Friday, March 13, 2009
Alfie Oh Alfie...
Memang comel budak tu. Tapi siapa sangka beliau adalah bapa kepada seorang bayi comel. Budak berusia 13 tahun tersebut adalah Alfie Patten. Hasil perzinaannya bersama Chantelle Steadman,15 tahun, telah melahirkan bayi comel Maisie Roxxane. Mereka mengambil keputusan untuk tidak menggugurkan kandungan apabila mengetahui Chantelle telah hamil.
Inilah masalah dalam dunia hari ini. Perkembangan fizikal dan naluri seksual dirangsang dengan hebat sedangkan pemikiran dan ketahanan jiwa mereka masih belum benar-benar matang. Mungkin di Malaysia ia masih dianggap taboo. Tapi apa yang terjadi ke atas pasangan zina ini menunjukkan barat boleh menerima fenomena sebegini.
Malahan dari segi demokrasi, mereka tidak memaksa, malah suka sama suka. Dari sudut pandang psikologi barat, jika dihalang malah mengakibat banyak masalah lain. Saya percaya kes seumpama ini mungkin telah ada di tempat kita, cuma ia merupakan suatu yang mengejut jika didedahkan.
Inilah permasalahan dunia kapitalis hari ini. Pada usia yang terlalu muda, kanak-kanak telah terdedah kepada rangsangan seksual melalui gambar dan video lucah. Paling tidakkan pun gambar-gambar seksi artis di majalah-majalah berlambak di pasaran. Apatah lagi apabila mereka meningkat remaja, perkembangan hormon kejantinaan berlaku dengan pesat sedangkan keadaan belum mengizinkan untuk mereka berumah tangga. Selepas habis sekolah kemudian memasuki pengajian tinggi, bayangkan tempoh berapa lama sebelum mereka dianggap layak oleh masyarakat untuk berumah tangga.
Akibatnya, hubungan seksual terlarang hingga sampai berzina merupakan lumrah yang kita jumpai dalam kehidupan hari ini. Seperti mana yang dilaporkan oleh Senator Muntaz Muhd Nawi ada lebih 257411 orang anak zina di Malaysia. Salah siapa sebenarnya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment