Saturday, November 29, 2008

KEPADA SIAPA HUKUM HARUS BERPIHAK?

(Bahagian 1)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan ahli-ahli politik supaya tidak mencampuri urusan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tugas penguatkuasaan yang dijalankan. Ini merujuk kepada terdapatnya di kalangan ahli-ahli politik yang menggunakan pengaruh mereka untuk membatalkan saman yang telah dikeluarkan kepada orang ramai. Ada yang datang sambil membawa 100 saman dan meminta PDRM membatalkannya. Tambah Musa, ini akan menyukarkan PDRM untuk melaksanakan tugasnya secara profesional [Utusan Malaysia 27/11/08].

Kita juga pasti masih ingat kes pembunuhan Norita Shamsudin dan wanita Mongolia Altantuya Sharibu. Kedua-dua kes ini dikaitkan dengan konspirasi peringkat tertinggi. Tetapi hingga ke hari ini tiada VVIP yang didakwa apatah lagi disabitkan kesalahan. Kes ini persis kes Sum Kuning di Jogjakarta, Indonesia sekitar tahun 70an. Sum seorang penjual telur telah diperkosa oleh segerombolan pemuda yang diantaranya anak pemimpin tertinggi Indonesia. Sum yang menuntut peradilan justeru sebaliknya didakwa mencemarkan nama baik keluara pemimpin.

Perkembangan politik Malaysia selepas PRU12 memperlihatkan bangsa-bangsa lain sudah berani mempersoalkan status quo bumiputera, samada ia lahir dari parti komponen kerajaan mahupun pembangkang. Lebih menarik adalah reaksi pemimpin Melayu Islam. Ada sesetengahnya mendedahkan pekong assobiyah bangsa mereka tidak rela ketuanan Melayu disanggah. Lebih bobrok lagi dipihak yang lain pula, umpama sudah hilang pedoman Islam hingga merelakan bukan Islam terlibat dalam penggubalan hukum mahupun terlibat dalam pemerintahan atas tiket demokrasi. Sampai isu pengharaman arak menjadi hukum yang boleh ditarik sorong.

Terbaru, Malaysiakini melaporkan PKR bersedia mengembalikan kekebalan institusi raja jika berjaya memerintah negara sebagai memenuhi semangat Raja Berperlembagaan, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kongres parti itu hari ini.Mengulangi muafakat bersama yang ditandatangani ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat untuk memberikan komitmen terhadap kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, bahasa Malaysia dan agama Islam, beliau berkata:"Malah kita bersedia mengembalikan kekebalan Raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan. Inilah erti sebenar harapan baru yang kita bawa."

Rabu lepas, Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar bertitah supaya kekebalan daripada tindakan undang-undang dikembalikan kepada kerabat diraja bagi membantu mereka berfungsi dengan berkesan sebagai pelindung perlembagaan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bagaimanapun berkata, perkara itu bukan penting untuk dibincangkan oleh jemaah menteri kerana ia tidak dibangkitkan atau dipersetujui oleh Majlis Raja-raja.

Nampaknya NGO2 semakin berani di era Pak Lah. Pejuang-pejuang emansipasi menuntut hukum yang bukan-bukan kononnya untuk membela wanita sampai mencadangkan hukuman cawat besi. Tetapi dalam masa yang sama mereka bangga melihat wanita menjual kehormatan dengan mendedahkan aurat dan sebagainya. Terbaru apabila NGO bukan Islam berani mempersoalkan Fatwa berkenaan Pengkid.

Satu isu yang mungkin sesetengahnya merasakan sudah lapuk walhal ianya masih lagi menjadi permasalahan besar yang belum selesai iaitu tingginya indeks jenayah di Malaysia. Walaupun mereka tidak dapat menafikan hakikat betapa sistem hari ini gagal menjadi penyelesaian masalah kehidupan ini, tetapi mereka masih menafikan kemampuan Islam untuk menyelesaikannya. Pelbagai alasan diberikan antara yang paling popular adalah masyarakat majmuk. Jelas ia alasan dari si jahil agama. Tetapi lebih sedih apabila ada yang bersikap defensif apologetik dengan menawarkan samada hukum Islam atau hukum kufur untuk dipilih oleh bukan Islam.

Melihat begini rancu- satu pihak yang mendirikan solat tapi jelas sekular, satu pihak golongan kufur yang menolak hukum Islam, dan satu pihak yang terpaksa berkompromi- hakikatnya kepada siapa sepatut hukum berpihak? Adakah kepada kemaslahatan ummat, atau kepada sokongan politik, kepada raja, atau bersandarkan keputusan yang popular, atau kepada pemimpin yang memegang kuasa, atau kepada si bukan Islam, atau kepada ummat Islam?

.... Karena itu, janganlah kalian takut kepada manusia, tetapi takutlah kepada-Ku. Janganlah kalian menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Siapa saja yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang allah turunkan, mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (QS al-Maidah [5]: 44).

Bersambung...



Tuesday, November 25, 2008

Sabah Negeri di Bawah Bayu

Sejak saya menulis blog, rasanya saya lebih cenderung menulis perkara yang saya anggap ada unsur ilmiah mahupun ada kaitan dengan Islam & dakwah. Tergerak kali ini untuk berkongsi trip saya kali ini atas urusan kerja ke Lahad Datu, Sabah.

Saya sampai di Sandakan dari Sepang semalam pagi. Perjalanan dari Sandakan ke Lahad Datu mengambil masa 2 jam setengah menaiki Hilux sedikit meletihkan memandangkan jaringan jalan raya yang kurang baik. Lebih menyedihkan rumah-rumah di sepanjang jalan tersebut tidak mempunyai bekalan air bersih. Kami berhenti di satu Pekan bernama Paris(glamaor nama) untuk makan tengah hari disebuah kedai mamak sebelum menyambung perjalanan semula.

Setakat ini saya sibuk dengan urusan kerja, tak sempat jalan ke mana-mana, buah tangan pun tak sempat beli. Lagi pun pergi dan balik ke tempat kerja diambil oleh pemandu syarikat. Semalam saya sempat pergi ke pasar malam dan pasaraya di belakang hotel saya menginap. Orang di sini peramah dan bersopan santun, saya tak rasa kekok rasa seperti ditempat sendiri.

Saya dah minta kenderaan untuk esok. Jadi, InsyaAllah dapatlah pusing-pusing beli apa yang patut. Mungkin ada lagi yang dapat saya kongsi sebelum balik. Maaflah gambar-gambarnya kurang jelas, saya cuma ambil guna PDA je.

-Pemandangan dari hotel saya menginap-



-Inilah Pekan Paris, sangat sederhana-
-Auliah Restoren di tengah bandar Lahad Datu, dah dua kali saya makan disini, banyak betul restoren mamak di sini-

-Pemandangan yang saya kira indah di sabah, tenang lagi mendamaikan-

-Sepanjang perjalanan dipenuhi kepala sawit-

-Dah takde gambar lain, gambar Hospital Lahad Datu pun jadilah-

-Sungai Kinabatangan-





HUKUM TIDAK BERUBAH DISEBABKAN PERUBAHAN ZAMAN ATAU KEMASLAHATAN

Beberapa hari lepas saya sedikit tersentap dan kecewa apabila membaca pandangan yang intipatinya adalah membolehkan sesuatu yang hukumnya haram disebabkan ada keperluan yang mendesak. Hatta hukum qathie tsubut wa dilalah seperti riba’, dimana mereka berpandangan diperbolehkan atau tidak salah terlibat dengan riba’ kerana tiada pilihan lain untuk menyambung pelajaran, membeli kereta, rumah dan sebagainya. Apabila ditegur mereka menuntut penyelesaian yang sesuai dengan Islam dan sesuai dengan sistem sekular. Walhal yang ada hanya penyelesaian Islam yang tak mungkin selari dengan kehendak kekufuran.

Sampai saya merasakan, tiada gunanya berbahas tentang hukum riba’ dengan mereka. Tetapi apa yang lebih penting, menyedarkan mereka bahawa hukum Islam tidak boleh diambil mengikut kemudahan, dan ia tidak boleh dikompromikan dengan kamaslahatan kita. Tetapi sebaliknya kita wajib tunduk dengan hukum tersebut walaupun terpaksa menggadaikan nyawa kita. Apatah lagi dalam system secular hari ini, memang banyak kemaslahatan ummat yang tidak terjaga kerana system Islam tidak dilaksanakan. Memang sedih tidak dapat ke menara gading, siapa tiada keinginan memandu Grand Livina, Stream, patah lagi C Class atau 7 Series. Tetapi apa guna kalau terpaksa menempuh murka Allah yang balasannya jahannam. Jadikan ia kekuatan untuk menempuh liku dan onak duri kapitalisme.


Catatan sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa Islam sebagai suatu mabda (yang ada fikrah dan thoriqah/aqidah dan sistem) telah berjaya diterapkan di tengah-tengah kehidupan masyarakatnya sejak dari zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sehinggalah Daulah Islam yang terakhir di Turki iaitu pada tanggal 3 Mac 1924. Semenjak dari itu bermulalah kemerosotan umat Islam (bukannya Islam) dan natijahnya apa yang kita lihat sehingga kini umat Islam terus-menerus dihina oleh musuh-musuh Islam. Lihat apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Palestin hari ini, di Iraq, di Afghanistan dan di merata tempat lainnya. Apakah yang membezakan kita umat Islam pada alaf yang baru ini dengan umat Islam semasa adanya Daulah Islam (zaman Rasulullah S.A.W. sehinggalah kepada Daulah Islamiah yang terakhir di Turki)...? Adakah aqidah kita hari ini tidak sama dengan aqidah Rasulullah S.A.W. yang telah diyakini oleh baginda dan para sahabat yang lain? Adakah tuhan kita berlainan dengan tuhan mereka? Adakah iblat yang kita hadapkan wajah kita setiap hari tidak sama dengan kiblat mereka? Adakah al-Quran yang kita baca saban hari, minggu dan tahun tidak sama dengan al-Quran generasi yang terdahulu? Dan masih banyak lagi persoalan "adakah ........" yang boleh kita ajukan untuk kita temukan jawapannya. Sudah pasti jawapannya adalah tidak sama sekali.

Tetapi realiti yang kita lihat hari ini ialah syari'at yang diterapkan ketika ini begitu jelas tidak sama dengan syari'at yang diterapkan oleh generasi awwalun. Akhirnya kita melihat kini siapakah yang lebih mulia dan tinggi kedudukannya, adakah umat Islam zaman dahulu ataukah umat Islam masa kini?Mengapakah keadaan ini berlaku? Jawapannya ialah kerana munculnya kesalahan di dalam memahami syari'at Islam yang akan diterapkan ditengah-tengah masyarakat. Di mana Islam akhirnya ditafsirkan tidak selaras dengan isi kandungan nas-nasnya dengan tujuan agar ianya dapat disesuaikan dengan keadaan masyarakat yang ada. Walhal, seharusnya masyarakat yang perlu diubah agar sesuai dengan Islam bukan sebaliknya, iaitu membuat tafsiran yang baru (menafsir semula) mengenai Islam agar ianya dapat disesuaikan (iaitu Islam) dengan keadaan masyarakat. Satu persoalan yang perlu diajukan; bagi seseorang yang ingin membeli sebuah songkok. Adakah kita akan sesuaikan saiz songkoknya dengan saiz kepalanya ataupun kita ubahkan saiz kepalanya untuk disuaikan dengan saiz songkoknya...? Yang pastinya ialah saiz songkok itulah yang perlu kita sesuaikan dengan saiz kepala bukan sebaliknya kerana saiz kepala seseorang itu adalah tetap.

Begitulah juga di dalam syariat Islam, adakah yang akan kita ubah syari'at Islam ataukah umat islam itu sendiri...? Sudah sepatutnya yang kita ubah adalah orangnya bukan Islamnya kerana syariat Islam adalah bersifat tetap (baku) tidak akan berlaku perubahan pada sunnatullah.Sekiranya kita melihat kepada Islam dari sudut fikrah dan thaiqah, jelas, apa yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ialah individu dan masyarakat itu yang perlu diubah bukannya Islam. Di mana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan kepada kita bahawa kedatangan baginda adalah untuk mengubah masyarakat supaya kehidupan mereka itu diacukan dengan Islam bukanlah sebaliknya. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang diutus oleh Allah datang dengan membawa ajaran Islam untuk mengubah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan cara hidup masyarakat jahiliyyah kepada Islam.

Firman Allah swt:"Dialah yang mengutuskan kepada kamu yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka kitab dan hikmat. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata." [Al-Jumu'ah:2]

"Allah pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Islam). Dan orang-orang kafir, pelindung-pelindingnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya". [Al-Baqarah:257]

"Dan tidaklan kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam". [Al-anbiyaa':107]

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri". [Ar-Ra'd:11]

Realiti Umat Masa Kini
Dewasa ini pemikiran muslim dicengkam oleh suatu keyakinan dan anggapan bahwa Islam itu bersifat fleksibel atau pragmatik dan berjalan sesuai dengan perkembangan zaman. Ertinya Islam berkembang agar penerapan hukum-hukumnya sesuai dengan kejadian dan keadaan serta nafsu manusia yang sentiasa berubah-ubah. Mereka berdalih bahawa anggapan-anggapan itu didasarkan kepada satu kaedah fiqhiyyah yang menurut anggapan mereka merupakan kaedah syara'. Kaedah itu bermaksud: "Tidak dapat ditolak adanya perubahan hukum kerana adanya perubahan zaman".

Berdasarkan kaedah yang keliru inilah mereka kemudiannya melakukan aktiviti berlandaskan realiti yang ada. Iaitu mereka bertindak sesuai dengan tuntutan keadaan. Apabila mereka diingatkan dengan hukum-hukum syara', mereka mengatakan bahawa hukum-hukum itu hanya khusus untuk waktu yang tertentu sahaja, sedangkan Islam membenarkan umatnya untuk terus menyesuaikan diri dengan keadaan dan bertindak dengan hal-hal yang sesuai dengan zaman dan tempat. Akibatnya mereka membolehkan wujudnya bank-bank yang menjalankan sistem riba, kilang-kilang arak, kedai-kedai atau pusat-pusat judi dan segalanya serba mungkin semata-mata untuk mendapatkan keuntungan duniawi. Inilah andaian mereka seperti yang didakwakan bahawa ajaran Islam adalah bersifat fleksibel dan boleh diubah mengikut keperluan semasa.Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, tanpa adanya suatu keperluan yang diizinkan oleh syara' adalah dianggap suatu perkara yang biasa. Islam seharusnya menerima keadaan ini kerana ianya telah menjadi tuntutan zaman. Mereka mengatakan bagaimana mungkin Islam itu bertentangan dengan zaman, padahal kaedah syara' mengatakan bahawa 'hukum berubah apabila berlaku perubahan keadaan'. Itulah yang mereka dakwakan. Mereka juga mengatakan bahawa hukum poligami ketika ini tidak berlaku sebab zaman tidak dapat menerimanya lagi. Begitu juga dengan hukum hudud tidak perlu lagi dibahaskan dan dipelajari kerana hukum-hukum itu sudah basi dan tidak layak lagi dengan tuntutan zaman.

Demikianlah, kaedah-kaedah ini terus dilontarkan ditengah-tengah umat Islam ketika mereka mula berpaling dari Islam, meruntuhkan asas dan sendi-sendinya serta melenyapkan peraturan-peraturan dan syiarnya. Idea-idea seperti ini sebenarnya mula muncul pada akhir abad ke 19, ketika mana pemikiran umat Islam mula merosot dari kemuncak kegemilangannya. Bagi kaum imperialisme pula mereka seperti mendapat satu santapan yang lazat sehingga akhirnya mereka dapat memesongkan pemahaman kaum muslimin terhadap Islam hingga ke tahap seperti itu.

Oleh kerana itu, pemahaman bahawa adalah perlu hukum Islam itu disesuaikan dengan keadaan masyarakat adalah sesuatu yang batil, sebab yang menjadi masalahnya sekarang ialah masyarakat yang rosak bukannya Islam. Di mana usaha yang sepatutnya dilakukan ialah perlunya masyarakat yang rosak itu diperbaiki dengan mabda Islam. Maka mabda Islam itu perlu diterapkan sesuai dengan semua ajarannya sendiri kemudiannya mengubah masyarakat keseluruhannya secara 'inqilabi' berasaskan mabda Islam itu tadi. Dengan kata lain, ia merupakan suatu kemestian bagi para aktivis gerakan Islam untuk menerapkan hukum-hukum Islam sesuai dengan ajarannya yang bersumberkan wahyu tanpa memperhatikan keadaan masyarakat, masa dan tempat. Dalam erti kata yang lain, walaupun struktur masyarakat itu berbeza dari segi keturunan, bahasa, tempat dan lain-lain perkara tetapi faktor-faktor perbezaan itu bukanlah alasan yang boleh dijadikan ukuran untuk mengubah hukum yang akan diterapkan. Yang pastinya sekiranya !Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dahulu diwajibkan oleh Allah swt untuk menerapkan Islam secara keseluruhan di dalam kehidupannya sama ada dari sudut sosial, ekonomi, politk, kehakiman dan lain-lain maka ketika ini kita juga mempunyai kewajipan yang sama seperti Baginada Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Sejak dari dahulu lagi Islam telah memerintahkan umatnya untuk melaksanakan Islam secara mutlak iaitu 100%. Maka umat Islam yang jumlahnya melebihi 1 bilion pada hari ini juga wajib menerapkan kehidupan Islam 100%.

Firman Allah swt:"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut kangkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu". [Al-Baqarah:208].

"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". [Thaahaa:124].


Khatimah

Sebagai umat Islam, apakah fokus dan sikap kita terhadap perkara ini...? Perlu kita fahami bahawa hukum-hukum syari'at Islam adalah aturan dari Allah swt untuk memecahkan permasalahan kehidupan manusia ketika mana manusia ingin memenuhi keperluan-keperluan gharizah dan hajatul udawiyahnya. Hukum-hukum ini telah diberikan oleh syari' (Allah) melalui Al-Qur'an dan As-Sunnah, di mana kedua-dua hal ini merupakan satu-satunya sumber syari'at di dalam Islam. Oleh kerana itu, hukum syara' didefinisikan sebagai khithab syari' (Allah) yang berkaitan dengan perbuatan hamba. Dengan yang demikian, hukum syara' hendaknya digali dan dipastikan bahawa hal itu merupakan seruan dari syari'. Bererti ianya hendaklah digali dari nash yang tidak lain adalah Al-Qur'an dan As-Sunnah dan juga sumber yang telah disahkan oleh keduanya iaitu ijma' sahabat dan qias.

Oleh kerana itu, ketika merealisasikan syari'at Islam di dalam masyarakat, wajib bagi setiap individu muslim untuk mempelajari realiti masyarakat itu secara teliti kemudian barulah dipecahkan dengan syari'at Allah swt. Dia hendaklah melakukan perubahan secara mendasar dan menyeluruh, berlandaskan mabda Islam tanpa memerhatikan tolok ukur yang lain, baik keadaan mahupun suasana yang menyimpang dari Islam. Secara realitinya masyarakat hendaklah selalu terikat dengan perintah dan larangan Allah swt. Kaum muslimin dilarang menyesuaikan tindakannya dengan waktu dan tempat. Sebaliknya senantiasa wajib merujuk kepada seruan syari' (hukum syara'). Janganlah kita bersikap memilih-milih hukum Allah swt semata-mata kerana menjadikan alasan bahawa ketika ini kita hidup di era teknologi (ICT) berbeza dengan zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dahulu yang hidup di zaman unta.

Wahai kaum muslimin ingatlah...! bahawa syari'at Allah swt itu adalah relevan (sesuai) untuk semua manusia, tempat, masa, keadaan dan zaman hinggalah kehidupan ini dimusnahkan.
Firman Allah swt:

"Barang siapa yang mencari selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi". [Ali'Imran:85]

"(Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur'an) untuk menjelaskan segala suatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. [An-Nahl:89].

Saturday, November 22, 2008

BILA AKU BICARA TENTANG AGAMA


Bila aku bicara tentang agama
Macam-macam andaian dan prasangka
Ku dituduh meminggirkan bangsa
Ku didakwa memuja Sang Rembulan
Campakkan Keris Panca Warisan
Ku tatap wajahmu dibalik awan-gemawan.

Bila aku bicara tentang agama
Ku dituduh bicara terlalu serius tanpa jenaka
Seolah-olah agama menjadikan sengsara duduk di dunia
Nak cakap lucah, posting mengarut - haa pasti kena!
Abu Dzar r.a. berkata Nabi Muhammad bersabda:
"Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui,
nescaya kamu banyak menangis dan sedikit tertawa

Bila aku bicara tentang agama
Menegur kalangan alim-ulamak
Ku dituduh bersengkongkol dengan pihak berkuasa
Seolah golongan alim-ulamak tak perlu ditegur kerana dah warak
Sesungguhnya yang maksum itu hanya Nabi
Alim-ulamak juga perlu dinasihati
- Addeenu nasihat (hadis)

Bila aku bicara tentang agama
Aku prihatin bukan hanya nasib bangsa
Tetapi seluruh umat manusia
Yang merana kerana rosaknya sistem Kufur sedia ada

Bila aku bicara tentang agama
Airmata mengalir terlalu sedih dengan realiti
Saudara seagamaku seronok mempamerkan maksiat yang hina
Rasuah, gejala sosial, buang bayi, culik, bunuh dah jadi makanan ruji.

Bila aku bicara tentang agama
Inginku sentuh tentang kembali pada ajaran Junjungan Mulia
Bukan hanya kepoh dengan kejahatan puak yang tak disuka
Hingga lupa kewajipan mematuhi perintah Illahi
Dakwahkan mereka tanpa mengira parti
Tarbiyahkan mereka bukan hanya melaungkan rasa benci
Jijiknya kau pada pemimpin mereka
Tidak melepaskan tanggungjawab mentarbiyah
pengikut yang tak tau apa-apa!

Kemungkaran dan kemaksiatan mengundang kebencian
Akal yang waras jijik dengan rasuah, kronisme, nepotisme
Inginku tanyakan dirimu satu persoalan
Benarkah dirimu telah bebas dari ideologi sekularisme?
(fasludeen anil hayah)
Ambil Islam hanya untuk urusan ibadat
Solat, haji, puasa, zakat, faraid, mualamat dan munakahad
Bagaimana pula dengan urusan politik wa pemerintahan?
Sudahkah kau ambil thariqah (method/jalan) kenabian?
Taraktu fii kum amrayni. La tadhillu maa tamassaktum bihima: Kitaballahi wa sunnata nabiyyihi
Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selagi berpegang teguh pada keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya (hadis)

Kau membenci Sang Saka Bangsa
Kerana pemimpinnya korup, rasuah, tamakkan kuasa & harta
Lalu kau berjuang meminggirkan mereka
Supaya pilihanmu bakal mencorak dan memeta tujuarah negara

Tapi mungkin engkau tak tahu atau lupa satu perkara
Sungguhpun kuasa telah ada dalam genggaman
Kewajipan dakwah dan tarbiyah takkan gugur serta-merta
Setelah calon dambaanmu menang dalam pertandingan

Bila aku bicara tentang agama
Inginku peringatkan pada semua
Jangan hanya benci pada manusia
Hinakanlah sistem Kufur yang melahirkan mereka
Jijiklah dengan perundangan Kufur yang sedang bermaharajela
Tangisilah ideologi Kufur yang sedang menguasai negara

Ingin ku ulangi berkali-kali
Dakwah itu wajib. It is compulsory
Dakwah is not an option
Dakwah is an obligation
Dakwah itu wajib walaupun kau diserang bertubi-tubi
Dakwah tetap wajib walau berdepan risiko cedera hatta mati
Waltakuminkum ummatun yad'uuna ilal khair (Ali Imran:104)
"Afdhalul jihad, al qaulul haq 'ainda sultonin ja ir" – 'Jihad yg paling besar ialah berkata benar kpd pemerintah yg zalim (hadis)

Kalau engkau belum tahu
Pergilah mengaji dan berguru
Tanyakan pada yang tahu tentang dakwah
Benarkah ia wajib atau sekadar fardu tak payah?
Fas alu ahlazzikri inkuntum laa ta'lamun - An-Nahl:43

Bila aku bicara tentang agama
Ia manifestasi kasih-sayangku pada semua
Yang salah ditegur, yang tak tahu diperingat
Tanpa mengira parti, dakwah wajib pada semua peringkat
Tak mengira bulu, pangkat dan derajat
Bukan hanya pada yang kita suka
Lalu yang dibenci dibiarkan sesat dari dulu kini & selamanya

Muslimin Muslimat yang dikasihi,

Ingin sekali lagi ku nasihati
Agar kita kembali pada peringatan Nabi
Hidup di dunia ini hanya sementara
Kita diuji untuk layak dapat one-way ticket ke syurga
Dibuktikan dengan buat benda yang kita tak suka
Termasuk berdakwah pada golongan yang besar kepala
Yang dah liat kerana memerintah 50 tahun lamanya
Bukan hanya bangkitkan isu dan gulingkan mereka

Huffatil jannah bil-makaarih wa huffatinnar bissyahwat (hadis)
(Jalan) ke syurga itu dikelilingi perkara-perkara yang tak disukai
dan (jalan) ke neraka itu dikelilingi perkara-perkara yang disukai

Bila aku bicara tentang agama
Bukan sekadar melontar bait-bait aksara
Satu kewajipan bukan nak tunjuk terer
Ku bakal dihisab jika meremehkannya

Bila aku bicara tentang agama
Ku takkan berhenti hingga hujung nyawa
Semuanya kerana teringat satu wasiat
Sampaikan dariku walau satu ayat
(Balligu anni walau ayah - hadis dari Abdullah bin Umar)


** Credit to Caring Mommy for this poem.

Thursday, November 20, 2008

PENGALAMAN MENGENALI HIZBUT TAHRIR

Penulisan ini saya cedok dari blog seorang sahabat http://muhammadghazi.wordpress.com/ . Ia pengalaman seorang yang telah terlibat dengan gerakan Islam lain terlebih dahulu kemudian tertarik dengan pandangan yang dikemukakan Hizbut Tahrir(HT). Beliau ditakdirkan berkenalan dengan fitrah HT melalui sekeping SN yang mungkin terjatuh di hentian bas. Dalam masa mula nak mengenali HT inilah, beliau dimomokkan dengan pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap HT malahan dari pendokong gerakan Islam sendiri. Yang menariknya disini, adalah sikap dan tindakannya dalam menentukan sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut.Beliau tidak melatah, menolak atau terus serta merta percaya. Saya percayai dedikit sebanyak bolleh dijadikan panduan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca hingga habis. Selamat membaca.

Mungkin anda pernah mendengar tentangnya, dan mungkin juga ini merupakan kali pertama anda mengetahui akan kewujudannya. Mungkin anda pernah menghadiri seminar anjuran mereka, menandatangani kempen membantah kenaikan harga minyak dan membaca Sautun Nahdhah (yang pernah diedarkan di beberapa masjid setiap Jumaat).

Mungkin juga anda merupakan penggerak, ataupun syabab HT sendiri. Dan tak mustahil juga sekiranya anda merupakan orang yang pernah meng’copy-paste’ artikel-artikel yang menceritakan tentang ‘kesesatan’ dan keburukan HT. Tak kurang juga yang menggariskan satu persatu ‘kesesatan’ mereka (kemudian memetik daripada sumber HT sendiri yang berbahasa Arab namun penerangan yang diberikan itu lari daripada konteks yang sebenar); ataupun seorang yang menyeru supaya mereka pulang ke Palestin, tempat asal kelahiran amir HT pertama, almarhum Sheikh Taqiuddin An-Nabhani.

Mungkin anda merupakan salah seorang daripada jutaan umat Islam yang menyetujui dan turut mendokong perjuangan menegakkan khilafah, dan menyetujui tariqah perjuangan mereka. Boleh jadi juga anda merupakan seorang yang menganggap kehadiran HT di Malaysia sebagai ‘jemaah perosak’ yang mengganggu perjuangan anda melalui pilihanraya demokrasi (dek ketegasan pendapat mereka tentang keharaman untuk terlibat dalam demokrasi).

Boleh jadi anda merupakan ahli ataupun pemimpin dalam parti pemerintah yang khuatir bahawa fikrah yang dibawa mereka ini membahayakan kedudukan anda. Ataupun anda merupakan seorang pegawai SB (Special Branch), yang begitu komited memantau gerak-geri pihak pimpinan dan juga aktiviti anjuran HT kerana mengesyaki HT sebagai perosak keamanan dan kestabilan negara.

Ataupun anda merupakan salah seorang hadirin di International Khilafah Conference yang diadakan di Indonesia tidak lama dahulu, ataupun yang pernah menonton video “Ila mata? / Sampai Bila?” yang dihasilkan oleh syabab HT di Malaysia. Mungkin juga anda pernah meminta pandangan naqib anda berkenaan HT semasa usrah/halaqah ataupun pernah membincangkan tentang HT dalam forum portal komuniti.

Saya tak berhasrat nak menceritakan asal usul HT dan juga tariqah perjuangan mereka secara detail dalam post kali ini, kerana jika kita taip ‘Hizbut Tahrir’ melalui enjin carian seperti google ataupun yahoo pasti akan mendatangkan banyak link (cuma kalau nak maklumat sahih, kenalah rujuk kepada sumber primer).

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah pengalaman peribadi saya semenjak dari pertama kali mengetahui tentang HT sehinggalah ke hari ini. Mudah-mudahan anda beroleh kebaikan daripada perkongsian saya yang tak seberapa ini, dan saya terbuka kepada sebarang teguran sekiranya ada yang tak kena sepanjang perkongsian saya ini.

‘First Encounter’ Segalanya bermula pada 2004, ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah daripada kolej saya. Ketika itu saya baru semester pertama di sebuah pusat pengajian pra-Universiti (orang yang mengenali saya pasti tahu saya pernah belajar di mana).
[Disebabkan ketika sekolah menengah saya belajar di sekolah berasrama penuh, kemudian selepas tamat saya dipanggil ke PLKN; maka saya menjadi sedikit ‘homesick’ dan seringkali pulang ke rumah apabila berkesempatan. Ditambah lagi, jarak antara rumah dan tempat saya belajar agak dekat. Jadi, boleh dikatakan hampir setiap minggu saya pulang ke rumah.] Sewaktu sedang dalam perjalanan ke perhentian bas, saya menemui sehelai nasyrah yang barangkali tercicir di atas tanah. Ditakdirkan Allah, hati saya tergerak untuk mengambil dan membacanya. Rupa-rupanya nasyrah tersebut merupakan Soutun Nahdhah yang pertama saya baca. Saya tertarik dengan isu yang dibawakan iaitu mengenai ketiadaan khilafah Islam yang telah memayungi umat Islam selama lebih kurang 83 tahun serta kewajipan menegakkannya semula. Saya mengimbau kembali kenangan dan juga aspirasi saya ketika di sekolah menengah dahulu.
Semenjak saya mempelajari tentang khilafah Islam dalam matapelajaran sejarah peradaban dunia (form 4), saya hanya melihat bahawa khilafah itu sebagai sebahagian daripada lipatan sejarah umat Islam. Saya juga pernah mengetahui tentang komplot jahat angkara si laknatullah Kemal Atarturk dan kaum kuffar menjatuhkan khilafah Uthmaniyah.

Namun, ketika form 5 saya pernah terfikir; “Jika benarlah umat Islam pernah hidup aman makmur dan sejahtera di bawah daulah Islam, dan kini kita sengsara dan tertindas tanpanya, mengapa tidak diusahakan untuk mengembalikannya semula?”

Yang menjadi masalahnya, bagaimana? Ketika itu saya belum mengenali HT dan Ikhwanul Muslimun (IM), jadi saya meletakkan kepercayaan penuh kepada PAS dalam perjuangannya untuk menegakkan daulah Islam. Bahkan saya benar-benar bersungguh untuk berusaha ke arahnya. Sehinggakan ketika Malam Sinar Islam, saya volunteer menjadi pengarah pentomim. Dan dalam pentomim tersebut, saya meletakkan plot sekitar kejatuhan Daulah Uthmaniyah. Walaupun pentomim tersebut tak begitu menjadi (kerana kehilangan skrip dan juga beberapa orang rakan yang kurang bekerjasama – sebab tak setuju dengan tajuk pentomim), namun Alhamdulillah program berjalan lancar sehingga ke akhirnya.
Kemudian, ketika usrah anjuran PPI (Persatuan Pelajar Islam) dan Biro Surau (semenjak form 1) saya turut didedahkan dengan isu-isu Palestin dan juga mengenai sekularisme. Alhamdulillah, melalui usrah dan juga kesedaran yang dicampakkan Allah ke dalam diri saya, saya menyedari akan peri pentingnya usaha ke arah menegakkan daulah Islam. Setelah tamat persekolahan dan juga setelah menjalani PLKN, saya menerima tawaran ke pusat pra-U.
Tamat flashback (macam drama swasta la pulak… ha ha)

Semenjak dari itu, keinginan untuk lebih mengenali HT semakin bertambah dari hari ke hari. Namun disebabkan saya tak mengetahui siapa yang harus dihubungi, dan juga disebabkan saya telah mengenali fikrah IM melalui seorang kenalan, maka hasrat saya tertangguh buat seketika… Saya diperkenalkan dengan bentuk pentarbiyahan IM melalui ‘proksi’nya di Malaysia, dan mengikuti usrah ala IM buat pertama kalinya ketika itu. Insya Allah, pengalaman kecil saya sepanjang bersama gerakan-gerakan yang mempunyai fikrah Islam dan manhaj IM ini akan dikongsikan dalam siri yang lain. Pentarbiyahan saya bersambung ketika saya memasuki tahun pertama pengajian, namun dengan sebuah wadah lain yang turut menggunakan fikrah IM. (turut akan dikongsikan kemudian, insya Allah)

Pada semester kedua tahun pertama, pihak kolej telah membuat rombakan bilik. Pelajar first year dikehendaki berkongsi tiga orang sebilik dalam sebuah bilik yang sepatutnya memuatkan dua orang. Saya ditempatkan ke sebuah bilik dengan dua orang roommate baru. Seorang yang happy-go-lucky, seorang pula yang mempunyai link dengan jemaah Islam. Rakan saya yang pertama tu seringkali tiada di bilik, atas dua sebab. Pertama, kerana dia suka belajar bersendirian di luar (library agaknya), kedua disebabkan dia gemar keluar (chill out).

Rakan kedua saya tu pulak merupakan seorang yang berkarisma dan juga mempunyai potensi kepimpinan. Atas sebab itulah dia menjadi perhatian senior-senior yang nak merekrut ahli. Ada beberapa gerakan Islam di kampus yang mendekatinya. Guess what? Sudah semestinya salah satu daripadanya ialah HT. Daripada dialah saya berkesempatan mengenali HT lebih mendalam melalui halaqah yang diadakan. Daripadanya jualah saya berpeluang untuk mengenali beberapa orang syabab HT.

Rakan saya tu pada mulanya lebih cenderung kepada HT, namun setelah ‘dinasihati’ oleh seorang senior dia mula lari daripada HT. (Khabarnya sekarang dia dah bersama dengan sebuah gerakan Islam kampus yang bermanhajkan IM setelah hampir dua tahun berkecuali daripada aktiviti dakwah jamaie. Alhamdulillah.) Saya berani menyatakan sedemikian kerana saya sendiripun pernah ‘dinasihati’ oleh senior tersebut. Senior tu menceritakan tentang ‘kesesatan’ HT dan juga artikel-artikel yang memburukkan HT. Bila saya kaji balik latarbelakangnya (counterintelligence, hu hu) rupanya dia ada masalah personal/konflik dengan seorang daris (pengkaji) HT.

Saya juga menyedari bahawa bukan dengan HT saja dia bermasalah, dengan beberapa gerakan lain pun dia ceritakan keburukan kepada saya. Rasa macam ada yang tak kena je. (But that’s another story. Cuma saya nasihatkan supaya anda berhati-hati dengan orang sebegini. Kaji dahulu sebelum mempercayai kata-katanya. Mungkin ada motif di sebaliknya). Alhamdulillah, ‘cabaran’ ini menyebabkan keazaman saya menjadi lebih kukuh (strengthening my resolve).

Firts Halaqah and Beyond

Ketika halaqah pertama, saya tak banyak bertanya sebaliknya hanya mendengar. Isu-isu yang dibawa bukanlah hanya sekitar khilafah semata-mata seperti yang diwar-warkan oleh kebanyakan pihak. (Matlamat akhir HT bukanlah menegakkan khilafah, sebaliknya “mengembalikan kehidupan Islam”) Bahkan yang menyebabkan saya ‘melekat’ untuk menghadiri halaqah seterusnya bukanlah mengenai perjuangan khilafah mereka, sebaliknya berkenaan definisi Islam yang dipegang oleh HT.

Halaqah-halaqah ini adalah umum, dan terbuka kepada sesiapa yang berminat. Di tahap ini, HT tak menuntut komitmen lain selain daripada menghadiri halaqah dan juga menyebarkan serta mengamalkan ilmu yang diperoleh. Dalam masa yang sama, saya masih mengikuti usrah bersama dengan gerakan kampus saya.

Cuma yang menjadi masalahnya ialah, salah seorang syabab yang menyampaikan halaqah ini agak keras dan tegas pendekatannya. Daripada 8 orang yang menghadiri halaqah tersebut, hanya seorang sahaja yang kekal konsisten sehingga ke peringkat seterusnya. Yelah, siapa tak ‘terkejut’ kalau tiba-tiba dapat tahu bahawa PTPTN tu haram, dan demokrasi itu sistem kufur secara straight forward walaupun disertakan hujah dan dalil syarie? Namun, saya melihat ini sebagai masalah teknikal semata-mata, i.e. kekurangan dari aspek pendekatan syabab itu sendiri. Mudah-mudahan ini dapat dijadikan pengajaran kepada para daie sekalian. Setelah hampir setahun mengikuti halaqah umum, saya ditawarkan untuk mengikuti program pra-murakazah; untuk lebih memahami tariqah HT dan juga menyiapkan peserta untuk menyertai halaqah intensif bersama HT sekiranya peserta bersetuju. Di peringkat ini pun masih tiada sebarang komitmen terhadap HT dituntut. Saya mengambil masa yang agak lama sebelum ke pra-murakazah kerana saya ni kuat ‘menentang’ orangnya. Kesian kat syabab-syabab yang bawa halaqah umum tu kerana terpaksa melayan kerenah saya ni. Maaflah ye, bukannya sebab benci ataupun sengaja nak menyusahkan.
Saya berbuat demikian kerana hendak menanamkan keyakinan penuh sebelum ambil keputusan untuk melangkah ke tahap seterusnya. Lagipun, mungkin disebabkan oleh maklumat awal yang saya peroleh berkenaan HT sebelum ini. Saya bukannya menolak sepenuhnya artikel dan maklumat yang saya peroleh daripada ‘senior bermasalah’ yang saya ceritakan sebelum ini. Antara topik yang menyebabkan saya tergendala ialah bab demokrasi dan juga hadis ahad. Alhamdulillah setelah mendengar dan mempertimbangkan hujah serta penjelasan pendapat-pendapat yang berbeza, akhirnya saya setuju dengan pendapat yang dibawa HT. Berkenaan demokrasi, saya pernah merujuk kepada wakil PAS yang terlibat dalam politik serta memahami selok-beloknya. Manakala berkenaan hadis ahad, saya pernah merujuk kepada individu yang ittiba’ salafi yang bertalaqqi ilmu hadis.
Mungkin ada yang akan mempertikaikan kredibiliti dan juga ilmu yang saya ada, namun terpulanglah kepada anda untuk menilai sendiri. Inilah yang saya yakini, namun tak bermakna saya taksub dan taqlid buta. Insya Allah, selagimana saya tak mendengar hujah balas yang lebih meyakinkan, saya akan kekal dengan pendapat Islam yang dipegang HT. Jika ada hujah yang lebih kukuh, saya akan pegang kepadanya. Kalau nak tahu tentang pengisian sepanjang program pra-murakazah, anda kenalah menghadirinya sendiri. Selepas menghadirinya, terpulanglah kepada empunya diri untuk memilih sama ada hendak meneruskan pengkajian bersama HT ataupun memilih haluan masing-masing. Lagipun, kalau nak diceritakan semuanya, panjang sangat.

Saya Dan HT Hari Ini
Saya masih lagi meneruskan pengkajian bersama HT sehingga ke hari ini; dan sekarang sedang mengkaji buku Nizamul Islam karya Taqiuddin an-Nabhani dalam halaqah. Buku tersebut merupakan salah-satu daripada buku-buku mutabannat (yang mesti dikaji dan ‘dibedah’ oleh daris). Bukan bertujuan untuk mendoktrin semata, sebaliknya bagi melahirkan kesepaduan fikrah demi menjamin keberlangsungan jamaah. Seandainya fikrah yang ada dalam setiap ahli bercampur-aduk, maka ini akan menyukarkan gerak kerja tanzim (organisasi).
Ini telah terbukti sekiranya kita meneliti sebuah harakah Islam yang tidak mempunyai fikrah yang clear-cut untuk ahlinya. Natijahnya timbul team-team kecil dalam gerakan tersebut (you-know-who). Sekiranya ada antara kalian yang tak bersetuju dengan pendekatan sedemikian, terpulanglah. Jangan anggap ianya bertujuan untuk melahirkan golongan fanatik, kerana kami juga digalakkan untuk merujuk kepada kitab-kitab dan ulama’ lain. Pentarbiyahan HT ini berperanan membentuk kerangka berfikir dan mencorak syakhsiyah Muslim sahaja. Bahkan kepimpinan HT (termasuk yang di peringkat global) sentiasa terbuka kepada teguran.
Mekanisme muhasabah berjalan di setiap peringkat, dan kami dididik supaya tidak mengagungkan dan memandang tinggi ketokohan. Ada juga yang beranggapan HT begitu berani menggalakkan ahli-ahlinya yang tak bertaraf ulama’ untuk mengeluarkan ‘fatwa’ tersendiri. Tanggapan sebegini teramatlah salah. Janganlah disebabkan sebahagian pendapat yang dibawa oleh syabab bertentangan dengan pendapat ulama’ kontemporari, maka kami dituduh sebagai mengeluarkan fatwa baru dan menghina ulama’ pula… Sikap dan tanggapan begini adalah salah. Sepatutnya kalian mengkaji hujah-hujah yang dibawa, kerana pendapat-pendapat yang dibawa bukannya ijtihad kami sendiri… Dan kami bukan hanya merujuk kepada ulama’ dan kitab HT sahaja.

Kesimpulan
Perkongsian saya ini bukanlah bertujuan untuk mengagung-agungkan HT dan merendah-rendahkan jemaah lain. Jauh sekali untuk mengkafirkan dan menyesatkan kelompok lain yang turut sama memperjuangkan Islam. Sekadar nak berkongsi tentang HT dari sudut pandangan peribadi saya. Kebersamaan (ada ke perkataan ni?) saya dengan HT bukanlah bermakna gerakan lain yang pernah saya sertai sebelum ini sesat. Juga bukan bermakna gerakan lain langsung tidak menyumbang kepada Islam. Harap tidak disalahfaham. Saya meninggalkan jemaah sebelum ini bukan atas dasar emosi, ataupun tidak berpuashati dengan pendekatan yang diambil. Sebaliknya kerana saya telah menemui tariqah yang lebih diyakini serta bersesuaian dengan jiwa saya.
Ilmu saya pun tidaklah setinggi mana, dan saya bukanlah manusia yang sempurna. Saya bukanlah yang terbaik, namun ini tak menghalang diri saya daripada berusaha sebaik mungkin untuk memperbaik diri dan juga untuk menyumbang kepada Islam, demi keredhaan Allah swt. Kalian doakanlah supaya terus istiqamah di jalan-Nya. Mudah-mudahan Allah memberkati setiap usaha yang kita lakukan demi mencapai keredhaan-Nya. Kepada mereka yang tak sudah-sudah nak menegakkan “jemaah akulah yang betul, jemaah hang sesat”; hentikanlah perbuatan itu. Sesungguhnya perbuatan sedemikian bukan sahaja tak berfaedah dan tak menyumbang kepada dakwah Islam, bahkan boleh merosakkan lagi usaha dakwah ini. Namun, tak bermakna kita abaikan sahaja kesilapan ‘fatal’ yang dilakukan oleh jemaah lain. Muhasabah sesama jemaah tetap berjalan, cuma hindari daripada mencampurkan muhasabah dengan fitnah dan kejian.
Kepada bloggers yang masih lagi meng’copy-paste’ artikel ‘kesesatan’ HT dan juga artikel yang menghina HT, silalah nilai semula artikel-artikel tersebut sebaiknya. Ikhlaskan diri, janganlah kerana HT tak sependapat dengan gerakan kalian, maka kalian terus menyiarkan artikel tersebut. Saya dah baca beberapa artikel tersebut, antaranya karya Sheikh al-Albani, abu syafiq, al-Bakistani, dan juga Ustaz Tantawi. Kalau kalian nakkan kepastian, sila bawakan hujah daripada artikel tersebut, dan bincangkan dengan syabab HT sendiri dengan niat yang ikhlas – demi mencari kesepakatan dalam kebenaran dan bukannya atas dasar kebencian. Setakat ini sahajalah perkongsian saya.
Sebelum saya menamatkan post bersiri saya ini, ingin saya tegaskan bahawa saya bukannya bercakap ataupun menulis mewakili HT. Sebaliknya apa yang saya kongsikan di sini adalah hasil daripada pengalaman dan ilmu yang saya peroleh sepanjang bersama dengan pentarbiyahan HT. Wallahu’alam… terima kasih kerana sudi mengikuti post bersiri saya sehingga akhir.

Sunday, November 16, 2008

Bayangan Barisan Pentadbiran Obama







Hillary Rodham Clinton(Setiasusaha Negara)



Jacob J. Lew (Dalam Negeri) Auston Golsbee (Council of Economic Advisers )
John O Brennan(Perisikan/Terrorisme) James L. John (Polisi Luar Negara)


Dan W. Reicher (Setiausaha Tenaga) Richard J. Danzig (Pertahanan)




Micheal Froman (Penasihat Luar) James B. Steinberg (Penasihat Keselamatan Kebangsaan)

Saturday, November 15, 2008

HIZBUT TAHRIR TIDAK TERGODA MASUK PILIHANRAYA

Jumlah massa yang cukup besar ternyata tidak membuat Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) tergoda masuk ke parlemen. Padahal, partai politik yang lolos menjadi peserta Pemilu 2009 saja, ada yang diragukan basis massanya.
“Dengan posisi saat ini, gerakan HTI menjadi lebih efektif. Orang melihatnya lebih tulus, karena tidak ikut-ikutan masuk ke dalam politik praktis,” kata Juru Bicara HTI Muhammad Ismail Yusanto beserta jajaran pengurus pusat HTI saat berkunjung ke redaksi Media Indonesia, Jakarta, Rabu (13/11).



Menurut Ismail, dengan posisi seperti ini pula, HTI lebih mudah diterima berbagai kalangan. “Masuk ke politik praktis tidak relevan dengan perjuangan yang kami lakukan. Dengan berada di’luar’, kami bisa masuk ke masjid, kampus, hingga partai politik, termasuk ke PDI Perjuangan,” ujarnya.Pada bagian lain, ia menegaskan krisis global membuktikan bahwa kapitalisme telah gagal. ”Kapitalisme justru menjadi bagian dari masalah. Karenanya, HTI menegaskan perlunya mengadopsi ekonomi syariah sesuai dengan ajaran Islam yang bebas dari unsur riba (bunga) dan judi,” ungkapnya.

Namun, Ismail menolak jika gerakan HTI diidentikkan dengan parlemen jalanan seperti yang selama ini banyak digambarkan media massa. “Aksi demo itu kan hanya salah satu dari 100 kegiatan Hizbut Tahrir,” tegasnya.HTI, tambahnya, tidak menggunakan kekerasan untuk menyampaikan gasan-gagasan mereka. “Kami memandang sejauh ini yang penting adalah apakah gagasan kami itu masuk dan bisa diterima masyarakat. Tidak harus berada di perlemen,” kata Ismail.HTI juga menampik anggapan bahwa gerakan mereka bersifat primordial dan hanya untuk kepentingan kelompok tertentu.”Kami bekerja untuk kepentingan negeri ini. Dakwah untuk ke arah perubahan yang lebih baik,” tandasnya.Lebih lanjut, ia mengemukakan pandangannya tentang krisis global yang tengah melanda dunia.

Menurutnya, yang terjadi saat ini merupakan akibat dari penerapan sistem kapitalisme. Kapitalisme justru menjadi bagian dari masalah, bukan solusi atas krisis ekonomi dunia.Menyikapi hal ini, HTI kembali menegaskan perlunya mengadopsi ekonomi syariah sesuai dengan ajaran Islam yang bebas riba dan judi.

Ismail juga mengkritik dualisme sistem perbankan saat ini yang menerapkan sistem bank konvensional beriringan dengan syariah.“Bagaimana mungkin dua sistem yang berlainan menjadi satu. Sistem bank konvensional itu kontradiktif dengan ekonomi syariah,” ujarnya.HTI meminta agar sebagian kalangan tidak berpikiran buruk dan keburu alergi dengan upaya penegakkan syariah Islam di Indonesia, karena penerapan hukum tersebut tetap mengakomodir dan melindungi hak serta kepentingan warga nonmuslim.[hti]

Friday, November 14, 2008

[SN176]PATUTKAH UMAT ISLAM BERHARAP PADA OBAMA?

sumber: http://www.mykhilafah.com

Pada 5 November lepas, satu sejarah telah tercipta di Amerika Syarikat (AS) apabila Barack Obama memenangi pilihan raya Presiden, sebagai presiden kulit hitam pertama di Amerika dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari kuasa Eropah. Obama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengenepikan pencabarnya daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi melepasi undi minimum sebanyak 270 bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki White House. Dengan kemenangan tersebut, ucapan tahniah datang mencurah-curah, bukan sahaja dari Amerika, malah dari seluruh dunia, termasuk dunia Islam yang nampaknya bergembira dengan kemenangan Obama. Kemenangan calon kulit hitam pertama ini seperti telah memberi satu harapan baru kepada dunia sehingga pemimpin dunia Islam pun menaruh harapan yang tinggi kepada anak keturunan Kenya ini, seolah-olah seorang ‘pengaman’ dunia telah muncul.

Rata-rata pemimpin umat Islam, termasuk yang bergelar ulama sekalipun mengucapkan tahniah dan menaruh harapan yang tinggi kepada Obama yang pernah bersekolah di Indonesia semasa kecilnya dahulu. Harapan menggunung yang diletakkan ke atas Obama antara lain adalah kerana kemarahan dan kebencian mereka terhadap Bush, yang selama ini terkenal dengan segala kemusnahan dan kekejaman yang telah dilakukannya ke atas umat Islam. Jadi, para pemimpin dunia Islam menaruh harapan yang tinggi kepada presiden Amerika yang ke-44 ini. Tidaklah salah untuk umat Islam menaruh harapan kepada Obama. Tetapi malangnya umat Islam yang mengharap itu seolah-olah tidak pernah mengikuti perkembangan ucapan dan pendirian Obama selama tempoh beliau berkempen untuk menjadi orang nombor satu di negara Uncle Sam tersebut. Sesungguhnya ‘pendirian’ seseorang calon presiden terhadap polisi luarnya ke atas negara umat Islam memang merupakan satu agenda penting yang mesti dibawa semasa berkempen dan boleh menentukan kalah-menang calon tersebut di dalam pilihan raya. Di sinilah kita sebagai umat Islam mesti meneliti setiap ucapan seseorang calon presiden itu agar kita tahu apakah kita boleh ‘meletakkan harapan’ kepada mereka atau tidak.

Obama Oh Obama!

Jika diteliti sepanjang kempennya untuk menduduki jawatan presiden, Obama menyatakan dengan jelas banyak perkara mengenai pendiriannya terhadap umat Islam dan negara-negara umat Islam. Berhubung peperangan di Iraq misalnya, Obama memang dari awal seolah-olah menentang peperangan ke atas Iraq, namun dalam masa yang sama beliau juga tidak bersetuju dengan tarikh tepat untuk mengundurkan tentera AS dari Iraq. Ini kerana keberadaan pasukan AS di Iraq amat penting bagi meneruskan kesinambungan polisi AS di Timur Tengah, termasuklah antaranya konfrontasi tentera dengan Iran, Syria dan Selatan Lebanon.

Obama telah beberapa kali menekankan bahawa kebanyakan dari pasukan AS di kawasan berkenaan sepatutnya ditempatkan di kawasan-kawasan yang lain juga seperti Kuwait, bukannya meletakkan kesemuanya di Iraq. Obama juga dengan jelas menyatakan bahawa perang sebenar adalah di Afghanistan bukannya Iraq. Inilah sebabnya kenapa Obama memilih untuk mengundurkan tentera dari Iraq agar mereka dapat ditempatkan di Afghanistan dan Pakistan, negara di mana AS sebenarnya sedang menghadapi peperangan yang tidak diisytiharkannya (undeclared war). Obama secara terbuka mengulangi berkali-kali janjinya bahawa beliau akan memperluaskan penguasaan (baca: penaklukan) mereka di Afghanistan, menambahkan bilangan tentera mereka di sana serta memperluaskan lagi operasi dan mensistematikkan lagi serangan-serangan mereka di sempadan (cross-border attacks). Dengan kata lain, perancangan Obama sesungguhnya tidak jauh berbeza dengan Bush, malah beliau sebenarnya hanya memperkukuhkan lagi perancangan jahat yang telah selama ini dimulakan oleh Bush di bumi Iraq, Afghanistan dan sekitarnya.

Di Pakistan pula, dengan pertolongan Musharraf, Bush selama ini telah menjadikan bumi umat Islam ini tidak lebih sebagai gelanggang utama untuk menjatuhkan segala bom dan peluru untuk membunuh kaum Muslimin yang di labelnya sebagai teroris. Dan hal ini tidak ada beza sedikit pun dengan Obama yang dengan terang lagi nyata ingin melancarkan perang ke atas Pakistan jika Musharraf enggan bertindak demikian terhadap umat Islam yang digelarnya ‘militan’. Obama dalam satu temu ramah menyatakan, “Ketidakstabilan di Pakistan sekarang telah terpesong dari demokrasi. Kebangkitan golongan militan Islam di dalam negara tersebut yang Musharraf tidak dapat atasi dengan berkesan, inilah yang pada pendapat saya mengancam kestabilan di rantau itu.” Belum pun menjadi presiden, Obama telah dengan nyatanya berhasrat untuk membunuh saudara-saudara kita di Pakistan. Subhanallah!

Langsung tidak ada beza dengan Bush, Obama turut ingin membawa demokrasi ke Pakistan dan untuk memastikan demokrasi tersebut dilaksanakan, darah dan nyawa umat Islam adalah galang gantinya. Darah dan nyawa ini menjadi ‘harga’ yang akan diambilnya dari umat Islam demi sebuah sistem yang bergelar ‘demokrasi’ yang ingin diterapkannya di Pakistan. Kini, dengan kedudukan Asif Ali Zardari sebagai Presiden, yang hakikatnya telah pun mempersembahkan taat setianya kepada Amerika sama seperti Musharraf, polisi Obama ke atas Pakistan nampaknya akan dapat diteruskan dengan mudah. Jika selama ini Zardari boleh ‘menyembah’ Bush tanpa berbelah bahagi, dengan kehadiran Obama sebagai tuan barunya, Zardari nampaknya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk menyerahkan nyawa umat Islam di Pakistan kepada Obama. War on terror pastinya akan diteruskan oleh Obama tanpa ragu-ragu ke atas kaum Muslimin di Pakistan, dengan kerjasama penuh dari Zardari. Obama sesungguhnya telah pun mengisytiharkan secara terbuka bahawa rejimnya akan meneruskan lagi agenda ‘war against terrorism’ di Pakistan dengan lebih sistematik, serangan berskala besar di darat dan udara (large-scale ground and air attacks). Ini bermakna, Obama hanya akan memperluaskan lagi gelanggang untuk menumpahkan darah umat Islam di Pakistan ke kampung-kampung, bandar, pinggir bandar dan lain-lain kawasan atas alasan memerangi ‘pengganas’.
Di antara sikap Obama yang penting yang mesti diketahui oleh umat Islam adalah pendiriannya terhadap Israel. Semasa berucap di AIPAC (American Israel Public Affairs Committee) pada Jun 2008, Obama dengan lantang dan tegas menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada negara haram tersebut. Beliau mendapat tepukan gemuruh dari hadirin setiap kali menyuarakan sokongan penuh kepada negara dan bangsa yang dilaknat Allah itu. Antara lain Obama menyatakan, “Saya tahu apabila saya melawat AIPAC, saya adalah di kalangan kawan (dengan Israel), kawan yang sangat baik. Kawan yang berkongsi komitmen yang kuat untuk memastikan ikatan antara AS dan Israel tidak akan terputus hari ini, tidak akan terputus besok dan tidak akan terputus selama-lamanya”

Semasa memperkata dan mempertahankan tentang kewujudan negara haram Israel, Obama dengan tegas menyatakan bahawa, “We know that the establishment of Israel was just and necessary, rooted in centuries of struggle and decades of patient work but sixty years later we know that we cannot relent, we cannot yield and as president I will never compromise when it comes to Israel’s security.” (Kita tahu bahawa kewujudan negara Israel adalah suatu yang adil dan perlu, yang telah dihasilkan dari perjuangan yang berabad lamanya dan kesabaran usaha yang berdekad tempohnya. Namun sesudah 60 tahun kemudian, kita tahu bahawa kita tidak boleh berlembut dan kita tidak boleh menyerah kalah dan sebagai presiden saya tidak akan sekali-kali berkompromi bila melibatkan keselamatan Israel).

Obama seterusnya dengan lantang dan tegas memberikan komitmennya untuk menjaga Israel dari sebarang ancaman dengan mengatakan, “Kesepakatan (alliance) kita sekarang adalah berteraskan kepentingan bersama dan nilai bersama. Sesiapa sahaja yang mengancam Israel, bermakna ia mengancam kami (AS). Israel senantiasa menghadapi ancaman ini secara terang-terangan. Dan saya akan membawa ke White House sebuah komitmen yang tidak berbelah bahagi (unshakeable committment) terhadap keselamatan Israel, bermula dengan memastikan keupayaan kualitatif ketenteraan Israel. Saya akan memastikan yang Israel dapat mempertahankan dirinya dari sebarang ancaman dari Gaza hingga ke Tehran. Kerjasama pertahanan antara AS dan Israel adalah satu kejayaan dan mesti diperhebatkan lagi. Sebagai presiden, saya akan melaksanakan satu Memorandum Kesefahaman (MoU) yang memperuntukkan bantuan sebanyak 30 bilion kepada Israel pada dekad hadapan ini, sebagai pelaburan kepada keselamatan Israel yang tidak akan terikat kepada mana-mana negara sekalipun.” [sedutan ucapan-ucapan Obama di atas boleh ditonton di [http://www.youtube.com/watch?v=YgpJUlzoKTg]

Amerika Adalah Negara Kafir Harbi
Wahai kaum Muslimin! Janganlah hendaknya kita menilai seseorang itu dengan warna kulitnya, tetapi kita mestilah menilai apa yang ada di dalam pemikirannya yang dizahirkan melalui lisan atau perbuatannya. Kita mungkin merasakan atau mengharap bahawa seorang presiden Amerika yang berkulit hitam lebih baik dari yang berkulit putih, kerana telah sekian lama mereka yang berkulit hitam ditindas oleh mereka yang berkulit putih di negara besar tersebut. Namun, warna kulit pada hakikatnya tidak mencerminkan apa-apa, kerana akidah dan pemikiranlah yang menjadi ukuran. Presiden Amerika, siapa pun jua hendaklah dinilai dari sudut akidah dan pemikiran yang dimilikinya. Seorang presiden yang berkulit putih sudah hampir meninggalkan rumah putihnya, dan rumah putih tersebut bakal dihuni pula oleh seorang presiden berkulit hitam, namun apa yang nyata adalah akidah/ideologi yang dianuti keduanya adalah sama. Bertukarnya penghuni Rumah Putih ternyata sama sekali tidak menukar sistem yang dibawa oleh mereka. Ideologi kufur Kapitalis tetap digalas oleh siapa pun jua yang masuk ke mahligai syaitan itu.

Kita perlu ingat bahawa Amerika adalah negara kepala, pendukung dan pengembang Ideologi kufur Kapitalis dan Obama hanyalah sebahagian darinya. Amerika adalah sebuah negara yang dipimpin oleh segolongan kuffar dengan segala hukum-hakam kufur diterapkan di dalamnya di mana Barack Obama kini menjadi ‘ketua’ kepada semua golongan kuffar Kapitalis tersebut. Kita semua tahu berapa ramai di antara golongan kuffar tersebut yang bencikan Islam dan umat Islam dan kita semua tahu bahawa tabiat hidup penganut Kapitalis adalah untuk mencapai sebanyak mungkin kemewahan dunia dan mereka tidak akan pernah berhenti berfikir bagaimana untuk menguasai dunia dengan segala sumber-sumbernya. Dan kita semua tahu bahawa kebanyakan sumber kekayaan dunia berada di negara umat Islam.

Justeru, apakah kita mengharapkan presiden baru Amerika ini hanya akan berdiam diri melihat kekayaan yang melimpah ruah yang ada di dunia Islam, walhal dia boleh menguasai semuanya? Malah dia boleh menguasai kesemuanya dengan begitu mudah kerana pemimpin-pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini adalah para pengkhianat yang telah pun selama ini menyerahkan kekayaan negara dan nyawa umat Islam di negara mereka kepada Amerika. Justeru, sungguh sedih apabila ada di kalangan pemimpin dan ulama Islam yang boleh mengucapkan tahniah dan berharap kepada Obama untuk membawa perubahan kepada dunia amnya dan dunia Islam khususnya, seolah-olah dengan terlantiknya Obama sebagai presiden kulit hitam pertama AS, seorang ‘superman’ yang akan menyelamatkan dunia telah muncul. Mereka seperti tidak dapat mengambil pengajaran bahawa George Bush laknatullah dahulu pun membawa misi yang sama iaitu ingin membawa keamanan kepada dunia melalui sistem demokrasi yang dijajanya ke seluruh dunia Islam. Dan selama dua penggal memegang jawatan presiden, kita semua tahu bahawa ‘keamanan’ yang dimaksudkan oleh Bush adalah dengan membunuh dan memerangi semua umat Islam yang tidak menyokongnya, menakluk negeri umat Islam dan mengaut segala hasil buminya. Hanya dengan pembunuhan ke atas golongan umat Islam yang dilabelnya pengganas dan menakluk negara umat Islam, maka barulah dunia akan mengecapi keamanan; inilah tafsiran ‘keamanan’ bagi Bush. Bukti sekarang terpampang di depan mata bahawa tafsiran keamanan yang sama yang kini dibawa pula oleh Obama.

Sebagai Muslim, berfikirlah dengan jernih berdasarkan akidah Islam yang kita miliki ini, apakah kita patut menaruh harapan kepada pengganti Bush ini seolah-olah dunia akan dinaungi rahmat kerana kemenangannya? Bukankah dunia hanya akan berada di bawah rahmat jika orang Islam yang memerintah dunia dengan hukum-hukum Allah? Justeru, apakah Obama yang akan meneruskan Ideologi Kapitalis dan melaksanakan hukum-hukum kufurnya ke atas dunia patut kita berasa gembira di atas kemenangannya? Sesungguhnya kemenangan Obama sekali-kali tidak akan merubah status Amerika Syarikat sebagai sebuah negara kafir harbi (kafir yang memerangi umat Islam). Dan sesungguhnya Islam telah merincikan hukum-hakam yang wajib kita ambil terhadap negara kafir harbi seperti Amerika, Israel, Britain dan sekutu-sekutu mereka. Sayangnya ruang yang terhad di dalam nasyrah ini tidak mengizinkan kami untuk menjelaskan hukam-hakamnya dengan terperinci.
Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya kemenangan Obama tidak akan merubah landskap politik dunia. Dunia tetap tidak akan aman dan tidak akan berada di bawah naungan rahmat dan keberkatan dari Allah. Hanya dengan kepimpinan dunia berada di bawah tangan seorang Khalifah yang berakidahkan Islam dan dengan penerapan hukum Allah secara kaffah, maka barulah keamanan yang sebenar akan tercapai dan rahmat Allah akan tercurah ke atas kita semua. Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah perubahan/penggantian sistem dunia kepada sistem Islam (sistem Khilafah), bukannya penggantian seorang yang berkulit putih dengan seorang yang berkulit hitam yang tetap membawa sistem Kapitalis yang sama. Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah dengan tertegaknya kembali Daulah Khilafah, yang akan menerapkan hukum Allah dari tujuh petala langit. Sesungguhnya dunia tidak akan berubah hanya dengan terlantiknya seorang kafir yang akan memerintah dengan hukum-hukum kufur, tetapi dunia akan berubah apabila dibai’atnya seorang Khalifah yang akan memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

Thursday, November 13, 2008

Najoud Mohammed Ali: US Menangguk di Air Keruh

Mungkin belum ramai yang mendengar tentang seorang budak perempuan yaman, Najoud Muhammad Ali. Ada yang melapurkan usianya 8 tahun ada juga yang menyatakan 10 tahun. Mana yang betul saya kurang pasti. Gambar disebelah itu adalah gambar Najoud.



Najoud dikatakan telah dipaksa berkahwin dengan Faez Ali Thameur (digambar) berusia 30tahun atas paksaan keluarganya. Khabarnya bapa yang telah kehilangan pekerjaan telah memaksa ia berkahwin. Dia dikatakan telah dipukul, dipaksa melakukan hubungan seks dan sebagainya selama 2 bulan perkahwinannya.


Dia juga dilapurkan telah pergi sendiri ke mahkamah memfailkan kes ini dan terbaru dia mahkamah telah mengistiharkan perceraiannya. US telah mengambil kesempatan untuk memperbesarkan hal ini. Najoud telah diisytiharkan sebagai Woman of The Year 2008 dan anugerah telah disampaikan oleh Condoleeza Rice.
Seperti biasa, US cuba menyerang seolah hukum perkahwinan Islam yang memberi hak kepada bapa sebagai wali sebagai punca masalah ini. Kumpulan2 feminisme yang kononnya memperjuangkan emansipasi turut menuding jari ke Islam. Sekali lagi Islam diletakkan sebagai pihak tertuduh.

Saturday, November 8, 2008

SYAR'IEKAH PEMBAYARAN RIBA RM54 JUTA KEPADA KERAJAAN PUSAT TERSEBUT?


.....Lebih 1400 tahun yang lalu

Ayat-ayat mengharamkan riba telah diturunkan oleh pencipta kita, Allah swt.
Antaranya: Surah Al Baqarah 275-279, Ali Imran 130, An Nisaa 160-161, Ar Rum 39.

Melalui lisan nabi junjungan kita antaranya:
” Jauhi tujuh dosa besar”.... memakan harta riba’...... (Muttafaq Alaih)
”Riba itu hanya pada menunda waktu” (Muslim)
”Tiada riba’ kecuali pada penundaan waktu” (Bukhari)
“Tiada riba selama tunai” (Muslim, Ahmad)
Rasulullah melaknat pemakan riba, pembayar riba’, pencatat riba, dua saksi bagi riba. Baginda bersabda, “ Mereka semua sama” (Muslim)

Ribuan tahun kemudan, tiba-tiba Kerajaan Kelantan membayar riba sebanyak RM57 juta kepada kerajaan pusat. Dalil yang diberikan oleh sesetengah pihak ia adalah hutang lama kerajaan BN. Kerajaan Kelantan terikat dengan dengan perjanjian terdahulu.

Sebagai orang beriman, kita kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah. Apakah riba’ itu wajib dibayar? Firman Allah: Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahawa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. (Al Baqarah 279).

Firman Allah: Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.
Ibn Kathir berkata: Dengan meletakkan nilai modal yang asal menyebabkan tidak berlaku zalim menzalimi inilah penyelesaian Islam berhubung dengan taubat daripada riba.
Sedangkan An-Nasafi berpendapat mereka yang berhutang tidak dikenakan bayaran lebih daripada hutangnya di samping tidak dikurangkan hak pembeli hutang.

Hukum memuhasabah adalah wajib. Banyak nas yang secara qath’ie membicarakan hal ini. Antaranya yang biasa kita baca dalam surah Al Ar, Allah ta’kid(menegaskan sebanyak 3 kali.
1. Dengan sumpah
2. Inna (sesungguhnya)
3. lafi khusr (benar2 dalam kerugian)

Allah sampai menegaskan sebanyak 3 kali bahawa manusia dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Hizbut Tahrir Malaysia melalui laman webnya menegur tindakan tersebut bertentangan dengan hukum syara’. Apakah teguran haramnya membayar riba’ bukan teguran yang benar? Atau adakah kita ego untuk menerima kebenaran yang terang lagi bersuluh? Atau kita merasakan yang menegur itu tidak sehebat ulama’ yang kita ikuti itu?

Jika itulah, maka ingatlah sabda nabi yang diriwayatkan Imam Muslim dari Abdullah bin Mas’ud:
” Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar biji sawi. ...... Sombong itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah orang lain”

Wahai saudara ku yang mulia,

Apakah kamu masih tidak mahu menerima muhasabah ini. Jika tidak mengapa?
- apakah kamu merasakan memang diperbolehkan membayar riba bagi kes ini? Walhal ia belum sampai ke tahap ikrahul mulji untuk mendakwa dharurah/terpaksa.

- Apakah anda merasakan tidak apa melakukan keharaman asalkan mempunyai niat yang baik? Sedangkan tidakkah anda sendiri yang menyatakan matlamat tidak menghalalkan cara.

- Apakah kamu menolak kerana ini adalah teguran dari jemaah lain, apatah lagi ia datang dari jemaah yang menolak demokrasi yang mana kamu berkiprah diatas jalannya? Jika begitu jelas kamu menolak bukan kerana dalil tetapi kerana kebencian terhadap penyampainya. Tidak takutkah kamu menjadi orang sombong yang tak layak masuk syurga seperti yang dinyatakan dalam hadith riwayat Imam Muslim di atas?

- Atau apakah kalian engikut saja apa yang disampaikan oleh ulama kalian tanpa mengendahkan ia selari dengan syara’ atau tidak. Apakah pada kalian setiap butir perkataan yang datang dari ulama’ kalian, pasti betul dan tidak boleh dimuhasabah lagi? Jika itulah sikap kalian, ingatlah peringatan Allah swt yang cukup keras;

Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah [9]: 31).

Wahai saudara ku yang dikasihi,

Muhasabah ini walaupun mungkin berat bagi kalian menerimanya, ia adalah muhasabah yang didasari seruan syara’ dan atas rasa cinta terhadap kalian. Sudilah kiranya kalian menerimanya, dan muhasabahlah kami seikhlasnya sekiranya kami silap. Jadikanlah ia budaya sesama gerakan Islam.
Sama-samalah kita mengikut minhaj kenabian mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan semula khilafah Islamiah. Kami adalah saudara seagama kalian yang punya cita dan hasrat seperti kalian untuk melihat Islam kembali meliputi bumi. Bersama-samlah kita berusaha dan berdoa agar kita semua dapat bersama-sama berjuang dalam barisan yang kukuh menghadapi musuh-musuh Allah dan semoga Islam dapat ditegakkan melalui tangan-tangan kita, insyaAllah.

Sunday, November 2, 2008

Foto: Masirah Bersihkan Indonesia dari Pornografi-Pornoaksi dengan Syariah & Khilafah

HTI-Press. Pada hari Khamis, 29/10/08, Hizbut Tahrir Indonesia telah menganjurkan aksi damai (masirah) menyerukan kepada pemerintah dengan segenap kakitangannya, anggota keselamatan , penggubal undang-undang, tokoh masyarakat dan seluruh rakyat Indonesia untuk menyatakan perang dan mem-BERSIHKAN INDONESIA DARI PORNOGRAFI DAN PORNOAKSI. Aksi yang berlangsung di depan Gedung DPR Senayan Jakarta tersebut dihadiri oleh massa baik laki-laki, perempuan, kalangan tua maupun muda. Sebelumya, massa berjalan kaki dari Ibupejabat TVRI di Taman Ria Senayan menuju Gedung DPR. Mereka membentangkan spanduk, “Bersihkan Indonesia dari Pornografi-Pornoaksi dengan Syariah dan Khilafah”, di samping membawa poster dan juga meninggikan bendera Rasulullah Saw. Banyak foto lain boleh didapati di www.hizbut-tahrir.or.id






























SN Kembali Lagi :ISA Haram di Sisi Islam

Terbitan: HIZBUT TAHRIR MALAYSIA


[SN174] “Kerajaan tidak cadang kaji ISA” – Itulah keputusan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 19/10/08. Beliau berkata, “tumpuan saya ialah untuk membentangkan tiga rang undang-undang ini (suruhanjaya pelantikan hakim, pencegahan rasuah dan aduan khas) di Parlimen dan oleh itu tolong jangan soal saya tentang langkah untuk mengkaji ISA kerana akta hampir sama juga masih diguna pakai di Amerika Syarikat (AS) dan Britain”, tegasnya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-55 di Kuala Lumpur pada 18 Oktober lepas. Perdana Menteri nampaknya langsung tidak mahu tunduk kepada bantahan yang ditimbulkandari pelbagai pihak termasuklah dari parti komponen BN sendiri untuk memansuhkan Akta zalim tersebut.

Siapa tidak kenal ISA? Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang lebih dikenali sebagai ISA iaitu akronim nama Bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuat kuasa di Malaysia sejak 1960 lagi. Akta yang telah benar-benar digunakan kerajaan untuk menyelamatkan hegemoni politik mereka ini membolehkan sesiapa sahaja ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang disyaki atau dipercayai engancamkeselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Dan Menteri boleh menyambung dan terus menyambung tempoh tahanan ‘ikut suka beliau’ selama tempoh yang tiada hadnya, selama beliau masih berkuasa atau masih bernyawa.

Secara umumnya akta hasil pemikiran penjajah ini mengenepikan kuasa kehakiman dan bercanggah dengan kebebasan individu yang dijamin oleh Perlembagaan yang diagungkan oleh mereka sendiri. Ringkasnya, individu yang ditahan di bawah ISA (i) tidak memerlukan waran tangkap atau apa-apa arahan dari Mahkamah (ii) tidak perlu dan tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atau dibuktikan kesalahannya (iii) kuasa mutlak untuk ‘menjatuhkan hukuman’ terletak kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (iv) ‘kuasa mutlak’ untuk menyeksa tahanan terletak pada polis cawangan khas (SB) yang tidak pernah mengenal erti kemanusiaan.

Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin membincangkan fakta-fakta kezaliman ISA dan mereka yang telah ‘menjadi korbannya’ sejak sekian lama,kerana sememangnya risalah kecil ini tidak akan dapat memuat segala penderitaan tersebut. Namun apa yang ingin kami utarakan adalah hukum syarak mengenai akta gubalan tangan manusia ini yang mana para penggubal dan pengamalnya langsung tidak memikirkan hukuman dan azab Allah yang bakal menimpa mereka satu hari nanti dek kezaliman yang merekalakukan.

Kaedah Penghakiman/Keadilan Dalam Islam
Sebagai sebuah deen yang sempurna, agama Islam yang diturunkan oleh Allah ini mencakup segala perkara dan tidak ada satu pun yang tertinggal darinya. Dalam bab pengqadhian(penghakiman), Islam telah menggariskan hukum dan kaedah yang lengkap yang wajib diikuti oleh umat manusia. Antara kaedah syarak yang masyhur di dalam bab penghakiman/keadilan Islam adalah “Al-Aslu bara’atu zimmah” yang bermaksud “seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah” (innocent until proven guilty). Mengikut kaedah ini, oleh sebab hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya, makaseseorang itu tidak boleh dikenakan hukuman melainkan dengan keputusan mahkamah (setelah dibicarakan dan dibuktikan), dan seseorang itu tidak boleh sama sekali (secara mutlak) dihukum (punish) oleh mana-mana pihak selagi dia tidak disabitkan kesalahan[Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur, Fasal 13].

Perkara pertama: Al-Aslu bara’atu zimmah. Kaedah ini diambil dari hadis Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam iaitu, “(Beban) pembuktian adalah di atas pendakwa, dan sumpah (penafian) adalah di atas yang tertuduh” [HR Baihaqi dan Mutafaq alaih].

Imam Nawawi ketika mensyarah hadis ini mengatakan, “Pembuktian terletak di pihak pendakwa kerana ia menyalahi perkara yang zahir. Ini adalah kerana asasnya seseorang itu adalah ‘bebas dari kesalahan/liabiliti’ (bara’atuzimmah), sedangkan bagi tertuduh (accused/defendant) cukup dengan sumpah sahaja di pihaknya kerana dia meminta mengekalkan status quo, sesuai dengan asalnya iaitu bara’atuzimmah (tidak bersalah)” [Syarah Matan Arba’in, ms 153].

Hadis ini dengan jelas menerangkan bahawa hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah (innocent), dan pendakwa hendaklah membawa/menunjukkan bukti bahawa si tertuduh bersalah. Jika dia gagal membuktikan, maka si tertuduh tetap berada dalam keadaan asalnya yakni tidak bersalah. Justeru, menjatuhkan hukuman tanpa bukti, malah tanpa dakwaan sedikit pun seperti yang berlaku dalam kes ISA adalah bertentangan sama sekali dengan hadis ini. Dengan kata lain, perbuatan ini telah menyalahi hukum yang telah ditetapkan oleh Rasulullah.

Perkara kedua: Seseorang tidak boleh dijatuhkan hukuman kecuali dengan keputusan Qadhi (Mahkamah). Dalil untuk hal ini dapat dilihat dalam Hadis Nabi, “Maka barang siapa yangtelah terambil hartanya olehku, maka inilah hartaku, maka silalah dia mengambilnya dan barang siapa yang telah aku tersalah sebat belakangnya maka inilah belakangku untuk disebatnya, maka hendaklah dia mengambil keputusanku ini” [HR Baihaqi].

Dalam kes ini, kita mesti ingat bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam mengatakan hal ini dalam kapasiti baginda sebagai seorang pemerintah dan juga hakim. Ini bermaksud bahawa sesiapa sahaja yang telah dihukum (oleh hakim) secara salah, maka dia boleh menuntut pembalasan yang serupa. Hadis ini menjadi dalil yang tidak membenarkan pemerintah menghukum rakyatnya tanpa terbuktinya dakwaan terhadapnya yang melayakkan dia dihukum. Oleh itu, seseorang tidak boleh mendera orang lain kecuali dengan keputusan hakim dan adalah haram bagi seseorang hakim untuk menghukum (sama ada mengambil harta, mendera atau memenjara) orang lain tanpa hak.

Tambahan pula ada dalil lain di dalam kes li’an, yang mana seorang perempuan yang dituduh oleh suaminya bersekedudukan dengan orang lain kemudian perempuan ini dibawa ke hadapan Rasulullah (sebagai hakim), tetapi dia telah teragak-agak dalam melakukan penafian. Dalam kes itu, perempuan tersebut terselamat dari direjam kerana dia telah melakukan sumpah li’an. Namun Rasulullah bersabda,“Seandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa bukti, escaya aku akan merejamnya” [HR Muslim, Ahmad, Baihaqi dan Thabrani].

Ini menunjukkan bahawa tidak boleh merejam (menghukum) seseorang apabila tidak ada bukti jelas meskipun anda kesamaran dalam penafian perempuan tersebut. Jika Rasulullah sendiri justeru memanggil bicara dan tidak menghukum tanpa bukti yang jelas (walhal baginda diberi wahyu tentang perkara tersebut), maka alangkah hebatnya kuasa seorang Menteri (dan polis-polis yang terlibat) melampaui batas yang ditetapkan oleh Rasulullah, apabila mereka dengan mudahnya terus menghumban suspek ISA ke Kamunting dan menyeksa tahanan tanpa bicara dan tanpa bukti yang kukuh!

Dalam keadaan di mana individu tersebut disyaki melakukan kesalahan, Islam sememangnya membenarkan pihak polis menahan seseorang tertuduh (seperti tahanan reman) bagi membolehkan mereka mengumpul maklumat sebelum melakukan dakwaan. Bagaimanapun, penahanan ini hanya boleh dilakukan dengan syarat mendapat akuan/perintah dari Mahkamah dan masa penahanan adalah pendek dan terhad.Hal ini berdasarkan dalil hadis dari Bahz bin Hakim dari bapanya, dari datuknya, “Bahawa Nabi SAW menahan seorang lelaki kerana tuduhan kemudian dia dibebaskan” [Riwayat Lima kecuali Ibn Majah] dan dari Abu Hurairah ia berkata,“Rasulullah SAW menahan seorang individu selama sehari semalam dalam satu kes pertuduhan”.Perlu difahami bahawa penahanan tersebut bukanlah satu bentuk ‘hukuman’ tetapi iabertujuan untuk mendapatkan maklumat dan keterangan (tempoh siasatan), dan tidak boleh sama sekali mendera atau menyeksa tertuduh pada waktu ini.

Perkara ketiga: Hukuman hanya boleh dikenakan selepas sabit kesalahan. Tidak boleh (haram) melaksanakan hukuman kepada si tertuduh sebelum disabit kesalahannya. Dalilnya adalah berdasarkan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Seandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa bukti nescaya aku akan merejamnya” [HR Muslim, Ahmad, Baihaqi].

Meskipun (berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas) perempuan tersebut memang diketahui telah melakukan zina, namun ternyata Rasulullah tidak menyeksa atau melakukan apa jua tindakan agar perempuan itu mengaku. Tambahan lagi, jikalau hukuman boleh dikenakan kepada si tertuduh sematamata kerana kesalahannya ‘diketahui’, maka sudah tentu perempuan itu dihukum oleh Rasulullah kerana kejahatannya memang sudah pun diketahui ramai. Namun ternyata hakikatnya tidak demikian. Ini menunjukkan bahawa secara mutlak tidak dibolehkan (haram) melaksanakan hukuman terhadap si tertuduh tanpa disabitkan kesalahannya. Oleh yang demikian, adalah haram mengugut, memukul, mendera, memenjara atau mengenakan apa jua bentuk hukuman(punishment) selama mana tertuduh masih belum disabitkan kesalahan.

Hal ini disokong lagi oleh hadis dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam tidak menghukum seorang yang mabuk kerana tidak ada bukti. “Ibnu Abbas berkata, seorang lelaki telah meminum khamar dan mabuk dan dilihat terhuyung hayang. Lelaki ini dibawa kepada Rasulullah dan ketika menghampiri rumah Abbas, dia terlepas lalu masuk ke rumah Abbas dan berselindung di situ. Apabila hal ini sampai kepada Rasulullah, baginda tertawa seraya bertanya, ‘Adakah dia melakukan semua itu?’ Dan (kata Ibnu Abbas) Rasulullah tidak memerintahkan apa-apa pun dalam perkara ini”. Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah tidakmenjatuhkan hukuman kepada peminum khamar kerana tidak ada pengakuan dari tertuduh dan dakwaan ke atasnya juga tidak terbukti. Ini bermakna dia telah ‘dituduh’ mabuk tetapi tidak dapat dibuktikan (bahawa dia minum arak). Rasulullah tidak mengugut atau menyeksa atau mendera dia agar mengaku, dan Rasulullah juga tidak menjatuhkan hukuman ke atasnya hanya semata-mata kerana adanya ‘tuduhan’.

Oleh yang demikian, adalah haram untuk mengenakan sebarang bentuk tindakan ke atas tertuduh selagi kesnya tidak disabitkan oleh Mahkamah. Dengan kata lain, selagi tidak ada sabitan, statusnya tetap sebagai tertuduh (accused) dan bukannya pesalah (guilty) dan tidak ada seorang pun, baik polis atau menteri yang boleh menghukum (punish) orang yang ‘dituduh’.
Berdasarkan hadis ini, hukuman tahanan 60 hari dan juga dua tahun penjara (dan diseksa) yang dilakukan di bawah ISA oleh Menteri Dalam Negeri dan juga pihak polis adalah teramatjelas menyalahi perbuatan Rasulullah dan ternyata haram hukumnya ditinjau dari aspek mana sekalipun.

Selain ketiga perkara di atas, terdapat banyak hadis di mana Rasulullah berpesan, “Jika dua orang yang bersengketa di adapkan di hadapan engkau (hakim) maka janganlah engkaumenjatuhkan keputusan sehingga engkau mendengarkan dari pihak yang satu lagi sebagaimana engkau mendengar dari pihak pertama” [HR Ahmad].

Malangnya di dalam kes ISA, suspek langsung tidak dihadapkan di hadapan hakim danlangsung tidak diberi hak untuk berbicara. Suspek hanya ‘dipaksa’ menerima keputusan Menteri yang dibuat tanpa (Menteri tersebut) melihat kepada syariat Islam sedikit pun dan suspek terus dikategorikan sebagai pesalah. Kita sungguh sedih menghadapi kekejaman undang-undang ini tatkala melihat ia dilakukan oleh pemerintah yang mengaku bahawa mereka adalah beragama Islam. Islam manakah yang diikuti oleh mereka walhal hadis-hadis Rasulullah dalam hal ini mereka campakkan kesemuanya?

Sesungguhnya keharaman ISA adalah ibarat cahaya matahari. Bagi mereka yang jahil agama sekalipun, semua tahu bahawa ISA adalah undang-undang buatan manusia di Parlimen yangdiluluskan dengan cara majoriti. ISA bukan berasal dari wahyu, malah jelas bertentangan dengan apa yang diwahyukan. Jika dulu ISA digubal untuk menghalang kebangkitan komunis, danternyata ia telah berjaya melumpuhkannya. Kini setelah hilangnya pengaruh ideologi tersebut, ISA digunakan pula untuk menghalang kebangkitan dan penerapan Islam, dengan ditangkap dan dipenjarakan pendakwah-pendakwah yang ingin menegakkan agama Allah dan siapa sahaja yang berjuang ke arah menggantikan kerajaan sekular ini dengan Islam.

Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Kita semua tahu bahawa ISA adalah sebuah akta yang memang terkenal zalim. Namun, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah mengukur ‘zalim’ itu dariperspektif Islam semata-mata, bukannya dari perspektif emosi. Apabila kita memandang dari kaca mata Islam, maka kita akan mendapati bahawa bukan sahaja ISA, malah hampirkesemua undang-undang yang dibuat oleh manusia yang diamalkan di Malaysia hari ini adalah zalim. Ini kerana semua undang-undang itu adalah undang-undang yang bertentangandengan Islam yang hanya diluluskan dengan mudah melalui sistem demokrasi berdasarkan suara majoriti. Firman AllahSubhanahu wa Ta’ala, “Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45]. Oleh itu, kita hendaklah memahami bahawa kezaliman ISA itu adalah kerana keharamannya, sama sebagaimana undang-undang haram lain yang bertentangan dengan Islam yang diamalkandi negara kita. Justeru, ISA dan juga akta-akta gubalan manusia wajib dihapuskan dan diganti dengan undang-undang Islam yang berasal dari wahyu. wallahua’lam