Tuesday, December 29, 2009
Tindakan Biadab Pihak Berkuasa Menculik Jurucakap Hizbut Tahrir Di Palestin
Isnin, 28 Disember 2009 19:01
Pasukan Ketenteraan Palestin (PA) melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pimpinan Parti Islam Hizbut Tahrir pada waktu malam hari Isnin minggu lalu (21/12/09), kata wartawan Ma'an dalam sebuah rancangan berita. Tembakan tersebut dilepaskan terhadap Dr. Maher Jabari, yang merupakan anggota Badan Informasi Hizbut Tahrir di Palestin, berdekatan dengan pejabatnya di Universiti Politeknik Palestin, Hebron, Tebing Barat.
Setelah selesai mengajar di Universiti Politeknik Palestin, kereta Jabari ditembak dengan peluru lalu dilanggar dari belakang sehingga menyebabkan keretanya berlanggar dengan kereta lain. Usaha menangkap jurucakap HT Palestin tersebut dilakukan oleh pihak berkuasa sekular Palestin setelah gagal dalam usaha untuk menculiknya pada malam beberapa hari sebelumnya. [baca: Intelijen Otoritas Sekular Palestin Berusaha Menculik Dr. Maher Jabari, Jubir HT Palestin].
Berkenaan insiden tersebut, Hizbut Tahrir mengatakan bahawa Al-Jabari diserang ketika diculik dan sekarang dia ditahan di lokasi yang tidak diketahui.
Hizbut Tahrir Palestin juga mengatakan bahawa tindakan biadab ini menggambarkan sejauh mana kejahatan dan kerosakan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa sekular Palestin. Mereka telah bertindak dengan sombong serta memalukan dan ini terbukti melalui kenyataan pihak berkuasa bahawa mereka tidak mempunyai sebarang sebab untuk menahan Dr. Jabari, kecuali dengan hanya mengatakan bahawa mereka mendapat arahan dari Ramalah.
Pihak berkuasa Palestin telah menjadi wakil kekuasaan dan dasar diktator dalam melaksanakan perintah yang datang dari Amerika Syarikat. Jeneral Dayton, yang merupakan Pegawai Tertinggi Tentera Amerika Syarikat di Palestin berasa khuatir dengan tindakan Hizbut Tahrir dalam mendedahkan pelbagai rancangan jahat kolonialisme dalam semua projek dan peta mereka yang bertujuan kononnya untuk menyelesaikan masalah Palestin.
Hizbut Tahrir menegaskan bahawa tindakan biadab pihak berkuasa Palestin tidak akan menggoyahkan pendirian para pemuda Hizbut Tahrir.
"Hizbut Tahrir dan para syabab (pemuda)nya tidak akan dapat dihentikan daripada terus bergerak untuk kebangkitan Islam serta untuk membebaskan dari segala bentuk kebergantungan, kolonialisme dan kelemahan," tegasnya.
"Kami daripada Hizbut Tahrir meminta agar pihak berkuasa Palestin bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan Dr. Maher al-Jabari. Dan kami mengatakan dengan tegas bahawa tindakan mengganggu dan mengugut tidak akan pernah menghentikan semangat kami untuk menyampaikan kebenaran. Kami akan terus berjuang siang dan malam untuk menyatukan kaum Muslimin, mendirikan Khilafah Islam, membebaskan seluruh Palestin daripada kebiadapan penjajahan dan pemerintahan Amerika”.
Hizbut Tahrir merupakan sebuah parti politik Islam antarabangsa yang berjuang untuk meneruskan kehidupan Islam di bawah naungan Khilafah Rasyidah. Gerakan ini sangat aktif di beberapa negara-negara kaum Muslimin dan juga di negara-negara Barat. Ketegasannya dalam membela Islam dan kaum Muslimin menyebabkan para penguasa yang korup berasa ketakutan dan berusaha untuk melakukan penangkapan ke atas para anggotanya.
Sumber: syabab.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment