Wednesday, April 7, 2010

Ia telah pergi tidak akan kembali...

Setelah lebih setahun hidup bersama kami, tengahari tadi ia telah menghempuskan nafasnya yang terakhir. Lebih menyayat hati, ia ditemui mati dalam keadaan terapung.Setiap pagi sebelum pergi ke kerja saya jarang-jarang melepaskan peluang dengannya. Di waktu malam, dialah juga teman saya. Berlaku perubahan akhir-akhir ini, ia seperti kurang selera makan. Melihat keadaan yang kurang selesa, saya tukarkan air baru pada hari Sabtu, hari ini ia pergi tidak kembali. Nak kata sedih tu sedih la juga, tetapi hidup perlu diteruskan. Tak tahu ikan apa pula yang saya nak bela selepas ini.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
..
.
.
..
.
..
.
..
.
.
.
.
..



Ditemui mati dalam keadaan terapung dalam akuarium.


Inilah ikan arowana tersebut sebelum disimpan dalam peti sejuk.

p/s: Dahulu, arwah abah saya juga membela ikan arowana. Ikan tersebut mati akibat diberi makan cicak beracun setelah berusia hampir 3 tahun. Abah memberi ikan tersebut kepada seorang rakan, dia beliau membalasnya dengan ikan sembilang. Saya tak tahu apa nak buat dengan ikan ini, kalau ada rakan nak masak asam pedas ambillah....

5 comments:

FM said...

Salam,

Ana saspek air yang anta ganti tu tidak bertapis...sejak kebelakangan ini air paip di BP teruk sangat kualitinya.

Ana rasa anta boleh saman SAJ atas kematian ikan anta tu. :)

WUZARA said...

Memang saspek air pun, memang air di sini kualiti teruk sangat. Ana sekelurga minum air mineral Carrefour je, dah nak masuk 4 dozen, hihi.. Rasanya lepas ni bela ikan keli je :)

kak cik said...

salam....kalau akak gelak mesti wuzara marah, tapi cerita ikan ditemui mati terapung ni sadis betol....akak tergelak sampai keluar airmata....huwaaa
sebab, membaca tajuknya buat dada berdebar...tapi isinya....pasaipa la rasa kelakau....

apa2 saja binatang yg kita bela, bila pergi meninggalkan kita tentu akan ada sedikit kesedihan yg menyebakkan dada...

ada seekor kucing hitam yg tak hensem selalu berada dirumah saya sejak pindah ke sini lebih kurang 5 bulan yg lalu...anak2 cukup sayang dan sentiasa berikan makanan, menamakan dgn nama Tam dan merayu minta dibawa tinggal dalam rumah dgn kami....sori...."ummi elejik dgn bulu kucing, saya tegas melarang." namun sampai sekarang Tam masih setia dgn kami sekalipun tidur dan makannya di luar sahaja. Selalu bila pulang dari kerja dia mengiau2 di kaki saya minta belas makanan....kadang rasa serabut macam nak 'jerkah' je...tapi bila terkenangkan ada kisah org yg masuk syurga kerana kasihkan binatang, saya jadi sejuk dan sebolehnya berikan Tam makan...

betol...Tam tu langsung tak lawa...tapi kami sekeluarga dah sangat sayang dan 'risau' bila nak buang tulang ikan cari tam tak ada... :D

saya baru membina sebuah water feature di tepi rumah saya...sudah saya serikan dgn pokok-pokok bunga hiasan cuma belum saya letakkan ikan2...boleh tak cadangkan ikan apa yg sesuai...yang 'tak manja'...senang dijaga dan cantik dipandang ???...

p/s : air tapisan jenama carrefor tak berapa bagus...kawan saya kata sumbernya diragukan ..Wallahuallam...

WUZARA said...

Salam..

Saja je wat saspen...
Kalau garden pond fish yang tipikal adalah koi. Ada juga yang bela kaloi. Nak bela ikan patin, keli pun boleh. Tetapi bukan semua ikan aquarium yang boleh dibela di kolam. Tidak semua ikan boleh tahan perbezaan suhu siang dan malam di tempat bukan habitat asal mereka.
Koi antara ikan yang paling mudah, paling sesuai dan cantik dibela di kolam. Membela ikan di kolam sebenarnya banyak kerja. Kandungan ammonia boleh naik dengan cepat, ph pun mudah turun, dan algae senang tumbuh. Penggunaan filter dan circulation air yang betul adalah sangat penting. Saya membela ikan sejak sebelum menginjak sekolah rendah lagi, tapi belum pernah bela di kolam. Yang ada kolam ni biasanya orang kaya-kaya yang banyak duit je... kih kih... Doakan saya dapat kumpul duit beli rumah, bolehlah saya bina kolam saya sendiri, saya nak bela ikan arapaima!!!

kak cik said...

salam,

terima kasih atas info....tadi saya tanyakan pada murid2 ttg ikan yg paling sesuai dibela.jawapan mereka merapu semuanya...ada kata ikan bilis, ikan jaws, piranha dan macam-macam lagi...memang merapu depa tu.
saya bimbang...tak banyak masa sanggang nak membelek ikan, tapi membiarkan kolam tanpa ikan macam tak berseri pulak....tu nak cari yang mudah dibela...

dari cerita wuzara....cerewet jugak membela ikan ni....

tak de la mahal sangat pun kolam saya, seorang indon berkali-kali datang tawarkan khidmat utk membina kolam kat saya sedang saya tak pernah rancang pun. hasilnya tidaklah mengecewakan walaupun harga yg berkali ganda murahnya...saya rekomen pulak utk kawan-kawan saya.

tapikan... membela ikan arowana atau Kak Lisa tu memang hobi orang kaya-kaya rasanya.harga seekor mencecah ratusan ringgit malah ribuan. High taste juga le kiranya wuzara ni.....