Tuesday, April 6, 2010

Palm Oil: Bad Fat? Good Fat?



Saya sempat menonton Rancangan Oil Palm; Bad Fat? Good Fat? di AFC 703 malam tadi.
Ia cuba menjawab tuduhan-tuduhan dari NGO2 Alam sekitar yang mengaitkan industri perladangan sawit dengan kemusnahan alam sekitar.

Untuk menghadapi bentuk serangan tersebut, Roundtable of Sustainable Palm Oil (RSPO) ditubuhkan. Tetapi tidak semua syarikat yang terlibat dengan RSPO ini. Tetapi bukan ini yang saya ingin persoalkan di sini. Saya rasa tercekik apabila Pengerusi MPOPC, Datuk Yusof Basiron, menyatakan industri sawit menyumbang RM60billion dari pendapatan Malaysia pada 2009 dan ia merupakan sumber pendapatan kepada ribuan pekerja (saya tidak ingat jumlahnya).


Ya, memang ia merupakan sumber pendapatan, tetapi pendapatan untuk kekal di bawah paras kemiskinan. Gaji buruh dalam Industri Sawit hanyalah RM13.50 kemudian ditambah dengan beberapa elaun lain, hanyalah sekitar RM19 hingga RM24 sahaja sehari. Bagi pekerja ladang, ia bergantung kepada jumlah buah dan buah lerai. Ia adalah standard gaji yang ditentukan oleh Persatuan. Sebenarnya kerajaan boleh membantu, tetapi menaikkan gaji buroh hanya akan menurunkan pendapatan majikan dan kerajaan. Maka kekallah mereka dalam kepompong kemiskinan. Ia diiktiraf sebagai penyumbang utama perolehan negara, tetapi lihatlah jalan-jalan ke kawasan ladang sawit. Puluhan kilometer kepedalaman tanah marah, tanpa sebarang pembangunan infrastruktur. Inilah gambarab sebenar industri sawit di Malaysia. Hanya nama-nama konglemerat seperti Sime Darby dan Felda dipaparkan, tetapi itu bukanlah gambaran sebenar industri sawit di Malaysia. Hakikatnya, pekerja industri sawit ketinggalan dari arus kemajuan dan pembangunan.

No comments: