Monday, March 30, 2009

UMNO OH... UMNO



Lebih sepuluh 10 hari saya tidak sempat untuk update blog ini. Dalam tempoh tersebut banyak peristiwa besar yang berlaku. Diperingkat nasional pastinya Persidangan Agung Umno menarik minat pelbagai lapisan masyarakat, baik yang menyokong mahupun tidak. Kerana pemimpin UMNO adalah pemimpin Malaysia. Perubahan tampuk pimpinan UMNO memang tidak mengubah apa-apa sistem di Malaysia, ia masih tetap sistem kapitalisme yang sekular. Tetapi perubahan pemimpin pasti membawa perubahan kepada pendekatan dan gaya pemerintahan.

UMNO diselaputi politik wang(baca: rasuah) adalah satu fakta yang diakui pemimpin UMNO sendiri. Sejak zaman Dr. M inilah isu yang konon diperjuangkan. Hingga Pak Lah sejak awal awal lagi telah menyatakan akan memerangi rasuah. Tetapi hingga beliau meletak jawatan maksiat ini bukan berkurangan tetapi bertambah parah. Malahan menantunya sendiri di dapati bersalah atas tuduhan mengamalkan politik wang. Yang lebih sadis, KJ tetap menang jawatan Ketua Pemuda UMNO. Tambah pelik ada yang didapati bersalah tidak dibenarkan bertanding tetapi ada juga yang dibenarkan bertanding dan malah menang. Ini bermaksud Perwakilan UMNO sanggup menerimua perasuah sebagai ketua mereka. Kenapalah sampai begitu rendah lagi tahap pemikiran mereka?

Tahap Pemikiran Mereka Sedemikian Rendah Kerana Mereka Mengambil Islam Secara Sekular

UMNO sebenarnya tiada ideologi khusus yang diperjuangkan kecuali memberjuangkan assobiyah bangsa Melayu. Cuma apabila memerintah mereka menggunapakai ideologi Kapitalisme yang ditinggalkan penjajah British. Ideologi kapitalisme tidak menolak agama sepenuhnya, tetapi meletakkan agama hanya sebatas perkara ruhiyah seperti solat, berkhitan, sambutan maulid, maah hijrah, berzanji dan mandi junub. Manakala dalam soal kehidupan mereka menggubal sistem dan peraturan berdasarkan suara majoriti manusia.

Mereka menolak Islam untuk diterapkan dalam soal ekonomi, politik, pemerintaha, sosial dan aspek kehidupan yang lain. Inilah yang menyebabkan tahap berfikir mereka jatuh ke tahap yang paling rendah. Hinggakan mereka redha orang didapati bersalah melakukan rasuah sebagai pemimpin mereka. Secara luarannya mereka mungkin orang yang kaya raya, berjawatan tinggi dan berpengaruh tetapi hakikatnya tahap pemikiran tidak lebih baik dari seekor haiwan apabila mereka menolak Islam dan menerima sistem kufur.

Kepada penyokong-penyokong UMNO,

Anda adalah saudara seaqidah dengan saya. Mungkin ada saudara-mara saya penyokong UMNO (memang ramai pun) yang membaca blog ini, juga saya ajak kaliang semua supaya berubah kepada menyokong Islam dengan benar. Kerana jelas transformasi yang UMNO canang pada Persidangan kali ini tidak menyebut untuk berubah ke arah Islam. Jadi, ke manakah arah transformasi kalian? Kaliang jawablah sendiri dengan jujur dan ikhlas.

2 comments:

slyderrose said...

Hanya pemimpin materialsistik saja berebut-rebut mengejar pangkat dan kedudukan dalam parti. Kenapa ya?. Kenapa nak kejar sangat pangkat dalam parti? ada apa-apa ke? untung ke? bolih jadi kaya ke? DAN mana mereka ini dapat duit yg banyak untuk kasi pada delegates?. Kalau difikirkan syok juga jadi delegates umno sebab ada peluang buat duit terpijak?. Tapi apa pandangan Islam tentang ini? Kena tanya Dr Mashitah Ibrahim atau ustaz Firdaus.

Unknown said...

Kepada pemimpin, blogger dan penyokong UMNO, sila jawab kesemua soalan rakyat.

1 - Kenapa Najib tidak disiasat?? (merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya Shariibuu)

2 - Kenapa Najib tidak siasat dan jelaskan bagaimana C4 boleh terlepas keluar dari kawalan tentera & rekod kemasukan boleh dipadamkan??? (sedangkan beliau adalah Menteri Pertahanan semasa kes itu berlaku)

3 - Kenapa sewaktu YB Gobind Singh menggelar Najib pembunuh di parlimen, Najib bertindak untuk keluar dari dewan persidangan dan tidak menafikan gelaran tersebut??

4 - Kenapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan Perancis yang memberi bukti tentang kes pembunuhan Altantuya???

5 - Kenapa apabila RPK memberi bukti tentang penglibatan Najib, Najib tidak disiasat dan RPK pula yang ditahan di bawah ISA??

6 - Kenapa Najib berdalih kononnya beliau tidak mengenali Saiful Bukhari tetapi kemudiannya Najib mengaku beliau ada berjumpa Saiful di rumah dan pejabat TPM??

7 - Kenapa Najib tidak berani dirinya dibicarakan di mahkhamah untuk membuktikan beliau tak bersalah??

8 - kenapa kerajaan bisu saja apabila kes ini telah dilapor di France yang menyabitkan najib dan pembelian kapal selam.

"ps: above questions quoted from a penangite."