Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Entry Pertama 2013

Entry pertama di tahun 2013. Lusa cuti umum Maulidur Rasul,  Isnin depan pula Thaipusam. Mana yang ambil cuti pada Jumaat maka panjanglah cuti tu. Tapi saya bekerja pada hari Jumaat ini. Akan balik kampung sekejap je menghadiri sepupu kahwin. Selebihnya jadual dah penuh.

Sejak 2 tahun lepas tulisan saya cenderung kepada Arab Spring. Mungkin juga 2013. Boleh kata saya mengikuti perkembangan Arab Spring sejak ia bermula. Antara tulisan terawal http://www.jemaah-islam.blogspot.com/2011/02/menyingkap-makar-kufar-di-tunisia.html. Ketika ia tercetus di Tunisia pada Disember 2010, kebetulan ada sahabat-sahabat Arab yang sibuk membincang kebangkitan ini. Saya turut teruja. Menuruti perkembangannya, memang ada pelbagai sentimen yang bercampur baur. Baik di Tunisia, Algeria, Jordan, Saudi, Mesir, Yaman, Libya, Bahrain dan Syria ada yang bangkit sekadar nak tukar pemerintah, ada yang nakkan kebebasan dan demokrasi, ada yang terhimpit dengan desakan hidup dan tidak kurang yang mahukan Islam. Dari Arab Spring ini umat mula sedar mereka adalah pemilik kekuasaan, umat sudah tidak takutkan pemerintah tetapi pemerintah pula yang takut kepada umat. http://www.jemaah-islam.blogspot.com/2011/04/pendirian-saya-revolusi-yang-penuh.html

Pemikiran umat sangat dipengaruhi oleh parti politik yang menjadi sandaran. Apa yang terjadi di Yaman adalah sebuah kegagalan. Di Tunisia dan Mesir, umat menyandarkan kepercayaan mereka kepada parti politik dengan latarbelakang Ikhwanul Muslimin. Parti An Nahdhah dan FJP membawa umat kepada negara sivil demokratik, US sekali lagi berjaya. Sinar yang masih ada di Syria. Tanpa liputan media, kebangkitan yang dipimpin Hizbut Tahrir sejak 15 Mac 2011 ini membawa umat menolak segala idea dan agen barat. Para mujahidin telah bersumpah untuk menegakkan khilafah. NATO dan Russia telah menggerakkan misi tentera terbesar sejak era perang dingin, kenapa?

Mali. Sebuah negara francophone yang selama ini dibawah kuasa Perancis. Berlaku rampasan kuasa tentera kira-kira sebulan sebelum pilihanraya. Notabenanya, US mahu merampas penguasaan dari Perancis. Parang mujahidin berjaya mengambil kesempatan dan menguasai sebahagian besar Mali. Perancis kini sedang menghantar bala tentera untuk menggempur para mujahidin. Semoga Allah menurunkan tenteranya membantu para mujahidin ini dan menewaskan tentera kufar.

Kita mengharapkan khilafah dapat tertegak dalam masa yang terdekat ini. Inilah yang dakwah yang perlu disampaikan agar umar di Malaysia dan juga Indonesia peka dengan perkembangan ini. Wallahua'lam.

Tuesday, December 18, 2012

Arab Spring Pasca Serangan ke Atas Gaza

Salam buat pembaca,

Arab Spring sentiasa menarik perhatian saya. Itulah yang banyak saya coretkan di sini 2 tahun terakhir ini. Terharu dengan pengorbanan umat dan pengharapan yang besar sesuatu bisa tercipta dari kebangkitan ini. Tetapi realitinya bukan semudah itu. Umat bersatu bangkit untuk menjatuhkan pemerintah yang zalim, itu fakta yang jelas. Tetapi umat belum bersatu untuk membuat perubahan yang sebenar untuk melaksanakan Islam. Kufar barat terutama US setakat ini berjaya mengarahkan kebangkitan itu menuju apa yang mereka rencanakan, negara sivil demokratik. Apatah lagi apabila ada figur dan parti Islam yang sanggup melaksanakannya. Umat tertipu.

Saya berkesempatan berkongsi pandangan tentang kebangkitan ini Ahad lepas dalam Forum Dunia Arab Pasca Serangan Gaza di sebuah masjid di Shah Alam. Ketika media massa membawa sudut pandang yang berbeza tentang kebangkitan ini, untuk menerangkannya balik kepada umat bukanlah mudah. Mungkin klip rakaman ini boleh menjelaskan.

                                                             Pusingan Pertama

                                                                    Pusingan Kedua

Saturday, December 15, 2012

SUMPAH MUJAHIDIN DI SYRIA


Ketika US sedang berusaha menjayakan makarnya dengan National Coalition dengan melibatkan Ikhwanul Muslimin, golongan liberal, wakil puak Kurdis dan sebahagian mujahidin FSA yang tertipu, muhajidin Ansar Khilafah ini terus berjuang menegakkan Islam yang murni. Semoga Khilafah akan tertegak di bumi Sham tidak lama lagi.

Friday, December 7, 2012

Syria 2


  1. Assad dlm keadaan lemah. Liga Arab menyatakan Assad boleh jatuh bila2 masa. Ramai pemimpin tentera spt Manaf Tlass, Perdana Menteri, col riad assad (pengasas FSA) duta2  telah berpaling tadah, ramai gak yg dah terbunuh spt general, timbalan menteri pertahanan dan ketua KDN.

  1. Konflik besar sekarang samada National Coalition for Syrian Revolutionary and Armed Forces(NC) berjaya mengambil alih Syria atau tidak. BBC secara terus terang mendakwa NC ini anak yang dibidani US yg sgt susah nak dilahirkan. US masih cuba menyelesaikan konflik Syria ini dengan style ala Mesir dan Yaman, minimal intervention. Di dalam NC itu ramai golongan liberal, kurdis dan Ikhwanul Muslimin termasuk pemimpinnya AlBayoununi. Mereka masih bertelagah siapa yang nak dipilih jadi Prsiden Sementara, tetapi bagi US walau golongan mana yang naik US tetap menang. NC juga cuba mendekati FSA, sejauh mana kejayaan ana tidak tahu.

  1. Di satu pihak lagi adalah briged2 Jihad seperti Jabhah Nusrah, Briged Tauheed dan termasuk FSA.  Temuramah K.com menafikan briged2 ini mendapat bantuan peralatan tentera dari Turki dan Qatar. Jika kita baca petakan kawasan yang dikuasai  mujahidin ini kita akan lihat mereka dah menguasai kebanyakan bandar utama. HTI melaporkan pertemuan HT dengan mujahidin di Baba Amr, suatu daerah berdekatan Homs yang terjadi pertempuran yg sgt hebat. Tidak banyak berita yg dilaporkan berkenaan kejayaan mereka oleh media. Tetapi dari youtube, dan laporan2 lain kita boleh melihat kejayaan briged jihad ini.

  1. Kita boleh lihat kesan dari pengaruh HT kepada briged2 jihad ini. Antaranya mereka secara terbuka melaungkan khilafah dan negara Islam. Kenyataan yang menyebut 4 kaedah pemerintahan yang itu sebenarnya tabanni HT. Oleh itu,  sangat merbahaya bagi Amerika jika NC sekali lagi gagal dan mujahidin ini berjaya potensi khilafah di Syria adalah besar walaupun cabaran lebih besar. Wallahu a'lam.

Wednesday, November 28, 2012

Penipuan Politik

Umat Islam sering kali ditipu secara politik. Masih ingatkah kita bagaimana sebahagian umat Islam dulu pernah menyanjung Mustafa Kamal Attarturk, menganggapnya wira Islam sebenar hasil kemenangannya di Perang Gallipoli. Khalifah pula dianggap sebagai pengkhianat agen kepada British. Kebodohan ini kita bayar dengan harga yang sangat mahal, hancurnya Khilafah Islam.

Dunia Arab pernah menyanjung Gamal Abdul Naser. Dia dianggap nasionalis Arab apabila menghalau cengkaman Bristish ke atas Terusan Suez. Dia juga dianggap pejuang yang berani menentang US. Fakta terkemudian menunjukkan dia sebenarnya adalah agen US sehingga Soviet pun tertipu.

Perjuanganan Palestin juga pernah menyanjung Yasser Arafat sebagai pejuang kemerdekaan. Selepas hampir 20 tahun kemudian, barulah mereka sedar ianya satu pembohongan.

Pembohongan politik telah banyak berlaku dan masih banyak berlaku. Sedihnya, hanya selepas puluhan tahun atau lebih 50 tahun barulah maklumat ini didedahkan sebagai classified . Masa itu generasi baru yang baru nak mengerti makar politik ini. Para penganalisa politik biasanya mengetahui realiti ini, tetapi golongan cerdik pandai ini kebanyakkan meraka telah dibina sudut pandang yang selari dengan realiti ini. Maka analisa mereka menjurus pengabsahan realiti tersebut. Jika dulu golongan cerdik pandai jugalah yang paling termakan propaganda ini, hari ini maklumat telah sampai hampir disetiap rumah. Propaganda semakin meluas.

Dalam berita, ada maklumat yang benar. Ada juga maklumat yang benar tetapi suatu propaganda. Ada juga maklumat yang benar, tetapi bertujuan pengalihan fokus. Contoh terang bersuluh 9/11 benar-benar terjadi, tetapi dipenuhi dengan propaganda dan pembohongan terancang. Rakyat US sendiri ramai tidak percaya, tetapi ia berjaya mengubah senario 'keselataman' dunia dengan justifikasi mitos Al Qaeda. Ini contoh mudah, ada banyak lagi kes spesifik dan kompleks.

Saya bukanlah nak mengupas bagaimana analisa politik dibuat dengan kerangka Islam. Kerana ia memerlukan kita memahami banyak perkara. Antaranya konsep dan metodologi pengembang idealogi di dunia,  dan juga International stance berkait hubungan dan kepentingan negara superpower, negara pesaing, negara satelit, negara pengikut dan negara hamba. Kita juga perlu memahami akar permasalahan di setiap benua. Selain idealogi, perlu kita fahaman pelan jangka panjang mereka dan kemudian membaca segala taktik, strategi, pendekatan, propaganda, alat dan orang yang digunakan.

Kuliah-kuliah politik di Universiti mengajar analisa politik, tetapi apakah sudut pandangnya? Akhirnya, ia melahirkan penganalisa Islamis tetapi masih dengan sudut pandang yang keliru. Inilah yang benar-benar terjadi hari ini.

Kes serangan Zionis di Gaza, saya memang sudah bersedia dengan mereka yang akan bertentangan pendapat, anticipated.  Cuba kita lihat berita kulit yang sampai kepada masyarakat, Zionis serang Gaza.  Zionis tidak dapat bertahan dengan serangan balas Hamas, terpaksa menerima syarat genjatan senjata Hamas. Dr Morsi adalah wira baru. Bukan saja media dari kalangan umat Islam, malah media barat juga menyodorkan propaganda yang sama. Itulah yang sampai kepada umat, itulah yang dibanggakan oleh sesetengah aktivis Islam. Ia memang benar-benar terjadi, tetapi apakah itu yang direncana atau sekadar camouflage agar kita jadi suka, lalu terpedaya?

Fikir-fikirkanlah....




Monday, November 26, 2012

GENJATAN SENJATA GAZA: KONSPIRASI BUSUK AMERIKA

SERANGAN UDARA 
Zionis serang Gaza lagi. Bermula dengan serangan yang membunuh pemimpin Briged Izzudin Al Qasam, Ahmad Jabari, pada 14 Nov 2.45 ptg. Diakhiri genjatan senjata selepas 8 hari. Ini mengulangi skrip yang sama saban tahun. Begitulah seperti Operasi Cast Lead pada 2007, 2008, terbesar pada 2009 dan 2010. Malah 3 jam selepas serangan bermula, US telah menyeru genjatan lama jangka panjang. Ia mengulang skrip lama. Israel serang Gaza, pemimpin Arab merangka genjatan senjata, US mastermindnya, Israel setuju dan kemudian cabul genjatan senjata. Pada 2008, Hosni Mubarak jadi hero kononnya merangka genjatan senjata. Kali ini Dr Morsi jadi hero terkini.

Apakah genjatan senjata dan perjanjian damai penyelesian bagi yang benar bagi Palestin?
Ataukah Fatwa Qardhawi untuk boikot produk Israel penyelesaian Palestin?
Atau bantuan kemanusiaan seperti perubatan, makanan, selimut dan bantai persis mangsa tsunami dan taufan?
Atau Palestin ini memang tiada penyelesaian, hingga turun Imam Mahadi dan Nabi Isa?

JENAZAH ASSYAHID AHMAD JABARI
Disebalik Perjanjian Damai

Pelbagai siri perjanjian damai telah diadakan, kononnya bagi menyelesaikan masalah Palestin dengan mewujudkan 2 negara Palestin dan Israel. Ia sebagaimana terkandung dalam Resolusi 181 PBB pada 1948. Perjanjian Oslo, Camp David, Wadi Urubah, Sharm Al Sheikh, Doha dan sebagainya adalah perjanjian untuk memaksa umat Islam terutama pemimpin Palestin menerima penyelesian 2 negara ini. Fatah sudah lama  mengkhianati Islam, menerima perjanjian ini. Hamas walaupun menerima sanggup penerima 'penguasaan' di Gaza, tapi masih keberatan menerima pemecahan 2 negara ini. Cuma sejak terlibat dalam pilihanraya, aktiviti jihad tidak segencar dulu kecuali Briged Izzudin Al Qassam. Dan inilah perancangan tersusun US, untuk melunak Hamas melalui Morsi. InsyaAllah ia tidak akan berjaya kerana ramai di sana itu pejuang-pejuang Islam yang ikhlas.

PERSIDANGAN LIGA ARAB DI KAHERAH
Morsi sejurus serangan Gaza kali ini, memanggil persidangan tergempar Liga Arab. Sayangnya hasil dari rundingan itu Menteri Luar Qatar memberi jaminan tiada tentera negara Arab yang akan dikerahkan ke Gaza. Mereka komited untul mengatur rundingan damai ke arah genjatan senjata. Qatar memberi bantuan USD10 juta untuk rakyat Gaza dan Jordan mengumumkan bantuan kemanusiaan. Erdogan kurang menonjol kali ini. Kenyataannya" (serangan Israel) ini bukan misi mempertahankan diri, tetapi penghapusan etnik" dibidas Obama sebagai tidak membantu. Sememangnya Erdogan kurang campur tangan bagi kes Gaza kerana Turki lebih sibuk merencana penyelesaian konflik Syria. Sedangkan Briged-briged Jihad dilkaporkan sudah menguasai 65% Syria dan berjuang untuk menegakkan negara Islam.

Dr Morsi memainkan peranan besar bagi kes Gaza. Obama dilaporkan telah berbincang dengannya untuk memainkan peranan mengatur genjatan senjata. Hillary Clinton terbang terus ke Israel bertemu dengan Benjamin Netanyahu, kemudian bertemu dengan Mahmud Abad di Tebing Barat, sebelum bertemu Morsi di Kaherah. Akhirnya Dr Morsi berjaya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan Hamas. Genjatan senjata dimeterai setelah Israel bersetuju dengan dengan isi perjanjian. Antaranya genjatan senjata jangka panjang dan dan pembukaan blockage gaza,

Kenapa Genjatan Senjata Jangka Panjang?

Sikap Hamas tidak mengiktiraf negara Zionis dan serangan roket berkala ke Israel adalah suatu ancaman kepada Zionis dan rakyatnya. Israel adalah negara kecil dengan jarak rentas sempadan hanya 40 batu nautica. Di setalahnya adalah Mesir, diutaranya adalah Syria. Kini, Israel perlu mengerahkan kekuatannya ke utara, Bukit Golan, bersedia menghadapi segala kemungkinan di Syria.

Briged Jihad Attawheed bersama FSAsemakin kuat di Syria. Asad semakin lemah. SNC telah gagal dan US telah menggantikannya dengan National Coalition for Syrian Revolutionary and Oposition Forces (NCS). Ketuanya adalah seorang Imam dari Damascus. Turki dan Qatar memainkan peranan yang besar untuk memastikan penyelesaian Syria berakhir dengan aspirasi US. Alternatif lain adalah dengan mengenengahkan Ikhwanul Muslimin. Malah, pemimpin-pemimpin IM di Syria telah secara terang-terangan akan melaksanakan  pemeritahan negara sivil, bukan negara Islam. Itu makar mereka, tetapi bagi Israel mereka perlu bersedia bagi worst case senario andai segala makar jahat itu tidak berjaya. Bagaimana jika Briged-briged jihad itu berjaya menguasai Syria, mereka ini perjuangannya adalah negara Islam dan rapat dengan Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir Syria juga semakin kedepan bersama umat memperjuangkan khilafah, segala kemungkinan boleh terjadi dalam keadaan begini.

Israel perlu mengarahkan lebih penumpuan tenteranya ke Bukit Golan. Ia tidak mampu berhadapa dengan dua musuh dari Gaza dan Syria dalam satu masa. US memainkan peranannya menjadikan Dr Morsi sebagai bidak perbincangan dengan Hamas. Agar Hamas lebih lunak dan tida mengambil kesempatan andai Israel menghadapi saat kritikal di Bukit Golan. Zionis memerlukan genjatan senjata jangka panjang.

Apakah Tiada Penyelesaian?

Boikot bukan penyelesaian bagi Palestin. Bantuan kemanusiaan mungkin membantu meringankan penderitaan, tetapi ia tidak menyelesaikan penjajahan Zionis di Bumi Suci Palestin. Dan dunia Arab terus mengkhianati Palestin dengan perjanjian damai dan genjatan senjata. Walhal Allah telah menunjukkan penyelesainnya bagi bumi Islam yang diserang. Firman Allah yang bermaksud:

" Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang tidak melampaui batas. Dan bunuhlah mereka di mana kamu menjumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka mengusirkamu..... " (Al Baqarah 190-191)




JIHAD DAN KHILAFAH UNTUK MENGHENTIKAN INI SEMUA

Dalam kitabnya Al Hasyiah, Ibn Abidin menyatakan fardhu ain bagi mereka yang tinggal di sekeliling wilayah yang diserang kaum kufar untuk membantu umat Islam yang diserang. Manakala fardhu kifayah bagi umat Islam yang jauh. Sayangnya realiti hari ini, semua pemimpin Arab mengkebirikan tentera-tentera mereka. Erdogan yang kononnya lantang menghentam Zionis, hanya mengutuk apabila Zionis menembak mati 4 rakyatnya dalam misi Mivi Marmara. Apatah lagi menghantar tentera. Ketika kempen presiden mesir di Dataran Tahrir Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Muhammad Badie, melaungkan Jihad untuk membebaskan Palestin esok hari dan Gaza sebagai ibu kota Khilafah dan malah mengkritik genjatan senjata yang diusahakan Morsi

Sedih sekali hingga kini walau Gaza sekali lagi diserang tiada jihad kecuali genjatan senjata yang dipelopori US. Jika mereka yang kononnya memperjuangkan Islam sendiri bersikap begini, apatah lagi yang boleh diharap kepada rejim-rejim Qatar, Saudi, Jordan dan sebagainya itu. Oleh itu, kita tiada pilihan lain kecuali  menguasahakan penyelesaian ampuh, iaitu khilafah yang mana akan melancarkan jihad membebaskan Palestin. Benarlah sabda Nabi yang bermaksud"

"Imam itu umpama perisai,(umat) berperang dan berlindung (dibelakangnya)" (HR Muslim)

Thursday, September 20, 2012

ARAB SPRING, BUNGA YANG MEKAR

Masih lagi Kebangkitan Arab. Mesir kita dah tahu skripnya, peralihan kuasa dari negara tentera kepada negara sivil demokratik( Civil Democratic Islam- Cheryl Benard- Rand Corp. ) Libya sedang mengikuti jejak Mesir, Libya National Transitional Council(NTC)  sedang buat kerja saling tak tumpah SCAF di Mesir.  Syria  pula agak mengujakan kerana umat masih menolak demokrasi. Syrian National Council (SNC) masih belum diterima dan hanya dapat bergerak di luar negara. Free Syrian Army (FSA) yang bercampur antara golongan yang ikhlas dan juga liberal, dirasakan lebih dekat dengan umat. US masih membiarkan Tentera Rejim Assad membantai rakyatnya sehingga umat terdesak menerima campurtangan mereka membina sebuah negara sivil demokratik. Bahrain pula hanya sebuah negara kecil yang amat mudah bagi US mengarahkan telunjuknya bila-bila masa.

Bagi negara No.1  seperti US, politik adalah seni tipu daya. Tiada kawan yang tetap, tiada musuh yang tetap, tetapi yang tetap hanyalah kepentingan US. Merekalah yang menaikkan rejim-rejim tersebut suatu masa dahulu, sekarang mereka menaikkan pemerintah baru atas nama demokrasi pula. Dasar penjajahan US terhadap dunia Arab tidak berubah, yang berubah hanyalah strategi dan bidak-bidaknya.

Mengikuti perkembangan Arab Spring ini menguja tetapi agak melelahkan kerana setiap agensi berita mempunyai sudut pandangnya sendiri. Setidaknya ada 3 point penting yang perlu kita faham:

1) Umat Islam di dunia Arab memang mempunyai banyak faktor untuk bangkit. Dari kezaliman pemerintah, kesempitan ekonomi hinggalah kepada faktor idealogi Islam. Cuma, kemarahan umat tidak akan meledak kecuali ada pihak yang mencetus, merancang dan memimpin kebangkitan. Di sinilah tidak boleh dinafikan peranan US, tetapi mereka sendiri tidak dapat mengawal maraknya api dari kerosin yang disimbahkan. Merekalah yang melatih social dan political media Arab untuk mengeluarkan maklumat berterusan secara pantas.

2) Untuk mengekalkan hagemoninya, US perlu menukar rejim-rejim tirani kepada negara sivil demokratik. Inilah pelan US untuk dunia Arab. Di setiap negara Arab itu, terdapat situasi dan permasalahan yang perlu ditangani dengan strategi dan bidak-bidak yang berbeza. Oleh itu, baik apa pun wajah aliran politik yang terlibat dalam demokrasi yang dicanangkan itu sebenarnya mereka telah terjebak perangkap agenda US di dunia Islam.

3) Umat sebenarnya mempunyai perasaan yang sangat besar kepada Islam dan kebencian yang meluap-luap kepada US, inilah gelombang kebangkitan yang perlu disalurkan US. Buktinya, parti-parti Islam yang memasuki pilihanraya demokrasi mendapat kemenangan yang besar berbanding parti-parti liberal dan sosialis. Umat memerlukan pimpinan dari parti politik Islam untuk memimpin mereka menegakkan Islam. Keterlibatan parti Islam dalam demokrasi dan memimpin negara sivil demokratik yang merupakan agenda US, sedikit sebanyak berjaya meredam kebangkitan itu. Sepatutnya, parti Islam menolak agenda US ini dan menerangkan kepada umat bagaimanakah kebangkitan yang sebenar kerana dalam tubuh umat Islam di dunia Arab itu telah ada keinginan yang cukup besar untuk mendirikan semula Khilafah Islam.

InsyaAllah bunga-bunga dari Arab Spring ini akan terus mekar menghiasi penjuru dunia ini dengan warna-warni keindahan Islam. Apa yang dapat saya lihat, khilafah itu memang semakin hampir!

Wednesday, August 29, 2012

KEBANGKITAN MESIR DAN KEMENANGAN IKHWANUL MUSLIMIN


Hosni Mubarak yang memerintah secara kuku besi selama 30 tahun akhirnya tumbang. Ratusan ribu umat yang berarak di Dataran Tahrir menyambutnya dengan penuh syukur dan gembira. Kebangkitan secara besar-besaran bermula pada 25 Januari 2011, kini menjadi hari tarikh sambutan Hari Kebangsaan Mesir. 18 hari kemudian Mubarak tumbang. Kemudian diadakan Referendum Perlembagaan ke arah Pilihanraya Parlimen dan Pilihanraya Presiden. Kini Mesir sedang mengalami perubahan dari negara  yang dikuasai tentera kepada Negara Sivil Demokratik di bawah pimpinan Presiden yang baru dilantik, Dr Mohammad Morsi dari Freedom and Justice Party (FJP).

Kemenangan parti Islam sememangnya dijangka. Pakatan Demokratik yang diketuai FJP menang 45% kerusi, mana kala Blok Islam yang diterajui Parti Nour menguasai 25% kerusi parlimen. Baki 30% lagi dikongsi oleh pelbagai parti yang kebanyakkan dari latar belakang sekular liberal. Ia memperlihatkan betapa umat mahukan perubahan  dan hilangnya kepercayaan kepada golongan liberal. Malah dalam pilihnraya Presiden masih lagi dimenangi calon dari parti Islam walaupun pelbagai suruhanjaya pilihanraya yang boleh dipersoalkan.

Jutawan Ahmad Al Shater dilihat sebagai calon utama Presiden Mesir dari Ikhwanul Muslimin sebelum pencalonon beliau dibatalkan. Pun begitu masih lagi calon dari latar belakang Ikhwanul Muslimin mendapat sokongan rakyat. Dr Morsi menghadapi keadaan yang genting berikutan kemenangannya. Jawatankuasa Khas Angkatan Tentera (SCAF) yang merupakan kerajaan sementara untuk menguruskan peralihan kuasa, telah meminda peruntukan perlembagaan dengan menyempitkan kuasa Presiden  dengan memberi lebih kuasa kepada tentera. Ini merupakan cabaran paling besar kerana SCAF terdiri dari 21 pegawai tertinggi tentera dari zaman Hosni Mubarak yang turut mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat(US) dan Israel.

Morsi perlu menjaga hubungan baik dengan Israel yang bersempadan dengan Mesir sepajang 270km. Sejak perjanjian Camp David 1979, Mesir telah memainkan peranan yang baik  untuk Israel. Antaranya Mesir telah menghormati dan menjaga persempadanan dengan Israel, memastikan tiada pejuang Islam yang menggunakan Mesir sebagai pusat atau transit untuk menyerang Israel dan akur dengan arahan Israel dalam soal persempadanan  terutama di Rafah.

Penerimaan dunia terhadap kepimpinan FJP yang berlatarbelakang Ikhwanul Muslimin ini banyak dipengaruhi oleh pengiktirafan US. Malah terkait  rapat.juga hubungan dengan Israel. Dalam kebangkitan umat di Mesir, kita dapat lihat strategi yang dimainkan US dalam 3 peringkat:
a)      Sebelum kejatuhan Hosni Mubarak
      Kebangkitan besar-besaran rakyat Mesir bermula pada 25 Jan 2011 , saing dengan Syria. US telah membuat persediaan untuk menurunkan Hosni Mubarak. Sehari sebelum itu pada 24 Jan, Panglima Angkatan Tentera Mesir, Gen Sami Hafez Anan, telah dipanggil ke Washington. US cuba memimpin kebangkitan melalui Ketua IAEA, Muhammad Al Baradei, tetapi tidak berjaya. Kemudian, pada 30 Jan Gen Sami Hafez Anan bersama Menteri Pertahanan Mesir, Field Marshal Hussein Tantawi, telah menemui Setiausaha Pertahanan US bersama Menteri Pertahanan Israel. Jawatankuasa Khas Angkatan Tentera telah ditubuhkan pada 9 Feb 2011 untuk menguruskan peralihan kuasa. Mubarak meletakkan jawatan 2 hari kemudian setelah berkuasa selama 30 tahun. Dia jatuh dalam kebangkitan rakyat hanya dalam 19 hari. Rakyat Mesir berpesta penuh kesyukuran meraikan kejatuhan pemerintah zalim itu. Yang nyata, US masih lagi terlibat dalam menentukan hasil kebangkitan umat ini.

Sambutan Kejatuhan Hosni Mubarak di Dataran Tahrir
b)      Antara Kejatuhan Hosni Mubarak Hingga Kemenangan Ikhwanul Muslimin dalam Pilihanraya Parlimen dan Presiden
      Sejak awal lagi Ikhwanul Muslimin dijangka akan mendapat sokongan rakyat. Malah, diperingkat kepimpinan IM Mesir mereka berbeza pendapat samada mahu terlibat dalam pilihanraya atau sekadar menjadi whistle blower sahaja. Kerana sekiranya mereka bertanding peluang untuk menang adalah sangat besar dan IM akan berhadapan dengan cabaran untuk memerintah Mesir. Malah, Parti An Nour berlatar salafi yang baru ditubuhkan juga mendapat sokongan yang agak besar dari rakyat.

Referendum Perlembagaan diadakan untuk mendapat pandangan rakyat. Akhirnya ia membawa kepada pilihanraya Parlimen dari Nov 2011 hingga Jan 2012. Pakatan Demokrasi yang dipimpin FJP dan Blok Islam yang diketuai Parti Nour menang besar. Pakatan Demokrasi mendapat 45% kerusi manakala Blok Islam memperoleh 25%. Selebehnya dikongsi oleh parti-parti liberal dan Parti Wafd. SCAF telah beberapa kali meminda Perlembagaan baru Mesir untuk memberi lebih kuasa kepada tentera. Malah SCAF mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan Parlimen dan Presiden.

Pilihanraya Presiden menimbulkan banyak ketegangan apabile 10 orang calon dibatalkan termasuk 2 calon pilihan Ahmed Al Shater dari Ikhwanul Muslimin dan Omar Presiden, bekas Timbalan Presiden pada zaman Mubarak. Ahmed Al Shater yang juga seorang jutawan dan sangat berpengaruh di Mesir dilihat calon paling utama untuk memenangi pilihanraya Presiden. Walaubagaimana pun Dr Morsi dari IM tetap memenangi Pilihanraya Presiden yang diadakan dalam 2 peringkat. Tentunya beliau berhadapan dengan tugas yang amat getir.

c)      Selepas Kemenangan Ikhwanul Muslimin

Konteks dalam negara, Dr Morsi menghadapi SCAF yang masih berkuasa dan dominan. Beliau juga berhadapan dengan tekanan dari Israel. Paling utama adalah untuk mendapatkan restu US kerana US menguasai SCAF dan juga berpengaruh ke atas Israel.

Sejurus kemenangan Morsi, Setiausaha Luar Negara US, Hillary Clinton, telah menemui beliau di Kaherah. Selepas pertemuan tersebut, Hillary telah menemui Ketua SCAF Marsyal Hussein Tantawi secara berasingan. Dalam sidang media yang diadakan selepas itu Hillary telah menegaskan kepentingan untuk menghormati perlembagaan baru oleh semua pihak, menggesa tentera untuk menyerahkan kuasa sepenuhnya Presiden, memastikan kestabilan rantau(baca: Israel) dan menyeru kerjasama semua pihak untuk kearah sebuah negara sivil yang demokratik.

Pertemuan Hillary dan Morsi
Dr Morsi setelah itu dalam kenyataanya menafikan akan menerapkan hukum syariat kerana beralasan syariat telah terkandung dalam perlembagaan Mesir 1923. Beliau juga menyatakan akan menghormati semua perjanjian dengan Israel. Pemimpin dan media Israel agak bersikap lunak terhadap kepimpinan baru Mesir ini walaupun dalam masa yang sama terus mengkritik dan menyatakan kebimbangan. Kejadian pembunuhan pengawal sempadan Mesir di wilayah Sinai telah dimanipulasi Israel untuk memberi tekanan kepada Morsi kononnya keselamatan Israel terancam. Sebagai respon, Morsi bersetuju menempatkan kereta kebal dan pesawat di situ.

Antara kejayaan terbesar Morsi setakat ini adalah dengan menamatkan jawatan Field Marsyal Hussein Tantawi dan Gen Sami Hafez Anan. Ia dilihat sebagai tindakan yang cukup berani oleh Morsi dalam keadaan beliau baru berkuasa. Malah ada penganalisa politik menyatakan setelah tindakan tersebut maka Morsi lebih berkuasa dari Hosni Mubarak suatu masa dulu. Morsi melantik Gen Abdoul Fatah Al Sissi, bekas Ketua Perisikan Mesir sebagai ketua tentera yang baru. Sissi yang dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Ikhwanul Muslimin sejak dulu, sebenarnya juga rapat dengan US. Sissi juga seorang pegawai tentera yang rapat dengan perisikan tentera US. Penasihat Anti Pengganas kepada Presiden Obama, telah menemui Sissi semasa lawatannya ke Mesir pada Oktober lepas. Wall Street Journal menyatakan itu petanda bahawa Maryal Hussein Tantawi yang hampir memcecah 80 tahun bersetuju Sissi sebagai pengganti. Pejabat Presiden US ketika mengulas perlantikan itu menyatakan Sissi sebagai pegawai tentera yang telah lama bekerjasama dengan US, yang akan terus bekerjama dan menghargai perdamaian dengan negara-negara jiran.
Dari Kiri; Field Marsyal Hussein Tantawi, Dr Mohammad Morsi  dan Gen Sami Hafez  Anan

SENARIO MASA DEPAN

US memberi tanggungjawab kepad Dr Morsi dan FJP untuk menubuhkan sebuah negara sivil demokratik di Mesir menggantikan negara tentera. Mesir perlu meneruskan peranan untuk menjaga kepentingan dan keselamatan Israel tetapi dalam masa yang sama Morsi perlu mengambil langkah-langkah popular untuk mendapat sokongan rakyat dan dunia Islam. Antaranya dengan membuka kembali pintu sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir dengan Gaza, suatu keputusan yang telah dibuat oleh SCAF 2 bulan selepas kejatuhan Mubarak. Banyak perkembangan politik di rantau tersebut yang akan menguji peranan Mesir terutama berkaitan Israel. Sebagaimana Mubarak, lama mana kekuasaan Morsi banyak ditentukan oleh US dan Israel, selain sokongan rakyat Mesir.

KESIMPULAN

Morsi sedang menghadapi cabaran yang sangat genting untuk membangunkan Mesir, mengurangkan pengaruh tentera, mengimbangi tekanan Israel dan mendapatkan redha US. Inilah realiti kekuasaan yang diperoleh melalui jalan demokrasi. Rakyat memberi sokongan melalui undi tetapi hakikatnya kekuasaan masih lagi terhad. Tentera, US dan Israel masih mempunyai peranan yang besar. Ini bentuk kekuasaan yang ditolak Rasulullah semasa thalabun nusrah, di mana ada bani-bani yang sanggup memberi kekuasaan secara terhad kerana masih tertakluk perjanjian dengan Parsi atau Rom. Juga Rasulullah menolak kekuasaan yang bersyarat yang tidak syar’ie. Sedangkan hari ini betapa banyak perkara yang tidak syarie telah dilakukan FJP untuk mengekalkan kuasa di Mesir. Mengikitiraf Israel, tunduk kepada US, menerapkan negara sivil demokratik hingga memohohon pinjaman USD4.6 billion dari IMF. Walaupun ia akan dihalalkan dengan alasan maslahah politik, hakikatnya ia adalah pelanggaran hukum dan pengkhianatan kepada umat Islam. Semakin jelas, kekuasaan sebenarnya tidak akan mampu diraih melalui demokrasi. Khilafah hanya akan bangkit melalui thariqah nubuwwah, insyaAllah.






Tuesday, April 10, 2012

SYRIA... DI MANA KUASA UMAT ISLAM?


Pada minggu lepas, PBB mengeluarkan arahan kepada Rejim Bashar Al Assad untuk mengundurkan tentera pada hari ini, 10 April. Itu melalui setiausahnya, Ban Kim Moon.  Kofi Anan pun dikatakan terus berusaha untuk membawa misi damai melalui Liga Arab-PBB.

U.S terus memberikan tekanan kepada Rejim Bashar Al Assad. Saudi, Turki dan Qatar negara yang digunakan. Senjata dibekalkan kepada tentera pembebasan Syria, begitu bantuan kewangan dan dokongan politik. Turki terus mempromosi Syria National Council untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai satu-satu pihak yang yang sah mewakili Syria.

Russia pula terus menyokong Rejim Assad, tetapi mendesak Syria agar memenuhi misi damai Liga Arab -PBB.

Apa yang sedang berlaku?

Kenapa US, melalui bidak-bidaknya mahukan SNC?

Kenapa Rusia, menyokong Asad?


Apa penyelesaiannya?????

Sunday, March 18, 2012

GAJI MINIMA: APAKAH MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH?



Isu gaji minima kepada kakitangan sektor swasta telah sekian lama diperjuangkan Kongres Kesatuan Sekerja, MTUC. Kenyataan Pakatan Rakyat(PR) untuk memperkenalkan gaji minima di dalam Buku Jingga dilihat dapat meraih sokongan golongan pekerja bawahan terutamanya.Dengan 2.2 juta pekerja berpendapatan dibawah RM1000 sebulan, ia sememangnya memberi tekanan politik kepada kerajaan BN. Apatah lagi setelah Kerajaan PR Negeri Selangor memuatkannya dalam bajet 2012, gaji minima RM1500 untuk kakitangan awam negeri. Menteri Sumber Manusia, Dr S Subramaniam telah beberapa kali menyatakan kerajaan kononnya akan menetapkan kadar gaji minima RM900, dengan mengambil kira syor yang dikemukakan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN). Ia telah menimbulkan ketidaksetujuan dari pihak majikan, malah ada yang menganggap ini adalah atas desakan politik.

ASAS GAJI MINIMA



Kapitalis memperkira gaji seperti mana harga komoditi, ditentukan oleh penawaran dan permintaan. Jika dilihat pada graf di atas, harga sesuatu barang/komoditi akan naik apabila ada kekurangan penawaran atau lebihan permintaan. Ia akan turun apabila ada lambakan barang atau permintaan menurun. Ia adalah suatu yang lumrah dan mudah difahami. Apabila musim buah-buahan seperti rambutan dan durian, harga buah akan turun kerana adanya lambakan. Tetapi apabila bukan musimnya, harga akan naik. Ia memang mudah difahami. Tetapi kapitalisme silap besar apabila membina asas ekonomi dengan menjadikan teori supply-demand(penawaran-permintaan) sebagai mekanisme pengagihan barangan atau perkhidmatan. Kerana realitinya, betapa banyak produk dikeluar hingga harganya jatuh tetap saja ada golongan yang tidak mampu memilikinya. Ini kesalahan utama teori ekonomi kapitalisme.

Dalam persoalan gaji adalah suatu kesalahan untuk menyandarkannya kepada mekanisme penentuan harga barang. Kapitalisme berpandangan dengan meletakkan satu nilai gaji yang dianggap wajar pada garis minima, mampu mewujukankan kesenjangan ekonomi. Walhal realiti yang berlaku kebanyakan negara yang telah mengamalkannya adalah permasalahan yang semakin bertambah.



Dari kajian yang dilakukan, perlaksanaan gaji minima telah menyebabkan peningkatan kos yang signifikan. Ini kerana apabila mereka yang berada dibawah paras gaji minima menerima kenaikan, mereka yang asalnya telah berada pada paras minima akan menuntut kenaikan gaji lalu berikut seterusnya. Ia menyebabkan kenaikan harga barang, akibatnya kenaikan gaji tidak memberi penyelesaian. Malah daya saing syarikat atau negara berkurangan. Di negara maju yang menguasai ekonomi banyak syarikat-syarikat melabur ke negara yang pasaran buruhnya lebih murah seperti Malaysia pada 80an, dan kini di China, Kemboja dan Myanmar. Kesannya mungkin berbeza bagi setiap negara, tetapi bagi negara yang bergantung kepada pelaburan asing seperti Malaysia kesannya lebih teruk apabila syarikat-syarikat ini berpindah ke negara lain. Kita akan lihat pengangguran meningkat, inflasi/deflasi boleh berlaku, tekanan sektor pekerjaan di mana beban dan waktu kerja yang bertambah, yang boleh memicu kenaikan masalah sosial dan kenaikan cukai. Ini antara realiti yang telah berlaku di negara-negara yang mengamalkan gaji menima. Boleh dikatakan kebanyakan negara di dunia telah melaksanakannya untuk sekian lama terutama negara barat dan Afrika, ia tidak menyelesaikan masalah.

PUNCA MASALAH

Punca permasalahan ini adalah ideologi kapitalisme itu sendiri. Ia bukan bukan sekadara kegagalan urustadbir, tetapi kegagalan sistemik. Kapitalisme meletakkan harga sebagai mekanisme pengagihan kekayaan, akhirnya jurang antara kaya dan miskin semakin melebar. Idea ekenomi bebas meletakkan syarikat-syarikat sebagai pemilik konsesi kekayaan alam, menguasai setiap industri pembuatan dan perkhidmatan, pencipta peluang pekerjaan sementara negara berfungsi merangka dan menerapkan dasar, lalu mengutip hasil dari pelbagai jenis cukai. Maka pasaran kerja utama dikuasai oleh sektor swasta.

PANDANGAN ISLAM

Hubungan antara majikan dan pekerja adalah akan ijarah (upah). Syarat keabsahan akad tersebut adalah masing-masing telah mumayyiz , ada ridha antara kedua pihak yang melakukan transaksi dan upahnya harus jelas. Nabi bersabda yang bermaksud:

"Apabila salah seorang dari kalian mengontrak seorang pekerja, hendaknya ia memberitahu upah kepadanya"

Kadar upah itu biasanya disebut (ajrun musamma) atau merujuk kepada upah yang sepadan (ajrun mitsl). Upah tidak boleh dinisbatkan kepada penentuan harga komoditi, iaitu berdasarkan penawaran dan permintaan. Sebaliknya, transaksi dari dua manusia yang saling memerlukan (majikan memerlukan perkhidmatan, pekerja memerlukan bayaran) ini adalah atas dasar masing-masing adalah saling melengkapi. Maka kadar upah sekiranya berlaku perselisihan ditentukan oleh mereka yang pakar untuk menilai berapa upah yang wajar untuk sesuatu pekerjaan, meneliti pekerjaan itu sendiri. Ia bukan berdasarkan keperluan hidup yang perlu ditanggung oleh pekerja, kerana majikan bertanggungjawab membayar bayaran atas kerja dibuat dan bukannya mencukupkan keperluan seseorang.

Aspek gaji ini, terikat dalam sebuah sistem ekonomi, yang mana ia bergantung sepenuhnya kepada ideologi yang diterapkan. Apabila ideologi dan ekonomi yang diterapkan, penyelesaiannya masalah gajinya juga adalah kapitalisme. Mungkin agak sukar bagi sesetengah kita mencerna penyelesaian Islam. Kerana Islam itu perlu diterapkan dari aqidahnya, menjadi ideologi bagi ekonominya yang dibangun bebas dari riba', percukaian, liberalisasi dan penswastaan.

KESIMPULAN

Konsep gaji minima ini adalah tampal sulam bagi menutup kegagalan kapitalisme. Ia tidak menyelesaikan masalah, malah akan menyebabkan lebih banyak masalah. Apatah lagi bagi negara yang kekuatan eknominya masih dalam keadaan rapuh. Ia hanya akan menyebabkan kenaikan harga barang, akhirnya pi mai pi mai tang tu. Apa yang nyata, baik BN mahupun PR perlu melihat penyelesaian Islam dan bukannya berharap kepada idea kapitalisme taghut ini.

Wallahu a'lam.

Saturday, December 24, 2011

Tidak Selamat Hari Natal


Dulu zaman masih kanan-kanak, kami ada jiran bernama Uncle Daniel. Dia bekerja sebagai seorang dressar, berkuturunan India dan dan beragama Kristian. Rumah kami selang satu rumah dari rumah Uncle Daniel.

Setiap kali Hari Raya uncle Daniel dan isterinya akan menziarahi kami. Apabila sampai hari Krismas, dia akan menjemput kami datang ke rumahnya. Saya suka melihat cara hiasan Krismas di rumahnya dengan lampu pokok krismas berkelipan. Ketika saya darjah 5, ibu seperti melarang kami menziarahinya pabila datang hari natal. Saya tidak bersetuju, pada pandangan saya kita adalah masyarakat majmuk wajar saling menziarahi pabila tiba musim perayaan. Itulah yang diajar di sekolah. Apatah lagi sejak darjah 4 saya memang suka membaca surat khabar, termasuk rencana2 panjang di Berita Harian, masa tu harga surat khabar cuma 40sen sahaja. Jadi, pemikiran tentang dasar ekonomi baru, keharmonian kaum, kepentingan budaya dan banyak dasar-dasar kerajaan dan kapitalisme telah meresap ke pemikiran saya sejak kecil lagi.

Apabila bekerja, saya sering mendapat boss bukan beragama Islam. Dulu boss saya beragama Hindu dan Buddha, boss sekarang pula beragam Kristian. Setiap kali Hari Raya mereka mengucapkan selamat kepada saya, ada juga yang datang ziarah ke rumah. Ingat dulu kepada seorang General Manager yang baik dengan saya, sengaja saya melarikan diri darinya pada hari terakhir dia bekerja sebelum bercuti Tahun Baru Cina. Tetapi sebelum dia balik, tetap juga dia memanggil saya. Saya berikan alasan ada kerja, dia sanggup tunggu untuk jumpa sebentar, aduh. Masuk ke biliknya, berbual pendek sebelum dia balik, dia yang mengucapkan New Year kepada saya, saya hanya membalas happy holiday boss.

Halqah di Universiti telah mengubah cara berfikir saya. Kita haram terlibat dalam perayaan yang lahir dari Aqidah selain Islam. Malah haram juga mengucapkan selamat terhadap perayaan tersebut. Mentaliti untuk kononnya nak menarik mereka kepada Islam dengan pendekatan begitu adalah bertentangan dengan syara’, apatah lagi alasan masyarakat majmuk. Saya bukan nak membahaskan dalilnya di sini.

Nyatanya hari ini Islam telah tidak berada di posisinya. Sehingga ada golongan yang cuba meletakkan Islam kononnya agar sebaris dengan agama-agama yang lain. Walhal agama-agama itu sentiasa berada di bawah Islam. Islam itu posisinya adalah sebagai peneraju idealogi dunia, ia adalah rahmat untuk sekian alam. Islam diamalkan oleh individu, dan diterapkan sebagai qiyadah fikriah bagi dunia global. Hukum Islam baik dari struktur kekhilafahan, pemerintahan, perundangan, ekonomi, pendidikan, sosial diterapkan oleh negara dan didakwah sebagai qiyadah fikriah (kepimpinan berfikir) dunia. Polisi luar negara adalah atas dasar dakwah, dan jihad dilancarkan bagi memastikan rahmat ini sampai ke seluruh pelusok dunia.


Khilafah adalah peneraju idealogi dunia. US dengan idealogi kapitalisme selagi belum ditumbangkan, pasti akan cuba mengepalai Britain, Perancis, German dan pelbagai negara lain untuk menewaskan khilafah. Tetapi perang saraf yang akan dilancar khilafah adalah amat kuat. Dengan kegagalan sistem ekonomi kapitalisme hari ini, keruntuhan tamadun manusia di barat, US hanya berharap kepada paksaan dan ketenteraan untuk terus menerapkan idealoginya. Kita akan lihat satu persatu dunia barat meninggalkan kapitalisme dan juga demokrasi. Apabila idealogi ini sudah tidak dipercaya lagi, satu persatu manusia akan meninggalkannya. Ketika itu Islam sampai kepada mereka sebagai sebuah agama dan cara hidup. Bukan saja individu, malah negara. Banyak negara barat ini akan bersatu dengan wilayah khilafah, baik secara diplomatik mahupun jihad. Malah jika futuhat belum berlaku, mereka perlu saja tunduk kepada kuasa baru dunia ini.

Inilah yang berlaku apabila Islam diterapkan dan dikembangkan pada zaman Rasulullah, Khulafa’ urrasyidun, bani umayyah, abbassiyah dan turki uthmaniyah. Dan rasulullah telah mengkhabarkannya akan kembali.

“Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang menggigit; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian.“ Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]

Kitalah watak-watak yang perlu melakonnya atau sekadar mahu jadi penoonton kerana kita hidup dizaman ketika Islam sedang telah dihancurkan dari aspek bernegara setelah 13 abad menguasai dunia. Kembalinya khilafah ini sebenarnya sudah hampir, memang hampir. Pandangan peribadi saya tidak sampai 10 tahun lagi. Ia akan kembali dan kita akan lihat betapa negara khilafah yang asalnya kecil dan lemah ini, akan menyatukan wilayah Islam yang hampir dengannya, kemudian wilayah Islam yang lain, membebaskan biladul Islam yang kini telah ditakluk kufar seperti Sepanyol, mencorakkan halatuju politik dunia, bertentang dengan kuasa dunia lain, dan akhirnya Islam akan dimenangkan. Ketika itu orang akan masuk Islam secara berbondong-bondong dan agama Allah ini akan kembali di posisinya sebagai rahmat sekelian alam.

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya…” (QS An-Nasyr:1-3).

Thursday, September 29, 2011

Krisis Politik dalam Kegagalan Ekonomi


Mungkin ekonomi dunia akan bertambah teruk? Semalam Presiden US, Barack Obama, menyalahkan krisis ekonomi EU yang memarahkan lagi ekonomi yang sedia parah. Awal minggu ini (atau mungkin minggu lepas), kita dikejutkan dengan skandal yang melanda UBS, antara bank terbesar di Eropah dan merupakan bank terbesar di Swiss. Greece telah bankrup akaibat kegagalan membayar hutang. Sepanyol, Itali, Ireland dan Portugal juga sedang bergelelut krisis yang sama.

Segelintir pakar Ekonomi mula menyalahkan pengenalan matawang Euro dikatakan sebagai antara faktor kegagalan ekonomi. Ada yang mengaitkan kegagalan ekonomi ekonomi ini dengan kejatuhan mendadak pertumbuhan ekonoomi US, memandangkan US dan EU saling berkait rapat. Nisbah hutang yang terlalu besar baik berbanding KNK mahupun pendapatan negara, juga menjadi petunjuk kepada krisis ekonomi. Tetapi para ahli ekonomi ini masih tidak mahu mengakui ini adalah permasalahan sistemik kapitalisme.

Saya tertarik membaca analisa berkaitan nisbah hutang penduduk Malaysia. Data dari Bank Negara menunjukkan nisbah hutang kepada pendapatan rakyat Malaysia adalah 39% pada 2006 meningkat kepada 48% pada 2010. Jika trend ini berterusan, fenomena debt bubble yang dialami US dan Eropah, boleh berkemungkinan terjadi di Malaysia. Menjangkakan persekitaran ekonomi yang tidak memberangsangkan dan juga nisbah hutang yang semakin besar, kerajaan telah beberapa kali menyuarakan perkara ini.

Saya tidak pelik jika kerajaan menggula-gulakan kakitangan kerajaan dengan bonus sebagai langkah popular untuk menghadapi pilihanraya. Walaupun sekarang bukan suasana politik yang menyenangkan bagi kerajaan, tetapi pilihanraya perlu diadakan secepat mungkin. Ini kerana, selepas itu mereka perlu mengambil banyak langkah tidak popular untuk menghadapi krisis ekonomi yang dijangkan lebih teruk dari kes sub prima di US sebelum ini.

Persoalannya adakah dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat Malaysia akan mampu keluar dari permasalahan ekonomi global. Saya kata ya, jika pemerintahan yang dibentuk adalah mengambil ekonomi Islam yang mana tidak bergantung dengan rangkaian ekonomi dan kewangan dunia baik IMF, Bank Dunia, WTO dan lain. Ia mustahil dilakukan kecuali mereka membentuk entiti kenegaraan Islam yang mandiri, iaitu khilafah. Penerapan politik ekonomi adalah jauh lebih kompleks berbanding penerapan hukum uqubat seperti hudud, jinayat dan ta'zir. Jika perkara ini tidak berlaku, mereka sekadar membentuk urus tadbir ekonomi yang lebih effisien dan telus dalam sistem kapitalisme seperti negara-negara Scandinavia.

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ? (QS Almaidah: 50)

Semoga kita melihat dunia dengan kacamata Islam yang mampu menembusi dinding idealogi.

Tuesday, April 12, 2011

Revolusi yang Penuh Keberkahan

Revolusi Arab yang sedang berlaku ini adalah sebuah perjuangan yang penuh keberkahan, insyaAllah. Kita lihat saudara kita berarak dan solat beramai-ramai di jalanan. Dari kebangkitan ini ada 3 perkara perubahan besar yang berlaku dalam dunia Islam.

1) Umat telah mula sedar mereka adalah sohibus sulthoh (pemilik kekuasaan), sesuatu yang hilang sejak zaman umayyah. Walaupun pernah berlaku beberapa revolusi dalam sejarah Arab, tetapi pemilihan pemimpin masih dikuasai oleh golongan elit. Begitu juga dengan pilihanraya demokrasi, walaupun umat diberi peluang memilih pemimpin tetapi realitinya berlaku banyak manipulasi.

2)Umat juga sedar sebenarnya umat ada kekuatan untuk mengubah keadaan. Ia memberi kekuatan kepada umat untuk mengorban jiwa dan raga mereka demi melihat perubahan ini.

3) Umat telah tidak takut dengan ancaman dari pemerintah walaupun selama ini pemerintah menyiksa dan menzalimi mana-mana pihak yang menunjukkan penentangan. Sebaliknya, hari ini pemerintah yang sudah mula takut dengan keberanian dan kebangkitan rakyat.

“Sebaik-baik pemimpin kamu, adalah orang yang kamu cintai, mereka pun mencintai kamu. Kamu mendo’akan mereka, mereka pun mendo’akan kamu. Dan seburuk-buruk pemimpin kamu, adalah orang yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu. Kamu melaknat mereka, dan mereka pun melaknat kamu.” (H.r. Muslim dalam Shahih Muslim, III/1481; Al-Baehaqi, Sunan Al-Kubra, VIII.158)

Apa yang dinyatakan dalam hadith ini berkenaan seburuk-buruk pemimpin termanifestasi dalam perjuangan rakyat Arab terhadap pemimpin mereka. Mereka membenci pemimpin mereka, dan pemimnpin mereka turut membenci mereka. Akhirnya mereka keluar menyuarakan kebencian kepada pemimpin yang zalim lagi kufur. Masakan tidak, Tunisia sejak zaman Habis Bourgiba lagi terang-terangan memusuhi Islam. Mereka dengan kurang ajarnya berpesta makan pada siang hari bulan Ramdhan. Muslimah yang memakai hijab dihalang memasuki hosoital walaupun kes kecemasan.

Di libya, Si Ghadaffi yang anti hadith itu dengan bangsatnya mengubah ayat-ayat Al Quran. Perkataan 'kul'(katakan) dibuang dari surat Annas, Al'Alaq dan lainnya. Kebenciannya kepada Arab Saudi sampai dia berani menghina Makkah dan Kaabah.

Di Syria, pemerintah Alawiyah yang kufur memaksa rakyatnya menjadi tentera, mencabut kerakyatan dan hak mereka. 85 buah masjid dimusnahkan dan ramai yang dipenjara bertahun-tahun kerana melayari wabsite yang menentang kerajaan. Syria selama ini menjadi agen dan spy bagi Israel. Pejuang-pejuang Islam yang menentang Israel yang ditangkap dari pelbagai negara, dipenjara di Syria. Di syria itu ada ramai pejuang Islam yang ikhlas berkorban. Sesungguhnya perubahan di Syria akan memberi kesan besar kepada Jordan, Lubnan dan juga Israel.

US cuba masuk campur dalam setiap negara itu. Umat menolaknya walaupun sebenarnya US tetap berjaya masuk dan cuba menentukan hasil dan keputusan dari revolusi ini. Campurtangan US cukup jelas di Mesir dan negara Arab lain kecuali Bahrain. Kerana di Bahrain, Iran sedang berusaha melakukan makar politik, ramai Syiah di sana.

Ironinya, umat Islam di tempat lain turut mengambil berat perkembangan apa yang berlaku di sana. Umat Islam telah merasakan mereka adalah umpama satu tubuh. Apa yang kita mahu kita lihat dari revolusi ini. Secara jujur jika kita melakukan analisa, berapa ramainya kelompok Islam yang melakukan tahalluf ini, dari pelbagai aliran pemikiran dan mazhab mereka kekurangan hala tuju yang jelas. Akibat US dan agennya berjaya mempengaruhi hasil revolusi dan mengadu domba kelompok ini. Sekarang mereka bertelagah pelbagai perkara remah, soal apa yang perlu didulukan atau dikemudiankan, apa yang perlu dikeutamaan dan apa yang tidak. Sesungguhnya mereka memerlukan kesatuan pemikiran yang lebih tinggi, kerana tahap yang ada pada hari ini belum cukup untuk membawa perubahan yang mereka inginkan.

Di sinilah peranan gerakan Islam, memandu pemikiran Islam yang tinggi yang mempunyai kemampuan untuk melakukaan perubahan yang benar dan menjaga keberlangsungannya. Mereka mendakati ketua-ketua intifadha. Mereka telah berani bercakap tentang khilafah secara terang-terangannya, termasuk ulama'-ulama'. Mereka mula berani mendekati pemimpin kerajaan dan tentera. Sesungguhnya, revolusi Arab ini merupakan suatu detik perubahan yang akan membawa perubahan yang lebih besar, dengan syarat sesuatu yang amat besar dilakukan oleh gerakan Islam untuk memandu umat.

Saya tutup dengan menegakan sekali lagi, sesungguhnya revolusi ini adalah sesuatu yang diberkati Allah, dan insyaAllah dengan kerja keras kebangkitan yang benar akan kita sama-sama kecapi, tidak lama lagi. Allahhu Akbar.

Tuesday, February 8, 2011

MENYINGKAP MAKAR KUFAR DI TUNISIA, ALGERIA DAN MESIR

Rakyat Tunisia Akan Ditipu Kali Keempat?

Rakyat Tunisia pernah diapikan oleh British dan Perancis agar menentang kekuasaan Bey (kesultanan). Kebangkitan tersebut berjaya memisahkan Tunisia dari Khilafah Uthmaniah dan mewujudkan republic yang dikuasai Perancis. Muncul pula anak muda bernama Habib Bourgiba yang menentang penjajahan Perancis ke atas Tunisia. Kehebatan perjuangannya Bourgiba mendapat sokongan rakyat, menyebabkan beliau diburu dan menjadi musuh ketat penjajah. Bourgiba ditangkap beberapa kali hingga beliau menghabis 10 tahun dalam penjara sepanjang tempoh 20 tahun. Rakyat meletakkan harapan menggunung tinggi dan menganggap Bourgiba sebagai pejuang sejati walhal dalam tempoh berikut Perancis telah berjaya melunakkan Bourgiba layak dijadikan agen dan memerdekan Tunisia pada 1956. Antara factor terjadinya konspirasi ini adalah untuk menyekat Parti beraliran sosialisme yang semakin mendapat tempat. Bourgiba dijulang sebagai hero dan Presiden Tunisia.

Bourgiba banyak terpengaruh dengan sosialisme dan mengamalkan pemerintahan kuku besi. Kemiskinan dan kezaliman sinonim dengan pemerintahannya. Ini membawa kepada kebangkitan umat pada akhir 1980an. Rakyat melihat Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Zine el-Abidine Ben Ali, sebagai calon Presiden yang mampu membawa perubahan. Beliau mendapat 99% undian untuk calon Presiden dan parti pimpinannya menyapu bersih 141 kerusi pada pilihanraya 1989.

Gaya kepimpinan Ben Ali tidak banyak beza dengan Bourgiba dan masih mengikut telunjuk Perancis. Kemiskinan dan pengangguran semakin teruk sehingga rakyat Tunisia bangkit sekali lagi – selepas kebangkitan terhadap Bey, Perancis dan Bourgiba- untuk menghapuskan kediktatoran. Ben Ali serta merta mendapatkan nasihat dari tuannya, Perancis. Walau pada awalnya, ada usaha untuk menggunakan tentera untuk menggagalkan demonstrasi tersebut tetapi paling bagi Perancis adalah untuk mengelakkan Tunisa jatuh kepada agen US pula. Rakyat Tunisia bencikan Ben Ali, oleh itu Ghonousshi disebut sebagai calon utama. Maka revolusi rakyat dapat dipuaskan, agen Perancis terus berkuasa dan US tidak dapat menempatkan agennya. Yang tertipu buat kali keempat, sekali lagi adalah rakyat Tunisia yang majoritinya beragama Islam.

Rakyat Algeria Sudah Banyak Kali Tertipu

Masalah Tunisia ini tidak sekompleks Algeria, kerana Tunisia sekadar Negara kecil yang tidak terlalu strategic. Permasalahan politik Algeria sebenarnyalebih kompleks walau tidak disedari oleh kebanyakan rakyatnya.

Algeria adalah sebuah Negara besar dengan jumlah penduduk Muslim yang sangat ramai pernah menyaksikan kebangkitan Parti Islam FIS. Perancis dan Bristish sama-sama mempunyai agen di Algeria. Menyedari perkara ini, tidak semudah itu mereka akan membiarkan mana-mana parti Islam untuk memerintah Algeria. Kadar pengangguran dan kemiskinan di Algeria semakin teruk. Presiden Abdelaziz Bouteflika menduduki kuasa dengan manipulasi British selepas beberapa siri pilihanraya Presiden selepas kebangkitan FIS. Beliau menang tanpa bertanding selepas 6 calon yang lain menarik diri pada hari terakhir pencalonan. Beliau tidak mempunyai kuasa penuh kerana pihak tentera masih dikuasai pegawai-pegawai tertinggi yang mempunyai hubungan rapat Perancis.

Apakah Demokrasi Jawapan Bagi Mesir? Mahu dipatuk Ular kali ke berapa?


US semakin melihat kepentingan untuk menguasai Algeria. Ini berhubung kait dengan kepentingan sekutu rapatnya, Israel. Telah banyak usaha-usaha menunjukkan US sedang berusaha memecahkan wilayah umat Islam kepada beberapa negara kecil antaranya Yaman, Chad, Pakistan, Arab Saudi dan Indonesia. Jelas strategi US untuk menghalang penyambungan Negara-negara Asia Tengah dengan Timur Tengah dengan memastikan kekuatan tentera mereka di Afghanistan. Ini adalah suatu tindakan geopolitik yang penting dari aspek ketenteraan untuk menghalang penyatuan dua kawasan yang sangat siginifikan dengan kebangkitan umat Islam. Kekuatan yang ada hanyalah di Mesir, sebuah negara yang dihimpit negara Afrika Utara lain di barat dan wilayah Arab yang bergolak di Timur.

Tindakan politik US lebih ketara bagi menghadapi kebangkitan rakyat Mesir. US dan Israel tidak mampu untuk melepaskan cengkaman mereka terhadap Mesir. US tidak boleh membiarkan Mesir bergolak terlalu lama kerana ia membahayakan keberlangsungan Israel. Peranan yang didalangi Perancis, British dan German terhadap kebangkitan rakyat Mesir boleh menyebabkan Israel hilang sekutu kuat, ini bahaya bagi kepentingan US.

Israel dan US belum melatah dalam masalah ini kerana kepimpinan tertinggi tentera Mesir adalah sangat rapat dengan mereka. Ketua Tentera Mesir, Left Gen. Sami Annan telah ke Washington pada 24 Jan lepas dilaporkan berkaitan proses peralihan kuasa di Mesir. Beliau juga telah bersama Menteri Pertahanan Marshal Mohamed Hussein Tantawi, telah dilaporkan oleh Jurucakap Tentera Us, Geoff Morrell , bertemu Setiausaha Pertahanan US dan Menteri Pertahanan Israel pada 30 Januari. Penganalisa politik melihat US sedang dalam proses untuk memastikan proses transisi ini berlaku mengikut apa yang dirancang mereka. Ketidakterlibatan tentera Mesir menghalang peserta demonstrasi adalah untuk membolehkan proses peralihan kuasa ini berjalan. Ia bukanlah menunjukkan bahawa tentera menyokong perjuangan rakyat.

US melihat perlu membuka pintu demokrasi yang lebih luas di Mesir. Ini penting untuk memastikan kestabilan dikawasan bergolak berhampiran Israel. Oleh itu, US perlu meletakkan agennya yang demokratik di Mesir. Sebenarnya, US menghadapi konspirasi politik dari Blok Eropah (EU). EU sudah sekian lama memberikan sokongan kepada pemimpin Parti Wafd,Ayman Nour, yang dipenjara kerana lantang mengkrtitik Hosni Mubarak selama ini. Ayman lebih dekat dan dikenali oleh rakyat Mesir sebagai pemimpin yang menentang pentadbiran Mubarak. Media Britain seperti London Post cuba menunjukkan bahawa US sebenarnya mendalangi kebangkitan.

Untuk menyekat konspirasi blok EU ini, US melihat beberapa calon yang berpotensi untuk menggantikan Mubarak, antaranya adalah Al Baradei. Jika kita baca analisa jangkaan kebanyakan media US, mereka cuba mewujudkan gambaran Mohamad Al Baradei adalah calon pro-demokrasi yang terbaik bagi membawa perubahan di Mesir. Untuk mendapatkan sokongan rakyat, tidak mengejutkan mereka telah mendekati beberapa pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin Mesir dalam apa yang dikatakan ‘pertemuan rahsia’. Albaradei secara terbuka menawarkan Ikhwanul Muslimin untuk bersama dalam kerajaan baru yang mungkin dibentuk setelah kejatuhan Mubarak. Pemimpin Tertinggi Ikhwan ketika ditemuramah Akhbar Al- Masri AI-Youm menjawab mereka mensasarkan untuk mewujudkan sebuah kounsil yang menjadi rujukan kepada penggubalan institusi negara dengan kelulusan parlimen. Seorang pemimpin Ikhwan yang lain, Helmi Gazzar, menyatakan Ikhwan perlu meletakkan ketepi perjuangan bercorak agama untuk mewujudkan demokrasi. Menurutnya lagi, Ikhwan perlu selari dengan cita-cita rakyat Mesir untuk kebebasan dia menyokong usaha Al Baradei.

Percaturan di Mesir melihat US dan EU masing-masing cuba meletakkan agen masing-masing. Sekiranya US gagal, ia akan merubah scenario politik dunia terutama timur tengah, Israel dalam keadaan yang kritikal. US dilihat mempunyai kelebihan kerana menguasai tentera Mesir dan sokongan Ikhwanul Muslimin ke atas calon mereka.

Umat Islam Perlukan Khilafah


Sememangnya umat Islam di banyak wilayah mahukan perubahan apatah lagi mereka yang dihimpit kepayah hidup dibawah rejim dictator. Mereka bangkit- ada juga kebangkitan yang diapikan kufr barat- untuk melihat perubahan. Sayangnya, akibat rendahnya pemikiran politik Islam, penjajah barat ini mengambil kesempatan dari gelombang kebangkitan mereka yang ramai itu. Mereka ditipu dan terus ditipu umpama dipatuk ular berkali-kali. Sedangkan perkara ini telah diberi amaran oleh rasul:


“Tidak selayaknya seorang mukmin itu dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali” [HR Bukhari & Muslim]

Kita sedang menyaksikan US dan Eropah sedang memainkan bidak-bidak mereka dikalangan rejim dictator umat Islam. Jutaan umat yang tertipu. Sedangkan Allah telah menyatakan bahawa kebangkitan Khilafah buat kali kedua adalah suatu janji, itulah yang wajib kita impi dan usahakan. Jika tidak selama itulah, umat Islam terus diperbodoh kaum kufar dan agen-agem mereka.

“Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan yang menggigit; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian.” Beliau kemudian diam. (HR Ahmad dan al-Bazar)

Friday, December 24, 2010

Setenang Air di Tangki

Dari Yong Peng, Batu Pahat melalui jalan ke Segamat adalah perjalanan yang memang membosankan. Memang tiada yang menarik sepanjang laluan ini, kecuali kelapa sawit, jalan masuk ke Felda-felda, perkampungan Cina dan Pekan-pekan kecil seperti Chaah dan Labis. Jika sesuatu yang menimbulkan kelucuan adalah di sempadan Yong Peng-Segamat ada tempat bernama Desa Bertemu Jodoh. Jalannya hanya 2 lorong, agak bengkang bengkok dan beralun dilambatkan dengan lori-lori yang dipandu perlahan. Di kala malam pula tidak banyak lampu jalan, kegelapan membuatkan pemanduan memenatkan dan dirasakan lama. Tetapi inilah jalan terdekat ke Pantai Timur jika anda dari Selatan. Segamat boleh dikatakan daerah yang agak ketinggalan di negeri Johor dari segi pembangunan.

Kira-kira 13Km dari Bandar Segamat menghala ke Labis, terdapat Pekan Tenang,atau biasa disebut Tenang Stesen. Apa yang saya perasan di sana adalah Stesen Timbang JPJ, deretan kedai dan Masjid di tepi jalan. Bagi mereka yang ke Pantai Timur, ia mungkin masjid yang biasa disinggahi. Masjid yang agak luas dan mempunyai rekabentuk yang agak menarik, terletak agak tinggi ditepi jalan. Dalam sebuah seminar Jabatan Alam Sekitar, saya pernah bertemu dengan seorang Pengurus Kilang Sawit yang mengatakan kilangnya di Tenang.

Tetapi kematian ADUN Tenang, mungkin akan menyebab Tenang tidak berapa tenang buat sementara waktu. Sebelum ini PRK banyak berlaku di utara dan pantai timur semenanjung, di mana tempat-tempat yang berlaku pertembungan hebat antara BN dan PR. Ramai juga orang Johor yang tertunggu-tunggu bila pula akan berlaku PRK di sini. DUN Tenang bukanlah kawasan yang menggambarkan keadaan di Johor, ia sekadar kawasan yang tidak berapa dikenali di Peta Negeri. Masyarakatnya adalah masyarakat kampung dan Felda. Cuma pastinya kita tertanya-tanya sejauh manakah gelombang PR dah merebak ke Johor, kubu kuat BN. Pada telahan saya sendiri, tidak pelik jika beberapa kawasan yang akan jatuh kepada PR pada PRU akan datang. Tetapi andai kata BN tewas di Tenang pada PRK ini, mereka sewajarnya dikejarkan ke ICU secepat mungkin dan berharap sembuh sebelum PRU menjelang. Apa pun, keputusannya 30 Januari nanti.

Thursday, July 15, 2010

Surat terbuka buat saudara besar, Indonesia dan Pakistan.

Kembalikan Khilafah, Selamatkan Dunia
28 Rajab 1341H / 10 Julai 2010M

Wahai saudara-saudaraku,


Pada 28hb Rajab dalam tahun 1342H yakni 89 tahun yang lalu, satu peristiwa besar telah berlaku ke atas dunia Islam. Hari hitam (an-nakbah) yang sepatutnya menjadi ingatan bagi setiap dari kita itu adalah hari kejatuhan Khilafah Islam, di Istanbul Turki. Pada hari tersebut, bai’ah yang menjadi kewajipan bagi seluruh kaum Muslimin kepada seorang Khalifah, yakni Sultan Abdul Mejid V telah dicabut setelah beliau dipecat dari jawatannya sebagai ulil amri bagi seluruh umat Islam. Pemecatan beliau dilakukan melalui konspirasi jahat musuh-musuh Islam dari dunia Barat dan ejen-ejennya terutamanya Mustafa Kemal Attartuk laknatullahu ‘alaih. Sejak detik itu sehingga hari ini, kaum Muslimin tidak lagi mempunyai bai’ah yang merupakan suatu kewajipan dan juga simbol kesatuan bagi kehidupan kita keseluruhannya, bai’ah yang memenuhi tuntutan Allah terhadap kewujudan ulil amri seperti dalam firmanNya,

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil-amri dari kalangan kamu.” [TMQ An-Nisa’ (5):59]

dan juga tuntutan dari sabda Rasulullah SAW dari Ibnu Umar r.a,

“Barangsiapa yang mati sedangkan tidak ada bai’at dilehernya, maka matinya adalah mati jahiliyyah.” [HR Muslim]

Sedarlah wahai saudaraku, selain dari kita berpotensi menanggung dosa kerana tidak berbai’at kepada seorang Khalifah melalui tuntutan nas-nas yang disebutkan tadi, kita juga telah dan sedang menyaksikan kekalutan dunia. Dunia semakin sakit, kerosakan dan kemusnahan kerap melanda bahkan kehidupan manusia semakin terhimpit. Bukan saja ia melanda dunia Islam bahkan tetap terkena pada setiap pelusuk alam. Masalah kebuluran dilaporkan sangat menghiris jiwa, purata setiap saat yang berlalu turut meragut nyawa seorang mangsa kebuluran baik secara langsung atau tidak; jadi setiap tahun bencana ini meragut sekitar 36 juta nyawa. Manakala setiap tahun, jumlah kematian kanak-kanak mangsa kebuluran berjumlah 6 juta orang, 60% dari jumlah kematian kanak-kanak keseluruhannya! Bencana ini adalah akibat dari sikap rakus dan tamak sebahagian kelompok manusia yang terdiri dari kaum kapitalis (pemodal). Pengagihan kekayaan itu tidak diselaraskan berdasarkan hak-hak manusia yang diatur oleh syariat Islam! Sistem ekonomi yang wujud sekarang telah gagal! Ia sama sekali tidak mampu memenuhi keperluan hidup umat manusia secara menyeluruh. Kapitalisme telah gagal, dan tidak akan pernah berjaya bahkan akan terus mengsengsarakan manusia. Kerana itulah, kita masih menyaksikan bencana ini melanda umat manusia dan penyelesaiannya masih tidak nampak di hadapan mata.

Dari segi statistiknya, angka jenayah rogol bukan sahaja suatu yang mengerikan dalam dunia Islam bahkan di dunia Barat sendiri. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 200 000 mangsa rogol dilaporkan, manakala di Britain pula 85000 orang. Afrika Selatan mencatatkan rekod jenayah rogol paling tinggi di dunia termasuk jenayah rogol kanak-kanak iaitu hampir 500000 kes. Sekali lagi kita telah dan sedang menyaksikan sistem pergaulan ataupun sistem sosial yang diatur oleh kebebasan peribadi (personal freedom) telah gagal! Manusia saling merosakkan sesama mereka akibat sistem kufur ini. Masihkah ada di hati kaum muslimin yang mengharapkan keadaan menjadi lebih baik di dalam sistem yang buruk ini? Atau kita wajib segera menukar sistem ini kepada syariah Islam?

Kita sedang mengharungi tahun masehi 2010. Ketika ini dunia Islam dibelah-belah menjadi serpihan kecil, 57 buah negara bangsa. Kita ditadbir oleh suatu sistem pemerintahan yang digelar dengan pelbagai nama. Ada yang menyebut demokrasi berparlimen, demokrasi timur, demokrasi terpimpin, demokrasi tulen dan sebagainya. Biar apapun namanya, yang pasti, demokrasi bukan sistem pemerintahan Islam.

Namun begitu, alhamdulillah, telah muncul satu golongan yang sentiasa berusaha menyerukan kepada umat Islam seluruhnya agar meninggalkan kehidupan yang sengsara ini kepada kehidupan Islam yang sempurna. Mereka tidak jemu-jemu serta tidak berputus asa melaungkan agar superpower dunia suatu ketika dahulu yakni Khilafah akan kembali. Mereka menyahut seruan Allah dan RasulNya, berusaha siang dan malam, di seluruh belahan dunia menghadapi sebarang rintangan dan halangan. Di celah-celah perjuangan suci itu, mereka mencari-cari tapak (majal) agar dibangunkan kembali institusi politik Islam yang agung, Khilafah ‘ala minhaj an-Nubuwwah.

Wahai saudara-besar besar di Indonesia,

Di wilayah kalian, kaum muslimin merupakan bahagian yang terbesar dari wilayah-wilayah lainnya. Lebih 85% daripada 242 968 342 (anggrn. Jul 2010) orang penduduk Indonesia merupakan saudara kami yang mengucapkan kalimah syahadah. Jumlah kalian sangat luar biasa besarnya sehingga di kalangan kalian wujud potensi militer seramai 100 juta orang (anggrn. 2010). Wilayah Indonesia juga memiliki potensi kekayaan simpanan minyak sebanyak 3.99 bilion tong serta 3 trilion m3 simpanan gas asli (anggrn. 1 Jan 2009). Wilayah kalian juga sangat berpotensi untuk menjadi majal; tapak berdirinya Khilafah kerana pergolakan fizikal tidak begitu menggoncang seperti wilayah saudara kita di Iraq, Palestin, Afghanistan dan seumpamanya. Permasalahan besar yang berlaku di tempat kalian adalah masalah ekonomi dan politik. Kemiskinan luar biasa mencengkam hidup kalian akibat dari penerapan ekonomi kufur Kapitalisme sekaligus melahirkan para penguasa zalim yang tidak henti-henti menindas kalian. Hegemoni kuasa politik demokrasi juga berlegar di keliling kalian, ia telah dan sedang membawa kehancuran dalam bersatu padu serta memporak-perandakan sosial. Banyak lagi kepincangan hidup yang mengundang kesengsaraan di wilayah sana.

Kalian seperti juga saudara-saudara yang lain tidak dapat menyelesaikan masalah ini selagi kalian masih mengharap kepada sistem-sistem kufur. Kita wajib keluar dari masalah ini, berpaling darinya sepenuh hati dan tetap berada di dalam Islam serta syariah. Hanya dengannyalah akan wujud penyelesaian hakiki yang telah dijanjikan oleh Pencipta kita, Allah SWT. Namun jika kalian masih berlengah dalam hal ini, kalian masih tidak berusaha untuk menegakkan Khilafah, maka kami berlepas diri dari kelalaian kalian. Semoga Allah mengampuni kita semua. Setelah kalian, kami juga menaruh harapan kepada saudara besar kedua kami, Pakistan.

Wahai saudara-saudara besar di Pakistan,

Kaum muslimin di wilayah kalian berjumlah hampir 95% daripada 177,276,594 (anggrn. Jul 2010). Pakistan memiliki simpanan minyak sebanyak 339 juta tong serta 885.3 bilion m3 gas asli (anggrn. Jan 2009). Kalian juga memiliki potensi militer seramai 70 juta orang (anggrn. 2010). Kami dikhabarkan bahawa sebahagian wilayah kalian bergolak akibat pengaruh AS ke dalam konflik politik dan isu terorisme yang dibuat-buat. Kalian juga dikhabarkan tidak begitu terpengaruh dengan anasir demokrasi kecuali sebahagian kecil sahaja. Kalian turut mengalami masalah-masalah sama seperti wilayah-wilayah lain. Ini bererti kalian juga turut memiliki potensi majal untuk daulah Khilafah seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT dan RasulNya. Sumber buruh, teknologi persenjataan, bekalan tenaga dan kekayaan yang kalian miliki sangat mempengaruhi harapan kami agar kalian bangkit mendirikan Khilafah di wilayah kalian.

Allah SWT menjadikan beberapa wilayah kaum muslimin dari seluruh dunia memiliki potensi yang memenuhi kriteria kewajaran Khilafah kembali tertegak. Potensi ini juga mampu diguna sebagai pusat pemersatu blok-blok Islam agar menjadi semakin kukuh. Namun jika saudara-saudara Pakistan masih tidak menginginkan peluang ini, sesungguhnya kami berlepas diri dari kelalaian ini dan memohon agar Allah SWT mengampunkan kita. Biarpun sesudah Indonesia dan Pakistan serta beberapa wilayah Islam yang lain, kami masih menaruh harapan pada diri kami sendiri. Biarpun potensi yang kami miliki tidak setanding yang lain kerana kami yakin bahawa kemenangan tidak bergantung kepada potensi atas pengiraan manusia. Semuanya itu adalah hak Allah dan kami meyakini bahawa kami wajib berusaha untuknya.

Wahai saudara-saudara di Malaysia,

Walaupun kalian hanya berjumlah 60% dari 26,160,256 (anggrn. Jul 2010). Kalian dianugerahi oleh Allah SWT dengan potensi kekayaan simpanan minyak sebanyak 4 bilion tong serta 2.35 trilion m3 gas asli (anggrn. Jan 2009). Kalian memiliki potensi militer seramai 6.6 juta orang (anggrn. 2010). Namun kalian perlu ingat, sejarah pernah mencatatkan bahawa ketika kaum muslimin menang dalam peperangan Badar Al-Kubra jumlah tentera Islam hanya sepertiga dari musuh. Begitu pula kemakmuran ekonomi daulah Islam Madinah, biarpun potensi sumber kekayaan tidak mencapai taraf kuasa besar Parsi dan Rom, namun warga daulah masih tetap makmur bahagia. Ingatlah kalian bahawa urusan kemenangan dan kejayaan hidup adalah hak Allah semata-mata, namun hak untuk mencapainya bergantung kepada usaha kita. Kita tidak akan pernah mengalahkan musuh Islam selagi kaki dan tangan kita terikat tunduk di bawah kuasa kuffar! Kita tidak akan kemana-mana melainkan terus terperuk di bawah injakan Barat dan para bonekanya.

Bangkitlah wahai saudara-saudara ku, bangkitlah untuk menunaikan tuntutan Allah ke atas kita. Sudah terlalu lama kita terabai dan mengabaikan perintah Allah. Sudah tiba saatnya kita mengakhiri hegemoni Barat terutama AS, ke atas tanah dan diri kita. Bersegeralah kita menggapai kejayaan melalui potensi yang tersedia di depan mata kita. Dan ingatlah, Allah SWT Maha Melihat dan Menghitung setiap apa yang kita kerjakan. Sesungguhnya AS dan Barat itu lemah dan tidak bermaya jika kita saling bersatu memperkuat antara sesama kita. Kita harus membina blok kekuatan yang mengatasi mereka, kekayaan yang kita miliki sangat besar berbanding mereka sekalipun dalam gabungan. Ayuh segera wahai saudara-saudara ku, tinggalkan segera kehidupan yang rosak ini. Kita bangkitkan semula Khilafah dan selamatkan dunia dengan Islam!

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.” [TMQ Al-Anfal (8):24]

Ikhlas dari saudaramu,
Ridhuan Hakim
Malaysia

Tuesday, May 4, 2010

BLOK MINYAK : KITA WAJIB BERSATU, BUKAN BERPECAH



Saya tak sempat mengikuti perincian kes kawasan carigali minyak Blok L dan M yang menjadi hak milik Brunei.

Cuma saya nak kongsi suatu yang kita semua mesti sedar, seluruh wilayah Islam ini wajib disatukan, bukan terpecah belah begini.

1) PENJAJAH KUFAR MEMECAHBELAHKAN WILAYAH UMAT ISLAM DAN MENINGGALKAN PERTIKAIAN SEMPADAN YANG SAMPAI SEKARANG TIDAK SELESAI. ISTILAH YANG BIASA DISEBUT SEBAGAI NO MAN'S LAND. ANTARA SYRIA-JORDAN, YAMAN-UAE, SAUDI-YAMAN, MALAYSIA-INDONESIA, IRAN-IRAQ DAN BANYAK LAGI WILAYAH UMAT ISLAM. INI TELAH MENGAKIBATKAN KETEGANGAN, PEPERANGAN DAN PALING BERJAYA MENAIKKAN SENTIMEN ASSOBIYAH DIKALANGAN UMAT ISLAM.

2)US SEDANG CUBA MEMECAH BELAHKAN NEGARA UMAT ISLAM YANG ADA SEKARANG. PAKISTAN KEPADA 4 NEGARA, YAMAN 2, SAUDI 3, IRAQ 3, INONESIA KEPADA BEBERAPA DAN NEGARA-NEGARA LAIN. INI AGAR UMAT ISLAM SEMAKIN BERPECAH DAN US BOLEH MENGAWAL SECARA LANGSUNG PEMERINTAH YANG MEREKA PILIH.


SAYA MENYERU SELURUH UMAT ISLAM, LIHAT POLITIK INI DENGAN KACAMATA ISLAM YANG PALING JELAS, JANGAN SAMPAI KITA TERPANCING DENGAN SENTIMEN SEBEGINI. KITA WAJIB MENYATUKAN SELURUH NEGARA-NEGARA UMAT ISLAM INI DALAM SEBUAH NEGARA KHILAFAH, BUKAN TERUS TERPECAH BEGINI.

Sunday, April 25, 2010

PRK HULU SELANGOR : MANIFESTASI IDEA SUCI DEMOKRASI


PLATO: MANUSIA PENGASAS AJARAN DEMOKRASI

Plato yang hidup kira-kira 400 tahun sebelum Masehi mungkin tidak menyangka ideanya ini akan dimuliakan sedemikian rupa walaupun setelah 2400 tahun. Beliau yang merupakan murid kepada Socrates, menggagaskan konsep politik ini sebagai tandingan kepada konsep monarki, oligarsi dan timokrasi. Demokrasi mengalamai pelbagai pengubahsuaian tetapi ada 2 ciri yang digariskan oleh Plato dan anak muridnya, Aristotle, yang menjadi ciri fundamental kepada demokrasi dan kekal ke hari ini. Pertama adalah ‘alotment’ iaitu rakyat memilih wakil mereka. Dan kedua adalah perkumpulan orang yang dipilih untuk menggubal undang-undang dan menjalankan pemerintahan. Inilah yang disebut sebagai Demokrasi Athens. Sebenarnya ada pihak yang mendakwa konsep demokrasi telah digagas lebih awal pada abad ke 6 SM oleh Tamadun Hindu, Mendes, Achaemenid dan Sumaria, tetapi tamadun Yunani dianggap sebagai penggagas demokrasi yang paling berstruktur dan digunapakai asasnya hingga ke hari ini. Selepas zaman Socrates, demokrasi Athens melalui zaman gemilangnya sebelum berhadap dengan tentangan golongan agamawan Nasrani yang membawa konsep teokrasi sehinggalah Eropah terperosok dalam zaman gelap.


Perancis dan British masing-masing mendakwa merekalah perintis keluar dari zaman gelap Eropah. Kedua-dua bangsa ini masing-masing mendakwa merekalah pelopor demokrasi moden. Perancis sebenarnya terlebih dahulu membahas seperangkat hukum demokrasi untuk aplikasi pasca zaman gelap. Lahirlah Rosseu dan Montesquie dengan Spirit of Law yang membahas gagasan kenegaraan moden yang masih menciplak idea demokrasi. British menyangkalnya kerana mendakwa De Monforts Parliamant bahkan telah menggubal rang undang-undang menghadkan Magna Carte Raja England sejak 1265 lagi. Maka bersainglah Bristish dan Perancis mendatang pelbagai rincian dan konsep untuk mengukuhkan lagi demokrasi sedangkan pada masa itu Islam sedang dizaman kegemilangannya tidak mengenal apatah lagi memperdulikan demokrasi. Secara mutlak Islam menolak demokrasi yang menjadikan manusia sebagai sumber kekuasaan.


MONTESQIUE: PENGGAGAS DEMOKRASI MODEN HARI INI


Perancis pada zaman kegemilangannya berjaya merobek wilayah khilafah Islamiah. Mereka malah berjaya membeli pegawai-pegawai pemerintah dan mendesak untuk diterapkan demokrasi Negara Islam. Ia berlaku pada abad ke 19 melalui agennya iaitu Midhat Pasha. Malah ramai pegawai tertinggi daulah telah dijemput ke Perancis dan balik menunjukkan kekagumannya terhadap demokrasi Perancis. Melalui Bab Aliy, mereka berusaha menerapkan demokrasi dalam khilafah Islam dan akhirnya mereka berjaya sehinggalah Sultan Abdul Hameed II berhasil membuangnya kembali dari khilafah Islam. Apabila Sultan Abdul Hameed semakin lemah, pegawai-pegawai daulah dikuasai Perancis, bukan sekadar demokrasi malah hukum-hukum lain telah diambil dari Perancis. Ia berlaku hinggalah khilafah dihancurkan.


DEMOKRASI: SISTEM KUFUR YANG DISUCIKAN SEMUA BANGSA

Hari ini demokrasi benar-benar berjaya masuk ke dalam akal fikiran dan lubok hati ramai ummat islam. Baik dari para cendekiawan hinggalah buruh binaan, ramai yang terpesona dengan demokrasi. Mereka melihat demokrasi sebagai suatu yang paling agung dalam pemerintahan mahupun dalam mencapai kekuasaan. Ia umpama konsep suci yang tidak boleh disentuh atau dipertikai. Hari ini Pilihanraya Kecil Hulu Selangor menyaksikan baik si Islam, Hindu mahupun Buddha walaupun saling bertikai dari segi parti politik tetapi bersatu menerima demokrasi. Mereka tidak mampu menerima sesiapa yang mengkritik demokrasi kerana telah sekian lama berjuang dan bergelumang dengan idea kufur ini sehingga merasakan inilah minhaj yang terbaik untuk mencapai kekuasaan. Wallahua’lam.