Entry pertama di tahun 2013. Lusa cuti umum Maulidur Rasul, Isnin depan pula Thaipusam. Mana yang ambil cuti pada Jumaat maka panjanglah cuti tu. Tapi saya bekerja pada hari Jumaat ini. Akan balik kampung sekejap je menghadiri sepupu kahwin. Selebihnya jadual dah penuh.
Sejak 2 tahun lepas tulisan saya cenderung kepada Arab Spring. Mungkin juga 2013. Boleh kata saya mengikuti perkembangan Arab Spring sejak ia bermula. Antara tulisan terawal http://www.jemaah-islam.blogspot.com/2011/02/menyingkap-makar-kufar-di-tunisia.html. Ketika ia tercetus di Tunisia pada Disember 2010, kebetulan ada sahabat-sahabat Arab yang sibuk membincang kebangkitan ini. Saya turut teruja. Menuruti perkembangannya, memang ada pelbagai sentimen yang bercampur baur. Baik di Tunisia, Algeria, Jordan, Saudi, Mesir, Yaman, Libya, Bahrain dan Syria ada yang bangkit sekadar nak tukar pemerintah, ada yang nakkan kebebasan dan demokrasi, ada yang terhimpit dengan desakan hidup dan tidak kurang yang mahukan Islam. Dari Arab Spring ini umat mula sedar mereka adalah pemilik kekuasaan, umat sudah tidak takutkan pemerintah tetapi pemerintah pula yang takut kepada umat. http://www.jemaah-islam.blogspot.com/2011/04/pendirian-saya-revolusi-yang-penuh.html
Pemikiran umat sangat dipengaruhi oleh parti politik yang menjadi sandaran. Apa yang terjadi di Yaman adalah sebuah kegagalan. Di Tunisia dan Mesir, umat menyandarkan kepercayaan mereka kepada parti politik dengan latarbelakang Ikhwanul Muslimin. Parti An Nahdhah dan FJP membawa umat kepada negara sivil demokratik, US sekali lagi berjaya. Sinar yang masih ada di Syria. Tanpa liputan media, kebangkitan yang dipimpin Hizbut Tahrir sejak 15 Mac 2011 ini membawa umat menolak segala idea dan agen barat. Para mujahidin telah bersumpah untuk menegakkan khilafah. NATO dan Russia telah menggerakkan misi tentera terbesar sejak era perang dingin, kenapa?
Mali. Sebuah negara francophone yang selama ini dibawah kuasa Perancis. Berlaku rampasan kuasa tentera kira-kira sebulan sebelum pilihanraya. Notabenanya, US mahu merampas penguasaan dari Perancis. Parang mujahidin berjaya mengambil kesempatan dan menguasai sebahagian besar Mali. Perancis kini sedang menghantar bala tentera untuk menggempur para mujahidin. Semoga Allah menurunkan tenteranya membantu para mujahidin ini dan menewaskan tentera kufar.
Kita mengharapkan khilafah dapat tertegak dalam masa yang terdekat ini. Inilah yang dakwah yang perlu disampaikan agar umar di Malaysia dan juga Indonesia peka dengan perkembangan ini. Wallahua'lam.
Showing posts with label Syria. Show all posts
Showing posts with label Syria. Show all posts
Tuesday, January 22, 2013
Tuesday, December 18, 2012
Arab Spring Pasca Serangan ke Atas Gaza
Salam buat pembaca,
Arab Spring sentiasa menarik perhatian saya. Itulah yang banyak saya coretkan di sini 2 tahun terakhir ini. Terharu dengan pengorbanan umat dan pengharapan yang besar sesuatu bisa tercipta dari kebangkitan ini. Tetapi realitinya bukan semudah itu. Umat bersatu bangkit untuk menjatuhkan pemerintah yang zalim, itu fakta yang jelas. Tetapi umat belum bersatu untuk membuat perubahan yang sebenar untuk melaksanakan Islam. Kufar barat terutama US setakat ini berjaya mengarahkan kebangkitan itu menuju apa yang mereka rencanakan, negara sivil demokratik. Apatah lagi apabila ada figur dan parti Islam yang sanggup melaksanakannya. Umat tertipu.
Saya berkesempatan berkongsi pandangan tentang kebangkitan ini Ahad lepas dalam Forum Dunia Arab Pasca Serangan Gaza di sebuah masjid di Shah Alam. Ketika media massa membawa sudut pandang yang berbeza tentang kebangkitan ini, untuk menerangkannya balik kepada umat bukanlah mudah. Mungkin klip rakaman ini boleh menjelaskan.
Pusingan Pertama
Pusingan Kedua

Saturday, December 15, 2012
SUMPAH MUJAHIDIN DI SYRIA
Ketika US sedang berusaha menjayakan makarnya dengan National Coalition dengan melibatkan Ikhwanul Muslimin, golongan liberal, wakil puak Kurdis dan sebahagian mujahidin FSA yang tertipu, muhajidin Ansar Khilafah ini terus berjuang menegakkan Islam yang murni. Semoga Khilafah akan tertegak di bumi Sham tidak lama lagi.
Friday, December 7, 2012
Syria 2
- Assad dlm keadaan lemah. Liga Arab menyatakan Assad boleh jatuh bila2 masa. Ramai pemimpin tentera spt Manaf Tlass, Perdana Menteri, col riad assad (pengasas FSA) duta2 telah berpaling tadah, ramai gak yg dah terbunuh spt general, timbalan menteri pertahanan dan ketua KDN.
- Konflik besar sekarang samada National Coalition for Syrian Revolutionary and Armed Forces(NC) berjaya mengambil alih Syria atau tidak. BBC secara terus terang mendakwa NC ini anak yang dibidani US yg sgt susah nak dilahirkan. US masih cuba menyelesaikan konflik Syria ini dengan style ala Mesir dan Yaman, minimal intervention. Di dalam NC itu ramai golongan liberal, kurdis dan Ikhwanul Muslimin termasuk pemimpinnya AlBayoununi. Mereka masih bertelagah siapa yang nak dipilih jadi Prsiden Sementara, tetapi bagi US walau golongan mana yang naik US tetap menang. NC juga cuba mendekati FSA, sejauh mana kejayaan ana tidak tahu.
- Di satu pihak lagi adalah briged2 Jihad seperti Jabhah Nusrah, Briged Tauheed dan termasuk FSA. Temuramah K.com menafikan briged2 ini mendapat bantuan peralatan tentera dari Turki dan Qatar. Jika kita baca petakan kawasan yang dikuasai mujahidin ini kita akan lihat mereka dah menguasai kebanyakan bandar utama. HTI melaporkan pertemuan HT dengan mujahidin di Baba Amr, suatu daerah berdekatan Homs yang terjadi pertempuran yg sgt hebat. Tidak banyak berita yg dilaporkan berkenaan kejayaan mereka oleh media. Tetapi dari youtube, dan laporan2 lain kita boleh melihat kejayaan briged jihad ini.
- Kita boleh lihat kesan dari pengaruh HT kepada briged2 jihad ini. Antaranya mereka secara terbuka melaungkan khilafah dan negara Islam. Kenyataan yang menyebut 4 kaedah pemerintahan yang itu sebenarnya tabanni HT. Oleh itu, sangat merbahaya bagi Amerika jika NC sekali lagi gagal dan mujahidin ini berjaya potensi khilafah di Syria adalah besar walaupun cabaran lebih besar. Wallahu a'lam.
Thursday, September 20, 2012
ARAB SPRING, BUNGA YANG MEKAR
Masih lagi Kebangkitan Arab. Mesir kita dah tahu skripnya, peralihan kuasa dari negara tentera kepada negara sivil demokratik( Civil Democratic Islam- Cheryl Benard- Rand Corp. ) Libya sedang mengikuti jejak Mesir, Libya National Transitional Council(NTC) sedang buat kerja saling tak tumpah SCAF di Mesir. Syria pula agak mengujakan kerana umat masih menolak demokrasi. Syrian National Council (SNC) masih belum diterima dan hanya dapat bergerak di luar negara. Free Syrian Army (FSA) yang bercampur antara golongan yang ikhlas dan juga liberal, dirasakan lebih dekat dengan umat. US masih membiarkan Tentera Rejim Assad membantai rakyatnya sehingga umat terdesak menerima campurtangan mereka membina sebuah negara sivil demokratik. Bahrain pula hanya sebuah negara kecil yang amat mudah bagi US mengarahkan telunjuknya bila-bila masa.
Bagi negara No.1 seperti US, politik adalah seni tipu daya. Tiada kawan yang tetap, tiada musuh yang tetap, tetapi yang tetap hanyalah kepentingan US. Merekalah yang menaikkan rejim-rejim tersebut suatu masa dahulu, sekarang mereka menaikkan pemerintah baru atas nama demokrasi pula. Dasar penjajahan US terhadap dunia Arab tidak berubah, yang berubah hanyalah strategi dan bidak-bidaknya.
Mengikuti perkembangan Arab Spring ini menguja tetapi agak melelahkan kerana setiap agensi berita mempunyai sudut pandangnya sendiri. Setidaknya ada 3 point penting yang perlu kita faham:
1) Umat Islam di dunia Arab memang mempunyai banyak faktor untuk bangkit. Dari kezaliman pemerintah, kesempitan ekonomi hinggalah kepada faktor idealogi Islam. Cuma, kemarahan umat tidak akan meledak kecuali ada pihak yang mencetus, merancang dan memimpin kebangkitan. Di sinilah tidak boleh dinafikan peranan US, tetapi mereka sendiri tidak dapat mengawal maraknya api dari kerosin yang disimbahkan. Merekalah yang melatih social dan political media Arab untuk mengeluarkan maklumat berterusan secara pantas.
2) Untuk mengekalkan hagemoninya, US perlu menukar rejim-rejim tirani kepada negara sivil demokratik. Inilah pelan US untuk dunia Arab. Di setiap negara Arab itu, terdapat situasi dan permasalahan yang perlu ditangani dengan strategi dan bidak-bidak yang berbeza. Oleh itu, baik apa pun wajah aliran politik yang terlibat dalam demokrasi yang dicanangkan itu sebenarnya mereka telah terjebak perangkap agenda US di dunia Islam.
3) Umat sebenarnya mempunyai perasaan yang sangat besar kepada Islam dan kebencian yang meluap-luap kepada US, inilah gelombang kebangkitan yang perlu disalurkan US. Buktinya, parti-parti Islam yang memasuki pilihanraya demokrasi mendapat kemenangan yang besar berbanding parti-parti liberal dan sosialis. Umat memerlukan pimpinan dari parti politik Islam untuk memimpin mereka menegakkan Islam. Keterlibatan parti Islam dalam demokrasi dan memimpin negara sivil demokratik yang merupakan agenda US, sedikit sebanyak berjaya meredam kebangkitan itu. Sepatutnya, parti Islam menolak agenda US ini dan menerangkan kepada umat bagaimanakah kebangkitan yang sebenar kerana dalam tubuh umat Islam di dunia Arab itu telah ada keinginan yang cukup besar untuk mendirikan semula Khilafah Islam.
InsyaAllah bunga-bunga dari Arab Spring ini akan terus mekar menghiasi penjuru dunia ini dengan warna-warni keindahan Islam. Apa yang dapat saya lihat, khilafah itu memang semakin hampir!

Tuesday, April 10, 2012
SYRIA... DI MANA KUASA UMAT ISLAM?
Pada minggu lepas, PBB mengeluarkan arahan kepada Rejim Bashar Al Assad untuk mengundurkan tentera pada hari ini, 10 April. Itu melalui setiausahnya, Ban Kim Moon. Kofi Anan pun dikatakan terus berusaha untuk membawa misi damai melalui Liga Arab-PBB.
U.S terus memberikan tekanan kepada Rejim Bashar Al Assad. Saudi, Turki dan Qatar negara yang digunakan. Senjata dibekalkan kepada tentera pembebasan Syria, begitu bantuan kewangan dan dokongan politik. Turki terus mempromosi Syria National Council untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai satu-satu pihak yang yang sah mewakili Syria.
Russia pula terus menyokong Rejim Assad, tetapi mendesak Syria agar memenuhi misi damai Liga Arab -PBB.
Apa yang sedang berlaku?
Kenapa US, melalui bidak-bidaknya mahukan SNC?
Kenapa Rusia, menyokong Asad?
Apa penyelesaiannya?????
Tuesday, February 28, 2012
KEBANGKITAN SYRIA : PERJUANGAN UMAT DAN KONSPIRASI BARAT

Jika pembakaran diri Muhamed Bouazizi di Tunisia telah mencetuskan Kebangkitan Arab, ,Hasan Ali Akleh telah membawa gelombang kebangkitan tersebut ke Syria. Dia membakar dirinya pada 26 Feb 2011 di Al Hasakah, sebuah wilayah di Timur Laut Syria yang bersempadanan dengan Turki dan Iraq. Rejim Assad berjaya menakutkan rakyat sehingga kebangkitan ini pada awalnya tidak mendapat sambutan, pemerhati politik menggelar Syria Kindom of Silence. Hinggalah Jumaat 15 Mac 2011, perhimpunan yang agak besar tercetus di Dar'a, dan beberapa bandar lain. Selain dari tangkapan, Rejim Assad menggerak penyokongnya untuk membuat perarakan besar sebagai tanda sokongan.
Disebalik ada yang terbunuh dan cedera. rejim turut melakukan tindakan diplomatik antaranya membebaskan 200 tahanan politik dan mengisytihar akan menarik Undang-undang Darurat yang dikuatkuasa sejak lebih 30 tahun. Tetapi rejim bertindak semakin ganas menghadapi rakyat menyebabkan semakin ramai yang cedera dan terbunuh pada bulan Februari. Menjelang Julai, Liga Arab dan Barat mula masuk campur secara langsung dan pembetukan beberapa Parti Pembangkan diusahakan baik oleh Perancis, Iran, dan Turki. Ada sejumlah tentera Rejim yang tidak tergamak untuk membunuh saudara mereka yang bangkit di jalanan, akhirnya tentera ini dibunuh oleh rakan sepasukan mereka sendiri. Tentera yang berpaling tadah ini, menubuhkan Free Syrian Army (FSA) diketuai oleh Lt Kol Rifaat Asaad. Walau bagaimanapun, kelengkapan senjata yang dimiliki mereka adalah terhad. Kemunculan parti pembangkang dan sayap senjata ini, memangkin kebangkitan rakyat kepada skala yang lebih besar, dan rejim bertindak lebih kejam di luar batas kemanusiaan dan menelan semakin banyak nyawa.

REJIM ASSAD BERHADAPAN BLOK PEMBANGKANG
Asal konflik syria adalah kebangkitan rakyat yang selama ini ditindas dan diseksa sekian lama oleh pemerintah yang zalim. Sebagaimana yang terjadi di Mesir, Tunisia dan Libya kebangkitan umat yang penuh kebarkahan ini berakhir dengan keputusan yang dipengaruhi US. US akan cuba mengalahkan pengaruh pesaingnya baik dari Eropah dan Blok Timur, dan menyediakan platform peralihan kuasa sementara mematang dan menyediakan pemerintah baru yang akan mengambil alih kuasa.
Russia dan China antara kuasa besar yang secara terangan menyokong rejim Asad. Sememangnya kedua-dua negara ini mempunyai hubungan yang baik dengan Syria. Iran yang sememangnya di sekutu kepada Syria masih lagi membantu Syria walaupun beberapa kenyataan dan tindakan akhir-akhir ini menunjukkan dolak dalih.
Walaubagaimana pun Turki yang selama ini mempunyai hubungan dengan Syria secara lantang menyuarakan sokongan kepada golongan pembangkang dan menuntut agar Assad turun. Turki telah menjadi tempat penubuhan Syrian National Council(SNC), sebuah badan politik yang menyatukan parti-parti pembangkang Syria. SNC ini adalah perancangan Amerika Syarikat untuk menjalankan fasa peralihan kuasa di Syria. Malah ia diiktiraf sebagai kerajaan buangan. Malah Turki dan US turut dikaitkan menyokong Freen Syria Army (FSA). Selepas kenyataan Obama dan Erdogan yang menyokong FSA pada September 2011, operasi ketenteraan FSA semakin meluas. Selain kedua negara ini, Lubnan, Iraq dan Saudi turut dikaitkan membekalkan senjata kepada FSA.
US selain bertindak melalui Turki, turut menggunakan Iran untuk mendokong National Coordination Board for Democratic Change (NCB). Pengerusi NCB, Hasan Abdul Azim, yang berideologi sosialisme turut dikaitkan dengan peranan Rusia. Parti ini turut mendapat sokongan dalaman dari pihak Kurdis. Selain itu, Perancis yang merupakan bekas penjajah dan negara yang mempunyai hubungan dagangan terbesar dengan Syria turut cuba mencaturkan keputusan melalui National Democratic Council (NDC) yang ditubuhkan di Paris.
BARAT BERUSAHA MENENTUKAN SYRIA MASA DEPAN
Jika kita ingat masih ingat kebangkitan di Mesir, pihak tentera digambarkan menyokong rakyat. Walhal, realiti sebenar adalah US dan tentera Mesir sedang menyediakan fasa peralihan kuasa melalui Supreme Council of the Armed Forces (SCAF). Fungsi SNC adalah sama seperti National Transitional Council di Syria, bagi mengatur peralihan kuasa. Usaha penubuhan SNC sejak Ogos 2011 (penubuhan rasmi pada Nov 2011) adalah usaha terancang US untuk memastikan berlakunya peralihan kuasa yang mampu menjaga kepentingan US, walaupun hingga ke tarikh penulisan ini ditulis US belum melihat mana-mana pihak yang betul-betul layak dan mampu mengambil tampuk pemerintahan Syria.
Sehingga kini Amerika belum ada boneka yang benar-benar layak dan mampu mengambil alih kekuasaan di Syria. SNC perlu diperkemaskan lagi agar benar-benar mampu menjalankan proses peralihan kuasa dengan berkesan menjaga kepentingan US. Terkini, perlembagaan Syria sedang dikaji semula. Umat yang mahukan Asad turun, akan melihat Asad turun sendiri (seperti Ben Ali dan Mubarak) atau dihabisi US seperti Ghadafi. Dari Julai 2011 hingga sekarang, US belum menampakkan kepastian dalam perkara ini. Keadaan tegang ini mungkin akan berlarutan, dan tidak pelik jika US akan mengaitkan dengan aktiviti pengganas. Mereka perlu berusaha untuk menguasai tentera kerajaan, kerana Free Syrian Army(FSA) tidak mudah untuk mereka pengaruhui sepenuhnya. Makin banyak kehancuran dan nyawa yang akan melayang, sehingga US menemukan masa yang sesuai untuk menggantikan Assad.
UMAT MEMERLUKAN PEMIKIRAN POLITIK YANG CEMERLANG DAN KHILAFAH
Kebangkitan Arab yang penuh keberkahan dan kemuliaan ini, masih lagi tidak mampu membawa kebangkitan Islam, walau umat dahagakan penerapan syariat. Segala pengorbanan dan nyawa yang ditumpahkan di medan perarakan, masih dapat dicapahkan hasilnya oleh percaturan politik barat. Umat mempunyai kesedaran politik, tetapi belum mampu mengalahkan percaturan politik barat sehingga keputusan kebangkitan ini masih dipengaruhi aspirasi barat. Umat masih diajar dengan penyelesaian demokratik sehingga belum mampu membawa kepada kebangkitan Islam yang benar.
Sesungguhnya, kebangkitan Islam ini menuntut pemikiran politik Islam yang jernih dan kekuasaan politik umat ini hanya akan mampan apabila terwujudnya khilafah. Jika tidak, kebangkitan demi kebangkitan akan dibalas dengan pembohongan politik.
WALLAHU A'LAM
Posting terdahu berkaitan Kebangkitan Arab:
1- MENYINGKAP MAKAR KUFAR DI TUNISIA, ALGERIA DAN MESIR
2- Revolusi yang Penuh Keberkahan
3- SECUBIT DARI WACANA TEORI KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA: SEMPENA REVOLUSI TIMUR TENGAH
4- Libya: The silver lining in the hypocrisy of Western intervention
Monday, March 21, 2011
SECUBIT DARI WACANA TEORI KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA: SEMPENA REVOLUSI TIMUR TENGAH
Khamis lepas saya berkesempatan ke sebuah wacana di UIA PJ. Menariknya ia menampilkan empat gerakan Islam di Malaysia iaitu ABIM, IKRAM, PAS dan Hizbut Tahrir(HT).
Pembentang pertama, Saudara Julfithri, dari ABIM menekankan peranan NGO sebagai third force kepada check and balance antara kerajaan dan pembangkang. Beliau tidak melihat kebangkitan sebegitu akan berlaku di Malaysia memandangkan keadaan ekonomi Malaysia tidak seteruk negara-negara Arab tersebut.
Pembentang kedua, Prof Dr Sharifudin, dari HT menyatakan revolusi yang berlaku di Arab bukanlah perubahan sebenar yang kita mahukan kerana keputusannya dipengaruhi oleh Barat. Beliau menjelaskan perubahan yang sebenar apabila umat mampu membezakan antara Islam dengan bukan Islam.
Pembentang ketiga,Saudara Subki Yusof, dari PAS menegaskan bahawa PAS masih yakin dengan jalan demokrasi berbanding pendekatan revolusi memandangkan kesesuaian di Malaysia.
Pembentang keempat, Dr Hafidzi, dari IKRAM menganggap pendirian Ikhwanul Muslimin untuk tidak turut secara langsung tetapi memberi sokongan kepada calon lain menggambarkan kematangan politik. Ia selari dengan khutbah Dr Yusof Qaradhawy di Dataran Tahrir yang menyatakan memberikan kebebasan kepada rakyat adalah lebih utama dari penerapan hukum syara'.
Suasana menjadi hangat pada sesi soal jawab. Penanya pertama, mempersoalkan kenapa hanya PAS sahaja yang menonjol di Malaysia sedangkan 3 jamaah lain kurang dikenali terutama di luar banda. Selain ity, antara persoalan yang dibangkitkan adalah berkenaan bentuk perubahan dan demokrasi. Ada seorang anak muda yang bertanya bahawa dia kebingungan tentang hukum demokrasi. Saya agak terkejut, apabila seorang pakcik bangun dan mengkritik betapa sedihnya jika PAS dan IKRAM tidak dapat melihat tipudaya demokrasi. Dia adalah seorang yang mengajukan soalan bertalu-talu kepada saya berkenaan demokrasi semasa sebuah seminar di Shah Alam 2,3 bulan lepas. Hari ini persepsinya sama sekali berbeza.
Kemudian ada seorang yang bangun dan mengajukan kepada wakil PAS dan HT, apakah bentuk negara Islam yang akan dijalankan jika berkuasa penuh. Saya agak terkejut dengan soalan ini tetapi agak teruja untuk mendengar jawapan PAS sambil memandang riak wajah Sdr Subki. Beliau agak teragak-agak untuk menjawab soalan tersebut. Penanya dan beberapa audien mengulangi dan menjelaskan soalan berikut sehingga saya pun turut tolong menjelaskannya. Beliau tidak menjawab soalan itu, cuma katanya masih seperti sekarang ada PM dan TPM sehingga dapat kuasa penuh. Dr Sharifudin dari HT pula menjelaskan struktur kenegaraan yang akan diterapkan HT adalah khilafah sebagai yang dijelaskan oleh Dustur Muqaddimah dan Struktur Negara Islam yang dikeluarkan oleh HT.
Saya sendiri berkesempatan memberikan pandangan dan persoalan menyentuh isu di Tunisia, Algeria dan Mesir. Saya sorotkan kebangkitan seumpama ini telah berlaku sekian kali di negara-negara tersebut tetapi akhirnya keadaan yang serupa berlaku. Saya meminta dijelaskan apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh gerakan Islam agar umat Islam tidak terus ditipu.
Saya dapati keterbukaan panelis dalam menangani wacana sebegini terutama soalan-soalan sensasi dari para audien adalah sangat penting. Segala perbezaan pandangan sewajarnya disalur dan dijawab secara ilmiah bagi mengelakkan suasana tegang. Tahniah kepada Syubban PUM dan Youth Centre for Political Education(YCPE) dan semua yang terlibat.

Subscribe to:
Posts (Atom)