Posting ini saya copy paste dari blog sahabat saya, Dr Ghazi.
Sebak ada, terharu pun ye. Supaya ia menjadi inspirasi bagi semua pejuang Islam di Malaysia, tak kiralah apa juga gerakan Islam. Bacalah ye...
--------------------------------------------------------------------------------------
Convicted extremists set up underground Hizb ut-Tahrir network in Uzbekistan prison
Interfax-Religion 19 June 2009
Tashkent. A group of convicted Hizb ut-Tahrir extremists, who continued their illegal activities in prison, has been uncovered in Uzbekistan.
“A group of convicted extremists from the Hizb ut-Tahrir banned religious organization continued to engage in unlawful activities by setting up an underground network at the detention facility 64/29 in Navoiy region [western Uzbekistan],” a law enforcement source told Interfax.
“Twelve members of the banned Hizb ut-Tahrir organization, sentenced to between 9 and 13 years of imprisonment, found themselves on the dock again for continuing their activity while in prison,” the source said (…)
Source: EuropeNews
----------------------------------------------------------------------------------------
Subhanallah, demikianlah kesungguhan para daie di sana dalam menyebarkan risalah Islam. Biarpun dikurung dan ditindas, dakwah tetap berjalan tanpa mengira keadaan, tempat dan waktu. Hatta di penjara sekalipun, para syabab saudara seakidah kita tetap gigih menyampaikan risalah Islam demi menegakkan Islam dan meruntuhkan kezaliman rejim Karimov yang sekular. Ibarat pepatah ‘Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau’, demikianlah dapat kita gambarkan kesungguhan dan keikhlasan para daie di sana. Sikap sebeginilah yang seharusnya dicontohi oleh kita semua – khususnya tangan yang menaip dan juga mata-mata yang sedang membaca artikel ini. Janganlah kerana tidak mahu ditimpa kesusahan, kita sanggup berkompromi dan membiarkan sahaja pelanggaran syarak berleluasa di sekitar kita. Janganlah kerana khuatir akan dipulaukan, maka kita diamkan sahaja maksiat dan dosa yang dilakukan. Firman Allah SWT;
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? [al-Ankabut: 2]
Tujuan penulisan entri kali ini bukanlah untuk memuji-muji dan “masuk bakul angkat sendiri”, jauh sekali hendak berbangga-bangga menghebah-hebahkan sumbangan syabab HT. Sebaliknya niat saya adalah supaya mudah-mudahan kita semua terdorong untuk lebih giat dalam menyebarkan risalah Islam. Mudah-mudahan perkhabaran ini akan membakar semangat dalam diri para daie sekalian untuk lebih gigih menjalankan interaksi bersama umat agar fikrah Islam dapat disemai dalam ‘tubuh’ umat sekaligus meningkatkan tahap berfikir kita semua. Mudah-mudahan dengan izin Allah, umat tidak lagi terus terpesona dengan muslihat dan jerat yang dipasang oleh musuh-musuh Islam yang sememangnya ingin menyekat kebangkitan Islam. Ayuh, para pejuang sekalian! Bangkitlah, sahutlah seruan yang murni ini…
Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan. [al-Anfaal:24]
Wallahu’alam…
2 comments:
Hormatku Tertumpah di Balik Tembok.
Nafas juangmu bagai butir embun pagi
di hujung daun hijau menanti
untuk membasahi dahaga kering
dengan siramnya yang suci dan bening.
Bila cahaya mentari yang terik
menembus kelopak matanya yang cantik
merekahlah kuntum mawar melirik
tanpa keluh kesah dan serik
Menebarkan haruman seribu wangi
bersandar pada tari warna pelangi
walau di balik jerejak besi
jantung fikirnya terus berdegup suci.
Jika terik mentari mula terasa
dia terbang di celah dedaun udara
bagaikan derai-derai camar di hujung senja
hilang di celah pepohon angkasa.
Walau dia hilang dikesat mata
sebenarnya dia masih tetap di sana
nanti, bila hari hampir pagi
dia kembali di hujung daun hijau menanti
untuk membasahi dahaga kering
dengan siramnya yang suci dan bening.
Titisannya tetap membawa nyawa
mencambahkan seribu bunga
kembang harum memenuhi angkasa
walau menitik di atas lantai kasar penjara.
Fikrul Mustanir
25 Jun 2009
Post a Comment