Thursday, March 12, 2009

ANTARA BIRSMATAN DAN MEDIASSIST


'Medical Tourism', Anda Mampu?


Saya rasa pasti ramai yang setuju dengan saya bahawa biaya kesihatan sangat besar hari ini. Oleh itu ramai yang merasakan sangat penting mempunyai perlindungan insurans sedemikian. Jika pergi ke hospital kerajaan, temujanji demi temujanji perlu diikuti sebelum rawatan sebenar diberikan, itu andai sempat jika belum sampai ajal. Sedangkan jika mendapatkan kemudahan rawatan di hospital swasta, rawatan segera akan diberikan, tetapi bil rawatan yang terlalu tinggi tidak mampu ditanggung kebanyakan rakyat hatta golongan pertengahan. Maka oleh itu, ramai yang cenderung mendapat perlindungan insurans..



Menjadi trend sesetengah syarikat memberikan kemudahan Personal Assurance, Life Assurance mahupun Medical Card kepada pekerja-pekerja. Syarikat-syarikat begini biasanya dianggap syarikat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja. Tetapi bukan semua majikan yang mampu menyediakan kemudahan sedemikian. Realitinya ada banyak syarikat yang sekadar mampu menyediakan klinik panel, itu pun dah kira bagus berbanding yang tiada langsungPersoalannya kenapa jadi begini? Bagaimana dengan nasib mereka yang tidak mampu untuk menanggung biaya perubatan ini? Sudahlah sakit, mungkin hilang sumber pendapatan, tekanan psikologi kemudahan ditambah dengan kos perubatan tidak mampu ditanggung. Ini mungkin berlaku kepada kita atau orang di sekeliling kita. Kenapa begitu zalim sekali kehidupan dalam sistem hari ini? Seolah tiada pembelaan kepada golongan begini. Ada duit kau boleh hidup, jika tiada duit pegi mati sana. Secara bahasa kasarnya begitulah lebih kurang. Apakah kehidupan dalam daulah Islam juga begini.


Berapa ramai diantara kita yang mampu mendapatkan rawatan Hospital Pakar Sebegini?


BIRSMATAN: HOSPITAL KHILAFAH ISLAMIAH

Asas hubungan antara pemimpin dan rakyat dalam Islam adalah berdasarkan Sabda Junjungan kita, Nabi Muhammad saw yang bermaksud:

“Imam (pemimpin) itu adalah pemelihara, dan dia akan dipertanggungjawabkan dari apa yang dipeliharanya(rakyatnya)” [HR Bukhari].

Menjadi kewajipan bagi bagi imam menyediakan kemudahan asas kehidupan bagi rakyat, menjaga kemaslahatan rakyat, memastikan mereka terikat dengan hukum Islam dan menghukum mereka jika mereka melanggarnya. Dengan cara ini sajalah maqasid syariah(tujuan syariat) Islam untuk menjaga keimanan, nyawa, maruah, harta benda, zuriat dan keamanan akan tercapai.

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi secara percuma telah menjadi trademark khilafah Islamiah. Hospital pertama dibangun atas permintaan Khalifah Al-Walid (705 M - 715 M) - seorang khalifah dari Bani Umayyah. Hospital tersebut Birsmatan. Sedangkan pada masa tersebut Barat belum mempunyai pengetahuan tentangnya.

Antara kehebatan hospital(Birsmatan) dalam Khilafah Islamiah:

 Perkhidmatan secara percuma kepada semua tanpa mengira agama dan bangsa.
 Infrastruktur kelas pertama. Khilafah sentiasa menyediakan kemuduan dan kepakaran perubatan terkini.
 Rekod perubatan yang sangat sistematik.
 Menitik beratkan kemudahan untuk solat, seperti ruang untuk solat, mandi dan mengambil wudhu’ untuk memudahkan pesakit solat.
 Bayaran gaji yang lumayan untuk para doKtor. Maka ramai doktor pakar yang terbaik berada bekerja dalam hospital khilafah dari dalam dan luar negara.

3 comments:

Syabab Tajdid said...

Ana juga mangsa sistem kapitalis ni.. huhu..

http://syababtajdid.blogspot.com/2009/03/kisah-benar-deritanya-hidup-dalam.html

marjan_munawarah (Bimaristan Medical Team-Consultant Pathologist) said...

Ya Akhi..
ttg mustashfa tu..
namanya birsmatan atau bimaristan?
sbb sumber yg ana dapat adalah bimaristan..

Ana tak sabar nak hidup zaman khilafah nnti..
boleh kita lihat kelahiran semula bimaristan...

dan dalam masa yg sama ana akan dapat gaji yang besar tanpa perlu menyeksa pesakit ana utk membayar kos yg tinggi..
kerana..

Daulah Khilafah akan menangung segalanya..insyaAllah..
amin..

Allahumma 'ajjil bil qiamid daulatil khilafah..
(Ya Allah, segerakanlah tertegaknya Daulah Khilafah)

WUZARA said...

maaf, saya hanya petik artikel dari web rasmi HTI saja. mungkin si penulis lebih maklum.