Showing posts with label Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hudud. Show all posts

Sunday, December 27, 2009

Takziah Kepada Keluarga Mangsa Tragedi Bas Ekspres di Lebuhraya Plus Ipoh Selatan


Saya sekeluarga melahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi bas ekspres di kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan. Kemalangan ngeri ini mengingatkan saya kepada tragedi bas eskpres di Merapoh, Kuala Lipis dimana saya tersangkut di tempat kejadian selama 4 jam. Kepada keluarga mangsa terimalah ini sebagai qada' Allah.
"Di mana saja kamu berada, tentulah kamu akan didatangi oleh kematian itu, meskipun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. (An Nisa':78)

Sedangkan kecuaian pemandu kerana memandu dalam keadaan mengantuk hingga menyebabkan kematian adalah sesuatu yang wajib diselesaikan dengan hukum Islam.

Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan Mohd. Rodzi Rejab berkata, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu. Jika sabit kesalahan pemandu itu boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan didenda sehingga RM20,000 serta lesen memandu digantung. Ini bukanlah penyelesaian Islam.
"Di dalam hukuman 'qishas' itu terdapat kehidupan bagi kamu, wahai orang-orang yang mempunyai fikiran, agar kamu bertaqwa." (Al Baqarah:179)

Jika kita rujuk kepada Nizamul Uqubat Islam, kesalahan ini tertakluk kepada hukum jinayat, iaitu membunuh secara tidak sengaja. Allah telah menetapkan bagi kesalahan ini diyatnya adalah adalah diyat mukhaffafah (ringan), iaitu membayar 100 ekor unta kepada keluarga korban atau memerdekakan seorang hamba wanita yang Islam. Inilah hukum Allah yang wajib diterapkan dimana keluarga mangsa mendapat pembelaan syara' manakala pesalah terlepas dari dosa.

-------------------------------------------------------------------------------------

10 maut tragedi bas ekspres

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN dan ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my





BAS ekspres dua tingkat yang terkoyak di bahagian tepi apabila merempuh besi pembahagi jalan yang kemudian merodok tempat duduk bawah mengakibatkan sepuluh penumpang terbunuh di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara pada awal pagi semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


IPOH 26 Dis. – Seramai 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat, Sani Express terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, lapan kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, awal pagi ini.

Nahas ngeri tersebut menyebabkan ada di antara penumpang putus kepala serta beberapa anggota badan lain.

Mereka yang maut ialah pasangan suami isteri, Shaharin Mohd. Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, dari Klang, Selangor; Mohd. Shukri Mohd. Ali, 22, serta Mohd. Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya, Sharifah Hasanah, 15, (Sungai Petani, Kedah).

Turut maut, Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Noor Jasmi Noordin, 25, Kangar, Perlis; Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar.

Penumpang yang parah dalam kemalangan kira-kira pukul 1 pagi itu ialah Md. Razip Fadzir, 38, seorang pegawai tentera berpangkat Mejar manakala Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah, cedera ringan.

Ketua Trafik negeri, Supritendan Wan Abdullah Wan Ishak berkata, kesemua mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat manakala kedua-dua mereka yang cedera menerima rawatan di hospital sama.

“Mereka yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang di tingkat bawah bas. Penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan, bas ekspres yang membawa seramai 48 penumpang itu bertolak dari Klang menuju ke Kangar pada pukul 9 malam tadi.

Malangnya, ketika tiba di tempat kejadian, bas terbabit dikatakan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya.

Keadaan bertambah buruk apabila bas itu kemudian melantun dan merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti.

Menurut Wan Abdullah, siasatan awal mendapati, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan kepada penumpang-penumpang berkenaan.

Sehubungan itu katanya, pemandu bas ketika kemalangan tersebut telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu tersebut dikatakan berhenti sebentar di hentian rehat dan rawat (R&R) Tapah bagi membolehkan penumpang ke tandas sebelum menyambung semula perjalanan seterusnya.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa, pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum berlaku kemalangan.

“Bas dipandu dalam keadaan tidak stabil, terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sebelum kejadian,” dakwanya.

Dia yang duduk di bahagian depan tingkat atas bas ketika kemalangan tersebut berlaku berkata, keadaan penumpang ketika itu kelam-kabut dan dalam ketakutan

Tuesday, July 7, 2009

Pandangan 4 Mazhab Berkenaan Kewajipan Penerapan Hudud kepada Kafir Dzimmi (Siri 4 - Qazaf)

Mazhab Syafie

Jika seorang yang akil-baligh, mukthar (secara sukarela, tanpa paksaan) Muslim atau kafir yang terikat dengan undang-undang Islam; tanpa mengira samada dianya murtad, zimmi atau muâhid, dengan salah menuduh zina terhadap orang yang muhsan (yang bukan anaknya), hudud akan dikenakan keatasnya. [Muhazzab II: 272]

Pandangan ini sesuai dengan pengarang Nihayah Muhtaj [VII : 435], begitu juga pengarang Mughni Muhtaj [IV : 155] ungkapan dari Muhazzab ini disokong oleh kedua mereka ini.

Abu Syujaj berkata (dipotong tangan pencuri ) dan dikomentar oleh Syarbini, termasuk pencuri Perempuan, meskipun Zimmi ataupun Hamba. [Iqna Syarbini, ms 534]

Mazhab Hambali


Pendirian Mazhab ini dalam kes ini adalah jelas sekali;
Jika zimmi melakukan benda yang dilarang dalam agama mereka seperti zina, mencuri, qazhaf atau bunuh, mereka akan dikenakan had [Al-Mughni X: 199-200]


Ibn Qudamah menambah; Hudud juga dikenakan kepada zimmi walaupun mereka melakukan di luar Negara Islam. Sebagaimana yang dikatakan oleh Syafie, tetapi berbeza dengan Ashabu raâyi (Imam Hanafi), tidak dikenakan hudud kerana meereka duduk dalam negeri yang tidak ada had. [Al-Mughni X:203]

Menurut Al-Kashshaf Qinaâ :
Barangsiapa yang melakukan qazhaf dengan menunjukkan isyarat yang dapat difahami...walaupun dalam luar negara Islam ...dikenakan had 80 kali sebatan.
[Kashshaf al Qina VI: 104]


Mazhab Maliki

Saya bertanya: Jika orang kafir zimmi melakukan pertududuhan (zina) ke atas Muslim, adakah mereka akan dihukum dengan hadd qazaf pada pandangan Imam Malik? Dia menjawab ya, mereka akan disebat 80 sebatan. [Al-Mudawwanah Al-Kubra 2:379]

Imam Quthubi memberi komentar...sama dengan zimmi, jika mereka melakukan qazaf, mereka akan disebat 80 kali dengan hudud, jika mereka mencuri akan dipotong tangan, dan jika mereka membunuh mereka akan dibunuh. [Tafsir Qurthubi: 7:402-403

Mazhab Hanafi


Dikenakan hukuman Hudud (Qazaf) seorang yang merdeka atau hamba; zimmi atau wanita, melakukan Qazaf terhadap orang yang merdeka, baligh dan berakal, dan menjaga diri dari berzina [Hasyiyyah Raddul Mukhtar

Tuesday, June 30, 2009

Pandangan 4 Mazhab Tentang Kewajipan Penerapan Hukum Hudud Ke Atas Kafir Dzimmi (Siri-3 Zina)




Mazhab Syafie


Kata Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin;
Dan Had untuk yang Muhsan, mukkalaf yang bebas adalah rejam [al-Mughni muhtaj IV:136] dan Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Shahihain, dalam Abu Daud menambah, mereka berdua adalah Muhsan [Mughni Muhtaj : 136] Tambahan, catatan bahawa akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan [Nihayat Muhtaj VII : 427]

Shirazi : Jika ahli zimmi datang kepadaku kerana melakukan kesalahan maka aku akan melihat dahulu samada jenyah itu merupakan kesalahan dalam agama mereka seperti membunuh, zina, curi, qazaf - maka diwajibkan ke atas mereka sebagaimana diwajibkan ke atas kaum muslimin...[ Muhazzab II : 256]

Jika seorang lelaki dari Negara Islam melakukan persetubuhan dengan wanita yang haram, tanpa akad dan tanpa syubahat akaad dan bukan miliknya dan tanpa syubahat milik sedangkan dia adalah akil-baligh dan mukhtar, tahu dengan keharamannya maka diwajibkan ke atasnya had [Muhazzab II:266]

Tidak disyaratkan Muhsan untuk kes rejam adalah Islam, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, yang mana Rasulullah telah dibawa kepada dua Yahudi yang berzina dan Baginda saw memerintahkan untuk direjam. [Muhazzab II:267]


Mazhab Hambali


Sedangkan Islam bukanlah syarat untuk Ihsan, inilah pandangan yang sahih [ Nailul Maarib II : 356 ]

Jika Mukkalaf hurr, telah melakukan persetubuhan yang dari perkahwinan yang sah dengan Mukkalaf hurrah, maka kedua mereka ini adalah Mushan. Jika sesiapa sahaja di antara mereka selepas ini melakukan zina, dia akan direjam sampai mati. Kafir dan Muslim dalam hal ini adalah sama. [ Al-Muharrar fi Fiqh II : 152]

Terdapat dalam Kitab Iqna’ fi fiqh Ahmad Hambal tentang Ihsan, ianya sabit untuk musta’min, zimmi dan majusi...kalau berzina dari mereka wajib dikenakan had, dan imam wajib menerapkan hudud antara mereka [ Al-Iqna IV: 251]



Al-Muhsan adalah lelaki yang telah melakukan hubungan seks dengan isterinya dari akad perkahwinan yang sah, meskipun isterinya adalah Kitabiyyah, meskipun perbuatan ini adalah dilakukan semasa haid, puasa, ihram dsbnya. Mereka hendaklah merdeka dan mukkalaf, meskipun zimmi, tetapi tidak terkena kepada musta’min. [Ghayah Al-Muntaha III: 301]


Mazhab Maliki


Aku bertanya : Apakah pandangan kau, apabila ahli zimmi berzina, adakah Imam Malik akan mengenakan hudud atau tidak? Dia Menjawab “ Tidak dilaksanakan had dan ahli agama mereka lebih tahu.” [Al-Muddawanah Kubra 4:415].

...bila mereka berzina dibiarkan tapi akan dihukum bila melakukan secara terbuka [Al-Mudawwanah Kubra 4:408]

Bila berzina dengan Muslimah, ianya akan dihukum, dan (kata Rabi’ah) kewarganegaraan akan dilucutkan, dikenakan hudud dan dibunuh jika merogol Muslimah. [ Tabsiratul Al-Hukkam, 174]


Mazhab Hanafi


Pandangan paling kuat dikalangan Mazhab Hanafi ialah penzina Muhsan, tidak disebat, sebab menurut pandangan mereka ihsan tidak terkena kepada orang kafir.

Al-Baburti berkata; jika zimmi yang telah berkahwin, kita akan sebat mereka, sedangkan Syafie, Abu Yusuf dan Ahmad akan merejam mereka.

Seseorang dikatakan Muhsan bila, bebas, berakal, baligh, Islam dan telah berkahwin dengan nikah yang sah [Fathul Qadir 5:236].

Monday, June 29, 2009

Pandangan 4 Mazhab Tentang Kewajipan Penerapan Hudud Ke Atas Kafir Dzimmi (Siri 2- Hirabah(Lanun/ Perompak) )




Mazhab Syafie

Jika seseorang melakukan kegiatan ini secara sendiri, atau wanita, atau tanpa senjata...maka ianya bukan dikategorikan sebagai Qathu Thariq, ataupun sebagainya, juga tidak termasuka dalam kategori ini, jika yang melakukan itu terdiri dari kafir harbi, atau muâahid, kanak-kanak, oran gila, penipu dan perampas, walhal sudah diketahui bahawa keIslaman bukan syaratnya. [ Iqnaâ Syarbini, ms 540]*

Asal Hukuman hudud untuk qathu thariq adalah ayat Al-Quran Al-Maidah: 33 (Sesungguhnya balasan orang yang memerangi Allah dan Rasulnya) Qathu Thariq ini adalah aktiviti keluar untuk mengambil harta atau bunuh atau untuk mengancam, yang mana terfokus kepada aktiviti yang mempunyai kekuatan dan terpencil dari perbatasan negara (lanun), dikatakan lanun jika di anggotai 2 orang lelaki, tidak kepada seorang lelaki atau 2 orang wanita sahaja, Lanun ini kenakan hukuman jika mereka mabuk, zimmi, mukhtar (yang sukarela tanpa paksaan) mengancam laluan....[Iqnaâ Syarbini, ms 540] *

Mazhab Hambali

Jika ahli zimmi melakukan rompakan jalanan (qathuu thariq) ataupun bersama orang Islam yang mermerangi daulah, maka adakah gugur akad perjanjian mereka? Dalam kes ini ada 2 pendapat ;
a) jika kita katakan bahawa gugur perjanjian mereka maka mereka halal darah dan harta mereka dalam semua keadaan
b) Jika kita katakan bahawa tidak gugur perjanjian mereka maka hukuman kita tehadap mereka sebagaimana hukuman orang Islam. [ Al-Mughni X : 319]

Mazhab Maliki

Saya bertanya Kenapa Imam Malik menghukum hudud orang Kristian bila mereka mencuri tetapi tidak dikenakan hudud bila mereka berzina, Dia menjawab : Kerana Pencurian dan Hirabah kesalahan yang serius di dunia. [Al-Mudawwanah Al-Kubra, 4:414

Mazhab Hanafi


Imam Abu Hanifah berkata, Had wajib dikenakan ke atas kaum muslimin, kafir zimmi bila mereka melakukan qat’u thariq (hirabah) tetapi tidak kepada mustaâmin [ Al-Mabsuth 9:178]

* Iqna ada dua kitab
1) Iqnaâ fi Halli Lafz Abu Syujaaj, karya Muhamad Syarbini Al Khatib, mazhab Syafie
2) IqnaâSyariffudin Abu Nuja, Mazhab Hambali.

Wednesday, June 10, 2009

PANDANGAN 4 MAZHAB BERKENAAN KEWAJIPAN PENERAPAN HUKUM HUDUD KE ATAS KAFIR DZIMMI (SIRI 1- MENCURI)

Sukacita saya katakan ini bukanlah adalah kajian yang saya buat sendiri. Ia adalah rujukan yang dibuat oleh Ustaz Ahmad Mustapha suatu masa dahulu tentang kewajipan hudud. Saya hanya mengedit untuk disesuaikan paparan blog ini. Setiap hukum hudud akan dihurai satu persatu. Saya akan bentang siri demi siri. Marilah kita melihat dengan neraca iman dan Islam.

------------------------------------------------------------------------------------------

Mazhab Syafie

Dan jika seseorang ahli zimmi melakukan jenayah, saya akan mempertimbangkan samada perkara jenayah adalah diharamkan oleh agamanya atau tidak. Jika ya, seperti pembunuhan, zina, sariqah (curi) dan qazaf, dia akan terbeban dengan hukuman sebagaimana hukuman orang Islam. Dan dalilnya sebagaimana diriwayatkan oleh Anas r.a. bahawa dua orang Yahudi telah membunuh seorang jariah lantaran merebut perhiasan, maka Rasulullah saw telah membunuhnya dengan dihimpit antara dua batu, dan diriwayatkan juga dari Ibnu Abbas bahawa Nabi telah dihadapkan dengan dua orang yang berzina sesudah pernikahan yang sah, maka Rasulullah saw memerintahkan keduanya untuk direjam, kerana ianya dilarang dalam agama mereka dan terikat dengan hukum-hakam Islam dengan akad zimmi maka diwajibkan ke atas mereka sebagaimana orang Islam. Kalaulah pegangan mereka membolehkan seperti arak, maka tidak wajib hudud ke atas mereka kerana mereka tidak berpegang dengan keharamannya maka tidak wajib ke atas mereka hukuman seperti kafir, maka jika mereka melakukan secara terbuka, dikenakan takzir kerana menzahirkan kemungkaran dalam Negara Islam, akan ditakzir kerananya. [Al-Muhazzab II : 256]

Ditempat lain dia berkata:
Sesiapa sahaja yang mencuri, walhal dia adalah baligh, akil, dan terikat dengan hukum Islam, cukup nisab dengan harta yang hendak dicurinya dari tempat simpanan, dan tidak ada syubahat, maka diwajibkan ke atas mereka potong tangan. [Al-Muhazzab II : 256 ]

ويقؕع مسلم وذمي بمال مسلم وذمي لا يقؕع صبي ومجنون ومكره
Sebagaimana dalam Matan Manhaj at-Thalibbin Nawawi (Tidak dipotong tangan kanak-kanak, orang gila, dan akan dipotong tangan Muslim dan Zimmi kerana mencuri harta Muslim, maka perkataan syarbini sebagai penjelasan kepada kenyataan ini;

وأما قؕع الذمي بمال المسلم أو الذمي �لالتزامه الأجكام ، سواء أرضي بجكمنا أم لا
Sedangkan potong tangan zimi kerana mencuri harta kaum Muslimin kerana komitmen mereka dengan hukum syarak, tanpa mengira mereka redha atau tidak. [Mughni Muhtaj IV : 175]

Dari sini bahawa pencurian zimmi terhadap harta baitul Mal yang tidak termasuk benda yang bermafaat pada mereka, kecuali pada kita, sedangkan ianya bukan tabungan untuk mereka. [Nihayatul Muhtaj VII : 446]

Dan sebagaimana yang terdapat dalam kitab Nihayatu Muhtaj (Sedangkan zimmi dipotong secara mutlak) dan juga sebagaimana diterangkan di tempat lain;
Dan dipotong tangan Muslim dan Zimmi kerana mencuri harta kaum Muslim dan zimmi dengan Ijmak kerana Muslim, dengan Muslim, kerana terpeliharanya zimi dan keterikatan dengan hukum meskipun mereka itu tidak redha dengan hukuman kita, sebagaiman halnya dalam perzinaan [Nihayatul Muhtaj VII : 462]




Mazhab Hambali

Pendirian mereka tentang isu ini amat jelas sekali seperti yang tertera dalam Kashshaf Al Qinaâ:

Hukuman hudud untuk menghukum zimmi kerana melakukan kesalahan di antara mereka. Pemotongan tangan kepada setiap orang tanpa pengecualian kerana kesyumulan undang-undang Allah. [Pencuri lelaki dan perempuan akan dipotong tangan mereka]. Tambahan pula zimmi tidak akan dikecualikan daripada hukum had walaupun mereka telah memeluk Islam (selepas melakukan kesalahan). Dia akan terus bertanggung jawab sebagaimana kewajipan lain ke atasnya [ VII : 91]

Menurut Ibn Qudamah, Kafir Zimmi dan Musta’min akan dipotong tangan kerana mencuri harta kaum Muslimin dan kaum Muslimin akan dipotong tangan kerana mencuri harta mereka. Dan itulah yang diperkatakan oleh Syafie dan Ashabul-Ra’yi, dan kami tidak tahu adanya ikhtilaf [Al-Mughni X : 276]

Jika ahli zimmi melakukan rompakan jalanan (qathu’ thariq) ataupun bersama orang Islam yang memerangi Daulah, maka adakah gugur akad perjanjian mereka? Dalam kes ini ada 2 pendapat ;
a) Jika kita katakan bahawa gugur perjanjian mereka, maka halal darah dan harta mereka dalam semua keadaan
b) Jika kita kata kan bahawa tidak gugur perjanjian mereka maka hukuman kita tehadap mereka sebagaimana hukuman orang Islam. [ Al-Mughni X : 319]


Mazhab Maliki

Imam Malik bila di tanya apakah beliau akan memotong tangan sipencuri Zimmi, Imam Malik menjawab benar, tangannya akan dipotong.(Na’am, tuqthaâ’u yadu hu). [ Mudawwanatul Kubra 4:414].
Syaratnya (potong tangan) adalah taklif, maka dipotong tangan orang merdeka, hamba, zimmi dan muâhid. [Al-Taj wa Iklil, 6:312]
Dusuki berkata : Dipotong tangan pencuri: Iaitu Mukkalaf, tak kira samada ianya muslim atau Kafir, bebas, atau merdeka, lelaki atau perempuan.[Hasyiyah A-Dusuki, 4:332]
Lain-lain sumber Mazhab Maliki yang tak dapat kami perturunkan kesemua sekali. Spt Tafsir Quthubi 4:402-403. dll


Mazhab Hanafi

Al-Timitashi mendefinisikan pencurian ialah; pengambilan yang dilakukan oleh mukallaf yang yang boleh bercakap dan melihat. AlHaskafi menafsirkannya: Meskipun pencuri itu adalah perempuan, hamba, atau orang kafir. Ibn Qudamah menerangkan dengan lebih lanjut lagi batasan istilah kafir ini dengan;.Yang lebih tepat adalah zimmi (berbanding dengan kafir), kerana Al-Hakim dalam kitabnya Kafii berkata Imam Abu Hanifah dan Muhamad bahawa kafir musta’man tidak dipotong tangan, tapi Abu Yusof kata kena potong [Hasyiyah Radd Mukthar 6:137]

KEWAJIPAN PENERAPAN HUKUM HUDUD KE ATAS KAFIR DZIMMI (SIRI 4- Sambungan Pembahasan ayat 49 dan 42 Surah Al-Maidah)

Menurut Imam Syafie, kedua-dua ayat ini (42 dan 49) adalah tidak bertentangan. Beliau menyatakan ayat 42 adalah berkenaan dengan kafir mu‘ahid (kaum kafir luardaulah yang terikat perjanjian dengan Negara Islam), sedangkan ayat 49 adalah tentang kafir dzimmi (kaum kafir yang menjadi warga Daulah Khilafah). (Az-Zuhaili dalam Tafsir Al Munir dan Mahmud Hijazi, al- Tafsir al-Wadhih).

Pandangan yang senada dinyatakan oleh Syeikh Taqiyuddin An Nabhani dalam kitab Syakhsiah Islamiah jilid II. Menurut An Nabhani, ayat 42 adalah bagi kes kas kafir dzimmi yang bukan menjadi warga Negara Islam sedangkan ayat 49 adalah bagi kes kafir dzimmi dan ummat Islam.

Selanjutnya Allah Swt. berfirman:

وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ (
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka


Ath-Thabari menyatakan, “Ini merupakan larangan Allah kepada Nabi Muhammad saw dari mengikuti hawa nafsu kaum Yahudi yang meminta keputusan hukum kepada beliau dalam kes orang-orang terbunuh dan menentang mereka, sekaligus perintah tetap istiqamah dengan Kitab yang diturunkan Allah kepada beliau.

Selanjutnya Allah berfirman:

وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ

(dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu).


Menurut Ibnu Abbas dan Abu Ubaidah, yang dimaksud dengan yaftinuka (memfitnah kamu) adalah mengembalikanmu pada hawa nafsu mereka. Sebab, setiap orang yang terpalingkan dari kebenaran pada kebatilan berarti telah terfitnah. Frasa ini memberikan peringatan terhadap kaum Muslim untuk berhati-hati terhadap usaha kaum kafir yang berkeinginan memalingkan mereka dari sebagian wahyu yang telah Allah turunkan kepada mereka.

Jika telusuri dalam konteks hari ini, sememangnya ada orang kafir mahupun golongan sekular sanggup bekerjasama dengan gerakan Islam tetapi memiliki keterbatasan. Contohnya mereka mahu terus melaksanakan hukum sekular, mahukan mereka terlibat dalam pemerintahan, menolak perlaksanaan hukum Islam dan sebagainya. Apa yang terjadi pada Rasulullah dahulu sememangnya terjadi kepada kita hari ini. Ramai bukan Islam tidak mahukan hudud, jadi apakah kita mahu melupakan peringatan Allah dalam ayat ini bahawa mereka akan membawa kamu mengikut kehendak nafsu mereka? Jika itulah tindakan kita maka akhir dari ayat ini Allah memberikan amaran

وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dalam frasa ini diberitakan, sebahagian besar manusia tergolong sebagai kaum fasik. Kenyataan ini banyak diungkap dalam al-Quran (Lihat, misalnya: QS Yusuf [10]: 103; QS al-An‘am [6]: 116).


Jadi jelas, bahawa kewajipan penerapan hukum Islam adalah wajib kepada orang Islam dan kafir dzimmi. Malah Allah menyatakan ramai golongan yang fasiq menafikan hal ini. Seterusnya saya akan bentangkan pula pandangan keempat-empat mazhab berkenaan kewajipan hudud kepada Muslim dan Kafir Dzimmi.

KEWAJIPAN PENERAPAN HUKUM HUDUD KE ATAS KAFIR DZIMMI (Siri 3- Pembahasan Ayat 42 dan 49 surah Al-Maidah)

Siri 3 (Pembahasan ayat 49 dan 42 Surah Al-Maidah)

Dalam ayat 49 surah Al-Maidah, Allah berfirman

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ

Ibnu Kathir dalam Tafsir Al Quran Al-‘azhim
menyatakan ia merupakan penegasan (ta’kId) terhadap perintah dalam ayat sebelumnya (iaitu ayat 48)agar Nabi saw. berhukum dengan apa yang diturunkan Allah Swt. dan larangan menyalahinya. Pengulangan itu untuk menjadikan perintah tersebut menempati ghayat at-ta’kid (puncak penegasan). Dalam ayat 48 Allah menyatakan yang bermaksud

” Dan kami telah turunkan kepada mu Al Quran dengan membawa kebenaran”


Jadi menurut Ibnu Kathir, ayat 49 ini menegaskan sekali lagi dengan membawa puncak penegasan terhadap kewajipan berhukum dengan hukum Allah.

Dalam hal ini, pihak yang menjadi objek penerapan hukum, yang diungkapkan dengan menggunakan dhamir hum (kata ganti mereka)- وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ-, adalah Yahudi. Demikian kesimpulan para mufassir seperti al-Thabari, Abu Hayyan al-Andalusi, al-Qinuji, al-Wahidi al-Naysaburi, dan lain-lain. Kesimpulan tersebut amat tepat jika dikaitkan dengan sabab nuzul ayat ini dan ayat-ayat sebelumnya. Kewajipan penerapan hukum tersebut adalah kepada orang Islam dan bukan Islam.

Manakala ayat بِمَا أَنْزَلَ اللهُ (dengan apa yang diturunkan Allah) adalah merujuk kepada ayat sebelumnya (ayat 48),bahawa Allah telah menurunkan kepada Nabi Muhammad iatu Al-Kitab(AlQuran) setelah Allah memberitahu dalam ayat 45 dan 45 kepada Nabi Musa telah diturunkan Kitab Taurat dan dalam ayat 46 & 47 dinyatakan pula kepada Nabi Isa telah diturunkan Kitab Injil. Al Quran telah membenar dan memansuhkan kitab-kitab terdahulu tersebut. Sejak saat itu, hukum yang wajib diterapkan Rasulullah saw. dan umatnya dalam memutuskan perkara adalah yang bersumber dari al-Quran.

Sebahagian mufassirin menyatakan ayat 49 ini telah memansuhkan ayat 42 surah Al-Maidah - maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka- tersebut yang memberi pilihan kepada Nabi menghukum atau membiarkan orang kafir. (Al-Syaukani dalam Fath al-Qadir, Ibnu Juzyi al-Kalbi dalam At-Tasyhil li ‘Ulum al-Tanzil, Nidzamuddin al-Naysaburi dalam Tafsir Gharaib al-Qur’an, al-Jashshash dalam Ahkam al-Qur’an,, Abu Hayyan al-Andalusi dalam Tafsir al-Bahr al-Muhith, al-Wahidi al-Naysaburi dalam al-Wasith, dan as-Suyuthi, Ad-Durr al-Mantsur).

Mufassir dan fukaha lainnya tidak melihat adanya nasikh-mansukh dalam kedua ayat tersebut. Kerana untuk menyatakan sebuah ayat telah di-naskh oleh ayat lain diperlukan qarinah (petunjuk) yang jelas. Dalam kedua ayat tersebut tidak ada qarînah yang jelas yang menunjukkan tentang itu. Walaupun secara lahiriah terlihat adanya pertentangan di antara keduanya,tetapi kedua-ayat ini boleh dikompromikan. Kaedah ini disebut sebagai al-jam‘u bayna al-dalilayn (mengkompromikan dua dalil). Kerana kaedah ushool meyatakan bahawa mengamalkan 2 dalil lebih utama dari mengamalkan 1 dalil.

Walaupun fara fuqaha berbeza pandangan tentang adanya nasikh mansukh antara ayat 42 dan 49 surah Al-Maidah ini, mereka tidak berbeza pandangan tentang kewajipan penerapan hukum Islam kepada Islam dan bukan Islam. (Bersambung….)