Thursday, March 19, 2009

DAH NAK BANKRUP, AIG MASIH AGIH BONUS

AIG telah menerima bantuan dari Bank Pusat Amerika(FED) sebanyak USD200 billion (RM640 000 billion)untuk menyelematkannya dari bankrup. Tetapi masih mampu mengagihkan bonus kepada kakitangannya. Penerima terbanyak menerima USD6.4 juta dan 298 dari kakitangan 418 kakitangan merima bonus lebih USD100 000. Apakah ini tindakan perniagaan yang bijak?

Saya sempat menemubual seorang pengurus cawangan sebuah syarikat makanan segera terkenal(maaf tidak dapat menyebutkan nama syarikat tersebut). Beliau menyatakan hasil jualan merosot sebanyak 40%. Menurutnya ia bukan disebabkan boikot, kerana kesan boikot lebih dirasakan di negeri-negeri utara dan pantai timur.

Saya juga sempat bertanya seorang Pengurus Sumber Manusia(HR) syarikat yang pertama sekali saya bekerja setelah graduan. Syarikat tersebut adalah pengeluar
peralatan elektronik terkenal. Syarikat tersebut sekarang ini sedang mengalami masalah yang sangat kritikal di mana pekerja hanya bekerja 3 hari seminggu. Syarikat juga tidak mampu untuk mengeluarkan VSS. Malah menurutnya, banyak lagi syarikat-syarikat besar yang mengalami masalah demikian dan dalam proses untuk memberhentikan pekerja.

Apakah hala tuju ekonomi Malaysia jika keadaan ini terus berlarutan?

1 comment:

fikrul mustanir said...

Salam,

Inilah buah individualisme yang diagung-agungkan oleh kapitalisme.

Kata AIG; "Aku peduli apa! Yang pentingnya sukuku mesti penuh berisi walaupun dengan duit ihsan negara.

Persetankan dengan penderitaan orang, yang perlu diutamakanya nafsu mesti dilempiaskan itulah puncak kebahagian. Bak kata sahabatku Nike; "Just do it!""

Wasalam.