Friday, December 10, 2010
WIKILEAKS
Pendedahan maklumat yang dibuat WikiLeaks merupakan suatu yang serius buat pentadbiran Amerika Syarikat. Di dalam Islam , secara umum menggodam adalah suatu yang haram, ia adalah suatu pencerobohan tanpa hak. Saya tidak tahu apakah peruntukan undang-undang bagi menggodam di negara-negara sekular hari ini. Tetapi di dalam amalan kapitalisme hari ini, pelbagai pihak saling menggodam satu sama lain, dan malah US adalah penggodam terbanyak. Banyak pihak yang menentang penangkapan pengasas WikiLeaks, Julian Assange. Sekumpulan peguam juga menyatakan, ia adalah pencabulan hak asasi manusia. Penggodam yang berasal dari Australia ini, ditangkap di Britain tetapi dengan tuduhan jenayah seks, suatu yang tiada kena mengena dengan aktiviti menggodam dan WikiLeaks.
Pendedahan fail-fail sulit kedutaaan, perang di Iraq dan Afghanistan ini dikaitkan dengan sokongan Russia. Bagi saya, apa yang lebih menarik untuk diperhatikan berkenaan perkara ini adalah perseteruan antara blok negara Eropah. Perseteruan antara dua pengembang ideologi ini merupakan suatu yang maklum. Russia walaupun dalam keadaan lemah masih lagi cuba menyaingi US. Mengamati perkembangan politik dunia, mungkin Rusia negara Harbi yang boleh ditunda berbanding US sekiranya khilafah tertegak. Apa pun, politik itu seni segala kemungkinan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment