Tuesday, December 7, 2010

HIJRAH DAN NEGARA ISLAM : RENTETAN DAKWAH DAN THALABUN NUSRAH

Hijrah adalah suatu proses mencabar dan kritikal yang membawa kepada penegakan Negara Islam di Madinah. Jika kita memahami perjalanan dakwah Rasulullah secara jernih dan mendalam, kita akan dapati ia adalah keberhasilan usaha-usaha sebelum hijrah tersebut.



Gambarajah di atas, menunjukkan konsekuensi dari hijrah adalah penegakan negara Islam Madinah. Baiat aqabah 2 membawa kepada berlakunya hijrah. Baiat aqabah kedua pula terjadi hasil penerimaan penduduk Madinah terhadap dakwah yang disampaikan oleh Mus'ab bin Umair. Mus'ab mendapat peluang dakwah yang terbuka luas di Madinah, hasil bantuan pemimpin Madinah, iaitu As'ad bin Zurarah. As'ad adalah antara 12 orang yang masuk Islam dan terlibat dalam baiat Aqabah yang pertama. As'ad sebagai pemimpin yang dihormati di Madinah, membuka peluang dakwah kepada Mus'ab. Malah sebahagian dari pemimpin Madinah yang lain adalah kerabat kepada As'ad sendiri. Pemimpin-pemimpin Madinah yang lain seperti Usaid bin Hidhir dan dan Saad bin Muadz yang pada mulanya sangat marah, tetapi dapat ditenangkan oleh As'ad. Dengan pengaruh As'ad, mereka bersedia mendengar penjelasan Mus'ab yang membawa kepada berimannya mereka, walhal sebelumnya mereka datang dengan niat untuk membunuh Mus'ab. Dengan kapasiti mereka sebagai pemimpin, dalam tempoh yang singkat rakyat dalam kekuasaan mereka beriman.

Meneliti proses dari dari Baiat Aqabah 1, dakwah Mus'ab di madinah dan baiat aqabah 2, ini adalah proses yang disebut sebagai thalabun nusrah. Hasilnya, adalah kesediaan Madinah untuk diterapkan hukum Islam yang membawa kepada hijrah para sahabat diikuti Nabi dan Abu Bakar ke sana. Objektif dari thalabun nusrah adalah untuk melindungi dakwah dan juga mendapat dokongan kekuasaan. Bukan sekali atau 2 kali Nabi melakukan thalabun nusrah. Ada pandangan yang yang menyatakan, hampir 30 usaha yang dilakukan Rasulullah. Merujuk catitan Ibnu Hisham dan Ibnu Ishak dalam sirah Ibnu Hisham, berikut antara usaha Thalabun Nusrah yang diusahakan rasul.

1)Bani Kindah
- Rasulullah pergi ke pemukiman mereka tetapi mereka tidak memberi sebarang respon.

2)Bani Abdullah (sebuah kabilah dari Bani Kalb)
- Rasulullah pergi ke pemukiman mereka, tetapi mereka tidak menerima tawaran tersebut.

3) Bani Hanifah
- Rasulullah pergi ke pemukiman mereka, tetapi ditolak dengan sangat buruk.
4) Bani Amir bin Sha’sha’ah
- Rasulullah mendatangi bani Amir bin Sha’sha’ah ketika musim Haji.
- Salah seorang dari mereka, Biharah bin Firas, berkata, “ Demi Allah, andai aku mengambil pemuda dari orang Quraisy ini, aku pasti ditelan orang-orang Arab.
- Sekiranya mereka menyokong rasul, mereka mahu kekuasaan diserahkan kepada mereka. Ini ditolak rasul.
- Mereka memahami, ini adalah urusan kekuasaan dan melibat sesuatu yang besar dalam politik jazirah Arab.
5) Suwaid bin Shamit
- Beliau menerima tawaran Rasul tetapi dibunuh apabila balik ke Madinah.

6) Suku Khazraj dari Yathrib yang membawa kepada baiat aqabah dan kejayaan penegakan negara Islam.

Perlu kita fahami, bahawa thalabun nusrah adalah kesinambungan dari usaha dakwah peringkat awal rasul- membina aqidah, membetulkan pemikiran dan perjuangan politik - yang mana ia adalah jalan yang ditunjukkan rasul untuk mendapat kekuasaan. Sewajarnya tidak timbul persoalan mendapatkan kekuasaan tanpa terlibat dengan demokrasi. Cukuplah apa yang telah ditunjukkan Rasul kepada kita.

Salam Maal Hijrah.

1 comment:

WarnaHijau said...

Assalamualaikum wbt,

Kupasan ini ada kelainan. Sebelum ini sukar saya nak mengaitkan perjuangan dakwah Rasul, usaha mencari nushrah, dengan kejayaan mendirikan negara Islam di kota Madinah.

Saya ada banyak persoalan, tetapi saya ajukan satu saja dahulu. Mungkin soalan ini kurang ilmiah, tetapi inilah yang bermain di akal fikir saya. Dalam konteks hari ini, setelah tiada lagi kabilah-kabilah yang dominan, siapakah pihak yang wajar dimohon nusyrah? Apakah pemerintah2 yang ada hari ini akan memberikan nusyrah?

Maaf ye, walaupun 2 soalan, tetapi maknanya tetap 1.