Wednesday, January 19, 2011

From Kedah With Diarrhea

Dah nak bersawang blog ini, biasalah kesibukan dijadikan alasan. Saya baru balik dari urusan kerja di Alor Star. Sepatutnya dari sana terus ke Kelantan. Kali ini bukan balik kampung, tapi juga urusan yang menyangkut kerja. Memang teringin benar melalui Temenggor ke Kelantan, saya kira terlanjur dapatlah saya merasainya. Boleh kata semua jalan lain ke Kelantan baik jalan pantai Terengganu, jalan Jabo-Jerangau, Jalan KL-Gua Musang, dan Cameron Highlands telah saya lalui kecuali jalan ini.

Allah Maha Mengkehendaki. Sesampai di Alor Setar, tengahari Isnin kami terus berhenti makan di Restoren Nasi Kandar Pokok Ceri, bersebelahan Restoren Yasmeen. Ini kali pertama makan di Pokok Ceri, kami beri gred biasa saja. Kami ada 2 mesyuarat petang tersebut, formal dan tidak formal. Petang itu, kami dibawa `pula di Restoren Mi Kamal. Sahabat orang Alor Setar mengatakan mi goreng di situ paling sedap. Nak menjaga hati, saya mengikut sahaja walaupun masih kenyang. Sampai ke malam saya masih kenyang, tetapi terpaksa menemani sahabat yang ingin makan malam. Akibatnya, habis nasi lemak sepinggan.

Bangun pagi, terasa badan lain macam, perut pun tak selesa. Turun sarapan, saya cuma minum dan makan buah. Kami adalah lawatan tapak selepas itu. Terasa badan semakin tidak selesa. Dari Alor Setar kami ke Naka, Jerlun dan sepatutnya ke Kuala Kedah dan Yan. Tetapi saya membuat keputusan membatalkan ke Kuala Kedah dan Yan. Kembali di Alor Setar, kami dibawa ke Restoren Ikan Bakar Atap Rumbia. Semua yang lain sedap menjamu selera, saya cuma makan pisang dan barli suam, badan semakin tidak sedap. Rasanya tak larat dah nak ke Kelantan. Samada stay di Alor Setar atau balik ke KL. Kami mengambil keputusan ke Sungai Petani berehat di rumah orang tua salah seorang kawan. Saya ambil kesempatan ke Klinik,38.2 Celcius, panas juga. Doktor kata food poisoning. Terfikir nak berehat semalam dahulu Sungai Petani, tapi akhirnya saya buat keputusan untuk balik. Sampai di rumah kira-kira sepuluh malam, fuhhh... leganya. Mujur hari ni MC, dapat rehatkan badan, oppssss update blog juga. Rasanya kali terakhir MC tahun awal 2008, sakit telinga. Masa tu tengah peak sibuk, boss punya la bising.

Saya nak sambung cerita pasal posting sebelum ini, statement Zamihan berkenaan 'pengganas'. Sebelum ini beliau dikaitkan dengan penangkapan Dr Asri berikutan taklimat sulitnya kepada PDRM. Saya beberapa kali mendengar ceramah Zamihan. Setiap jumaat minggu ketiga beliau akan memberi tazkirah sebelum khutbah jumaat di Masjid AsSyakirin KLCC. Ceramah beliau unik, sukar untuk kita dapat peluang sebegitu. Penyampaiannya seperti gaya ceramah PAS pada 80an. Beliau menghentam kerajaan, menteri dengan cukup keras, menyebut hukum kufur tidak berhukum dengan hukum Allah. Penyampaian begini takdenya la kita boleh jumpa hari ini di masjid-masjid yang diselia Majlis Agama.Yang lebih menakjubkan, dalam menghentam sistem dan pemerintah yang berkuasa, beliau masih lagi duduk di kerusinya dan menjadi sahabat baik kepada PDRM. Zamihan dikatakan mempunyai fahaman Ahbash. Saya mengenali penulisannya semasa menuntut dahulu melalui buku yang mengkritik Wahhabi. Ahbash diakui sebagai ajaran yang menyeleweng oleh ramai ulama'. Sejarah silam ahbash memang terkenal dengan menjadi talibarut kepada pemerintah. Ikhwanul Muslimin antara yang terkesan teruk. Hizbut Tahrir juga terkena di Rusia.

4 comments:

Anonymous said...

jauh berjln ke utara, tapi tak begitu gembira pula.look like Kedah did not welcome you :D

apa pun , gangguan kesihatan adalah satu ujian, utk mengembalikan rasa syukur pada nikmat sihat selama ini, yg kadang2 diambil lewa sahaja.

doa dari himpunan doa2 matsurat ini bagus juga di jadikan amalan sebelum menikmati makanan...terutama ketika singgah di mana2 kedai makan atau R&R.

Bismillahilladzii laa yadhurru ma'asmihi syay'un fiil ardhi wa laa fiis samaa'i wa huwassamii'ul 'aliimu. (3x)

Dengan nama Allah yang dengan namaNya tidak ada suatupun dapat mendatangkan bahaya di bumi dan dilangit .Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(utk versi asal doa ini, boleh buka matsurat).

rasanya, muslim yg menjadi talibarut puak kafir atau pemerintah muslim yg kufur, itulah sebenarnya pengganas..

memang benar, di kalangan 'muslim' sendiri ada yg sangat ganas dan memang pengganas...sebagaimana dlm tontonan video mlm tadi saya lihat betapa ganasnya syi'ah membunuh kejam sunni di Iraq...

seorg sahabat Iraq dlm program 'taklimat' mlm tadi, bercerita ttg syi'ah yg membantai puak sunni telah di taja operasi ketenteraan mereka oleh US...dan menggelarkan Ahmadinejad sebagai syaitan besar dan talibarut Amerika..

WUZARA said...

Salam...

Jzkk atas perkongsian peringatan dan ilmu tersebut.

Kisah pengkhianatan sesetengah kelompok Syiah kepada Islam mmg cukup perit untuk dilupakan. kedurjanaan mereka menyebabkan syiah2 yang lain juga terpalit, apatah lagi terkadang bilangan mereka itu ramai. Peperangan antara sunni-syiah memang sengaja diapi-apikan hingga mereka menganggap membunuh sesama mereka lebih utama dari membunuh kafir yang nyata. Malah peperangan sesama sunnni- antaranya pengikut mazhab syafie dan wahhabi- pernah mengorbankan nyawa yang ramai hanya kerana sebab yang bukan-bukan.

Kita memang terdesak memerlukan institusi politik yang mempunyai kemampuan menyelesaikan konflik ini. Kembalikan khilafah.

Anonymous said...

"Kita memang terdesak memerlukan institusi politik yang mempunyai kemampuan menyelesaikan konflik ini. Kembalikan khilafah."

saya....errr a bit wondering...apa benar kewujudan khilafan boleh mensifarkan 'konflik saudara' ni?...bukankah peperangan siffin 'memberitahu' kita sesuatu?...

mengharapkan kewujudan khilafah itu benar, tetapi menharapkan all the things akan jadi solid/perfect dlm khilafah itu mcm 'luarbiasa'..

sekadar persoalan..

WUZARA said...

Salam...

Tamsilan saya mudah saja. Jika kita mahukan anak, Islam tunjukkan agar bernikah. Tapi ada orang bila bernikah hidup makin huru hara. ada orang yang tak bernikah pun dapat anak juga.

Begitu juga dengan nak melaksanakan hukum Islam secara kaffah, perlu ada khilafah. Bukan semuanya magic boleh diselesaikan semudah ABC. Bukan setelah khilafah langsung tiada masalah. Tetapi khilafah adalah metodologi untuk menerapkan Islam. Selagi tiada, maka tulah yang teraba2 hukum dan ideologi lain untuk selesaikan masalah.