Thursday, January 27, 2011

Tenaga Lestari



Seharian saya menghadiri Taklimat Stakeholder bagi reneweable energy(RE). Malaysia memasuki era baru dalam aplikasi RE. Selama 50 tahun penjana tenaga menikmati subsidi bekalan api thermal baik gas mahupun arang batu. Kebanyakan konsesi tersebut akan tamat dan kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan subsidi bahan api. Dunia secara global sememang memasuki fasa mengaplikasi RE secara lebih intensif. Tenaga lestari ini baik dari biomass, biogas, hidro, solar, angin, geothermal telah sekian lama digunakan di luar negara.

Meneroka RE memang menarik. Bayangkan dari buangan sisa domestic dan kumbahan boleh dijana elektrik. Baik menggunakan tangki digester mahupun gassifier, gas methane, CO2 dan Hidrogen yang terbebas disalurkan ke gas enjin untuk memutarkan alternator lalu menghasilkan tenaga elektrik. Dari effluent kilang sawit yang busuk( yang selalu dipaparkan Karam Singh Walia) berpotensi menghasilkan tenaga elektrik biogas. Dari tandan sawit, kulit tebu, jerami dan sekam padi, dan banyak lagi boleh diguna sebagai feedstock untuk menjana bahan api biomass baik menggunakan teknologi konvensional dandang mahupun gassification. Malaysia juga mempunya potensi hidro yang masih banyak belum diteroka. Di Tawau ada potensi geothermal yang telah dikenal pasti hingga 150MW. Cuma mungkin yang kurang potensinya adalah tenaga angin. Bagi individu, kita boleh pasang panel solar dirumah dan TNB akan bayar kepada kita pada kadar RM1.20/kwh.

Untuk mengimplementasi bukanlah suatu yang mudah. Saya dapati ada ketidakselarian antara kementerian yang bertanggungjawab dengan local autoriti. Walaupun kementerian memberi sokongan, untuk mendapatkan kelulusan autoriti setempat seperti PBT dan JAS bukanlah perkara mudah. Untuk mendapat bekalan feedstock sekiranya melibatkan agensi kerajaan, ia melibatkan campurtangan yang sangat melelahkan. Apatah lagi jika ia melibat kelulusan kerajaan sesetengah negeri, tanpa campur tangan pegawai tinggi dan ahli politik ia adalah sesuatu yang sukar. Sampah, apabila hari ini diketahui mempunyai aplikasi tenaga juga telah menjadi rebutan.

Saya ingin membicarakan tentang hukum loji kuasa hidro. Perlu kita fahami bahawa air adalah milik umum. Sekiranya ia melibatkan empangan sehingga menghalang ummat untuk menggunakannya maka ia adalah sesuatu yang tidak boleh dibangunkan oleh pihak swasta. Sekiranya ia tidak melibatkan empangan, sebagai contoh sekadar run of river dan disalurkan semula ke sungai serta tidak menghalang umat dari memanfaatkannya, ia boleh dibangunkan oleh pihak swasta.

Seorang sahabat (non muslim) pernah merekabentuk lojikuasa untuk menghasilkan tenaga biogas dari sisa kumbahan khinzir. Ia bukanlah sesuatu yang sukar, sama konsep dengan sisa kumbahan effluent organic lain, mungkin Indah Water ada plan mereka. Sebenarnya ia sebahagian dari proses rawatan anaerobic dan aerobic. Cuma pada rawatan effluent biasa, gas methane yang terhasil akan terbebas dan mencemarkan ozon. Methane 16kali lebih mencemar dari CO2. Sekiranya gas ini dihasilkan secara effisien ia boleh disalurkan ke gas enjin untuk menghasilkan tenaga elektrik. Saya sendiri tidak pasti apa hukumnya mengaplikasikan sumber tenaga sebegini. Mungkin kalau ada pihak yang suruh saya bangunkan, maka pada masa tersebut perlulah saya terlebih dahulu meminta ijtihad dari mujtahid.

Ada masa kita cerita lagi insyaAllah….

2 comments:

Apin Estrodesnasto said...

sir, you must be a big cheese in your company...fuhh!

wuzara said...

Saya budak baru belajar je, tuan.