Monday, December 14, 2009
BICARA MENEGAKKAN KHILAFAH
Dari komen pada gambar diatas ini kita boleh melihat betapa takutnya kaum kuffar dengan usaha penegakan khilafah.
Membicarakan tentang bagaimana nak menegakkan khilafah, ia misi terbesar umat Islam hari ini. Masih ramai lagi ummat Islam yang belum memahami apa khilafah, apatah lagi berjuang bermati-matian untuknya. Tetapi pendominasi dunia hari ini, US, menjangkakan khilafah akan tertegak menjelang 2020 dan selewat-lewatnya 2025. Tetapi apabila saya berbicara dengan para ilmuan Islam, ramai yang merasakan ia masih terlalu jauh, maka sebab itu mereka berusaha untuk memberikan alternatof lain seperti perbankan Islam, insurans Islam dan produk2 lain kerana merasakan khilafah masih terlalu kabur. Ini menunjukkan mereka masih kurang informasi tentang perjuangan menegakka khilafah dan mungkin skop perjuangan mereka sendiri masih jauh untuk focus tentang khilafah. Dan anda yang membaca tulisan saya ini pula bagaimana? Adakah anda sudah benar-benar faham tentang khilafah dan perincian setiap cabang dalam negara Islam? Adakah anda telah benar-benar faham tatacara penegakan khilafah dan dengan minhaj itu kalian sedang berjuang?
Saya bukanlah berada pada masa yang paling sesuai untuk menulis. Oleh itu saya ringkaskan penulisan ini, dan mungkin tidak sempat diedit untuk dipaparkan. Apabila membicarakan fiqh dakwah, kita mesti memahami beberapa istilah asas agar kita dapat berbicara pada frekuensi yang sama. Pertamanya, istilah ‘thariqah’. Yang dimaksudkan disini adalah aktiviti yang bersikap praktikal, ia terikat dengan hukum syara’ dan tidak berubah dengan zaman dan tempat. Keduanya, adalah ‘uslub’ iaitu pendekatan yang digunakan. Ia bersifat mubah selari dengan zaman, tempat dan sasaran mad’u kita. Dan ketiganya, adalah ‘wasilah’ iaitu alat baik benda hidup mahupun benda mati yang bersifat mubah bergantung kepada zaman dan tempat.
Rasulullah telah menunjukkan minhaj kenabian dalam merealisasikan penerapan hukum Islam dengan menunjukkan thariqah dakwah yang jelas dan kehebatan baginda mengaplikasikan uslub dan wasilah untuk menjayakan thariqah dakwah tersebut. Bermula dengan pembinaan kelompok awal dengan melakukan pembinaan kepada kelompok tersebut. Pembinaan ini melahirkan kesatuan pemikiran dikalangan kader dakwah. Rasulullah tidak mengabaikan sama sekali pentarbiahan ini sehingga matlamat dari pentarbiahan ini tercabai, iaitu kemampuan untuk masuk ke fasa kedua dakwah, iaitu fasa perjuangan politik. Dari sini kita lihat bahawa tarbiah adalah perkara paling asas dalam dakwah rasulullah. Maka, kecuaian dan pengabaian mana-mana gerakan Islam terhadap proses tarbiah adalah penyimpangan paling parah dalam menuruti thariqah dakwah Rasulullah.
Memasuki marhalah kedua dakwah, di mana kutlah ini telah berupah menjadi kelompok yang siap sedia berjuang ke dalam masyarakat. Proses pembinaan ini diteruskan oleh baginda seiiring dengan penurunan wahyu. Pembinaan ini dilakukan sedemikian bentuk agar kaum Muslim mampu menyeru mesej dakwah ini. Dalam masa yang sama baginda menyerang system ekonomi jahiliah pada masa itu, system kemasyarakatan, amalan-amalan dan kepercayaan karut, system social, praktik timbangan dan riba, penindasan dan kezaliman yang diamalkan oleh penguasa Quraisy pada masa tersebut. Ini menimbulkan kemarahan dan tekanan dari penguasa zalim ini. Tetapi baginda tidak pula melaksanakan system ekonomi yang bebas riba’, atau system social lain walhal mengkritik secara hebat hukum-hukum kufur tersebut. Maka ramai sahabat yang syahid, dizalimi dan diseksa. Tetapi Rasulullah tidak pernah pun mengambil tindakan menyelamatkan mereka tetapi membiarkan para sahabat lain yang membantu. Ini juga hukum syara’ yang wajib kita fahami dalam rangka kita menegakkan kembali semula Islam. Kerana setiap perbuatan Rasulullah adalah bersandarkan wahyu.
Seterusnya apabila dakwah semakin kuat, maka baginda melakukan usaha thalabun NUsrah. Dalam sirah Ibnu Ishak diriwayatkan baginda menemui 16 ketua kabilah untuk memohon bantuan agar mereka menyerahkan kuasa kepada Rasulullah. Dipendekkan cerita, akhirnya pemuka kabilah dari Yathrib telah sanggup menyerahkan kuasa kepada Rasulullah yang telah mempunyai kemampuan dan penyokong untuk menegakkan negara Islam.
Dalam mengaplikasikan thariqah Rasulullah dalam konteks dakwah menegakkan Islam hari ini, gerakan Islam itu bermula dari fasa pertama dakwah. Kegagalan menyiapkan kelompok dakwah dalam fasa ini akan menyebabkan kerancuan pemikiran baik dikalangan pemimpin gerakan Islam tersebut mahupun dikalangan pengikutnya. Akibatnya mereka hanya dapat disatukan atas dasar ‘negara Islam’, ‘keadilan’ dan konsep-konsep lain dan bukannya pemahaman Islam yang benar. Oleh itu, wajib hukumnya bagi gerakan Islam yang benar-benar mahu menuruti turutan dakwah Rasulullah menyelesaikan masalah ini agar mereka dapat masuk ke fasa kedua dakwah dengan cara yang ditunjukkan rasul.
Seterusnya masuk ke fasa kedua rasulullah, proses pentarbiahan wajib diteruskan. Ditambah dengan melakukan aktiviti politik yang ada dua bentuk. Pertama, menyerang system yang rosak yang diamalkan pemerintah hari ini. Mendedahkan kerosakan system dan menerangkan apakah bentuk dan penyelesaian Islam. Kedua, adalah mengungkap segala makar-makar jahat pemerintah dan US, yang sentiasa berusaha untuk memastikan kroni dan system kufur ini terus kekal. Ini dilakukan agar dapat menampakkan kepada ummat kerosakan system kapitalisme hari ini dan betapa pengkhinatan pemerintah hari ini dan posisi US sebagai penjajah dan musuh no.1 Islam. Ini dalam rangka menyedarkan ummat, sehingga ummat tidak menggantung harap kepada pemerintah yang ada dan tidak mempedulikan segala bentuk system kufur yang ada. Kebencian kepada ideology kufur ini akan memacu ummat untuk melaksanakan hukum Islam yang hanya mampu diterapkan oleh Negara Islam, iaitu Khilafah Islamiah.
Apabila dokongan ummat telah diperoleh, maka kita menuruti contoh Rasulullah yang melakukan thalabun nusrah untuk mendapat kekuasaan. Jika dulu Rasulullah mendekati ketua-ketua kabilah, hari ini Hizbut Tahrir mendekati General-genaral tentera, Menteri-menteri dan pemerintah yang sanggup menyerahkan kuasa untuk ditegakkan khilafah. Usaha ini telah diusahakan dan sedang diusahakan. Ia disedari US sejak dari dulu lagi, sampai ada mereka yang dibunuh. Dari data perisikan inilah mereka boleh menjangkakan khilafah akan tertegak dalam tempoh 10-15 tahun lagi.
Inilah kefahaman saya tentang tatacara penegakan khilafah yang saya tulisa secara spontan. Sesiapa yang mahu memahami lebih lanjut, silalah hadir halaqah Hizbut Tahrir. Sesungguhnya perjuangan ini ia mudah kerana ia telah dijanjikan kemenangan dan tetapi memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Kita berhadapan bukan sahaja dengan US, pemerintah ummat Islam tetapi idea-idea moderat yang telah meracuni pemikiran ummat Islam. Mungkinkah ini yang dikhabarkan Rasul, saudaraku (panggilan yang dicemburui sahabat kepada pejuang Islam akhir zaman) diakhir zaman diserang dari segenap penjuru.
Just my2cent... Wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment