Monday, January 31, 2011

Di Sebalik Pergolakan di Tunisia dan Mesir

1. Us berpandangan mesir adalah negara penting utk dijaga (rejim) yg memerintah agar sentiasa di pihak dia, sebab pandangan si kufur US ni jatuh mesir bermakna goyahlah keadaan di timur tengah..

2. mereka dlm perancangan utk mewujudkan 'new middle east' dgn mewujudkan negara shiah terbesar menganjur dari lubnan hingga pakistan , sebab pada pandangan mereka golongan shiah mudah di'lentur' dan di'jinak'kan berbanding puak sunnah. Maka hasil minyak akan mudah diperolehi bila di bawah kekuasaan puak shiah...

3. Rancangan US ni menunjukkan mereka dah bosan dgn melayan karenah puak sunnah yg byk pengaruhnya oleh arab saudi, seba raja arab sendiri tak puas hati dengan kewujudan amerika di iraq sebabnya bukan pasal US musuh tapi lebih kepada US menggalakkan kewujudan dan pengembangan kuasa syiah di timur tengah...

4.sekarang US melihat kejatuhan rejim kuku besi di tunisia bakal digunakan utk dia ambil kesempatan utk meletakkan agen2 depa dan US sgt2 berharap yg jangkitan revolusi ini akn meresap ke negra2 jiran terutama negra arab sunnah.. walaupun rancangan ini bakal mengundang kecaman dari negara2 empayar tua eropah...

5.Ini terlihat dari ke'ceriaan' dlm ucapan 'hilari kelington' berkata 'rejim yg keras seperti sekarang tak akan kekal lama, dan corak negara timur tengah yg baru perlu lebih dinamik dan mempunyai asas kenegaraan yg kukuh utk bertahan. ini hanya boleh dicapai jika mereka megubah cara memrintah dan mendengar pandangan dan cadangan org2 muda".... (pada ana dia cuba nak ceritakan ttg pengkayaan demokrasi...

6. setakat ini ada satu saja matlamat US, iaitu terus berusaha utk mendominasi timur tengah dgn apa cara sekalipun...

ini harapan kita:

1. mudahan rakyat tunisia, mesir (yg tgh bergolak) tidak melatah dan memilih agen US sebagai penganti ben ali dan mubarak...

2. mudahan di tunisia dan mesir, seruan kepada khilafah mendapat sambutan yg hangat, walupun tak dapat tegakkan khilafah, semoga paling tidak membuka ruang dakwah yang lebih baik.

3. mudahan ini adalah makar allah dlm membantu hambanya yg ingin berusaha menegakkan kalimah sucinya di tengah2 manusia.

4. mudahan akan 'ada cahaya di hujung terowong' ditunisia dan mesir dan seterusnya seluruh timur tengah.... mcm hadith yg menceritakan daulah bakal tertegak di palestin...

Thursday, January 27, 2011

Tenaga Lestari



Seharian saya menghadiri Taklimat Stakeholder bagi reneweable energy(RE). Malaysia memasuki era baru dalam aplikasi RE. Selama 50 tahun penjana tenaga menikmati subsidi bekalan api thermal baik gas mahupun arang batu. Kebanyakan konsesi tersebut akan tamat dan kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan subsidi bahan api. Dunia secara global sememang memasuki fasa mengaplikasi RE secara lebih intensif. Tenaga lestari ini baik dari biomass, biogas, hidro, solar, angin, geothermal telah sekian lama digunakan di luar negara.

Meneroka RE memang menarik. Bayangkan dari buangan sisa domestic dan kumbahan boleh dijana elektrik. Baik menggunakan tangki digester mahupun gassifier, gas methane, CO2 dan Hidrogen yang terbebas disalurkan ke gas enjin untuk memutarkan alternator lalu menghasilkan tenaga elektrik. Dari effluent kilang sawit yang busuk( yang selalu dipaparkan Karam Singh Walia) berpotensi menghasilkan tenaga elektrik biogas. Dari tandan sawit, kulit tebu, jerami dan sekam padi, dan banyak lagi boleh diguna sebagai feedstock untuk menjana bahan api biomass baik menggunakan teknologi konvensional dandang mahupun gassification. Malaysia juga mempunya potensi hidro yang masih banyak belum diteroka. Di Tawau ada potensi geothermal yang telah dikenal pasti hingga 150MW. Cuma mungkin yang kurang potensinya adalah tenaga angin. Bagi individu, kita boleh pasang panel solar dirumah dan TNB akan bayar kepada kita pada kadar RM1.20/kwh.

Untuk mengimplementasi bukanlah suatu yang mudah. Saya dapati ada ketidakselarian antara kementerian yang bertanggungjawab dengan local autoriti. Walaupun kementerian memberi sokongan, untuk mendapatkan kelulusan autoriti setempat seperti PBT dan JAS bukanlah perkara mudah. Untuk mendapat bekalan feedstock sekiranya melibatkan agensi kerajaan, ia melibatkan campurtangan yang sangat melelahkan. Apatah lagi jika ia melibat kelulusan kerajaan sesetengah negeri, tanpa campur tangan pegawai tinggi dan ahli politik ia adalah sesuatu yang sukar. Sampah, apabila hari ini diketahui mempunyai aplikasi tenaga juga telah menjadi rebutan.

Saya ingin membicarakan tentang hukum loji kuasa hidro. Perlu kita fahami bahawa air adalah milik umum. Sekiranya ia melibatkan empangan sehingga menghalang ummat untuk menggunakannya maka ia adalah sesuatu yang tidak boleh dibangunkan oleh pihak swasta. Sekiranya ia tidak melibatkan empangan, sebagai contoh sekadar run of river dan disalurkan semula ke sungai serta tidak menghalang umat dari memanfaatkannya, ia boleh dibangunkan oleh pihak swasta.

Seorang sahabat (non muslim) pernah merekabentuk lojikuasa untuk menghasilkan tenaga biogas dari sisa kumbahan khinzir. Ia bukanlah sesuatu yang sukar, sama konsep dengan sisa kumbahan effluent organic lain, mungkin Indah Water ada plan mereka. Sebenarnya ia sebahagian dari proses rawatan anaerobic dan aerobic. Cuma pada rawatan effluent biasa, gas methane yang terhasil akan terbebas dan mencemarkan ozon. Methane 16kali lebih mencemar dari CO2. Sekiranya gas ini dihasilkan secara effisien ia boleh disalurkan ke gas enjin untuk menghasilkan tenaga elektrik. Saya sendiri tidak pasti apa hukumnya mengaplikasikan sumber tenaga sebegini. Mungkin kalau ada pihak yang suruh saya bangunkan, maka pada masa tersebut perlulah saya terlebih dahulu meminta ijtihad dari mujtahid.

Ada masa kita cerita lagi insyaAllah….

Tuesday, January 25, 2011

UNGKAPAN KERAMAT BERMENTERA


Pemimpin Ikhwanul Mesir,Essam El-Erian, mempertimbangkan akan menggerakan anggotanya untuk turun dalam demonstrasi. Ini berikutan kejayaan rakyat Tunisia menumbangkan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali dengan mengadakan demonstrasi besar-besaran.Bekas General Tentera yang kuku besi itu akhirnya tumbang akibat demonstrasi besar-besaran yang dilancarkan sejak Disember 2010. Begitulah hebatnya kuasa rakyat.

Di dalam Islam, kedaulatan adalah ditangan syara', sedangkan kekuasaan adalah di tangan rakyat (yang beragama Islam). Umatlah yang berhak memilih pemimpin yang mereka sukai dengan jalan bai'at. Sedangkan orang kafir tidak berhak membai'at kerawa kewajipan bai'at itu hanya milik Muslim. Sekiranya majoriti umat menunjukkan penolakan imam yang dilantik, maka hukum bai'at tersebut adalah tidak sah. Betapa kaum kuffar ini telah mengalihkan kehebatan kekuasaan rakyat ini hanya melalui pilihanraya demokrasi. Saya bukanlah hendak mengajak sesiapa turun menggulingkan pemerintah dengan demonstrasi jalan. Kerana bukan itu yang ditunjukkan Islam. Malah apa yang terjadi di Tunisia boleh dijadikan pengajaran, sesiapa pun yang dilantik mungkin lebih diplomatik berbanding pemerintah diktator sebelumnya. Tetapi perubahan ideologi kepada idealogi Islam tidak akan berlaku.

Bahkan, revolusi ideologi memerlukan umat dibina dengan hukum Islam terlebih dahulu. Sehingga pemikiran Islam ini membara dalam jiwa mereka. Api yang menyala ini akan merebak keseluruh umat sehingga mereka mahukan Islam. Ia tidak cukup dengan sekadar semangat mahukan 'Negara Islam', 'Khilafah', 'Pemerintahan Islam', sahaja. Tetapi kelompok yang meggerakkan umat ini perlu mengkristal dijiwa mereka politik Islam, sehingga mereka menjadi politikus Islam yang jernih pemikiran Islamnya. Dakwah dan usaha politik ini terus dijalankan sehingga tercapainya usaha thalabun nusroh. Inilah yang dicontohkan rasul kepada, sebuah metodologi canggih yang diwahyukan. Baginda juga telah menunjukkan uslub dan wasilah yang brilliant untuk menjayakan metodologi tadi. Ingatlah, betapa kaum kuffar itu begitu takut jika umat Islam berusaha menggunakan kekuasaan rakyat mereka setiap masa. Maka, dipukaunya kita ungkapan keremat bermentera demokrasi 5 tahun sekali beserta jerangkap dan seperangkat undang-undang yang menjerut.

Wednesday, January 19, 2011

From Kedah With Diarrhea

Dah nak bersawang blog ini, biasalah kesibukan dijadikan alasan. Saya baru balik dari urusan kerja di Alor Star. Sepatutnya dari sana terus ke Kelantan. Kali ini bukan balik kampung, tapi juga urusan yang menyangkut kerja. Memang teringin benar melalui Temenggor ke Kelantan, saya kira terlanjur dapatlah saya merasainya. Boleh kata semua jalan lain ke Kelantan baik jalan pantai Terengganu, jalan Jabo-Jerangau, Jalan KL-Gua Musang, dan Cameron Highlands telah saya lalui kecuali jalan ini.

Allah Maha Mengkehendaki. Sesampai di Alor Setar, tengahari Isnin kami terus berhenti makan di Restoren Nasi Kandar Pokok Ceri, bersebelahan Restoren Yasmeen. Ini kali pertama makan di Pokok Ceri, kami beri gred biasa saja. Kami ada 2 mesyuarat petang tersebut, formal dan tidak formal. Petang itu, kami dibawa `pula di Restoren Mi Kamal. Sahabat orang Alor Setar mengatakan mi goreng di situ paling sedap. Nak menjaga hati, saya mengikut sahaja walaupun masih kenyang. Sampai ke malam saya masih kenyang, tetapi terpaksa menemani sahabat yang ingin makan malam. Akibatnya, habis nasi lemak sepinggan.

Bangun pagi, terasa badan lain macam, perut pun tak selesa. Turun sarapan, saya cuma minum dan makan buah. Kami adalah lawatan tapak selepas itu. Terasa badan semakin tidak selesa. Dari Alor Setar kami ke Naka, Jerlun dan sepatutnya ke Kuala Kedah dan Yan. Tetapi saya membuat keputusan membatalkan ke Kuala Kedah dan Yan. Kembali di Alor Setar, kami dibawa ke Restoren Ikan Bakar Atap Rumbia. Semua yang lain sedap menjamu selera, saya cuma makan pisang dan barli suam, badan semakin tidak sedap. Rasanya tak larat dah nak ke Kelantan. Samada stay di Alor Setar atau balik ke KL. Kami mengambil keputusan ke Sungai Petani berehat di rumah orang tua salah seorang kawan. Saya ambil kesempatan ke Klinik,38.2 Celcius, panas juga. Doktor kata food poisoning. Terfikir nak berehat semalam dahulu Sungai Petani, tapi akhirnya saya buat keputusan untuk balik. Sampai di rumah kira-kira sepuluh malam, fuhhh... leganya. Mujur hari ni MC, dapat rehatkan badan, oppssss update blog juga. Rasanya kali terakhir MC tahun awal 2008, sakit telinga. Masa tu tengah peak sibuk, boss punya la bising.

Saya nak sambung cerita pasal posting sebelum ini, statement Zamihan berkenaan 'pengganas'. Sebelum ini beliau dikaitkan dengan penangkapan Dr Asri berikutan taklimat sulitnya kepada PDRM. Saya beberapa kali mendengar ceramah Zamihan. Setiap jumaat minggu ketiga beliau akan memberi tazkirah sebelum khutbah jumaat di Masjid AsSyakirin KLCC. Ceramah beliau unik, sukar untuk kita dapat peluang sebegitu. Penyampaiannya seperti gaya ceramah PAS pada 80an. Beliau menghentam kerajaan, menteri dengan cukup keras, menyebut hukum kufur tidak berhukum dengan hukum Allah. Penyampaian begini takdenya la kita boleh jumpa hari ini di masjid-masjid yang diselia Majlis Agama.Yang lebih menakjubkan, dalam menghentam sistem dan pemerintah yang berkuasa, beliau masih lagi duduk di kerusinya dan menjadi sahabat baik kepada PDRM. Zamihan dikatakan mempunyai fahaman Ahbash. Saya mengenali penulisannya semasa menuntut dahulu melalui buku yang mengkritik Wahhabi. Ahbash diakui sebagai ajaran yang menyeleweng oleh ramai ulama'. Sejarah silam ahbash memang terkenal dengan menjadi talibarut kepada pemerintah. Ikhwanul Muslimin antara yang terkesan teruk. Hizbut Tahrir juga terkena di Rusia.