَاعَةِ زَوْجِهَا
Sesungguhnya Aku telah mengampuni wanita itu karena ketaatannya kepada suaminya (An-Nabhani, An-Nizhâm al-Ijtimâ’i fî al-Islâm, h. 29).
f) Perintah pemisahan (infishâl) antara lelaki dan wanita.
Perintah ini berlaku untuk kehidupan umum seperti di masjid dan sekolah, juga dalam kehidupan khusus seperti rumah. Islam telah memerintahkan wanita tidak berdesak-desakan dengan lelaki di jalan atau di pasar (h. 29). (Al-Jauziyah, 1996).
Interaksi antara lelaki dan wanita hendaknya merupakan interaksi umum, bukan interaksi khusus.
Interaksi khusus yang tidak dibolehkan ini misalnya saling mengunjungi antara lelaki dan wanita yang bukan mahram-nya (seperti dating dan couple), atau lelaki dan wanita pergi bertemasya bersama. (h. 30).

Syariah: Ubat Mujarab bagi Penyakit Sosial
Beberapa hukum syariah yang disebutkan An-Nabhani di atas sesungguhnya merupakan ubat bagi penyakit sosial saat ini, yaitu interaksi atau pergaulan antara lelaki dan wanita yang rusak, yakni telah keluar dari ketentuan syariah Islam. Penyakit sosial ini tak hanya ada di masyarakat Barat (AS dan Eropah), tetapi juga di masyarakat Dunia Islam yang bertaklid kepada Barat. Penyakit masyarakat ini misalnya gangguan seksual, seks bebas, perkosaan, hamil di luar nikah, pengguran bayi, penyakit seksual (AIDS dll), pelacuran, homoseksualisme, lesbianisme, perdagangan wanita, dan sebagainya. (Thabib, 2003: 401-dst).
Sayang, kenyataan pahit itu tak hanya terjadi di Barat, tetapi juga di Dunia Islam, termasuk Malaysia. Malaysia yang sekular juga tidak menjadikan syariah untuk mengatur mengatur interaksi/pergaulan lelaki dan wanita. Akibatnya pun sama dengan yang ada di masyarakat Barat, yaitu timbulnya penyakit sosial yang kronik yang sulit disembuhkan. Data-data menunjukkan, penyakit sosial yang parah juga melanda masyarakat kita, yang telah mengekor pada masyarakat Barat yang rosak dan tak bermoral. Sungguh, tidak ada ubat yang mujarab untuk penyakit itu, kecuali syariah Islam, bukan yang lain.
Di sinilah letak strategisnya gagasan An-Nabhani di atas, iaitu menjadi ubat atau penyelesaian terhadap penyakit sosial yang kronik dengan cara mengatur kembali interaksi lelaki dan wanita secara benar dengan syariah Islam. Hanya dengan syariah Islam, interaksi lelaki dan wanita dapat diatur secara sehat dan berkesan, iaitu tanpa membangkitkan hasrat seksual secara haram, namun tetap dapat mewujudkan tolong-menolong di antara kedua lawan jenis untuk mewujudkan kemaslahatan bagi masyarakat. Wallâhu a’lam. []

Daftar Pustaka
Abdul Ghani, Muhammad Ahmad, Al-’Adalah al-Ijtimâ’iyah fî Dhaw` al-Fikri al-Islâmi al-Mu’ashir, (T.Tp. : T.p), 2004.
Al-Albani, Muhammad Nashiruddin, Jilbab Wanita Muslimah Menurut Al-Quran dan As-Sunnah (Jilbâb al-Mar’ah al-Muslimah fî al-Kitâb wa as-Sunnah), Penerjemah Hawin Murtadlo & Abu Sayyid Sayyaf, (At-Tibyan: Solo), 2001.
Al-Jauziyah, Ibnu Qayyim, Ath-Thuruq al-Hukmiyah fî as-Siyâsah asy-Syar’iyyah, (Makkah: Al-Maktabah at-Tijariyah), 1996.
Al-Jawi, Muhammad Shiddiq, Malapetaka Akibat Hancurnya Khilâfah, (Bogor: al-Azhar Press), 2004.
An-Nabhani, Taqiyuddin, An-Nizhâm al-Ijtimâ’i fî al-Islam, (Beirut: Darul Ummah), 2003.
Anis, Ibrahim dkk, Al-Mu’jam al-Wâsith, (Kairo: Darul Ma’arif), 1972.
Thabib, Hamad Fahmi, Hatmiyah Inhidam ar-Ra’sumaliyah al-Gharbiyah, 2003.
Qal’ah Jie, Rawwas, & Hamid Shadiq Qunaibi, Mu’jam Lughah al-Fuqahâ

Thursday, October 30, 2008

Keluarga, Harta Benda, Pekerjaan atau Allah dan Rasul?


Ayat ini sering saya bacakan dalam solat. Tetapi terkadang rasa diri ini sering kali cuai dalam urusan Allah dan Rasul, terleka dengan urusan kerja yang semakin hari semakin banyak.

Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri (atau suami-suami) dan kaum keluarga kalian, juga harta yang kalian usahakan dan perniagaan yang kalian khuatirkan kerugiannya, dan rumah tempat tinggal yang kalian sukai adalah lebih kalian cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah hingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab)-Nya. Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada orang fasik (derhaka).” (QS at-Taubah [9]: 24).

Adakah cukup dengan sekadar menghadiri halaqah, memberi halaqah dan berjumpa contact dakwah sekali sekala. Atau sekadar memberi komentar di internet dan menulis blog. Sedangkan Khilafah Nubuwwah belum berdiri, Islam masih berdaulat, kekufuran masih menguasai dunia dan Muslim terus disiksa.

Naluri ini cukup tersentuh melihat si ibu meratap kehilangan si anak angkara bom2 kufar , si ayah termenung memikirkan masa depan anak-anak yang tidak depat bersekolah juga si anak kecil menjadi mangsa kesempitan hidup. Juga rasa bengang melihat Pemimpin-pemimpin ummat Islam yang terus menerapkan hukum kufur, pegawai-pegawai negara yang bersekongkol menerapkan hukum kufur dan SB-SB yang tidak takutkan tuhan mengekori dan menekan pendakwah-pendakwah mengembangkan agama Allah. Paling dirisaukan apakah diri ini sendiri dah bersedia menghadapi sakaratul maut dan meniti sirotul mustaqim.


Sesungguhnya jawaban orang-orang mu’min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan.” “Kami mendengar dan kami patuh.” Mereka itulah orang-orang yang beruntung. Siapa saja yang taat kepada Allah dan rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan. (QS an-Nur [24]: 51-52)

Monday, October 27, 2008

US TERUS BEDIL PEJUANG ISLAM DI SEMPADAN AFGHAN-PAKISTAN

US dalam ketenatan krisis ekonomi tetap terus menyerang pejuang-pejuang Al Qaeda. Beberapa siri serangan telah dilakukan sejak beberapa bulan lalu. Presiden Pakistan yang baru Asif Ali Zardari sama seperti Pervez Musharraf terus membiarkan tentera US membedil ummat Islam yang tidak berdosa.

Sampai begitu keji sekali pengkhianatan pemimpin ummat Islam. Mereka menjadi agen kufar, menerapkan hukum kufur, menentang usaha menegakkan khilafah dan malah merelakan ummat Islam dibunuh oleh tentera kufar.Kita sangat memerlukan seorang khalifah yang memayungi seluruh ummat Islam dibawah panji Khilafah Islamiah. Sebagaimana sabda Rasulullah saw "imam (ibarat) perisai, (ummat islam) berperang dibelakangnya dan berlindung" (Hadith Riwayat Imam Muslim)


U.S. takes to air to hit militants inside Pakistan
International Herald Tribune

WASHINGTON: The White House has backed away from using American commandos for further ground raids into Pakistan after furious complaints from its government, relying instead on an intensifying campaign of airstrikes by the Central Intelligence Agency against militants in the Pakistani mountains.

According to American and Pakistani officials, attacks by remotely piloted Predator aircraft have increased sharply in frequency and scope in the pasti three months.Through Sunday, there were at least 18 Predator strikes since the beginning of August, some deep inside Pakistan's tribal areas, compared with 5 strikes during the first seven months of 2008.

At the same time, however, officials said that relying on airstrikes alone, the United States would be unable to weaken Al Qaeda's grip in the tribal areas permanently. Within the government, advocates of the ground raids have argued that only by sending Special Operations forces into Pakistan can the United States successfully capture suspected operatives and interrogate them for information about top Qaeda leaders.The decision to focus on an intensified Predator campaign using Hellfire missiles appears to reflect dwindling options on the part of the White House for striking a blow against Al Qaeda in the Bush administration's waning days.After months of debate within the administration and mounting frustration over Pakistan's failure to carry out more aggressive counterterrorism operations, President George W. Bush finally gave his approval in July for ground missions inside Pakistan.But the only American ground mission known to have taken place was a Special Operations raid on Sept. 3, in which the roughly two dozen people killed included some civilians.

American officials say there has not been another commando operation since.American officials acknowledge that following the Sept. 3 raid they were surprised by the intensity of the Pakistani response, which included an unannounced visit to Washington, three weeks after the incursion, by the country's national security adviser, Mahmud Ali Durrani. He registered his anger in person with top White House officials.

A senior administration official said Sunday that no tacit agreement had been reached to allow increased Predator strikes in exchange for a backing off from additional American ground raids, an option the officials said remained on the table. But Pakistani officials have made clear in public statements that they regard the Predator attacks as a less objectionable violation of Pakistani sovereignty."There's always a balance between respecting full Pakistani sovereignty, even in places where they're not capable of exercising that sovereignty, and the need for our force protection," said the administration official, who spoke on condition of anonymity.Top American officials have justified the Sept. 3 ground raid as a self-defense response against militants who use havens in Pakistan to launch attacks against American and allied forces in Afghanistan. Those attacks have increased by about 30 percent from a year ago, according to military officials.As part of the intensified attacks in recent months, the CIA has expanded its list of targets in Pakistan and has gained approval from the government there to bolster eavesdropping operations in the border region, according to United States officials.Once largely reserved for missions to kill senior Arab Qaeda operatives, the Predator is increasingly being used to strike Pakistani militants and even trucks carrying rockets to resupply fighters in Afghanistan.Many of the Predator strikes are taking place as deep as 25 miles into Pakistani territory, not just along the border.Spokesmen for the White House and the CIA declined to comment for this article.The information about the American operations inside Pakistan was described in interviews by a dozen military and civilian officials from the United States and Pakistan, who insisted on anonymity because of diplomatic concerns and because details remained classified.

While Pakistan is now headed by a new civilian government, under President Asif Ali Zardari, the tense discussions between the countries over counterterrorism operations appear to echo at least some of the uneasiness that long characterized the partnership between Bush and Pervez Musharraf, the former president. He was defeated in parliamentary elections in February and left office in August.Husain Haqqani, Pakistan's ambassador to the United States, told the Council on Foreign Relations this month that the two nations were cooperating in deploying "strategic equipment that is used against specific targets."On Oct. 16, a Predator strike in South Waziristan killed Khalid Habib, a senior Qaeda operative. But the strikes sometimes have unintended consequences. On Sept. 8, one in Miranshah on a compound owned by a Taliban leader, Jalaluddin Haqqani, failed to kill him but did kill women and children. On Aug. 27, a Predator strike near the village of Wana missed its target; it is unclear whether civilians were killed.