DAP sudah boleh terima penubuhan negara Islam? Tajuk berita ini pantas mencuri perhatian saya. Anda setuju dengan analisa politik TG Nik Aziz dibawah? Saya terkesima sebentar.
Nik Aziz: DAP sudah boleh terima penubuhan negara Islam
PETALING JAYA, Dis 28 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.
"Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak.
"Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.
Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.
Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.
"Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud," katanya.
Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja.
Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.
Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata "di dada Karpal ada bulan" merujuk kepada lambang PAS bulan.
Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas.
Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi.
4 comments:
Dgn berakhirnya konvensyen PR tempohari, maka leburlah perjuangan Islam dalam acuan liberal-pluralisme & demokrasi.
Ah, benar.. politik itu candu bagi yang keliru. mengkhayalkan, membutakan, merosakkan.
okeylah dah DAP dah boleh terima....
sekurang2nya ambil sedikit rasa positif atau perkembangan yg ditunjukkan disamping ada juga sikap hati-hati.
kalau dia menentang kita marah...dia terima kita curiga pula...abis sebenarnya apa yg kita mahukan dari cina2 ni ?
Depa nak masuk pas...kita kata haram. dah tu kalau tak masuk pas depa memang tetap ada parti politik utk depa berjuang, jalan utk menyokong parti islam ditutup maknanya kita cuba nak habaq kat depa " non muslim hanya boleh jadi penentang Islam " tak boleh sokong dan berkerjasama.
Dlm hal ini saya faham anda berhujah membawa dalil Agama...cuma saya tak faham bagaimana anda menyelesai masalah menggunakan dalil dalil agama juga.
malangnya orang yang bagi komen pulak tak mau bantah berdasarkan dalil agama. Just psiko shj.
Salam...
Dari pemerhatian saya, agak susah untuk membetulkan pemikiran golongan waqi'yyin(mengikut waqi') ini.Susahnya bukan kerana untuk membawa dalil dan menjelaskan tentang kesalahan cara fikir tersebut. Tetapi adalah wujudnya golongan ulama' yang berfikir sebegitu. Cara fikir begini mula diperkenalkan secara ilmiah sejurus waktu kejatuhan khilafah seiring dengan penghapusan pembelajaran talaqqi di Universiti Al-Azhar dan digantikan sistem silibus.Maka cara berfikir rasional dan moderat yang bersandar waqi' ini mula diperkenalkan. Antara topik pembahasan paling awal adalah riba'. Rashid Ridha adalah antara ilmuan terawal yang menghalalkan riba' bagi konteks setelah kejatuhan khilafah. Mereka telah mencetakkan ribuan ilmuan Islam hingga ke hari ini yang berhukum mengikut waqi'. Pelbagai thesis, kajian dan kertas kerja telah dilakukan untuk mengukuhkan pandangan ini sehingga hari ini pemikiran sebegini telah tertancap kuat pada ilmuan2 ini dan pengikut mereka. Usaha yang sangat halus diperkuat dengan kemasukan ulama' ini ke dalam gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin. Jika kita perhatikan, walaupun susuk tokoh yang popular adalah seperti Hasan AlBanna, Abdul Qadir Audah, Syed Qutb tetapi pemikiran mereka tidak begitu menonjol berbanding pemikiran yang dibawa oleh Rashid Ridha, Muhammad Abduh seperti idea Pan Islamisme, fiqh al-waqi, yang mana telah diperincikan lagi oleh ulama' selepas mereka hari ini. Kita boleh berusaha jelaskan perkara ini, tetapi dengan satu syarat, bahawa pihak yang kita jelaskan itu juga wajib bersedia dengan dalil2 mereka, dan kita hujahkan sejauh mana kebenarannya. Jika tidak, akhirnya yang hujah adalah personaliti ulama' hebat berbanding siaplah kita.
Post a Comment