Thursday, April 1, 2010

This Is Not April Fool


Road tax kereta mati semalam, tapi baru hari ini saya sempat uruskan. Biasalah, pakai insurans third party je, bukan nak claim pun benda-benda haram begini. Terpaksa adakan sekadar untuk bergerak di bumi Allah ini. Terkejut saya apabila wakil insurans tu kata dah takde lagi insurans third party, yang ada hanya comprehensive, rM600 setahun, itu paling murah. Campur road tax dah hampir RM700. Kereta sebuah lagi premiumnya pasti lagi mahal. Tiba-tiba macam muka-muka orang yang terbayang di minda saya. Muka-muka saudara mara dan sahabat handai yang kereta mereka takde road tax kerana tidak mampu bayar insurans. Saya sendiri cukup terasa seksanya hidup dalam sistem kufur ini, apatah lagi mereka yang keperluan asas pun masih tak berapa tertunai ditambah dengan biaya sekolah anak-anak yang semakin membesar. Memang bangsat sistem kufur ini dan pemimpin serta pelaksananya.

Borang income tax pun tak isi lagi. Keluar di berita, diingatkan supaya menyimpan semua resit yang terkait untuk pemotongan cukai. Wahh... satu petanda LHDN akan lebih kuat menghisap darah. Lebihan PCB tahun lepas pun saya tak dapat lagi, dah nak bayar tahun ni pula. Satu sen pun aku takkan halalkan, semoga mereka yang terlibat mencekik duit ummat ini akan hancur hidupnya di dunia sebagai mana akan hancurnya sistem kufur ini tak lama lagi, ameen. Kalau kita buka kitab-kitab para fuqaha, nescaya kita jumpa penjelasan yang mengkristal pengharaman cukai, kecuali apa sumber pendapatan yang ditunjukkan Islam. Saya teringat syarahan bekas mufti singapura, Syekh Ahmad Semait dalam kitab Al Kabair(Dosa-dosa Besar) karangan Imam Jarh wa ta'dil, Ad Dzahabi. Jelas dalam kitab ini dinyatakan keharaman cukai, tetapi sang mufti tanpa segan silu menghalalkannya dengan alasan keperluan hari ini. Aduhai bukan sikit ulama' yang menghalalkan cukai, semuanya dengan alasan maslahah. Rajin membaca kita boleh jumpa pandangan sesat para ulama' tak takut tuhan ini.

Mungkin sebab cukai ini, orang suka kerja kerajaaan. Kalau kerja swasta, elaun ke gaji semua kena cukai. Tetapi bagi kakitangan awam, hanya gaji dan elaun2 tertentu je kena cukai, kebanyakan elaun tak kena cukai. Ni lagi satu sikap pilih kasih. Malah kerajaan sudi menimbangkan potongan cukai 30% untuk Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA). Patutlah sukar nak jumpa pegawai tertinggi kerajaan benar-benar aktif ke hadapan dalam gerakan Islam, gaji jawatan dan pangkat telah menggelapkan atau dah pencen baru nak gi usrah. Pencen bergaji penuh dan sebuah Proton Perdana sebagai habuan. Mungkin sebab itu kebanyakkan sokong saja dasar kerajaan walaupun tahu ianya zalim lagi haram di sisi Islam. Sedangkan kalau berpangkat tinggi di sektor swasta, income tax 2,3 bulan memang sukar nak dielak, semua pendapat dikenakan cukai. Bayangkan 12 bulan kerja tungkus lumus, kita cuma dapat 9, 10 bulan gaji, selebihnya dirompak kerajaan.

Memang siksa hidup dalam sistem kufur hari ini jika benar nak menjaga Islam, dipegang panas bagai bara, tetapi jika dilepas jatuhlah ia, balasannya neraka. Rasa tak sabar bila nak tegaknya Daulah Islam Khilafah, walhal diri sendiri tak cukup kuat berdakwah. Marilah semua ummat Islam, khususnya sahabat-sahabat yang sudi membaca blog yang tidak seberapa ini, kita berjuang untuk Islam dengan menerapkan kembali seluruh hukum Islam dengan jalan menegakkan khilafah ala minhaj nubuwwah. Syukur kepada Allah dan terima kasih Hizbut Tahrir kerana memberikan saya kesedaran yang amat bermakna ini.

No comments: