Monday, January 31, 2011

Di Sebalik Pergolakan di Tunisia dan Mesir

1. Us berpandangan mesir adalah negara penting utk dijaga (rejim) yg memerintah agar sentiasa di pihak dia, sebab pandangan si kufur US ni jatuh mesir bermakna goyahlah keadaan di timur tengah..

2. mereka dlm perancangan utk mewujudkan 'new middle east' dgn mewujudkan negara shiah terbesar menganjur dari lubnan hingga pakistan , sebab pada pandangan mereka golongan shiah mudah di'lentur' dan di'jinak'kan berbanding puak sunnah. Maka hasil minyak akan mudah diperolehi bila di bawah kekuasaan puak shiah...

3. Rancangan US ni menunjukkan mereka dah bosan dgn melayan karenah puak sunnah yg byk pengaruhnya oleh arab saudi, seba raja arab sendiri tak puas hati dengan kewujudan amerika di iraq sebabnya bukan pasal US musuh tapi lebih kepada US menggalakkan kewujudan dan pengembangan kuasa syiah di timur tengah...

4.sekarang US melihat kejatuhan rejim kuku besi di tunisia bakal digunakan utk dia ambil kesempatan utk meletakkan agen2 depa dan US sgt2 berharap yg jangkitan revolusi ini akn meresap ke negra2 jiran terutama negra arab sunnah.. walaupun rancangan ini bakal mengundang kecaman dari negara2 empayar tua eropah...

5.Ini terlihat dari ke'ceriaan' dlm ucapan 'hilari kelington' berkata 'rejim yg keras seperti sekarang tak akan kekal lama, dan corak negara timur tengah yg baru perlu lebih dinamik dan mempunyai asas kenegaraan yg kukuh utk bertahan. ini hanya boleh dicapai jika mereka megubah cara memrintah dan mendengar pandangan dan cadangan org2 muda".... (pada ana dia cuba nak ceritakan ttg pengkayaan demokrasi...

6. setakat ini ada satu saja matlamat US, iaitu terus berusaha utk mendominasi timur tengah dgn apa cara sekalipun...

ini harapan kita:

1. mudahan rakyat tunisia, mesir (yg tgh bergolak) tidak melatah dan memilih agen US sebagai penganti ben ali dan mubarak...

2. mudahan di tunisia dan mesir, seruan kepada khilafah mendapat sambutan yg hangat, walupun tak dapat tegakkan khilafah, semoga paling tidak membuka ruang dakwah yang lebih baik.

3. mudahan ini adalah makar allah dlm membantu hambanya yg ingin berusaha menegakkan kalimah sucinya di tengah2 manusia.

4. mudahan akan 'ada cahaya di hujung terowong' ditunisia dan mesir dan seterusnya seluruh timur tengah.... mcm hadith yg menceritakan daulah bakal tertegak di palestin...

3 comments:

saleem said...

saudara, pada saya pula,kebangkitan rakyat tunisia maupun Mesir memang mengundang pelbagai persepsi.Bahkan ada yg mengandaikan ia antara agenda barat untuk melebarkan penguasaan ke atas negara umat Islam.Apa saja usaha utk memungkinkan peralihan kuasa, pasti ada yg merasa 'tangan barat sedang melakukan percaturan'...wallahuallam.

saya pula,di satu sudut saya rasa gembira dan mendoakan kejayaan rakyat Mesir dalam kebangkitan mereka menentang rejim kuku besi/diktator hosni mubarak ni, dan mendoakan landskap politik Mesir berubah dan menawarkan suasana politik yg lebih adil/telus kpd rakyatnya.Namun satu sudut yg lain saya tetap terasa sedih kerana pergolakan yg turut mengorbankan banyak nyawa itu adalah pergolakan sesama muslim.... :(

namun saya juga harapkan, kebangkitan demi kebangkitan umat Islam ini menjadi petanda untuk kebangkitan yg lebih global yakni kebangkitan ummah seluruh dunia di bawah lembayung khilafah untuk meranapkan semua kuasa kufar yg selama ini memijak2 maruah umat Islam...

Anonymous said...

Kita maklum US berlagak polis dunia menguatkuasa dan menakluki dengan ideologi kapitalisme. US juga pernah menyokong ramai diktator berideologi sosialisme semata untuk menjatuhkan rakan karibnya, Britain. Kemudian berusaha kembali menjatuhkan diktator2 itu untuk diganti dengan pemimpin kapitalis yang lebih mudah ditunduk kepadanya. Itulah yang telah, sedang dan akan terus dilakukan US. Objektif satu, untuk menghancurkan mana2 potensi kuasa baru dunia demi mempertahankan hagemoni US.
Seringkali umat Islam tertipu menyangka penyangak sebagai hero. Kes Mesir memperlihatkan, bagaimana tajaan US albaradei mendapat sokongan.
Masih agak sukar untuk menjangkakan kebangkitan khilafah di Mesir dan Tunisia. Tetapi paling tidak, kejatuhan satu persatu pemimpin tirani timur tengah akan mengundang ketidakstabilan dan memberi ruang kepada pejuang khilafah untuk memperkukuhkan dakwah dan mungkin peluang thalabun nusrah boleh dijayakan.

WUZARA said...

salam...

kejatuhan satu persatu rejim belaan barat ini merupakan petanda baik keruntuhan idelogi ini. barat secubanya menggantikan mereka dengan haiwan peliharaan yang lain. ada kemungkinan umat akan dipatuk ular buat kali kedua di lubang yang sama. kebikjasanaan parti politik mengurusnya dengan kacamata Islam dan bukannya paragmatisme akan banyak membantu mencerahkan minda umat.