Seorang lelaki India datang bertemu saya, tujuannya ingin mencari kerja. Meneliti Resume dan CV yang disertakannya, saya dapatinya seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat Petrokimia terkemuka. Umur pertengahan 40an, bergaji lebih 5 angka tiba-tiba memohon kerja di syarikat saya bekerja. Tidak mungkin kami dapat memberikan gaji sedemikian kerana pengalamannya adalah berbeza dan kami tidak memerlukan staff senior sebegitu. Hanya senior manager saja yang mendapat gaji sebegitu di sini. Menurutnya, dia diantara ratusan pekerja di syarikat tersebut yang akan dibuang kerja.
Hari demi hari semakin sahabat handai dan kenalan yang saya ketahui dibuang kerja. Yang terdekat adalah kilang yang bersebelahan dengan tempat kerja saya. Operasi telah dihentikan. Separuh pekerja dicutikan dan selebihnya hanya berkerja 3 hari seminggu. Maka bilangan yang memohon kerja di syarikat saya bekerja pun semakin ramai, tetapi maaf kami sudah cukup pekerja.
Saya berbual dengan penjual burger berdekatan rumah saya. Beliau suami isteri hanya menyara keluarga dengan menjual burger, mampu memiliki rumah dan kenderaan yang saya kira selesa. Beliau menyatakan jualannya merosot sebanyak 30%.
Di Malaysia, kementerian yang berkaitan seolah cuba menutup angka sebenar kadar pengangguran. Pakar ekonomi,Datuk Dr Aznam Yusof, menjangkakan kadar penganguran akan mencecah 6 % atau kira-kira 600 000 orang, terteruk dalam tempoh 20 tahun. Tentunya ini satu angka yang amat menakut. Tetapi saya tidak pelik, kerana hari demi hari saya mendengar syarikat-syarikat memberhentikan pekerja, mengurangkan operasi mahupun menutup terus operasi. Sesetengahnya adalah syarikat-syarikat gergasi yang mempunyai puluhan ribu pekerja di seluruh dunia. DI Amerika Syarikat, pada bulan Februari 09 saja 651000 orang dibuang kerja menjadikan keseluruhan 4.4 juta orang. Manakala China telah memberhentikan kira-kira 20 juta pekerja asing.
Antara cerita-cerita tentang tentang orang yang dibuang kerja, pastinya yang paling merungsingkan adalah soal persekolahan anak-anak dan hutang bulanan kereta dan rumah. Mungkin kita sendiri salah seorang dari mangsa pemberhentian kerja. Kenapakah perkara ini kerap terjadi? Saya terlalu muda untuk mengupas kisah silam, tetapi bagaimana pada tahun 1985, 1998 dan terkini 2009? Hampir setiap sepuluh tahun masalah ini berulang? Ini sebenarnya adalah sifat semula jadi ekonomi kapitalisme. Ini kerana ekonomi ini mempunyai dua pasaran iaitu pasaran fizikal dan pasaran kewangan. Di dalam pasaran kewangan inilah mereka menjana duit dari duit, menjana keuntungan dari spekulasi, menjana laba dari suatu yang tiada.
Bersambung... (ada kerja)
2 comments:
Ehm.. Ana yg bakal graduate ni mcm manalah agaknya nasib ana nnt.. Nk bersaing cari kerja dengan orang2 yang bakal dipecat dan telah dipecat. Belum kira graduan yg mengganggur lagi..
Kakak ana jual nasi lemak, dia kata di tempat dia berniaga skrg dah makin ramai buka gerai.. Persaingan nasi lemak pun dah jadi sengit sbb masalah ekonomi yg sgt teruk skrg ni..
Mmg parah..
Masyarakat melayu perlu ubah paradigma. Berniaga.. berniaga.. dan berniaga.. untuk mendapat tempat dalam ekonomi.
View Profile: Rantong™
Post a Comment