Sunday, June 7, 2009

Antara Ummah Centric dan Kerajaan Perpaduan

Berikut adalah komentar saya dalam Blog Al-Baqistani dan Ust Nasrudin Tantawi berkenaan konflik antara Kerajaan Perpaduan yang digagaskan oleh Presiden PAS, Ust Hadi, dengan idea Ummah Centric yang dikemukakan Ust Mazlee Malik. Suka saya jelaskan disini, pada pandangan saya idea Ummah Centric adalah idea murahan dari sesetengah golongan yang membid'ahkan gerakan politik Islam. Oleh itu untuk tidak mempermasalahkan samada menerima atau tidak Parti Politik Islam, idea ummah centric seolah sesuai diaplikasikan walhal sebenarnya jauh dari realiti. Dalam hal ini, saya bersetuju dengan pandangan Ust Nasrudin Tantawi, malah betapa idea ummah centric ini bukanlah idea yang selari dengan Islam dan tiada realiti.


Salam...

Racun pragmatisme telah masuk ke dalam pemikiran ummat Islam terutama cendekiawannya seiiring dengan kejatuhan taraf berfikir ummat. Sampai terkadang cukup rumit untuk merungkai permasalahan ini.

Pertama, ia telah dikuatkan dengan hujah syara' terutama aplikasi kaedah2 fiqh yang nampak seolah selari untuk menjadikan maslahah sebagai objek central pembahasan.

Kedua, ia telah menjadi silibus dan pembahasan di mana-mana universiti hingga melahirkan golongan agama yang telah sebati dengan bentuk pemikiran sedemikian.

Sepanjang penelitian saya, pembahasan maslahat dikalangan ulama dan cendekiawan muslim hari ini, walapun memetik pandangan dari ulama' silam, ternyata konsepnya sama sekali berbeza.

Kaedah ahwan Asy-Syarrayn, raf'ul haraj, dll telah digunakan dalam banyak keadaan dalam konteks yang tidak sebagaimana yang ditunjukkan oleh para fuqaha. Hari ini, kaedah2 tersebut digunakan untuk menghalalkan banyak perkara yang jelas masih lagi haram dengan pandangan ia sesuai dengan maslahat umat dan maqasid syariah. Pandangan Imam Syatibi dalam Muwafaqat antara yang sering menjadi mangsa untuk mengesahkan tindakan tersebut.

Walhal, para fuqaha dan ulama' silam yang cermat dan jujur dalam menyampaikan Islam, ketika membangun kaedah ushool fiqh dan mengaplikasikannya, tegas menyatakan bahawa Islam itulah yang akan menyelesaikan maslahat bukan hukum Islam perlu disesuaikan untuk mencapai maslahah atau istilah lainnya maqasid.

Bercakap tentang Kerajaan Perpaduan dan Ummah Centric. Saya berpandangan, adalah satu kesilapan untuk menjustifikasi keduanya sebagai syar'ie dengan hujah ia adalah selari maqasid syariah atau kemaslahatan ummat. Walhal jelas keduanya dibangunkan oleh akal.



Karena penentuan maslahat itu harus dikembalikan pada syariah, bukan pada akal. Imam Izzuddin bin Abdus Salam di dalam Qawa’id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam menyatakan, “Adapun maslahat dan mafsadat dunia dan akhirat maka tidak bisa diketahui kecuali dengan syariah.”

Urusan penerapan hukum Islam, penegakan Negara Islam dan penyatuan adalah urusan dunia dan akhirat. Maka wajib ia dibangunkan oleh dalil syara' sebagai jalan penunjukkan bukan dengan memikirkan menggunakan akal untuk mencapai maqasid syariah tersebut.

Oleh itu, penegakkan Islam hendaklah dipandu sepenuhnya oleh wahyu bukan dengan mengakalnya dengan kerajaan perpaduan atau lain-lain.

p/s: Pemikiran Ummah Centric ini saya kira hanya layak diterima bagi mereka yang menolak kewajipan Parti Islam atau menganggapnya bid'ah.

No comments: