Thursday, March 21, 2013

Dari Lelaki Untuk Lelaki....

Zaman di universiti dulu saya  pernah mengambil Penulisan Kreatif sebagai subjek ko-Q.  Ada sebuah novel yang diadaptasi dari kisah benar seorang pegawai tentera yang kematian isteri dan mempunyai anak yang masih kecil. Setelah kematian isteri, anak2nya dijaga oleh adik ipar yang belum berkahwin tetapi sudah mempunyai kekasih. Dipendekkan cerita, akhirnya pegawai tentera itu menaruh hati kepada adik iparnya atas layanan dan cara dia menjaga anak-anaknya. Adik iparnya di dalam dilemma antara kekasih hati yang berjanji untuk hidup bersama atau abang ipar yang menaruh harapan menjaga anak-anak2 saudaranya.

Siapa dia yang pilih?

Di dalam kelas kami mengada undian mengandaikan jika kami ditempat adik ipar itu. Hasilnya, semua pelajar lelaki memilih untuk berkahwin dengan kekasih. Peliknya, semua pelajar perempuan memilih untuk berkahwin dengan abang ipar. Malah di dalam novel itu, memang dia memilih berkahwin dengan abang ipar kerana terlalu sayangkan anak-anak2 saudaranya. Pada masa itu saya merasakan betapa sukarnya memahami naluri wanita. Lebih haru, saya dipilih untuk melakonkan watak sebagai pegawai tentera itu dalam pementasan yang dirancang. Apa yang terjadi tak mahu saya ceritakan di sini.

Saya bersetuju dengan apa yang dibual dengan Ustaz Felix Siauw, untuk jadi matang kita perlu berumahtangga. Setidaknya kita akan lebih memahami wanita yang bak kata Dr Fadzilah Kamsah amat berbeza dengan lelaki. Perkahwinan adalah sebuah perkongsian hidup. Islam menjelaskan tanggungjawab dan Islam juga menjelaskan tanggungjawab Islam. Tetapi bagaimana mengemudi bahtera rumah tangga Islam jelaskan dalam bentuk manifestasi ketenangan dan kebahagiaan.

Syeikh Taqiyuddin Annabhani dalam kitab Nizhamul Ijtimaei fil Islam memetik beberapa ayat2 Al Quran untuk menjelaskan perkara ini. Antaranya surah An Naba' ayat 8:

" Kami telah menjadikan kalian berpasang-pasangan"

Selain itu dalam surah Rom ayat 21:

" Di antara  tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari kalian sendiri supaya kalian CENDERUNG dan merasa TENTERAM kepadanya. Dia pun menjadikan antara kalian rasa belas kasih"

Memang fitrah manusia memerlukan teman hidup agar kita bersahabat dan berkasih sayang agar melahirkan rasa tenang dan bahagia. Ini manifestasi perkahwinan yang perlu kita fahami terutama sebagai suami. Bukan  kita sahaja bahagia, tetapi isteri dan keluarga juga. Terdapat kekeliruan yang lahir akibat keterlaluan menafsir dalil yang menerangkan tanggungjawab isteri mentaati suami. Ia disalahfahami dengann melihat suami umpama raja hingga si isteri terpaksa menderita kononnya untuk taat.

Antara dalil yang biasa digunakan adalah hadith nabi

Dari Abu Hurairah:“Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.” (riwayat Imam Tirmizi,)

 “Hendaklah para isteri menunaikan kehendak suaminya sekalipun ketika berada di atas belakang unta.”

Islam menekankan betapa pentingnya seorang isteri itu perlu taat kepada suami agar kebahagiaan bersama dapat dirasa. Dalam masa yang sama Islam juga menerangkan tanggungjawab suami sebagai pemimpin, memelihara nafkah dan berbuat baik kepada isteri.

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka."(An Nisa' 34)

Dalam hadith riwayat At Tirmidzi:

"Sebaik-baik kami adalah orang yang paling baik kepada isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik kepada isteriku" 

Rumahtangga semoga dibangun atas kesedaran tanggungjawab sebagai suami dan isteri serta manifestasi perkongsian hidup untuk mencapai rasa tenang dan bahagia. 

Suatu perkongsian yang menarik sebagai penutup. Kajian yang dibuat Universiti Perubatan Vienna menujukkan perlakuan kasih sayang seperti pelukan dan kucupan akan melegakan stress, menguatkan antibodi dan memory kesan dari hormon oxytocin. Jadi kepada yang bujang jangan tunggu lama-lama dan jadilah suami yang membahagiakan pasangan anda.





4 comments:

Eko Arum said...

Blog Tentang Islam, Sejarah Islam dan semua tentang Islam ^_^

Cenik Darmayoga said...

Are you seeking for hotels in Dubai? Click here bookinghotelsdubai.com get the special rates with the best deal...

Edo said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dari sini tim KumpulBagi yg baru selesai situs untuk hosting berkoleksi dan sharing files. Dalam KumpulBagi bisa upload sebanyak aja files dan membuat koleksi berkas Anda untuk kumpulkan dan bagikan dengan lainya misalnya ebook islam.. Tidak ada pengguna premium dan limit ukuran filenya. Kami tidak terhapus filenya dengan waktu batas. Semuanya gratis dan cepat dari server di Singapura.
Cek koleksi saya dan coba caranya http://kumpulbagi.com/CC-Musik
www.kumpulbagi.com

Edo

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)