Sunday, March 28, 2010
air oh air...
Esok air akan mula dicatu, sehari ada sehari tiada bekalan. Sudah beberapa hari kualiti air pun sangat mendukacitakan. Nak minum terasa payau.Penapis air di rumah pun dah bertukar warna. Saya cuba pula mesin air Dr.sukida, hasilnya pun sama. Tadi jenuh isteri mencari tapi habis semua air mineral di kedai.Musim kemarau yang berpanjangan, buat air sungai berisi garam dari laut. Antara kerja saya setiap hari memastikan kualiti air untuk dandang penjanaan. Memang kualitinya separuh ciri air laut. Cuma mujur ia tak biru kehijauan. Maksudnya aras air laut semakin meninggi mula mengalir ke hulu sungai ketika pasang. Pencemaran alam perlu dihentikan. Bagaimana mampu menghentikan pencemaran jika 'pengeluaran' jadi tolok ukur kemajuan? Buktinya tidakkah KNK jadi ukuran prestasi ekonomi? Setakat kesan gas rumah hijau yang dikeluarkan manusia,haiwan dan tumbuhan pastinya ekosistem terus seimbang. Yang tidak boleh dikawal adalah aktiviti perindustrian yang dibangun dek asas ekonomi yang berpaksikan pengeluaran. Inilah kapitalisme namanya. Sampai bila pun masalah pencemaran tidak boleh diselesaikan. Mungkin bahasa saya pelik sedikit hari ni,rasanya disebabkan urat yang terpintal di rusuk kanan. Terima kasih kepada isteri kerana menaip entry ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment