Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

YAHUDI, ISRAEL DAN ZIONIS : MERUNGKAI KONSPIRASI POLITIK, PERCATURAN KUASA BESAR DAN PENYELESAIAN ISLAM

Setiap kali menyebut nama Yahudi, Israel atau Zionis hati umat Islam terasa umpama dihiris. Apa tidaknya, pencerobohan Yahudi di tanah suci Palestin, pengusiran umat Islam, pembunuhan demi pembunuhan, serangan demi serangan, sehingga kini masih berterusan dan tidak menampakkan sebarang penyelesaian. Dari sejak sekian usia kita mendengar kezaliman yang tidak henti-henti, pernah kita menjawabnya dengan boikot produk, pernah juga dibantu dengan derma, ubatan dan makanan, setelah kita sedar meja rundingan hanyalah satu pembohongan. Ada juga yang memberi jawapan, kalau negara-negara Arab bersatu menyerang Israel pasti mudah ia dikalahkan, tetapi persolannya mengapa ia tidak berlaku?


Malah apabila ditanya, apakah Yahudi ini begitu berkuasa? Siapakah yang lebih menguasai dunia, Yahudi atau Amerika? Ramai yang masih bingung. Apakah beza dan persamaan antara Bani Israel, Yahudi dan dan Zionis, mungkin masih ramai di antara kita yang tidak begitu jelas. Lebih sulit apabila yang memahaminya mengikut teori konspirasi, dari cerita lucifier, holy grail, solomon temple ke illuminati, sehingga merasakan Freemasion itu terlalu berkuasa di  dunia. Begitu banyaknya dogma Yahudi dan Zionis yang membelenggu umat.




ANTARA BANI ISRAEL, YAHUDI DAN ZIONIS


Bani Israel adalah merujuk kepada keturunan nabi Ya'kob.



"Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): (Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu wahai Bani Israil sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar." (Ali Imran: 93) 

Sedangkan Yahudi adalah agama yang diturunkan kepada Bani Israel yang dikaitkan dengan kitab Taurat, Nabi Musa.



Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui [QS. Al-Baqarah : 146].
Tetapi golongan ini telah memesongkan ajaran yang di bawa oleh Nabi Musa, dan perkara ini telah banyak dirakamkan oleh Al Quran. 



WILAYAH KHAZAR SEMASA ABAD KE 12M

Pada peringkat awal agama Yahudi ini hanya dianut oleh bangsa Israel, tetapi pada hari ini Yahudi dari bangsa Israel hanyalah tidak sampai dari 20 peratus dari populasi Yahudi diseluruh dunia. Malah, Yahudi ini bukanlah golongan yang berpengaruh. Golongan Yahudi yang berpengaruh sekarang adalah disebut Yahudi Ashkenazi, ia tiada kena mengena dengan bangsa Israel. Yahudi Ashkenazi ini, berasal dari wilayah Khazar pada kurun ke 11-12 masehi. Wilayah Khazar ini sekian lama bergabung dengan Empayar Byzantine untuk menghadapi Khilafah Abbasiyah. Wilayah Khazar hari ini adalah sekitar Tasik Kaspia dan Georgia. Mereka kemudian diperangi oleh Empayar Byzantine, hingga tersebar ke Eropah barat seperti Jerman, Ukraine, Poland, Hungary, Russia, Romania dan Belarus. Golongan Yahudi ini walaupun berhijrah ke merata dunia, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri dimana mereka hanya hidup dalam komuniti mereka. Tetapi mereka berjaya menguasai ekonomi dan menimbulkan kebencian penduduk asal. Setelah perang dunia kedua, ramai dari Yahudi ini yang berhijrah ke Amerika dan mengusai ekonomi di sana. Malah Yahudi dalam konteks ini lebih dilihat sebagai sebuah bangsa, berbanding agama Judaisme.


Zionis pula pada definisi mereka adalah pertubuhan nasionalisme yang memperjuang nasib Yahudi. Ia ditubuhkan secara rasmi oleh Theodore Hezl pada 1897 di Basel, Switzerland.  Zionisme mengambil nama bukit Zion yang mana mengikut kepercayaan Yahudi terletaknya Kuil Sulaiman. Idea asalnya zionisme ini adalah untuk memperjuangkan nasib golongan Yahudi yang bertebaran di banyak pelusok dunia tanpa negara. Matlamat adalah untuk menubuhkan Israel Raya , Eretz Israel.




YAHUDI DI ZAMAN RASULULLAH SAW
Jika kita teliti makar Yahudi pada zaman Rasulullah, ia tidak banyak berbeza dengan Yahudi hari ini. Mereka sebenarnya adalah golongan pengecut, tetapi bijak memperguna pihak lain untuk menjaga kepentingan mereka. Buktinya, terdapat 4 golongan Yahudi di dalam Madinah, Bani Qainuqa di dalam kota dan bani Nadhir, Bani Khaibar dan Bani Quraizah di pinggir kota Madinah.  Mereka ini kecuali Bani Nadhir pada mulanya tidak mahu mengiktiraf Piagam Madinah, tetapi terpaksa akur. Malah Yahudi yang berjiran dengan Madinah seperti Bani Auf, Bani Najjar, Bani Harits, Bani Sa’adah, Bani Jasyim, Bani Aus dan Bani Tsa’labah turut terpaksa akur dengan Piagam Madinah. Walhal selama ini mereka berjaya menguasai politik dan ekonomi Madinah dan sekitarnya dengan jalan melaga-laga puak lain  dan melakukan pelbagai  makar politik.


Yahudi Bani Qainuqa' diusir dari Madinah setelah terjadi peristiwa yang mengaibkan seorang Muslimah yang disingkap auratnya. Kemudian Yahudi Bani Nadhir mewujudkan ketegangan dalam negara dan berkonspirasi dengan musuh terutama selepas tentara Islam tewas pada perang Uhud. Setelah diusir mereka malah melakukan konspirasi dengan kaum kafir Quraisy dan musyrik lainnya untuk menyerang Madinah dalam perang Ahzab. Bani Quraizah dihabisi tentera Islam apabila mencabuli Piagam Madinah dengan bersekongkol dalam perang Ahzab. Sedangkan Yahudi Khaibar, ditewaskan tentera Islam setelah mereka cuba berkonspirasi dengan Yahudi Makkah. Rasulullah menyerang mereka, setelah 15 hari balik dari Perjanjian Hudaibiyah. Kelompok-kelompok Yahudi ini walaupun mereka tidak kuat, tetapi tetap saja melancarkan perang saraf, mewujudkan ketidakstabilan dalam negara dan mampu mempengaruhi musuh-musuh Islam.


KONSPIRASI POLITIK PENUBUHAN NEGARA ISRAEL


Permusuhan Yahudi kepada umat Islam banyak kali dinyatakan dalam Al Quran, baik sebelum dan sesudah kewujudan Zionis.


Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [TMQ al-Maidah (5):82].
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka"  (Al Baqarah : 120)


Pada awal abad ke 20, Bristish adalah kuasa dunia yang sedang berusaha menjatuhkan khilafah. British telah melihat betapa pentingnya untuk meletakkan Yahudi di pusat wilayah umat Islam.§Penubuhan  Negara Israel telah dicadangkan oleh Perdana Menteri British Henry Bannerman pada tahun 1906
§


Terdapat orang (umat Islam) yang mengawal wilayah luas yang dipenuhi dengan sumber yang nyata dan tersembunyi. Mereka menguasai persimpangan laluan dunia. Tanah mereka merupakan buaian tamadun manusia dan agama. Orang-orang ini mempunyai satu iman, satu bahasa, satu sejarah dan aspirasi yang sama. Tiada halangan semula jadi boleh mengasingkan orang-orang ini dari satu sama lain . Jika ada peluang, negara ini akan bersatu menjadi satu negara, ia kemudiannya akan menentukan halatuju dunia ke tangan mereka dan akan memisahkan Eropah dari negara lain di dunia. Mengambil kira pertimbangan ini secara serius, sebuah pihak asing perlu ditanam di tengah-tengah negara ini untuk mengelakkan penumpuan
sayap kekuatannya dalam apa-apa cara sekalipun.Kerana bahawa ia akan mengerahkan kekuatannya dalam peperangan yang tidak akan berakhir. Ini juga boleh bertindak sebagai batu loncatan bagi Barat untuk mendapatkan objek yang didambakan.”
§(Prime Minister Henry Campbell-Bannerman, Campbell-Bannerman Report, 1907)




Golongan Yahudi melalui pertubuhan Zionis ini sememangnya terlibat secara langsung menjadi pencatur dan bidak menjatuhkan Khilafah Islam. Baik dari Ketua Turki Muda, Emmanuel Khrussow  hingga ke Mustafa Kamal adalah Yahudi. Mereka telah menguasai pemerintahan Khilafah Uthmaniyah sejak 1918 lagi walaupun belum secara rasmi dijatuhkan. Malah Deklarasi Balfour pada 1917, secara jelas menunjukkan bahawa Palestin akan dijadikan negara bagi Yahudi.


DEKLARASI BALFOUR
Setelah kejatuhan khilafah, wilayah Palestin diserah PBB dibawah mandat British. Peristiwa Holocoust di Jerman yang dikatakan membunuh 6 juta Yahudi pada  awal 40an menjadi justifikasi ampuh sehingga tertubuhnya negara haram Yahudi pada 1948 dan mendapat pengiktirafan PBB. Selepas perang dunia ke 2, British ditekan US untuk membebaskan negara-negara jajahannya termasuk Palestin, dan bermulalah peranan US dalam percaturan Yahudi ke atas Palestin.




SIAPA YANG MENGUASAI DUNIA HARI INI, AMERIKA ATAU YAHUDI?


Pengaruh Yahudi dalam kongres Amerika, industri ketenteraan, ekonomi, perbankan dan industri ketenteraan adalah amat kuat. Malah mereka adalah pelobi-pelobi yang membelakangi setiap Presiden yang naik. Baik pegai tertinggi negara seperti Paul Wolfowitz, Henry Kissinger, Cheryl Bernard, Bernanke, Richard Perle, Robert Satloff dan banyak duta US adalah Yahudi. Walaupun di peringkat awal selepas PD2 Parti Republikan dilihat rapat dengan Yahudi, tetapi hari ini Demokrat lebih ramai wakil dari kalangan Yahudi.


Jadi, apakah 6.5 jutaYahudi  Amerika yang mewakili 2.2% penduduk Amerika ini menguasai Amerika? Apakah Amerika yang kononnya Polis dunia dan penguasa orde dunia sebenarnya dikuasai Yahudi? Saya lontarkan persoalan ini kepada pembaca sekelian, sebagaimana saya lontarkan kepada hadirin dalam diskusi tempohari. Sememangnya ia agak sulit untuk dirungkaikan.


Fakta bahawa ada Yahudi yang terlibat dalam pengurusan tertinggi US baik dalam pemerintahan dan  perbankan adalah benar, Pengurusi Bank Pusat US, Ben Bernanke adalah Yahudi. Syarikat-syarikat milik Yahudi yang menguasai sektor industri dan ekonomi US juga adalah suatu yang kita sendiri lihat produknya sampai kepada kita. Bahawa konglomerat Yahudi ini menjadi pelobi kepada kabinet US juga adalah fakta yang jelas. Sememangnya kelompok minoriti ini terlibat dalam membuat dasar US dan menguasai sektor ekonomi, tetapi tetap saja mereka ini masih lagi rakyat Amerika yang tertakluk kepada dasar Amerika yang seringkali konflik dengan polisi Yahudi dan Zionis. Kelompok Yahudi Amerika ini sememangnya menjadi tulang belakang kepada Zionis baik dari aspek sokongan politik dan kewangan, tetapi mereka tetap juga sebahagian dari negara kuasa besar Amerika. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat terhadap dasar Amerika terutama yang berkait persoalan Palestin dan timur tengah, tetapi tanpa sokongan kuasa besar seperti Amerika negara Israel tidak akan mampu bertahan ditengah-tengah negara umat Islam.


Yahudi dan Amerika berkongsi banyak kepentingan yang sama di Timur Tengah, tetapi matlamat mereka berbeza. Kepentingan yang sama adalah Amerika perlu terus menguasai politik timur tengah, pemimpin dan sumber alamnya. Yahudi pula mahukan negara Israel terus kekal di sana. Tetapi matlamat Amerika adalah tetap saja satu, agar terus berkuasa sebagai superpower tunggal dunia. Sedangkan matlamat Yahudi adalah untuk mewujudkan Eretz Israel, sebuah negara Israel Raya yang mampu mengambil alih posisi Eropah dari segi ekonomi.  US mahukan Israel kekal sebagai sebuah negara terpencil begitu, bukan negara yang meluas dan merebak kekuasannya. Ketika Britain melalui PBB mencadangkan two state solution, bukan itu yang US mahukan kerana US perlu memastikan kawasan tersebut terus bergolak. Israel mungkin boleh bersetuju dengan idea two state solution, tetapi tetap mahukan juga mewujudkan Eretz Israel.


Jadi, antara US dan Yahudi, mereka berkongsi banyak kepentingan yang sama, tetapi matlamat yang berbeza. Yahudi mempunyai pengaruh yang amat besar kepada US, tetapi masih bergantung kepada US untuk keberlangsungan negara Israel.


POLEMIK YAHUDI-ISRAEL DI MALAYSIA


Malaysia secara rasmi tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Walaubagaimana pun PAS telah beberapa kali mendedahkan wujudnya hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Israel. PAS pada April 2010 melalui Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad, mendedahkan banyak maklumat bahan bacaan di MITI yang berkenaan Israel. Menurut Idris, antara yang boleh ditemui di perpustakaan berkenaan adalah majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.  ( http://www.malaysiakini.com/news/130087)


Tetapi kenyataan Presiden PAS baru-baru ini yang menyatakan boleh berniaga dengan Yahudi, menimbulkan pelbagai kekeliruan. Malah beliau turut menyatakan boleh bekerjasama dengan Yahudi untuk menjatuhkan Zionis. Kenyataan beliau disokong Mursyidul Am tetapi mendapat reaksi yang berbeza dari Ketua Pemuda, Ustaz Nashrudin Hasan Tantawi.


Kemudian, timbul pula isu apabila kerajaan Malaysia memutuskan hubungan dagangan Petronas dan minyak sawit dengan Iran atas dakwaan tunduk kepada US dan Israel. Harakah terbaru keluaran 2-5 April, menyatakan Malaysia berlutut kepada Israel semata untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia.




SEJAUH MANA HUBUNGAN UMAT ISLAM DENGAN YAHUDI, ISRAEL DAN ZIONIS


Hujah yang menyatakan Rasulullah berniaga dengan Yahudi dan malah mencagarkan baju besinya kepada Yahudi, merupakan dalil membenarkan hubungan muamalah dan kedudukan kafir dzimmi dalam kafir dzimmi. Rasulullah saw bersabda: 



Sesiapa yang menyakiti orang-orang dzimmi bererti dia menyakitiku dan sesiapa  menyakitiku dia adalah menyakiti Allah.


Ibnu Hazm menyatakan,

“Salah satu hak yang dimiliki oleh ahlu dzimmah adalah bilamana Negara Islam diserang dan mereka tinggal di wilayah Islam, maka umat Islam wajib melindungi mereka mati-matian. Dalam hal ini, perlakuan lemah lembut adalah hak para ahlu dzimmah.”



Selain ahlu dzimmah, golongan kafir musta'mini niaitu kafir yang tinggal di luar daulah tetapi mendapat visa (jaminan keselamatan untuk melawat daulah) dan kafir muahidin (kafir yang negaranya mempunyai perjanjian damai dengan daulah) termasuk mereka yang mendapat jaminan dan menjadi tanggungjawab negara untuk menjaga keselamatan meraka selama di dalam negara Islam. Mereka berhak datang melawat daulah, mengunjungi saudara mereka, menyambung pelajaran dan berniaga di dalam daulah. Sedangkan bagi negara yang sedap dalam kondisi memerangi Islam seperti US dan Israel, maka ia tergolong negara harbi yang mana tidak ada hubungan diplomatik dengannya kecuali genjatan senjata. Manakala bagi rakyat di negara tersebut, mereka boleh membunyai hubungan dengan negara Islam sekiranya mereka memohon dan mendapat taraf musta'min.




Bagi konteks Yahudi di Israel, jelas mereka ini adalah kafir harbi kerana merampas dan menduduki tanah umat Islam. Bagi umat Islam Palestin yang dijajah, segala keperluan mereka dikawal oleh Rejim Zionis ini, mereka tak dapat tidak perlu berniaga dengan Yahudi untuk mendapatkan keperluan. Bertentangan dengan umat Islam yang berada di luar Palestin, haram huhumnya kita menjalinkan hubungan dengan kafir harbi ini. Adalah suatu pengkhianatan bagi mana-mana pemerintah umat Islam yang mempunyai hubungan dengan Israel.




Sedangkan bagi Yahudi yang beradi di luar Israel, perlu dilihat apakah mereka terlibat memerangi umat Islam atau tidak. Jika Yahudi sahabat Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti Henry Kissinger dan Paul Wolfowitz mereka adalah Yahudi yang terlibat dalam polisi luar dan ketenteraan US memerangi umat Islam, jelas haram bersahabat apatah agi menjadikan meraka sebagai perunding.

"Wahai Orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu melantik (mengambil) orang Yahudi dan Nasrani sebagai auliya' kerana sebahagian daripada mereka adalah penolong sebahagian yang lain. Sesiapa yang melantik mereka (menjadi pemimpin mereka) sesungguhnya mereka adalah sebahagian daripada mereka. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi hidayah kepada kaum yang zalim". (Al-Maidah: 51).


Adalah suatu yang mengelirukan bagi seoarang Presiden Gerakan Islam mengeluarkan kenyataan membolehkan berniaga dengan Yahudi, apatah lagi dalam kontek bernegara apabila mendapat kuasa kelak. Malah menyatakan boleh bekerjasama dengan Yahudi untuk menjatuhkan Zionis adalah suatu yang tiada realiti, kerana Yahudi itu menganggotai Zionis atau tidak sememangnya mereka memusuhi Islam. Golongan Yahudi ortodok yang menentang Zionis bukanlah kerana mereka baik dengan Islam, tetapi menurut ajaran mereka yang telah diselewengkan dalam Talmud, wujudnya negara bagi Yahudi kononnya akan memperlambat nabi Musa. Sepatutnya PAS bersikap adil apabila menyelar kerajaan BN yang menjalinkan hubungan dengan Israel, turut memberi amaran kepada Anwar atau memutuskan hubungan dengan Anwar selagi mana beliau mempunyai hubungan dengan Yahudi sebegitu. Kerana hukum Allah yang terkena kepada BN terkena juga kepada Pakatan Rakyat.

Dengan banyaknya peringatan Allah berkenaan sifat keji Yahudi wajar bagi kita mempunyai sikap berhati-hati dengan golongan sebegini.



UMAT ISLAM AKAN MEMERANGI YAHUDI

Usaha British dan Zionis untuk mendirikan Negara Israel di tengah jantung wilayah umat Islam berjaya apabila Khilafah Islam dihancurkan. Israel semangnya mahu berada di Palestin, kelompok Kristian Evangelist akan bekerjsama dengan Zionis agar Baitul Maqdis tidak dikuasai umat Islam dan US akan mendokong kewujudan Israel di  Palestin. Penguasa umat Islam yang dayus akan menghalang kebangkitan umat. Betapa masalah Yahudi dan kependudukan Israel terhadap Palestin hanya akan dijawab dengan Khilafah. Hanya dengan Khilafah Islam dapat diterapkan secara kaffah, dakwah dan jihad dilancarkan bagi membebaskan wilayah-wilayah umat Islam agar Islam sampai sebagai rahmat sekian alam. Ketika itu, umat Islam akan memerangi setiap Yahudi di muka bumi.


Nabi saw bersabda: “Tidak akan terjadi Kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sampai Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon berbicara “Hai Muslim, hai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku, kemari, bunuhlah dia,” kecuali Ghorqod sebab ia sungguh termasuk di antara pohon kaum Yahudi.” (HR Muslim 5203)












Sunday, March 18, 2012

GAJI MINIMA: APAKAH MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH?



Isu gaji minima kepada kakitangan sektor swasta telah sekian lama diperjuangkan Kongres Kesatuan Sekerja, MTUC. Kenyataan Pakatan Rakyat(PR) untuk memperkenalkan gaji minima di dalam Buku Jingga dilihat dapat meraih sokongan golongan pekerja bawahan terutamanya.Dengan 2.2 juta pekerja berpendapatan dibawah RM1000 sebulan, ia sememangnya memberi tekanan politik kepada kerajaan BN. Apatah lagi setelah Kerajaan PR Negeri Selangor memuatkannya dalam bajet 2012, gaji minima RM1500 untuk kakitangan awam negeri. Menteri Sumber Manusia, Dr S Subramaniam telah beberapa kali menyatakan kerajaan kononnya akan menetapkan kadar gaji minima RM900, dengan mengambil kira syor yang dikemukakan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN). Ia telah menimbulkan ketidaksetujuan dari pihak majikan, malah ada yang menganggap ini adalah atas desakan politik.

ASAS GAJI MINIMA



Kapitalis memperkira gaji seperti mana harga komoditi, ditentukan oleh penawaran dan permintaan. Jika dilihat pada graf di atas, harga sesuatu barang/komoditi akan naik apabila ada kekurangan penawaran atau lebihan permintaan. Ia akan turun apabila ada lambakan barang atau permintaan menurun. Ia adalah suatu yang lumrah dan mudah difahami. Apabila musim buah-buahan seperti rambutan dan durian, harga buah akan turun kerana adanya lambakan. Tetapi apabila bukan musimnya, harga akan naik. Ia memang mudah difahami. Tetapi kapitalisme silap besar apabila membina asas ekonomi dengan menjadikan teori supply-demand(penawaran-permintaan) sebagai mekanisme pengagihan barangan atau perkhidmatan. Kerana realitinya, betapa banyak produk dikeluar hingga harganya jatuh tetap saja ada golongan yang tidak mampu memilikinya. Ini kesalahan utama teori ekonomi kapitalisme.

Dalam persoalan gaji adalah suatu kesalahan untuk menyandarkannya kepada mekanisme penentuan harga barang. Kapitalisme berpandangan dengan meletakkan satu nilai gaji yang dianggap wajar pada garis minima, mampu mewujukankan kesenjangan ekonomi. Walhal realiti yang berlaku kebanyakan negara yang telah mengamalkannya adalah permasalahan yang semakin bertambah.



Dari kajian yang dilakukan, perlaksanaan gaji minima telah menyebabkan peningkatan kos yang signifikan. Ini kerana apabila mereka yang berada dibawah paras gaji minima menerima kenaikan, mereka yang asalnya telah berada pada paras minima akan menuntut kenaikan gaji lalu berikut seterusnya. Ia menyebabkan kenaikan harga barang, akibatnya kenaikan gaji tidak memberi penyelesaian. Malah daya saing syarikat atau negara berkurangan. Di negara maju yang menguasai ekonomi banyak syarikat-syarikat melabur ke negara yang pasaran buruhnya lebih murah seperti Malaysia pada 80an, dan kini di China, Kemboja dan Myanmar. Kesannya mungkin berbeza bagi setiap negara, tetapi bagi negara yang bergantung kepada pelaburan asing seperti Malaysia kesannya lebih teruk apabila syarikat-syarikat ini berpindah ke negara lain. Kita akan lihat pengangguran meningkat, inflasi/deflasi boleh berlaku, tekanan sektor pekerjaan di mana beban dan waktu kerja yang bertambah, yang boleh memicu kenaikan masalah sosial dan kenaikan cukai. Ini antara realiti yang telah berlaku di negara-negara yang mengamalkan gaji menima. Boleh dikatakan kebanyakan negara di dunia telah melaksanakannya untuk sekian lama terutama negara barat dan Afrika, ia tidak menyelesaikan masalah.

PUNCA MASALAH

Punca permasalahan ini adalah ideologi kapitalisme itu sendiri. Ia bukan bukan sekadara kegagalan urustadbir, tetapi kegagalan sistemik. Kapitalisme meletakkan harga sebagai mekanisme pengagihan kekayaan, akhirnya jurang antara kaya dan miskin semakin melebar. Idea ekenomi bebas meletakkan syarikat-syarikat sebagai pemilik konsesi kekayaan alam, menguasai setiap industri pembuatan dan perkhidmatan, pencipta peluang pekerjaan sementara negara berfungsi merangka dan menerapkan dasar, lalu mengutip hasil dari pelbagai jenis cukai. Maka pasaran kerja utama dikuasai oleh sektor swasta.

PANDANGAN ISLAM

Hubungan antara majikan dan pekerja adalah akan ijarah (upah). Syarat keabsahan akad tersebut adalah masing-masing telah mumayyiz , ada ridha antara kedua pihak yang melakukan transaksi dan upahnya harus jelas. Nabi bersabda yang bermaksud:

"Apabila salah seorang dari kalian mengontrak seorang pekerja, hendaknya ia memberitahu upah kepadanya"

Kadar upah itu biasanya disebut (ajrun musamma) atau merujuk kepada upah yang sepadan (ajrun mitsl). Upah tidak boleh dinisbatkan kepada penentuan harga komoditi, iaitu berdasarkan penawaran dan permintaan. Sebaliknya, transaksi dari dua manusia yang saling memerlukan (majikan memerlukan perkhidmatan, pekerja memerlukan bayaran) ini adalah atas dasar masing-masing adalah saling melengkapi. Maka kadar upah sekiranya berlaku perselisihan ditentukan oleh mereka yang pakar untuk menilai berapa upah yang wajar untuk sesuatu pekerjaan, meneliti pekerjaan itu sendiri. Ia bukan berdasarkan keperluan hidup yang perlu ditanggung oleh pekerja, kerana majikan bertanggungjawab membayar bayaran atas kerja dibuat dan bukannya mencukupkan keperluan seseorang.

Aspek gaji ini, terikat dalam sebuah sistem ekonomi, yang mana ia bergantung sepenuhnya kepada ideologi yang diterapkan. Apabila ideologi dan ekonomi yang diterapkan, penyelesaiannya masalah gajinya juga adalah kapitalisme. Mungkin agak sukar bagi sesetengah kita mencerna penyelesaian Islam. Kerana Islam itu perlu diterapkan dari aqidahnya, menjadi ideologi bagi ekonominya yang dibangun bebas dari riba', percukaian, liberalisasi dan penswastaan.

KESIMPULAN

Konsep gaji minima ini adalah tampal sulam bagi menutup kegagalan kapitalisme. Ia tidak menyelesaikan masalah, malah akan menyebabkan lebih banyak masalah. Apatah lagi bagi negara yang kekuatan eknominya masih dalam keadaan rapuh. Ia hanya akan menyebabkan kenaikan harga barang, akhirnya pi mai pi mai tang tu. Apa yang nyata, baik BN mahupun PR perlu melihat penyelesaian Islam dan bukannya berharap kepada idea kapitalisme taghut ini.

Wallahu a'lam.

Saturday, June 11, 2011

NEGARA ISLAM ATAU NEGARA BERKEBAJIKAN : NASIHAT BUAT SAHABAT YANG BERSAMA PAS


Setelah sekian lama berjuang untuk menubuhkan Negara Islam, Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Hadi Awang, dalam muktamar baru-baru ini mengumumkan parti itu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.

“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan. (http://malaysiakini.com/news/165931 )

Usaha Negara berkebajikan ini dilihat mampu mengharmonikan hubungan dengan DAP dan PKR yang sememangnya menolak konsep negara Islam. Ini dilihat mampu menarik sokongan rakyat berbanding perjuangan menuntut penegakan Negara Islam. Manifesto ini dijangka mampu memberi tekanan kepada BN dan memperkukuh cita-cita Putrajaya.

Ayat 15 Surah Saba’

“Sesungguhnya bagi kaum Saba ada tanda (kekuasaan Rabb) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri.(kepada mereka dikatakan):”Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Rabb-mu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya.(Negerimu) adalah negeri yang baik (Baldatun Thayyibah) dan (Rabb-mu) adalah Rabb Yang Maha Pengampun”.

Mungkin inilah ayat yang menjadi sandaran Haji Hadi, hingga keluar dari lisannya dalam Al Quran tidak sebut Negara Islam, tetapi menyebutnya sebagai baldatun thayyibah yang ditafsirkannya sebagai negara berkebajikan. Seterusnya beliau memperincikan ciri Negara Berkebajikan tersebut sebagai:
1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7) Rakyat sejahtera, negara makmur
(http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:negara-berkebajikan--tawaran-pas-kepada-rakyat-malaysia-&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56 )

Saya menelusuri asbab annuzul dan tafsiran ayat ini, nyatanya rincian Haji Hadi itu jauh terpesong dari penfsiran yang benar. Imam jalaludin As Sayuthi dalam Lubaabun Nuquul fi Asbaabin Nuzul, meriwayatkan ayat ini turun ketika Farwah bin Masik bertanyakan kepada baginda saw kebenaran untuk memerangi kaum Saba’. Rasulullah menjawab bahawa baginda belum belum mendapat perintah lagi, hinggala turun ayat 15 hingga 17 surah Saba’.

Dalam ayat ke 16 dan 17 seterus Allah menceritakan:
Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.

Ibnu katsir meriwayatkan dari Ibn `Abbas, Wahb bin Munabbih, Qatadah dan Ad Dahhak menyatakan Allah membinasakan mereka dengan banjir yang sangat besar, hingga keluar segala binatang dari empangan Ma’rib, dan tikus-tikus besar yang menggigit empangan tersebut hingga runtuh menenggelamkan seluruh negeri mereka.

Sungguh menghairankan bagaimana dari pengkisahan kaum Saba’ ini, Haji Hadi berani membuat pengumuman untuk menjadikan Negara Berkebajikan sebagai gagasan perjuangan dan menenggelamkan perjuangan Negara Islam yang selama ini PAS kobarkan.

Istilah Negara Islam

Saya pernah mengulas permasalahan istilah daulah islamiah, darul Islam, Darul muhajirn, bilad islamiyah, khilafah islamiah dalam posting terdahulu. Sememangnya istilah ’daulah’ yang membawa maksud negara wujud kemudian apabila para intelektual muslim dan filosofnya menterjemah perkataaan 'state' dari tamadun Yunani. Antara orang terawal yang menterjemahkan istilah state kepada daulah adalah Hunain Ubnu Ishaq sekitar abad ke 3 hijrah. Ibnu Khaldun kemudian membezakan antara ad daulah (negara) dan al mulk(kerajaan) dalab bab fi ma’na al khilafah wal imamah dalam Muqaddimah ibnu Khaldun.



Pada zaman Rasul, wilayah kekuasaan Islam disebut darul Islam, atau darul muhajirin. Mana kawasan diluar kekuasaan Islam disebut darul syirk. Ada banyak hadith yang menyebut hal ini. Rasul menunjukkan struktur pemerintahan baik dari aspek tafwidh, tanfidz, kewalian, qudhat dan juga ketenteraan. Baginda juga menjelaskan pengganti baginda dalam soal kenegaraan disebut sebagai khalifah. Penterjemahan struktur kenegaraan ini ditunjukkan pada zaman khulafa urrasyidun, baik melalui ijma’ sahabah (qauli dan suquti) dan juga ijtihad para khalifah dan sahabat.

Kita boleh lihat betapa banyaknya kitab-kitab tulisan para fuqaha yang menjelaskan struktur kenegaraan ini. Ini boleh jumpai ada perbezaan pandangan dalam perkara furu’. Tetapi para fuqaha tidak berbeza pandangan dalam ushool perkara ini iaitu negara Islam baik ia disebut daulah islamiah atau pun darul Islam. Jelas bahawa struktur pemerintahan bagi negara Islam tersebut adalah khilafah dan ia sememangnya identik, hingga umat memahaminya sebagai makna yang sama. Mereka memberi idhafah ’islamiah’ kepada istilah darr , khilafah mahupun daulah, membawa maksud negara yang menerapkan hukum Islam. Sehingga Ibnu Khaldun menjelaskan bahawa siyasah syar’iyyah adalah khilafah Islamiah atau daulah Islammiah. Membezakan dengan siyasah aqliah (yang dibawa oleh tamadun yunani) sebagai mulk(kerajaan) dan daulah kufur.

Penjenamaan Islam Berserta Intipatinya Itu Wajib

PAS sewajibnya memperjuangkan Negara Islam ini, bukannya menyorokkan jenama apatah lagi intipatinya. Ciri-ciri kebajikan yang digariskan TGHH ini sekadar idea umum dan sangat tercapah dari rincian negara Islam. Saya tidak menafikan mungkin cita-cita Putrajaya mungkin lebih mudah apabila mereka menggelamkan jenama Islam dan bersama dengan cita-cita negara kebajikan Pakatan Rakyat, tetapi ingatlah matlamat tidak mengghalalkan cara. Bahkan ini adalah suatu kesilapan hukum syara’ yang sepatutnya dimuhasabah. Jangan sampai kerana terlalu mahu berkuasa, kita menyelindung apatah lagi memesongkan kewajipan Istilah Negara Islam.

Kepada sahabat dan saudara-saudara saya yang bersama PAS, tulisan dalam kesempitan waktu ini semata agar kalian sedar kesilapan yang dilakukan ini, dan sama-sama kita memperbetulkannya. Sesungguhnya thayyibah itu hanya wujud apabila Islam diterapkan dalam khilafah Islamiah dan bukannya negara berkebajikan. Semoga terjemahan ayat 15-17 surah Saba’ ini menyentuh hati kita semua.

“Sesungguhnya bagi kaum Saba ada tanda (kekuasaan Rabb) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri.(kepada mereka dikatakan):”Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Rabb-mu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya.(Negerimu) adalah negeri yang baik (Baldatun Thayyibah) dan (Rabb-mu) adalah Rabb Yang Maha Pengampun”. Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.


Wallahu'alam.

Monday, March 14, 2011

PERTIKAIAN INJIL OLEH PKR, APA REAKSI PAS?



SAYA MASIH TERTUNGGU-TUNGGU REAKSI PEMIMPIN PAS BERKENAAN ISU INI?

Saturday, December 25, 2010

FEDERALISME ITU SISTEM KUFUR

Membaca Harakahdaily, membawa saya kepada youtube http://www.youtube.com/watch?v=NNb6edAPOW8 . Ucapan Nasrudin Mat Isa dalam Konvensyen Pakatan Rakyat, secara terus terang mempertahankan semangat Federalisme. Federalisme itu adalah sistem kufur di mana wilayah-wilayah mempunyai kekuasaan tertentu sendiri selain kekuasaan kerajaan pusat. Sebagai Naib Presiden PAS, ucapannya di Konvensyen tersebut boleh dikira pandangan rasmi. Jelas, PAS bercakap hendak menegakkan Negara Islam, tetapi demi Allah ini adalah sistem Kufur. Inilah pembohongan kepada umat.

Wednesday, December 22, 2010

PENYELEWENGAN MAKNA PERDANA MENTERI

Membaca penulisan Ust Nasrudin Tantawi di blognya yang menyamakan hukum Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan Wazir Tafwidh dan Wazir Tanfidz, saya agak terkejut. http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/12/pm-dan-tpm-menurut-perspektif-islam.html

Kedua jawatan Wazir Tafwidh dan Wazir Tanfidz adalah merupakan aqad wikalah yang diserahkan oleh Khalifah. Khalifah pula mendapat kuasa yang sah di sisi syara' melalui bai'at. Sedangkan, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah aqad pekerjaan yang dipilih dari parti yang memenangi pilihanraya. Skop kuasa kementerian sama sekali berbeza dengan bidang kuasa Wazir yang mendapat kuasa secara wikalah. Ia sama sekali berbeza. Ini jelas adalah penyelewengan hukum syara' yang wajar diperbetul, ia sungguh mendukacitakan.

Tuesday, December 21, 2010

DAP TERIMA NEGARA ISLAM?


Di Konvensyen Pakatan Rakyat yang ke 2, Karpal Singh menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya. Peguam veteran itu menasihatkan PAS supaya jangan berulangkali mengatakan bahawa perlembagaan membolehkan penubuhan sebuah negara Islam, dan nasihatnya itu diterima baik oleh baik oleh sebahagian besar hadirin Melayu-Muslim di konvensyen tersebut. Beliau menasihatkan PAS supaya mempertahankan hak bukan Melayu untuk kebebasan beragama sepertimana parti itu membela Islam sebagai agama rasmi negara di bawah perlembagaan. (http://www.malaysiakini.com/news/151220 )

Jelas, pemimpin DAP itu menyatakan pendirian bahawa beliau menerima perlembagaan secular dengan mengekal Islam sebagai agama rasmi sebagaimana hari ini. Malah, beliau mengingatkan PAS agar tidak membangkitkan soal Negara Islam kerana itu bertentangan dengan perlembagaan. Tetapi kita boleh lihat kenyataan PAS baik melalui lidah rasmi mahupun pemimpinnya, yang seolah membuta tuli kenyataan pemimpin sekular DAP itu.

Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat. Sebelum ini, biarpun duduk sebumbung dibawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP. Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat. "Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya. (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29931:negara-islam-karpal-tutup-mulut-umno&catid=1:utama&Itemid=50 )

Jika kita teliti, Karpal secara terus terang menyatakan pendirian DAP:
1) Menerima Islam sebagai Agama Rasmi
2) Mempertahankan perlembagaan persekutuan (yang sekular) dan peruntukan di dalamnya
3) Menasihatkan Pas jangan menyatakan tentang Negara Islam kerana ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan
4) Mahu perundingan tentang isu Negara Islam ini diadakan secepat mungkin.

Reaksi Pas pula:
1) TG Nik Aziz ketika ditemuramah TheMalaysianInsider mengucapkan terima kasih kepada Karpal.Tuan Ibrahim Tuan Man pula menganggap ia sebagai suatu yang positif. Susulan dari Konvensyen itu, ketua penerangan PAS ust Idris Ahmad , lebih memfokuskan kepada 100 hari untuk PR berkuasa seperti dalam Buku Jingga yang dilancarkan dan berdiam diri dengan kenyataan Karpal.
2) Lidah rasmi PAS, Harakahdaily mengeluarkan kenyataaan bahawa ahli PAS lega dengan kenyaataan tersebut dan malah kenyataan itu menutup mulut UMNO serta merupakan episod baru muafakat dalam Pakatan Rakyat.

DAP bukanlah memberi kenyataan baru tentang pendirian mereka tentang negara Islam. Malah baru saja Karpal menyatakan penolakan mereka terhadap hudud. Tetapi yang peliknya kenyataan tersebut dianggap TG Nik Aziz sebagai pandangan peribadi. DAP sememangnya dari dulu menerima Islam sebagai agama rasmi sebagai mana dalam peruntukan perlembagaan sekular. Malah ketika Dr Mahathir menyatakan Malaysia adalah negara Islam, Karpal pernah mencabar beliau untuk mewartakannya secara perundangan. Sekarang ketika PAS sanggup meredamkan cita-cita negara Islam- jarang sekali PAS bercakap tentang Negara Islam sekarang- DAP menegaskan pendirian ideologi mereka. Mereka menerima Islam sebagai agama Rasmi tetapi menolak Negara Islam. Mungkin mereka belajar dari kehilangan sokongan dari pengundi Cina satu masa dulu. Kita boleh lihat, DAP dengan kekuatan jatidiri sekularnya mempertahankan prinsip mereka, sedangkan PAS yang mendakwa memperjuangkan Islam semakin sayup menyuarakan tentang negara Islam. Apa yang biasa kita dengar sekarang, adalah cita-cita untuk menawan Putrajaya bersama Pakatan Rakyat. Malah Ketua Pemuda PAS dalam blognya dalam satu masa dulu pernah bertanya kepada pemimpin utama PAS tentang bentuk negara yang akan dibentuk dan mereka masih tidak tahu, yang penting BN perlu ditumbangkan.

Ini adalah penyimpangan dalam minhaj dakwah. Kerana yang perlu didakwahkan kepada umat adalah Islam bukan kekuasaan. Nabi melakukan thabun nusrah, menemui bani Tsaqif, bani Kindah, Bani Amir Bin Sha’shaah, hingga akhirnya pemimpin dari Yathrib sanggup menyerahkan kekuasaan kepada baginda. (Rujuk Sirah Ibnu Hisham). Ada Bani yang sanggup tetapi dengan syarat yang tidak selari dengan hukum, ditolak oleh baginda, sebagaimana syarat yang diletakkan DAP untuk bekerjasa. Sebagai parti yang dibangun oleh aqidah dan asas Islam, tidak sewajartnya PAS berdiam diri dan malah meneruskan kerjasama ini. Sepatutnya PAS bangkit menegaskan pendirian bahawa Islam adalah matlamat mereka dan negara Islam adalah method yang terutama yang mereka tidak akan berkompromi. Usahlah cuba berdolak dalik melihat kekufuran yang diperjuangkan rakan seperjuangan dalam PR.

Imam at Tirmidzi meriwayatkan dari Adi bin Hatim berkata: Aku mendatangi nabi Shallallahu saw dan di leherku ada salib emas, beliau bersabda: "Hai Adi, buanglah berhala itu darimu." Dan aku mendengar beliau membaca dalam surat Al Baraa`ah: Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah.' (At Taubah: 31) beliau bersabda: "Ingat, sesungguhnya mereka tidak menyembah mereka tapi bila mereka menghalalkan sesuatu, mereka menghalalkannya dan bila mengharamkan sesuatu, mereka mengharamkannya."

Friday, November 19, 2010

PAS dakwa tarikh Aidil Adha 'sangat pelik'

Malaysiakini

Ahli parlimen Kubang Kerian mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung Isnin depan bagi membincangkan isu tarikh Aidil Adha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

Dalam usul kepada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Salahuddin Ayub berkata sambutan Aidil Adha di negara ini semalam "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

"Perbezaan dua hari sambutan Aidiladha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi," katanya.

Naib presiden PAS itu berpendapat, perbezaan tarikh itu turut mengelirukan penentuan hari Tashrik - tiga hari selepas Aidil Adha yang ditetapkan untuk menyembelih korban - di negara ini.

Salahudin juga mempersoal bagaimana pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengurus tadbir isu tersebut.

"Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari raya Aidil Adha dibuat?

"Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?" soalnya.

Beliau berpandangan dalam era kecanggihan teknologi komunikasi kini tiada alasan perkara itu tidak dapat diselesaikan.

"Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggung jawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya.

Wednesday, October 6, 2010

AIR MILIK KITA

Kali ini saya menulis dari Aloq Staq. Pekena ikan bakaq dah, nasi kandaq pun dah. Ntah kenapa automatik lidah saya dah telo Kedah, tapi macam orang Siam nooo. Tiba-tiba terlintas di kepala isu kenaikan tarif air di Kedah sebanyak 27%. Saya bukan penyokong kerajaan yang akan bersikap oportunis dengan mana-mana tindakan kurang popular parti lawan, juga bukan penyokong PR yang berbasa-basi sesama sendiri demi cita-cita Putrajaya. Pendirian kita sebagai orang Islam adalah hukum Islam. Bagi hal ini adalah hukum pengelolaan air dalam Islam.

Dalam aspek kepemilikan, air dikategori sebagai pemilikan umum (milkiah ammah). Dalam istilah fiqah, apa-apa bahan yangh bersifat ma'ul idd (air yang mengalir), dikategorikan sebagai kepemilikan umum. Bermakna setiap umat manusia boleh menggunakan air secara bersama-sama dan tidak boleh menghalang orang lain dari memperoleh air. Baik air yang bersumber dari hujan, sungai, tasik, mata air dan laut. Dalam konteks hari ini, bekalan air yang disalurkan ke rumah adalah bekalan air yang terawat. Secara hukum syara', pemerintah adalah pihak yang bertanggungjawab mengelolakan penyaluran air ini tanpa menghilang sifat kepemilikan bersama air. Menyerahkan konsesi air kepada mana pihak atau syarikat seperti Syarikat Air Johor, SYABAS atau SADA adalah satu bentuk penyerahan hak milik umum yang melampau batas syara'.

Saya dapati setiap kali isu kenaikan tarif air atau pun harga minyak, yang digembar gemburkan adalah tentang kenaikan harga tersebut. Walhal sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul, sewajibnya kita melihat hukum air (dan bahan hasil bumi lain) melalui aspek sebegini iaitu wajib dikelolakan sebagai milkiah ammah. Penyerahan konsesi kepada mana-mana syarikat persedirian atau GLC mahupun SLC adalah perompakan terhadap pemilikan yang telah diberikan Allah kepada ummat manusia.

Jadi sekali lagi saya tegaskan, isunya di sini bukan soal kenaikan harga semata. Tetapi apakah Kedah sebagai negeri yang diperintah oleh parti Islam telah mengelolakan air dah sumber alam lain sebagai milkiah amah sebagai mana Islam? Atau sekadar meneruskan sistem yang ditinggalkan pemerintah terdahulu. Melihat dengan neraca Islam.

Sunday, September 5, 2010

PAS perlu ‘nasionalkan’ parti, bawa aspirasi Perlembagaan Persekutuan

Saya semakin sukar memahami apa yang sebenarnya diperjuangkan PAS, sampai-sampai Perlembagaan Kufur itu yang ingin dijadikan aspirasi.


Prof Aziz Bari dan Dr Mujahid Yusof bersama buku “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme” dan “Kita kan Orang Malaysia” yang dilancarkan malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May
Sumber : TheMalaysianInsider
KUALA LUMPUR, 3 Sept — PAS, yang menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat, perlu mengambil langkah “menasionalkan” parti iaitu menjadikannya “parti yang berpijak dalam kerangka negara bangsa dan bergerak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.”

Dalam buku terbaru berjudul “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, ahli jawatankausa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusof berkata, parti Islam ini perlu menonjolkan ciri-ciri nasional yang mampu memberi keyakinan kepada orang ramai tentang komitmennya terhadap tonggak negara bangsa.

Buku itu dilancarkan di sini malam tadi.

“Persoalan ini timbul berlatangbelakangkan persepsi yang ditanggap oleh orang ramai bahawa PAS bukan parti nasional yang ada kaitan dengan semangat negara bangsa, malah dakwaan PAS keluar dari kerangka perlembagaan dan kebimbangan PAS tidak membawa aspirasi nasional adalah kebimbangan yang berasas,” kata Mujahid.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata kebimbangan itu sebenarnya adalah persepsi orang ramai kepada kepada PAS hasil daripada ungkapan-ungkapan pemimpin dan ahli PAS yang seolah-olah menafikan Perlembagaan Persekutuan.

Anak bekas presiden PAS ini menambah, semasa awal kepimpinan ulama sehingga ke hari ini ungkapan bahawa Perlembagaan Persekutuan dilabel sebagai perlembagaan “Taghut” dan dianggap sebagai sebuah “Perlembagaan Kafir”.

“Tanggapan ini terbentuk dalam melihat dan membuat perbandingan antara dasar PAS iaitu al-Quran yang ‘diintepretasikan’ sebagai Perlembagaan dengan Perlembagaan Persekutuan yang ada.

“Pelabelan secara umum dan tanpa melihat perincian kepada keperluan-keperluan semasa dalam konteks kenegaraan telah menimbulkan satu masalah kepada PAS seolah-olah PAS masih lagi belum mampu meneraju politik negara ini kerana ciri ‘nasionalnya’ yang belum kuat dan meyakinkan rakyat Malaysia,” kata beliau.

Buku ini menggariskan senarai krisis dilalui PAS yang kini berusia enam dekad.

Dalam buku setebal 194 halaman yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider, Mujahid menambah, kesan silap faham ini menimbulkan pelbagai persoalan, antaranya keengganan parti untuk menyanyikan lagu Negara Ku atas alasan tidak syariah dan sekali gus menampakkan kurangnya ciri nasionalistik PAS secara simboliknya.

“Tetapi, dengan berkembangnya PAS sebagai sebuah parti yang menentukan masa depan negara dan kerana PAS mempunyai rakan dalam membentuk pakatan strategik yang bercita-cita menuju ke Putrajaya, tekanan supaya PAS menjadi parti yang bersumberkan aspirasi nasional dalam penampilannya kini menjadi sesuatu yang cukup mendesak.

“Kegagalan kepimpinan melihat ini sebagai ciri penting PAS dalam Lekuk Ketiga akan menjadikan PAS ketinggalan di belakang untuk menerajui politik negara,” kata beliau lagi.

Mujahid berkata, sebagai sebuah parti nasional, PAS perlu melihat dirinya berdiri di atas premis Perlembagaan Persekutuan dan untuk menjelmakan premis ini PAS perlu mengambil lima langkah organisasi.

Antaranya ialah memasukkan dalam latihan pengkaderannya satu modul khas tentang Perlembagaan Persekutuan dan membentuk identiti nasional dalam program-program parti melalui simbol yang melambangkan komitmen nasional PAS seperti mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu Negara Ku.

Dua langkah lain ialah berpakaian dengan ciri-ciri kebangsaan dan menegaskan dalam pengucapan awam komitmen parti mengikut perlembagaan parti bahawa PAS adalah parti yang berpijak di bumi nasional dan menamakan semula perkataan-perkataan yang dianggap eksklusif kepada nama-nama yang mudah difahami oleh orang ramai dalam pengucapan awam supaya ekspresi bahasa mudah difahami awam.

Mujahid juga berkata, kepimpinan PAS dalam Lekuk Ketiga perlu mengubah persepsi orang ramai bahawa mereka adalah golongan eksklusif yang memimpin dengan gelaran tertentu.

Katanya, PAS perlu memperbetulkan persepsi ini kerana nama kepimpinan ulama itu sendiri boleh disalah tafsir sebagai nama kepada golongan tertentu.

“Dicadangkan dalam Lekuk Ketiga PAS memperkukuhkan lagi kepimpinannya dengan membuat penjenamaan semula gelaran kepimpinan dengan nama baru yang meletakkan PAS pada ciri inklusif seperti Kepimpinan Berkebajikan, Kepimpinan Sejagat atau Kepimpinan Untuk Semua.

“Nama kepimpinan ulama adalah untuk membezakan kepimpinan Datuk Asri dengan wujudnya satu badan baru dalam Perlembagaan PAS yang dinamakan Majlis Syura,” kata beliau.

Menurut beliau, sudah tiba masanya setelah 20 tahun berlalu, nama kepimpinan ulama diperkukuhkan dengan nama baru seperti yang dicadangkan ini.

“Selain itu cara pemikiran fikah kepimpinan mestilah menjurus kepada mencapai maslahat mengikut marhalah dan keupayaan parti,” katanya.

Mujahid berkata, kemunculan Lekuk Ketiga boleh berlaku dengan sendirinya, namun kemunculannya tanpa diurus dengan baik akan menimbulkan berbagai kekeliruan kepada ahli dan orang ramai, apatah lagi masalah dalaman yang berpotensi menimbulkan konflik tiada berkesudahan.

Oleh itu, tambah beliau, Lekuk Ketiga ini perlu diurus dalam satu pasukan pengurusan parti yang perlu melihat perubahan dalam parti berlaku secara terancang.

“Lekuk Ketiga diharapkan menjadi kekuatan baru parti untuk menuju ke hadapan bagi generasi ketiga menyambung perjuangan parti,” kata pemimpin berusia 45 tahun ini.

“Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme” adalah antara dua buku tulisan Mujahid yang dilancarkan semalam.

Buku “Kita kan orang Malaysia” pula siri keluaran Buku Siasah. Kedua-duanya dilancarkan oleh penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Prof Abdul Aziz Bari.

Monday, August 9, 2010

NOH OMAR MENDAKWAHI PAS?

Noh Omar mencabar PAS desak menutup pusat hiburan di Selangor sempena Ramadhan.http://www.malaysiakini.com/news/139535 .Suatu lagi serangan UMNO kepada PAS, tetapi serangan yang bercampur hak dan bathil. Yang haknya adalah segala pusat maksiat memang haram wujud. Tetapi yang bathilnya bukan pada bulan Ramadhan saja. Yang lebih kelakar lagi, UMNO sendiri memang bapa segala maksiat di Malaysia, tiba-tiba pandai menegur orang lain berbuat maksiat.

Situasi yang hampir sana berlaku di tempat saya. Seorang UMNO menghentam seorang aktivis PAS kerana menjadi salesman kereta dan terlibat dalam riba'. Hentaman terbuka untuk melepaskan geram dan kebencian. Riba' sememangnya keharamannya qathie', barangsiapa menafikan nescaya jatuh murtad. Tetapi pemuda UMNO itu sendiri terlibat juga dengan riba', walaupun bukan sebagai pemakan tetapi sebagai penyuap riba. Dalam sepotong hadith, nabi melaknat baik pemakan dan pemberi riba'. Memang menyedihkan, apabila seorang aktivis gerakan Islam tanpa rasa bersalah terlibat dengan riba', malahan perkara seumpama ini berlaku di mana-mana. Dakwah yang dijalankan lebih bersifat menyokong gerakan Islam dan bukannya mengutamakan hukum Islam.

Di peringkat Nasional itu yang berlaku, di peringkat bawahan ini yang berlaku. UMNO memanglah sekular. Mereka menolak hukum Allah dan beriman kepada hukum Lord Reid. PAS sayangnya sebagai parti yang memperjuangkan Islam, semakin hari semakin longgar dalam menjaga hukum Islam. Dahulu, pejuang-pejuang PAS itu orang yang benar-benar ikhlas dan berhati menjaga hukum syara'. Sayangnya sejak tahun 1990an, idea-idea moderat dan toleransi semakin merambat. Jika dahulu mereka mengharamkan kerjasama dengan parti kufur, lantang menyuarakan hudud, tegas dalam hukum Islam, nampaknya akibat persekongkolan dengan parti kufur, baik PKR dan DAP, terlalu banyak hukum yang dikorbankan.

Rasulullah telah menunjukkan kepada kita minhaj kenabian dalam menegakkan kehidupan Islam. Minhaj yang tidak memerlukan kita berkompromi dengan hukum kufur, bersekongkol dengan parti kufur atau berbasi-basi tentang kewajipan dan keharaman. Maka, kembalilah kepada minhaj ini. Teguran ini datang dari sahabat seperjuangan dan saudara seIslam yang mendambakan agar kita sama-sama berjuang di jalan yang benar menegakkan kembali kehidupan Islam dengan mendirikan khilafah Islam.

MARHABAN YA RAMADHAN

Tuesday, December 29, 2009

APA YANG CUBA HUSAM SAMPAIKAN?


Isu penyerahan tender balak di Kelantan sedikit masa dulu telah menjadi retak mula dalam kerajaan Kelantan. Ini kerana kebanyakan yang mendapat tender-tender tersebut adalah mereka yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Husam. Perlantikan Ir Ariffahmmi, anak menantu TG Nik Aziz, amat tidak disenangi Husam kerana Ariffahmi adalah seorang professional yang juga mempunyai cita-cita tinggi dan dapat membaca percaturan politik Husam. Masing-masing mereka mempunyai pengikut tetapi Husam nampaknya lebih berjaya, Ir Ariffahmi telah terperangkap. Husam antara pemimpin muda dalam PAS yang menonjol di peringkat nasional dan dianggap pemimpin pelapis dalam PAS.Tetapi beliau tidak disenangi oleh golongan agama terutama dalam kerajaan Kelantan. Figur Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakub, yang lebih bersih dan paling penting mempunyai latar belakang agama lebih disebut-sebut dikalangan orang kanan kerajaan Kelantan.Tiba-tiba dalam blognya, Husam mengemukakan tentang nepotisme, untuk apa?


Monday, December 28, 2009
Malaysia atau diri

http://cetusan-hati.blogspot.com/

Malaysia mungkin dikenakan sanction atas penjualan enjin pesawat secara gelap. Kesan kepada ekonomi dan negara kita secara keseluruhan tentu amat besar. Kenyataan Balasubraniam yang tersebar menerusi internet mengenai isu PM-Altantuya, amat menjejaskan dan belum nampak formula mengatasinya. Imej Kerajaan kita terjejas teruk. PKFZ dan lubang hitam terbesar yang ditinggalkannya tak mungkin dapat ditutup dalam tempoh dekat. Hampir tumbangnya kerajaan pimpinan Najib gara-gara MP BN tuang sidang Parlimen semasa undian, tentulah menggerikan penyokong BN.

Lebih menakutkan kekurangan solid vote untuk Najib itu memang direstui oleh MP BN itu sendiri kerana dah malas.
Di peringkat antarabangsa, kita nampaknya belum mencapai standing terhormat seperti dulu.

Kerajaan seakan nampak tidak solid. Isu BTN sahaja, pimpinan utama berbelah bagi. Enjin jet, seakan terbahagi dua antara ingin mendedahkan dan ingin mendiamkan.

PM mungkin mengikuti jejak Pak Lah. Lebih banyak berdiam dari memberikan respon segera. PM seakan terpisah dari realiti. Beliau lebih memberi fokus terhadap agenda yang hendak ditonjolkan yang dirangka oleh penasihat strategik beliau dan pasif terhadap isu sebenar yang berbangkit saban hari. Beliau articulative ketika membincangkan agenda utopia rangkaan kumpulan penasihat dan seakan membiarkan isu sebenar bergerak sendiri.

Dalam setengah hal, kita mengulangi keadaan seakan kerajaan dipandu secara auto pilot dalam urusan seharian kerana pimpinan sibuk menyiapkan gagasan utopia untuk dijadikan gula-gula. Banyak keadaan terkunci pada mode lama, termasuk SOP urusan diplomatik dan luar negara.

Belum dibincangkan susunan parti-parti komponen.

Keadaan nampaknya kritikal.

Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas.

Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak. Kemucut-kemucut sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan.

Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.

PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.

Antara isu yang sukar ditepis oleh Dr. Mahathir ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu bail out syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini. Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisma Mahathir sekitar awal 1990an.

Abdullah Badawi sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau. Beliau berjaya membawa UMNO/BN menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau. Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik KJ, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat.

Anak dan menantu atau keluarganya, gagal mempertahankan beliau. KJ telah berkhidmat secara langsung dengan Pak Lah melalui jawatan di Tingkat Empat, yang tak lama kemudian ditentang hebat termasuk oleh ahli UMNO sendiri.

KJ kemudian memperolehi saham ECM Libra, yang menjadi isu hangat.

Sekalipun KJ melepaskan jawatannya di Tingkat Empat dan menjual sahamnya dalam ECM Libra, namun Pak Lah terus dikaitkan dengan KJ dan anaknya Kamaludin dalam banyak perkara.

KJ berada di belakang semua keputusan Pak Lah - dalam minda hampir semua orang.

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.

A'isyah memberi pendapat kepada suami baginda bahawa ayahandanya Abu Bakar seorang yang penghiba dan tidak perlu dilantik menggantikan Rasulullah sebagai imam solat yang dikira penting. Rasulullah s.a.w meneruskan hasrat baginda. A'isyah memberikan pandangan itu atas kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Salah seorang isteri Rasulullah memberikan idea Rasulullah mesti memulakan tahalullul sebagai penyelesaian terhadap keengganan sesetengah sahabat menerima terma perjanjian Hudaibiyyah dan idea ini diterima dan berjaya.

Namun, sampai kepada isu monetary gain, rule of law dan isu governance yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri.

Batas inilah yang perlu dipelihara ketika madsyarakat sedang tertunggukan kebangkitan yang solid tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan.

Monday, December 28, 2009

DAP DAH TERIMA NEGARA ISLAM, AKU TERKESIMA

DAP sudah boleh terima penubuhan negara Islam? Tajuk berita ini pantas mencuri perhatian saya. Anda setuju dengan analisa politik TG Nik Aziz dibawah? Saya terkesima sebentar.

Nik Aziz: DAP sudah boleh terima penubuhan negara Islam

PETALING JAYA, Dis 28 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.

"Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak.

"Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.

Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.

"Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud," katanya.

Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja.

Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata "di dada Karpal ada bulan" merujuk kepada lambang PAS bulan.

Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas.

Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi.

Monday, December 14, 2009

ANDA MAHU LEBIH BANYAK BERHALA DI MALAYSIA? ANDA SOKONG K'JAAN BINA BANYAK KUIL, TOKONG & GEREJA?








ANDA MAHUKAN LEBIH BANYAK INI SEMUA?

Ahli Parlimen Taiping dari DAP, Nga Kor Ming, mengkritik kerajaan kerana memberi peruntukan yang kecil bagi rumah ibadat bukan Islam berbanding peruntukan bagi masjid dan surau. Paling menyedihkan ada pemimpin gerakan Islam yang turut menyokong kritikan tersebut. Ada yang berbangga dengan wujudnya berhala buddha duduk terbesar di Kelantan. Terbaru ABIM pula bersetuju dengan desakan tersebut cuma merasakan perlu disampaikan dengan cara yang lebih baik agar tidak menganggu sentimen masyarakat. Saya dah tak tahu nak cakap apa dengan golongan begini, benr-benar sedih dan marah. Kalau dihuraikan hukum Islam bagi hal ini pun, bagi golongan begini mereka akan tolak tepi. Saya benar-benar kesal.

Thursday, December 10, 2009

Kita Doa Sampai Pecah Perut... !!!


[SN198] Sejak kebelakangan ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah diserang dengan begitu hebat oleh UMNO. Salah satunya adalah isu ‘doa laknat’ yang beliau tujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ini adalah ekoran keengganan Najib memberikan wang royalti minyak kepada Kelantan. Nik Aziz melahirkan keyakinannya bahawa Allah akan memakbulkan doa orang dizalimi dalam hal ini. Pelbagai komen dari pelbagai pihak diberikan terhadap isu ini yang mana seperti biasa menunjukkan fanatisme terhadap pemimpin masing-masing. Walaupun diserang bertubi-tubi, Menteri Besar Kelantan ini sepertimana biasa tetap kental dengan pendiriannya, malah dalam ceramah terbarunya di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, beliau sekali lagi turut melafazkan doa khusus kepada Najib yang berbunyi, “Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan). Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya. Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat” [harakahdaily 06/12/09].
Terdahulu, Nik Aziz menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti seperti dituntut kerajaan negeri sebagai “melanggar keadilan asasi”. “Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata Mursyidul Am PAS itu [harakahdaily]. Begitulah sekilas fakta yang menghiasi senario politik terbaru tanah air. Semoga Sautun Nahdhah kali ini dapat memberi sedikit pencerahan berhubung isu yang masih hangat diperkatakan ini.

Doa Adalah Ibadah

Sesungguhnya doa adalah satu ibadah, malah ia merupakan inti kepada ibadah. Hal ini adalah berdasarkan ayat,

“Dan Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari ibadah kepadaKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina” [TMQ al-Mu’min (40):60].

Dalam ayat ini, Allah SWT telah menjadikan doa sebagai satu ibadah. Allah menyebut doa dengan lafaz “ibadah kepadaKu” setelah menyatakan “berdoalah kepadaKu”. Apa yang diungkapkan dalam ayat ini persis seperti sabda Rasulullah SAW,

“Doa adalah inti ibadah” [HR at-Tirmizi].

Justeru, doa adalah satu ibadah yang sangat-sangat dituntut oleh Allah dan Rasul dan Allah sangat mencintai hambaNya yang berdoa kepadaNya. Berdoa hukumnya sunat, tetapi barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah kerana sombong, maka ia termasuk ke dalam golongan yang disebutkan oleh Allah,

“(mereka) akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”.

Doa merupakan permohonan dari seorang hamba kepada Allah SWT. Doa adalah semata-mata permintaan/permohonan dari sang hamba, sementara hak untuk mengurniakan atau memakbulkan doa adalah di sisi Allah sahaja. Ini sesuai dengan firman Allah di atas,

“(Dan) Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan bagimu".

Allah memerintahkan kepada kita agar berdoa kepadaNya, namun ini tidak sekali-kali bermakna bahawa kita boleh meninggalkan hukum sebab-akibat (causality). Dengan kata lain, kita wajib berusaha untuk mendapatkan sesuatu atau menjauhkan sesuatu, dan dalam masa yang sama kita berdoa kepada Allah. Contohnya, kita yakin (secara pasti) bahawa Allah adalah Zat yang mendatangkan dan menetapkan sebanyak manakah rezeki untuk kita, namun ini tidak bermakna kita boleh meninggalkan hukum bekerja. Kita wajib bekerja dan dalam masa yang sama disunatkan berdoa kepada Allah agar diberikan rezeki yang banyak dan halal. Inilah yang dinamakan sebagai hukum sebab-akibat, yakni kita wajib bekerja agar rezeki yang Allah telah tetapkan (di Luh Mahfuz) itu ‘sampai’ kepada kita. Oleh itu, jika Nik Aziz berdoa kepada Allah agar memecahkan perut Najib, maka jika perut Najib benar-benar pecah, hal ini telah pun tertulis di Luh Mahfuz. Dan sekiranya perut Najib tidak pecah, hal ini juga telah pun tertulis di Luh Mahfuz. Namun, untuk perut itu pecah, mestilah ada sesuatu (hukum sebab-akibat) yang akan memecahkannya, seperti ia terkena suatu penyakit, terkena panah, tombak, tertusuk pisau, garpu dan sebagainya.

Doa Orang Yang Dizalimi Terhadap Orang Yang Menzalimi


Sebagaimana yang telah dijelaskan, isu doa ini timbul rentetan dari keengganan Perdana Menteri untuk memberikan royalti minyak kepada Kelantan. Justeru, Menteri Besar Kelantan itu merasakan bahawa beliau, dan rakyat Kelantan secara amnya telah dizalimi. Persoalan yang telah mengkecohkan satu Malaysia di sini adalah, bolehkah melakukan doa laknat ke atas pemimpin yang telah menzalimi rakyatnya? Sememangnya terdapat hadis di mana Rasulullah SAW bersabda,

“Takutlah pada doa orang-orang yang teraniaya kerana sesungguhnya antara mereka dan Allah tidak ada hijab (penghalang)” [HR Bukhari].

Mafhum hadis ini adalah jelas, cuma Rasulullah tidak menjelaskan di sini bagaimanakah bentuk doa yang perlu dilakukan oleh orang yang teraniaya tersebut, sama ada bolehkah dilakukan doa melaknat si penzalim, atau hanya sekadar berdoa agar Allah menjauhkan atau menghilangkan kezaliman dari orang tersebut? Oleh itu, hadis-hadis lain hendaklah dirujuk untuk mendapatkan kefahaman yang lebih baik.

Jika kita meneliti sirah Nabi SAW, kita akan mendapati bahawa terdapat keadaan di mana Rasulullah telah berdoa agar Allah memusnahkan musuh-musuh Islam. Namun begitu, hakikat ‘musuh Islam’ yang didoakan oleh Rasulullah adalah musuh-musuh yang beragama selain Islam (kafir), seperti golongan Quraisy, pasukan Ahzab dan musuh-musuh Islam lainnya. Ada kalanya Rasulullah berdoa dengan menyebut nama musuh Islam tersebut secara khusus seperti Bani Sulaim. Diriwayatkan bahawa Amir bin Malik, ketua Bani Sulaim meminta bantuan kepada Rasulullah untuk menghadapi musuh kaumnya. Rasulullah menerima permohonannya dan mengirim 70 orang sahabat yang terdiri dari para Qura (ahli dalam bacaan Al-Qur’an). Kaum Bani Sulaim kemudian menawan para sahabat ini di sebuah tempat yang bernama Bir Ma’unah dan kemudian membunuh mereka. Kejadian ini telah menyebabkan Rasulullah mengalami kesedihan yang mendalam. Abdullah bin Mas’ud ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah membaca Qunut Nazilah selama satu bulan ‘mengutuk’ Bani Sulaim [lihat Sahih Bukhari 2:586].

Rasulullah juga pernah berdoa melaknat Bani Ri’l, Zakwan dan Usayya kerana kederhakaan mereka kepada Allah dan RasulNya, di mana baginda berdoa

“Ya Allah laknatillah Ri’l dan Zakwan dan Usaiyya (bani-bani Arab) kerana mereka derhaka kepada Allah dan RasulNya” [Riyadhus Salihin, Imam Nawawi hal. 287].

Di samping menyebut nama, ada kalanya Rasulullah berdoa terhadap musuh Islam tanpa menyebut nama secara khusus. Oleh yang demikian, secara amnya ‘musuh Islam’ boleh termasuk orang kafir, orang munafik atau orang yang mendakwa dirinya Islam, selama mana mereka adalah golongan yang jelas lagi nyata memusuhi Islam.

Namun demikian, terdapat juga keadaan di mana Rasulullah tidak mendoakan kemusnahan kepada mereka yang memusuhi baginda atau yang memusuhi Islam. Contohnya, Rasulullah pernah berdoa agar Allah memberikan petunjuk (agar masuk Islam) salah satu di antara dua Umar (yakni Umar bin Hisyam iaitu Abu Jahal, dan Umar bin al-Khattab). Walaupun kedua-dua Umar ini merupakan dua orang yang bersungguh-sungguh memusuhi Islam dan memusuhi baginda sendiri sehingga ke tahap ingin membunuh baginda, namun Nabi SAW tetap mendoakan kebaikan kepada salah seorang darinya. Dan ternyata Allah menerima doa baginda dengan memasukkan hidayahNya ke dalam diri Umar al-Khattab. Disebutkan juga di dalam kitab tarikh bahawa sekembalinya dari Thaif di mana Rasulullah telah dihalau dengan begitu teruk sekali oleh pemimpin Thaif, maka ketika itu datanglah malaikat yang telah bersedia untuk memusnahkan penduduk Thaif, hanya menunggu perintah dari Rasulullah sahaja untuk malaikat tersebut berbuat demikian. Kata Malaikat,

“Ya Rasulullah! Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu kepadamu dan aku adalah malaikat penjaga gunung. Sesungguhnya Dia telah mengutusku kepadamu supaya engkau perintahkan kepadaku apa yang kau kehendaki. Jika engkau mahu supaya aku lipatkan kedua gunung yang besar ini di atas mereka, tentu aku kerjakan” [Munawar Khalil, Kelengkapan Tarikh Rasulullah I/365].

Namun ternyata Junjungan Besar ini tidak mahu agar Allah memusnahkan Thaif dan penduduknya, tetapi sebaliknya peribadi yang mulia dan agung ini berdoa kepada Allah agar selepas ini akan lahir dari penduduk Thaif, keturunan yang akan beriman kepada Allah. Dalam keadaan baginda dizalimi sedemikian rupa, kekasih Allah ini tetap mendoakan kebaikan ke atas orang yang menzaliminya.

Jadi, persoalannya di sini adalah, adakah Najib termasuk dalam kategori ‘musuh Islam’ sehingga doa laknat ke atasnya diperbolehkan? Yang pasti, Rasulullah SAW pernah berdoa agar Allah memberikan kesusahan kepada pemerintah kaum Muslimin yang menzalimi umat Islam, walaupun peristiwa tersebut bakal terjadi sesudahnya. Di antaranya, Rasulullah berdoa

“Ya Allah barang siapa yang ditugaskan mengurusi masalah umat ini, lalu ia berlemah lembut terhadap mereka, maka berlemah lembut jugalah Engkau terhadapnya, dan barang siapa yang memberatkan (menyusahkan) mereka maka Engkau beratkanlah (susahkanlah) juga dia” [HR Muslim].

Sememangnya kita akui bahawa kerajaan yang ada adalah sebuah kerajaan yang zalim kerana menerapkan sistem kufur ke atas kita semua. Mereka sedang memikul dosa besar di sisi Allah kerana mereka tidak menerapkan hukum Allah di dalam pemerintahan mereka. Dalam semua aspek kehidupan, mereka menerapkan undang-undang sekular buatan tangan mereka sendiri ke atas kita semua, manakala undang-undang Allah mereka ketepikan. Minyak adalah termasuk dalam kategori al-milkiyah al-ammah (hak milik umum) yang merupakan hak rakyat dan haram bagi pemerintah untuk mengaut keuntungan darinya. Tetapi ternyata pemerintah tidak memperdulikan hukum syara’ dalam hal ini lalu mengaut segala keuntungan dari hasil minyak untuk memenuhi kantong-kantong mereka dan kroni mereka. Justeru, kita sememangnya termasuk dalam orang-orang yang dizalimi, kerana hak kita telah dirampas. Maka sewajarnyalah kita berdoa kepada Allah bagi menghilangkan kezaliman ini.

Doa Sebagai Fikrah, Memerlukan Thariqah Yang Benar

Islam adalah aqidah yang memancarkan nidzam (peraturan). Nidzam inilah yang merupakan hukum-hukum syara’ yang telah digali dari dalil-dalil yang terperinci. Islam telah menjelaskan di dalam peraturan tersebut akan tatacara pelaksanaan hukumnya yang berupa hukum syara’. Hukum-hukum syara’ yang menjelaskan tatacara pelaksanaan dinamakan thariqah, dan yang lain adalah fikrah. Hukum-hukum syara’ yang menjelaskan tatacara pelaksanaan terhadap pemecahan masalah tersebut, pemeliharaan aqidah dan pengembangan dakwah merupakan thariqah. Berdasarkan hal ini maka thariqah Islam merupakan bahagian yang tidak terpisah dari fikrahnya. Maka di dalam dakwah Islam tidak dibolehkan mencukupkan diri hanya dengan cara menerangkan fikrah-fikrahnya sahaja, akan tetapi juga harus mencakup thariqah. Inilah yang dikatakan sebagai mabda’ (ideologi) yang terdiri dari aspek fikrah dan thariqah. Keimanan kepada thariqah sama halnya dengan keimanan kepada fikrah. Kerana itu sudah menjadi kewajipan antara fikrah dan thariqah terdapat suatu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan, sehingga di dalam pelaksanaan fikrah Islam tidak digunakan cara-cara selain thariqah Islam, yang keduanya membentuk Islam yang diterapkan dan dikembangkan dakwahnya [Taqiyuddin an-Nabhani, Mafahim Hizbut Tahrir].

Thariqah adalah suatu aktiviti fizik, yakni ia bukan sekadar kefahaman, tetapi ia adalah suatu yang akan menghasilkan sesuatu secara nyata. Kita ambil kesalahan ‘mencuri’ sebagai contoh. Dari segi fikrah, kita memahami bahawa mencuri adalah haram dan hukuman ke atasnya adalah potong tangan. Justeru dari segi thariqah, wajib ada sebuah mahkamah yang akan menjalankan hukum Allah untuk memotong tangan (secara fizik) ke atas si pencuri tadi. Di dalam Islam, kedua-dua aspek fikrah dan thariqah ini tidak boleh dipisahkan. Memisahkannya bererti dosa, kerana telah melanggar ketetapan Allah. Jika kita mengambil doa dan jihad sebagai contoh, kita akan dapati bahawa doa adalah satu perbuatan yang dapat menghasilkan nilai rohani, dan jihad sebagai suatu perbuatan fizik yang juga dapat menghasilkan nilai rohani. Doa, walaupun merupakan perbuatan fizik, akan tetapi akan mendatangkan hasil yang bukan dalam bentuk fizik, iaitu pahala. Berbeza halnya dengan jihad kerana jihad adalah memerangi musuh yang merupakan perbuatan fizik yang pasti akan menghasilkan sesuatu yang nyata, iaitu berupa penaklukan benteng-benteng, penahanan kota-kota atau membunuh musuh dan seumpamanya. Oleh kerana itu, jihad adalah thariqah iaitu merupakan perbuatan yang nyata yang akan menghasilkan sesuatu yang bersifat fizik, manakala doa (sebagai fikrah) pula tidak dapat dijadikan thariqah untuk berjihad walaupun seorang mujahid senantiasa berdoa kepada Allah. Oleh itu, tidak boleh bagi sesebuah Negara melawan musuh dengan cara hanya berdoa kepada Allah atau dengan hanya membaca al-Quran atau Sahih Bukhari, akan tetapi Negara harus menggunakan jihad, iaitu memerangi musuh dengan cara fizik, dan dalam masa yang sama mereka berdoa kepada Allah agar memberikan kemenangan.

Dalam membincangkan hal ini, kita mesti memahami bahawa kerajaan hari ini telah mengenepikan banyak aspek fikrah dan meninggalkan keseluruhan aspek thariqah Islam di dalam pemerintahan. Bukan sahaja minyak, gas asli dan galian-galian lainnya juga tidak pernah diberikan kepada rakyat sebagaimana sepatutnya. Kita juga dipaksa membayar untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan keamanan, walhal semua ini wajib disediakan oleh kerajaan secara percuma. Segala jenis hukum Islam juga langsung tidak diterapkan di dalam negara dan kesemuanya telah digantikan dengan undang-undang buatan sendiri. Justeru, dalam menghadapi semua ini, kita tidak boleh hanya berdoa kepada Allah agar Allah merubah keadaan buruk ini, malah kita wajib berusaha (sebagaimana Rasulullah berusaha) untuk mewujudkan sebuah Daulah Islam yang akan menjalankan keseluruhan aspek fikrah dan thariqah Islam.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sistem Federalisme yang diamalkan di Malaysia adalah terhasil dari Perlembagaan ciptaan si kafir Lord Reid, yang telah membahagikan kuasa kepada kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri. Sesungguhnya Al-Quran dan Sunnah tidak pernah membahagikan kuasa Negara Islam kepada kuasa pusat dan kuasa negeri. Daulah Islam adalah Daulah yang satu, dan hukum Allah yang sama dilaksanakan ke atas setiap warganegara Daulah, tidak kira seluas mana Daulah Islam sekalipun. Selama mana tanah itu adalah termasuk dalam Daulah, maka minyak yang ada di situ adalah hak setiap warganegara Daulah. Minyak adalah hak kaum Muslimin tidak kira di negara atau negeri mana ia berada. Ini adalah hukum Allah ke atas kita semua. Oleh itu, kita mesti mengimani bahawa minyak di Sarawak bukan hak rakyat Sarawak semata-mata, tetapi ia adalah hak umat Islam dan minyak di Terengganu bukan sahaja hak rakyat Terengganu, tetapi ia adalah hak umat Islam. Justeru, kita memerlukan Daulah Khilafah, yang akan memberikan minyak Kelantan kepada umat Islam secara keseluruhannya, bukan hanya kepada rakyat Kelantan semata-mata. Maka, berdoa dan berusahalah agar Khilafah segera tegak, agar keseluruhan umat Islam tidak lagi dizalimi oleh pemimpin yang zalim di bawah sistem sekular yang ada sekarang. Semoga Allah mengabulkan doa kita semua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin

www.mykhilafah.com