Tuesday, January 25, 2011
UNGKAPAN KERAMAT BERMENTERA
Pemimpin Ikhwanul Mesir,Essam El-Erian, mempertimbangkan akan menggerakan anggotanya untuk turun dalam demonstrasi. Ini berikutan kejayaan rakyat Tunisia menumbangkan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali dengan mengadakan demonstrasi besar-besaran.Bekas General Tentera yang kuku besi itu akhirnya tumbang akibat demonstrasi besar-besaran yang dilancarkan sejak Disember 2010. Begitulah hebatnya kuasa rakyat.
Di dalam Islam, kedaulatan adalah ditangan syara', sedangkan kekuasaan adalah di tangan rakyat (yang beragama Islam). Umatlah yang berhak memilih pemimpin yang mereka sukai dengan jalan bai'at. Sedangkan orang kafir tidak berhak membai'at kerawa kewajipan bai'at itu hanya milik Muslim. Sekiranya majoriti umat menunjukkan penolakan imam yang dilantik, maka hukum bai'at tersebut adalah tidak sah. Betapa kaum kuffar ini telah mengalihkan kehebatan kekuasaan rakyat ini hanya melalui pilihanraya demokrasi. Saya bukanlah hendak mengajak sesiapa turun menggulingkan pemerintah dengan demonstrasi jalan. Kerana bukan itu yang ditunjukkan Islam. Malah apa yang terjadi di Tunisia boleh dijadikan pengajaran, sesiapa pun yang dilantik mungkin lebih diplomatik berbanding pemerintah diktator sebelumnya. Tetapi perubahan ideologi kepada idealogi Islam tidak akan berlaku.
Bahkan, revolusi ideologi memerlukan umat dibina dengan hukum Islam terlebih dahulu. Sehingga pemikiran Islam ini membara dalam jiwa mereka. Api yang menyala ini akan merebak keseluruh umat sehingga mereka mahukan Islam. Ia tidak cukup dengan sekadar semangat mahukan 'Negara Islam', 'Khilafah', 'Pemerintahan Islam', sahaja. Tetapi kelompok yang meggerakkan umat ini perlu mengkristal dijiwa mereka politik Islam, sehingga mereka menjadi politikus Islam yang jernih pemikiran Islamnya. Dakwah dan usaha politik ini terus dijalankan sehingga tercapainya usaha thalabun nusroh. Inilah yang dicontohkan rasul kepada, sebuah metodologi canggih yang diwahyukan. Baginda juga telah menunjukkan uslub dan wasilah yang brilliant untuk menjayakan metodologi tadi. Ingatlah, betapa kaum kuffar itu begitu takut jika umat Islam berusaha menggunakan kekuasaan rakyat mereka setiap masa. Maka, dipukaunya kita ungkapan keremat bermentera demokrasi 5 tahun sekali beserta jerangkap dan seperangkat undang-undang yang menjerut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
hmmm...payah jugak 'nak sampai' ni....'angin perubahan' macamana yg sebenarnya wuzara inginkan.
apa nasihat awak untuk politikus2 di malaysia ni khususnya bagi wakil rakyat muslim dari Pas untuk mereka "mengkristal dijiwa mereka politik Islam, sehingga mereka menjadi politikus Islam yang jernih pemikiran Islamnya....mampu meneruskan dakwah dan usaha politik sehingga tercapainya usaha thalabun nusroh."
Adakah anda rasa WAJIB mereka ini 'keluar' langsung dari saluran demokrasi, boikot saja pilihanraya dan semua kerusi Parlimen/DUN malaysia serah kat Barisan Nasional je. Kemudian apa step yg patut berlaku seterusnya...
saya benar2 tak dapat bayangkan,..
Saya masih memikirkan bagaimana nak menjelaskannya dengan mudah dan ringkas kepada saudara tak clear.
maaf saya bukan ingin kurang adab saudaraku, awak tidak pernah dapat menjawabnya, kerana setakat ini dakwah awak hanya 'menulis' dan mengutarakan ilmu/pandangan.Awak belom ditakdir benar2 memikul beban kepimpinan.Pandangan/pegangan politik awak belum berpeluang teruji di pentas kenyataan.
bagi saya inilah 'rupa' yg dapat saya nampak pada parti Pas. Dulu dlm ceramahnya, Pas membawa nada politik yg sangat berbeza dgn hari ini.Bahkan Pas letakkan sempadan yg cukup ketat dlm dakwah politik mereka. Antaranya 'haram' mengundi calon kafir,anggota Pas hanya utk muslim sahaja, calon lelaki sahaja yg bertanding dlm p/raya...dan banyak lagi dasar yg diletakkan oleh Pas.
itu suara Pas ketika tidak menang kerusi dan tidak berpeluang mentadbir negeri.Ketika langit 'masih tinggi' dan 'kerusi/jawatan' masih di peringkat mimpi utk mereka. Bila sudah boleh mengetuai negeri dan memiliki beberapa kerusi Parlimen mereka temui banyak perkara yg sangat sulit dan rumit yang tak mudah diselesaikan .Maka di situ penilaian serta pertimbangan bijak sangatlah dituntut, dan membawa kpd pengkajian dan pembongkaran pelbagai pandangan2 ulama untuk di jadikan panduan. Selagi dinilai tidak melepasi batas syarak, pas membuka pintu pada perubahan.Itulah yg dilihat Pas seperti menyongsang dari perjalanan asalnya. Natijahnya ia diserang dari pihak kawan dan lawan.
Dalam hal ini, penting sebenarnya utk org awam seperti saya memiliki keupayaan merenung, yakni bagi perjalanan politik sebuah gerakan Islam, apa yg WAJIB tetap dan apa pula yg boleh menerima perubahan.
Saya dapati keseluruhan gerakan Islam di Malaysia ni menerima hukum kewajipan mendirikan khilafah, tapi mereka berbeza pandangan ttg ikhtiar dan cara utk mendapatkannya.
keterlibatan dgn sistem demokrasi di negara kita juga telah memperlihatkan perbezaan,di mana satu pihak menghukum HARAM dgn hujah2 syarak yg dibawanya sedang satu pihak lagi mengatakan HARUS juga mempertimbangkan hujah2 syarak yg difahami mereka.
Perselisihan ini tidak akan ada sudahnya kecuali Allah datangkan keputusanNya kpd kita.
utk soalan yg telah saya tanya pada tuan, sebagai pihak yg mengharamkan secara total 'demokrasi', saya ingin berkongsi cadangan tuan utk semua wakil rakyat Pas sekarang, pemegang kerusi, serta jawatan dlm masyarakat yg diperolehi dari amalan demokrasi ini patut mengambil tindakan jika benar demokrasi dibenci oleh Allah taala.
Maksud saya, bagi kondisi politik di malaysia ini melepaskan semua kerusi, tidak mengundi dan tidak mencabar calon 'munafik' dan kafir dlm pilihanraya itu akan mengundang kecintaan Allah?
Salam...
1) Berkenaan perubahan hukum yang diguna pakai PAS, itu bukan suatu yang pelik. PAS sememangnya tidak mempunyai fikrah dan metodologi Islam yang jelas, ia berubah-ubah mengikut keperluan. Sebagai contoh, setelah lebih 50 tahun sampai sekarang PAS tak merincikan bentuk negara Islam. Jika Tuan tidak setuju dengan saya, sila tunjukkan di mana pendetailan fikrah dan metodologi rasmi PAS.
2) Berkenaan sistem khilafah, apakah benar PAS betul2 berjuang menuju khilafah? Dulu sebelum HT ada di Malaysia, apa yang PAS terangkan tentang khilafah kepada ummat? Di Kelantan, di negeri yang mana PAS kuat sepatutnya sekarang umat Islam di sana dah faham mendalam tentang khilafah. Tapi apa pemerhatian saya, pemahaman mereka hanya negara Islam yang dikembangkan dari apa yang dibuat oleh kerajaan PAS di Kelantan. Saya terangkan kepada mereka yang aktif pun, mereka masih tak terjangkau pemikiran tentang khilafah. Khilafah yang bagaimana PAS jelaskan kepada umat?
3) Dalam sistem hari ini, permasalahan kehidupan (objek) diselesaikan oleh seperangkat peraturan yang menjadi subjek bagi menyelesaikan masalah objek tadi.
Sebagai contoh,apabila penerapan ideologi ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan dengan kos hartanah, maka penyelesaian yang diberikan adalah dengan perbankan riba'. Dalam kes ini, kos hartanah adalah objek permasalahan dan perbankan riba' menjadi subjek bagi menyelesaikan masalah ini. Maka, wujudlah golongan yang menghalalkan riba' ini dengan pelbagai hujah kemaslahatan sama seperti yang Tuan Tak Clear (TTC) nyatakan bagi kes demokrasi.
Demokrasi adalah subjek yang mewarnai objek permasalahan sistem pemerintah (pembentukan sistem dan legaslatif) dalam sistem hari ini. Maka, bagi mereka yang tidak mampu melihat diluar kepompong ini akan melihat seolah betapa kebinasaan dan ketinggalan jika meninggalkan subjek demokrasi ini. Sebagai contoh saya quote apa yang dikatakan TTC, -
"kondisi politik di malaysia ini melepaskan semua kerusi, tidak mengundi dan tidak mencabar calon 'munafik' dan kafir dlm pilihanraya itu akan mengundang kecintaan Allah?"
Dari pandangan tuan di atas, menunjukkan tuan benar-benar meyakini bahawa dengan terlibat subjek yang telah ditentukan oleh sistem ini bagi permasalahan pemerintahan-iaini demokrasi- merupakan jalan yang dituntut syara'.
Saya ingin mengajak kita semua berfikir, apakah kita wajar mensubjekkan minda kita dengan sesuatu yang datang dari ideologi selain Islam sebagai jalan bagi kita menyelesaikan tuntutan hukum syara' sedangkan rasul telah menunjukkan kepada kita minhaj kenabian bagi melaksanakan usaha Islam ini.
Seterusnya saya ulas di posting.
tuan,
jawaban yg baik tapi tuan tak jawab pun soalan saya yg utama tu.Apa 'jalan keluar' bagi ahli politik/parlimen sekarang?
saya mengharapkan jawapan tuan bukan saja ideal dari susut ilmunya, tapi turut ideal utk menjadi alternatif kepada tuntutan semasa. Yg pentingnya ia tidak merugikan dakwah Islam/tidak meletakkan muslim didalam mudarat yg lebih besar.
Rasulullah dulu semasa membentuk daulah di madinah tidak pula baginda rangka perlembagaan terlebih dahulu.Sebalik bila negara di tegakkan maka piagam Madinah menyusul kemudiannya.
Pas pun tak syumul dan tak lengkap. Bagi saya tidak mengapa kewujudan jemaah2 yg pelbagai dgn specialty/kepakaran yg pelbagai.Setiap jemaah memperkuatkan antara satu sama lain. Jika Pas gagal memiliki draf pemerintahan daulah Islamiyyah yg lengkap, HT kan ada...:D :D
Salam...
1) Tuan menjadikan kemaslahatan sebagai hujah mempertahankan keterlibatan dalam demokrasi. Sedarkah tuan, bahawa kemaslahatan yang sebenar hanya akan tercapai dengan mengambil hukum Islam dan bukan jalan penyelesaian selainnya?
Jika tuan tidak bersetuju, maka ambil sahaja hukum selain Islam yang pada tuan mengundang kemaslahatan kepada umat dan mohon kepada Allah agar menerima amalan tersebut. Saya percaya tuan tidak akan sanggup menerima hukum taghut itu.
Oleh itu, jika kita beriman kepada apa yang telah diturunkan Al Quran nescaya kita akan mengambil method Islam dan Islam sahaja tanpa mengendahkan betapa besarnya halangan. Kita lalu beriman bahawa dengan mengambil hukum Islam sahajalah maslahah akan terpenuh.
Ye, antara 'kemaslahatan' yang kita mungkin boleh raih dari demokrasi antaranya,kita dapat menerapkan sebahagian kecil hukum Islam, kita dapat membuat check n balance terhadap dasar negara, memberikan tekanan kepada dasar2 pemerintah, dan pelbagai 'manfaat' lain yang disediakan oleh kapitalisme melalui platform thaghut demokrasi ini. Sampai, apabila dibawakan petunjuk minhaj kenabian ia masih dibandingkan dengan betapa besarnya manfaat demokrasi.
Tidakkah kita sedar dari demokrasi itu:
1- Menyebabkan kita sangat jauh dari minhaj nabi dalam menerapkan Islam. Baik dari proses pembentukan kutlah, perjuangan politiknya, pentarbiahannya hinggalah thalabun nusrah. Apakah kita menyakikini dengan menyimpangnya kita dari minhaj kenabian ini akan mendekatkan kita kepada Daulah Islam?
2)Keupayaan umat Islam untuk bangkit secara benar telah didivertkan oleh demokrasi. Bantuknya:
a) Perjuangan demokrasi menuntut suara majoriti. Maka kita dapati banyak pembinaannya adalah untuk mendapatkan sokongan undi, walhal umat tidak benar dibina dengan fikrah Islam yang mendalam.
b) Keupayaan umat untuk bangkit dihadkan pada pilihanraya 5 tahun sekali. Bermaksud, dalam tempoh 100 tahun bagi sesebuah negara hanya ada 20-25 kali sahaja peluang menukar kekuasaan melalui demokrasi.
3)Sedarkah kita, demokrasi hanya memberi ruang untuk menukar pemerintah, tetapi bukan ideologi pemerintahan. Dalam kancah politik Malaysia, ramai pejuang PAS yang saya temui mengakui hakikat ini, betapa sukarnya untuk menerapkan Islam apatah sekiranya wujud kerajaan campuran bersama DAP dan PKR.
d)Demokrasi sama sekali menghambat jauh perjuangan menuju khilafah.
Saranan saya kepada pejuang yang mengambil demokrasi:
1) Meninggalkan demokrasi bukan bermaksud kita tidak berbuat apa2.
2) Kita berdakwah dengan minhaj kenabian, membina umat dengan pemikiran Islam yang solid. Saya melihat usaha ini tidak susah di Malaysia. 1 juta ahli PAS ini jika ditarbiah dengan pemikiran Islam yang cemerlang nescaya mampu menghancurkan pemerintahan kufur ini.
3) Dengan kekuatan itu, dalam masa yang sama kita lakukan thalabun nusrah mendekati mereka yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan untuk sanggup membantu penegakan Islam. Saya percaya ia bukanlah suatu yang mustahil melihat betapa ramainya bekas2 pemimpin tentera yang menyokong PAS.
Kita akan lihat betapa arus dakwah dan landskap politik di Malaysia akan berubah.
Berkenaan persediaan penegakan hukum Islam, hukum asal mengadakan perlembagaan negara hanyalah mubah/harus sahaja. Kerana yang menjadi sumber tetap adalah Al Quran dan sunnah, begitu juga Ijma' sahabah dan Qias.
Pada zaman daulah di Madinah, Nabi cuma membuat secara general Perlembagaan Madinah terutama yang menyangkut hubungan antara Muslim dan Dzimmmi. Kekuatan utamanya Nabi masih bersama mereka, wahyu berterusan dan para sahabat dan umat mempunyai kemampuan memahami dan menerapkan nas secara langsung. Para hakim(qadhi) menjalankan perundangan dengan mengambil terus dari nas tersebut berdasarkan ijtihad mereka.
Zaman berlalu, umat semakin ramai, tetapi kualiti pemikiran Islam semakin mundur dan permasalahan semakin kompleks, maka umat tidak mampu mengambil secara terus dari nas. Maka, para mujtahid mengajar dan menyediakan kitab untuk kita gunakan. Para khalifah memerintahkan ulama' untuk menyediakan pelbagai panduan bagi para qadhi' menguatkuasakan perundangan.
Dalam keadaan hari setelah 1400 tahun dan Islam telah dihancurkan, pemikiran hukum Islam ini telah sampai titik nadir. Tanpa pembahasan hukum yang menyangkut kenegaraaan seperti pemerintahan, perundangan, ekonomi, sosial, dan pelbagai hukum lain, hampir mustahil untuk diterapkan Islam kecuali parti politik mengajarkannya kepada umat sebagai persediaan penerapan hukum Islam. Pembahasan begini hampir sifar didetailkan di kuliah IPT, ceramah mahupun di masjid2. Walhal kegagalan memahamkan umat tentang perkara ini, adalah menjerumuskan kegagalan penerapan hukum Islam. Kita memerlukan umat yang akan menjadi kakitangan dan penggerak penerapan hukum Islam sekiranya negara Islam tertegak. Tanpa persediaan ini, dalam keadaan sangat sedikit ditemui mujtahid dan betapa rendahnya pemahaman hukum Islam dikalangan umat hatta aktivis gerakan islam, usaha menerapkan Islam secara kaffah umpama mustahil. Oleh itu berdasarkan kaedah syara', menyediakan perlembagaan atau seperangkat undang2 agar membolehkan perlaksanaaan hukum Islam adalah suatu kewajipan.
Andai suatu hari, sudah ada ramai mujtahid dan pemikiran hukum Islam semakin tinggi dikalangan umat, maka cukuplah negara menyediakan perlembagaan sahaja dan pendetailannya diserahkan kepada ijtihad para qadhi.
Semoga kita sama-sama mendapat pencerahan.
Post a Comment