Tuesday, June 23, 2009
Term and Agreement Bagi Musyarakah Mutanaqisah
Beberapa hari lalu seorang sahabat menelefon saya bertanya tentang musyarakah mutanaqisah. Ia dikatakan konsep baru dalam Perbankan Islam yang dikatakan lebih syar'ie berbanding BBA yang menimbulkan banyak kontroversi. Dari jurnal-jurnal yang saya baca, BBA hanya diterima baik di Malaysia, Indonesia, Brunei dan segelintir negara lain sedangkan kebanyakan pandangan menyatakan ia masih lagi konsep yang bathil.
Saya pernah berbincang tentang konsep Musyarakah Mutanaqisah ini dengan seorang sahabat lain beberapa bulan lepas. Sejujurnya, saya belum benar-benar faham tentang konsep ini. Menurut kawan saya tersebut, secara asasnya konsep itu syar'ie, tetapi tidak tahu apakah aplikasinya juga syar'ie bagi bank-bank di Malaysia. Kawan saya tersebut telah cuba meminta dari bank untuk melihat-melihat satu persatu 'Term and Agreement' berkenaan konsep tersebut, tetapi tidak dibenarkan oleh pihak bank. Inilah masalah yang biasa terjadi, bank memang keberatan walaupun ia sebenarnyalah yang menentukan aqad tersebut sah atau tidak. Ini yang menimbulkan tanda tanya, kenapa hukum syara' nak diselindungkan?
Saya masih lagi mengkaji realiti konsep Musyarakah Mutaqisah ini. Setakat kajian saya setakat ini, nampak seperti syar'ie. Jika ada diantara anda yang pernah melakukan tranksaksi ini dan sudi meminjamkan kepada saya salinan 'term and agreement' tersebut, saya sangat-sangat berbesar hati. Mungkin bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaannya boleh berkongsi sama.
Jauhi riba',
Tinggalkan aqad-aqad bathil yang membohong umat Islam,
Jom pertahankan hukum ekonomi Islam walaupun perit,
Walau sampai menggigit ke akar pokok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Perbankan Australia merancang membangunkan perbankan syarie. Laporan mengatakan percubaan pertama ini, akan ditumpukan kepada masyrakat Islam. Bank didirikan di sekitar masyrakat Islam teramai di sana. Mereka percaya dengan percubaan ini, maka banyak peluang pekerjaan dibuka dan sekali gus menstabilkan sosio-ekonomi negara tersebut dan juga jenayah-jenayah lain dapat dikurangkan.
Wallahulam
Post a Comment