Menurut Imam Syafie, kedua-dua ayat ini (42 dan 49) adalah tidak bertentangan. Beliau menyatakan ayat 42 adalah berkenaan dengan kafir mu‘ahid (kaum kafir luardaulah yang terikat perjanjian dengan Negara Islam), sedangkan ayat 49 adalah tentang kafir dzimmi (kaum kafir yang menjadi warga Daulah Khilafah). (Az-Zuhaili dalam Tafsir Al Munir dan Mahmud Hijazi, al- Tafsir al-Wadhih).
Pandangan yang senada dinyatakan oleh Syeikh Taqiyuddin An Nabhani dalam kitab Syakhsiah Islamiah jilid II. Menurut An Nabhani, ayat 42 adalah bagi kes kas kafir dzimmi yang bukan menjadi warga Negara Islam sedangkan ayat 49 adalah bagi kes kafir dzimmi dan ummat Islam.
Selanjutnya Allah Swt. berfirman:
وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ (
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka
Ath-Thabari menyatakan, “Ini merupakan larangan Allah kepada Nabi Muhammad saw dari mengikuti hawa nafsu kaum Yahudi yang meminta keputusan hukum kepada beliau dalam kes orang-orang terbunuh dan menentang mereka, sekaligus perintah tetap istiqamah dengan Kitab yang diturunkan Allah kepada beliau.
Selanjutnya Allah berfirman:
وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ
(dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu).
Menurut Ibnu Abbas dan Abu Ubaidah, yang dimaksud dengan yaftinuka (memfitnah kamu) adalah mengembalikanmu pada hawa nafsu mereka. Sebab, setiap orang yang terpalingkan dari kebenaran pada kebatilan berarti telah terfitnah. Frasa ini memberikan peringatan terhadap kaum Muslim untuk berhati-hati terhadap usaha kaum kafir yang berkeinginan memalingkan mereka dari sebagian wahyu yang telah Allah turunkan kepada mereka.
Jika telusuri dalam konteks hari ini, sememangnya ada orang kafir mahupun golongan sekular sanggup bekerjasama dengan gerakan Islam tetapi memiliki keterbatasan. Contohnya mereka mahu terus melaksanakan hukum sekular, mahukan mereka terlibat dalam pemerintahan, menolak perlaksanaan hukum Islam dan sebagainya. Apa yang terjadi pada Rasulullah dahulu sememangnya terjadi kepada kita hari ini. Ramai bukan Islam tidak mahukan hudud, jadi apakah kita mahu melupakan peringatan Allah dalam ayat ini bahawa mereka akan membawa kamu mengikut kehendak nafsu mereka? Jika itulah tindakan kita maka akhir dari ayat ini Allah memberikan amaran
وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dalam frasa ini diberitakan, sebahagian besar manusia tergolong sebagai kaum fasik. Kenyataan ini banyak diungkap dalam al-Quran (Lihat, misalnya: QS Yusuf [10]: 103; QS al-An‘am [6]: 116).
Jadi jelas, bahawa kewajipan penerapan hukum Islam adalah wajib kepada orang Islam dan kafir dzimmi. Malah Allah menyatakan ramai golongan yang fasiq menafikan hal ini. Seterusnya saya akan bentangkan pula pandangan keempat-empat mazhab berkenaan kewajipan hudud kepada Muslim dan Kafir Dzimmi.
No comments:
Post a Comment