Tuesday, March 10, 2009

PPSMI: BAHASA MELAYU VS INGGERIS. BAGAIMANA PULA BAHASA ARAB?




Saya tak nak mengulas panjang dalam masalah ini. Cuma melontarkan sebuah persoalan. Menggunakan bahasa Inggeris, Melayu, Punjabi, Sanskrit, Kantonis, Tamil atau apa pun bahasa lain hukumnya adalah harus. Maka bergantunglah kepada masyarakat sesuatu tempat.

Tetapi mengetahui bahasa Arab adalah wajib. Menjadi kewajipan bagi imam untuk menyediakan pendidikan Bahasa Arab kepada rakyatnya. Bahasa rakyat adalah bahasa Rasmi Negara Islam, Bahasa Islam dan Bahasa Syurga. Melemahnya pemikiran Islam dikalangan ummat salah satu faktor utamanya adalah kelemahan penguasaan bahasa Arab. Bahasa ibunda boleh digunakan tetapi tidak sampai mengambil bahasa Arab sebagai Bahasa No.1.

Jadi, yang sepatutnya diperjuangkan adalah bahasa Arab, bukan bahasa lain.

2 comments:

Muhamad Faizal said...

Mengikut Imam Syafie, wajib belajar bahasa arab. Malaysia yang kononnya bermazhab syafie, tak implement pun. Ahlussunnah waljamaah aliran asyairah dan matrudiyyah yg katanya bermazhab syafie, mengapa mereka tak desak pak lah wajibkan belajar bahasa arab?

Mereka ni amat hebat "memuhasabah" salafi-wahabi. Tapi kenapa tak hebat juga muhasabah pemerintah?

Anonymous said...

tula pasal.nak denga jgk muhasabah golongan yg klaim sendiri ahli sunnah wal jamaah ni kat pemerintah.jangan pula jadi macam negara saudi yg mereka buruk2 kan kefahaman wahabi tu.puak salafi wahabi mmg susah nak dgr diorang muhasabah penguasa.
puak yg lagi satu ni pon cam same gak.mane tah fatwa2 pasal sistem konvensional drpd diorang nih