Friday, April 30, 2010

Berlagak Hero, Sebenarnya Tak Banyak Beza Arab Jahiliyyah

Qushayy bin Kilab mengahiwini anak Ketua Suku Khuzaah, pemerintah Hijaz sedangkan, sedangkan Qushayy dari keturunan Quraisy. Dalam masa yang sama, secara senyap-senyap beliau mengumbul suku-suku Quraisy. Apabila bapa mertuanya gering, beliau melaga-lagakan Bani Khuzaah dan Quraisy tanpa disedari mereka. Kemudian, Qushayy dianggap hero kerana mendamaikan kedua suku ini lantas dilantik ketua baru di Hijaz, ia mendapat gelaran 'mujammi'. Sejak itu bermulalah pemerintahan Bani Quraisy di Hijaz. Qushayy diganti oleh anaknya yang paling cerdik Abdul Manaf. Makkah mengalami zaman yang boleh dianggap gemilang dalam sejarahnya pada zaman anak Abdul Manaf, iaitu Hashim. Pada zaman Hashim, struktur pemerintahan Makkah diatur begitu tersusun. Terdapat 15 Jabatan yang mengurus pemerintahan dan pentadbiran Makkah yang mana diserah tugas kepada bani-bani yang terdapat dalam Arab Quraisy.

1. As Siqayah
Penguruasan air, haji dan telaga zam zam - Bani Hashim
2. Ar Rifadah
Pengurusan makanan dan jamaah haji - Bani Hashim
3. Al Imrah
Mentadbir Ka'bah dan Masjid Haram - Bani Hashim
4. As Sidanah
Keamanan dan pemegang kunci ka'bah - Bani Abdud Dar
5. An Nadwah
Penguruhttp://www.blogger.com/img/blank.gifsan tatanegara - Bani Abdud Dar
6. Al Musyawarah
Perhimpunan ketua-ketua dan pemimpin - Bani Asad
7. Al Asynaq
Keselamatan jiwa dan harta benda - Bani Taim
8. Al Qubbah
Urusan gendang perang - Bani Makhzum
9. Al A'innah
Pasukan berkuda dan keperluan perang - Bani Makhzum
10. Al Sifarah
Perwakilan luar dan dalam negara - Bani Adi
11. Al Aisar
Urusan panah-panah suci dan berhala - Bani Jamuh
12. Al Amwalul Muhajjarah
Pengurusan harta yang berkaitan dengan berhala dan keagamaan - Bani Saham
13. Al I'qabah
Pengurusan bendera dan syiar - Bani Umayyah
14. Al Khizanah
Perbendaharaan negara - Bani Saham
15. Al Qiyadah
Pengurusan polis, tentera dan perang - Bani Umayyah



Golongan Arab Jahiliyyah mereka bodoh bukan kerana mereka tidak tahu memerintah, tetapi mereka jauh tersesat menyekutukan Allah swt. Mereka ada struktur kenegaraan yang mengambil pandangan dan keterlibatan setiap bani dari Arab Quraisy. Begitu jugalah pemerintah kufur hari ini dan jabatan-jabatan dibawahnya, usah mendabik dada kononnya anda yang mentadbir negara ini dengan baik. Anda sama sahaja dengan Arab Jahiliyyah, berkuasa, menolak hukum Allah dan korup.


Ketua Polis Negara dengan sombong akan menyuruh kakitangannya berundur sekiranya masyarakat terus menyalahkan pihak polis, kali ini isu Adik AminulRasyid.Pengalaman saya dengan pihak polis, senang kata SB, mereka dengan bangganya mencanang menjaga keselamatan, ketenteraman dan natijahnya menghalalkan mereka melaksanakan hukum kufur dan menjadi alat pemerintah kufur mempertahan sistem kufur laknatullah ini. Kalian sama saja dengan Bani Umayyah zaman arab jahiliyyah.

Sunday, April 25, 2010

PRK HULU SELANGOR : MANIFESTASI IDEA SUCI DEMOKRASI


PLATO: MANUSIA PENGASAS AJARAN DEMOKRASI

Plato yang hidup kira-kira 400 tahun sebelum Masehi mungkin tidak menyangka ideanya ini akan dimuliakan sedemikian rupa walaupun setelah 2400 tahun. Beliau yang merupakan murid kepada Socrates, menggagaskan konsep politik ini sebagai tandingan kepada konsep monarki, oligarsi dan timokrasi. Demokrasi mengalamai pelbagai pengubahsuaian tetapi ada 2 ciri yang digariskan oleh Plato dan anak muridnya, Aristotle, yang menjadi ciri fundamental kepada demokrasi dan kekal ke hari ini. Pertama adalah ‘alotment’ iaitu rakyat memilih wakil mereka. Dan kedua adalah perkumpulan orang yang dipilih untuk menggubal undang-undang dan menjalankan pemerintahan. Inilah yang disebut sebagai Demokrasi Athens. Sebenarnya ada pihak yang mendakwa konsep demokrasi telah digagas lebih awal pada abad ke 6 SM oleh Tamadun Hindu, Mendes, Achaemenid dan Sumaria, tetapi tamadun Yunani dianggap sebagai penggagas demokrasi yang paling berstruktur dan digunapakai asasnya hingga ke hari ini. Selepas zaman Socrates, demokrasi Athens melalui zaman gemilangnya sebelum berhadap dengan tentangan golongan agamawan Nasrani yang membawa konsep teokrasi sehinggalah Eropah terperosok dalam zaman gelap.


Perancis dan British masing-masing mendakwa merekalah perintis keluar dari zaman gelap Eropah. Kedua-dua bangsa ini masing-masing mendakwa merekalah pelopor demokrasi moden. Perancis sebenarnya terlebih dahulu membahas seperangkat hukum demokrasi untuk aplikasi pasca zaman gelap. Lahirlah Rosseu dan Montesquie dengan Spirit of Law yang membahas gagasan kenegaraan moden yang masih menciplak idea demokrasi. British menyangkalnya kerana mendakwa De Monforts Parliamant bahkan telah menggubal rang undang-undang menghadkan Magna Carte Raja England sejak 1265 lagi. Maka bersainglah Bristish dan Perancis mendatang pelbagai rincian dan konsep untuk mengukuhkan lagi demokrasi sedangkan pada masa itu Islam sedang dizaman kegemilangannya tidak mengenal apatah lagi memperdulikan demokrasi. Secara mutlak Islam menolak demokrasi yang menjadikan manusia sebagai sumber kekuasaan.


MONTESQIUE: PENGGAGAS DEMOKRASI MODEN HARI INI


Perancis pada zaman kegemilangannya berjaya merobek wilayah khilafah Islamiah. Mereka malah berjaya membeli pegawai-pegawai pemerintah dan mendesak untuk diterapkan demokrasi Negara Islam. Ia berlaku pada abad ke 19 melalui agennya iaitu Midhat Pasha. Malah ramai pegawai tertinggi daulah telah dijemput ke Perancis dan balik menunjukkan kekagumannya terhadap demokrasi Perancis. Melalui Bab Aliy, mereka berusaha menerapkan demokrasi dalam khilafah Islam dan akhirnya mereka berjaya sehinggalah Sultan Abdul Hameed II berhasil membuangnya kembali dari khilafah Islam. Apabila Sultan Abdul Hameed semakin lemah, pegawai-pegawai daulah dikuasai Perancis, bukan sekadar demokrasi malah hukum-hukum lain telah diambil dari Perancis. Ia berlaku hinggalah khilafah dihancurkan.


DEMOKRASI: SISTEM KUFUR YANG DISUCIKAN SEMUA BANGSA

Hari ini demokrasi benar-benar berjaya masuk ke dalam akal fikiran dan lubok hati ramai ummat islam. Baik dari para cendekiawan hinggalah buruh binaan, ramai yang terpesona dengan demokrasi. Mereka melihat demokrasi sebagai suatu yang paling agung dalam pemerintahan mahupun dalam mencapai kekuasaan. Ia umpama konsep suci yang tidak boleh disentuh atau dipertikai. Hari ini Pilihanraya Kecil Hulu Selangor menyaksikan baik si Islam, Hindu mahupun Buddha walaupun saling bertikai dari segi parti politik tetapi bersatu menerima demokrasi. Mereka tidak mampu menerima sesiapa yang mengkritik demokrasi kerana telah sekian lama berjuang dan bergelumang dengan idea kufur ini sehingga merasakan inilah minhaj yang terbaik untuk mencapai kekuasaan. Wallahua’lam.

Tuesday, April 20, 2010

INI BUKAN POLITIK ISLAM NAMANYA


Patutlah ramai yang memandang jijik kepada politik. Jika PRK Hulu Selangor dijadikan sandaran, ia bukan sekadar jijik tetapi dah bernajis. Disatu pihak cuba menyerang peribadi lawannya dengan isu arak. Maka akhirnya sang menteri dan isteri minum arak pun terdedah juga. Terbaru Zaid diserang sebagai kaki judi. Sekali lagi sokongan umat dipancing melalui isu-isu panas. BN mendedah kembali keaiban Theresa Kwok. Lebih kelakar, mereka menolak isu Islam libral, IFC kepada PKR, walhal sama-sama liberal. PR kelihatan lebih berfakta dengan membawa isu kapal selam, APCO , Teoh Beng Hock dan Altantuya sebagai isu sekali lagi. Maka pemimpin baik BN dan PR masing-masing menyokong dan mempertahankan calon masing-masing.

Inilah realiti politik kufur, berbeza sama sekali dengan Islam. Islam menggariskan politik sebagai pengendalian urusan umat baik dalam dan luar negara dengan hukum Islam. Maka berpolitik hari ini dengan memberikan kesedaran dan pemikiran Islam yang jernih agar politik Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh melalui negara. Maka politik Islam bukan sekadar memainkan isu untuk menarik sokongan, itu politik kufur demokrasi. Poilitik Islam, kita membina ummat agar dengan pemikiran yang jernih ummat mendirikan semula daulah Islamiah.

Inilah akibat terjebak dalam perangkap kufur demokrasi. Kepada saudara-saudaraku yang dikasihi, tanggalkan belenggu demokrasi yang telah meracuni kalian. Penawarnya dengan kalian mempelajari dan kembali kepada politik Islam. Allhuakbar!!!

Berikut gambar-gambar yang saya ambil dari Malaysiakini.














Sunday, April 18, 2010

Benarkah Syaikh Taqiyuddin An-Nabhany pernah menjadi anggota Ikhwanul Muslimin?



Dr. Abdul Aziz Al Khayyath, seorang tokoh Ikhwanul Muslimin di era 40-an --yang kemudian bergabung bersama Hizbut Tahrir menyatakan bahwa setelah kembali dari Al Azhar Syekh Taqiyuddin beliau aktif melakukan dialog (ittishal) dengan masyarakat. Dialog-dialog tersebut dilakukan dengan sejumlah tokoh-tokoh dan pemuda di wilayah Palestina seperti Namr Mishr dan Daud Hamdan dan Dr. Abd. Aziz sendiri. Di samping itu beliau juga giat melakukan kunjungan ke berbagai negeri-negeri Arab untuk menghubungi para tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam untuk menyampaikan gagasannya untuk membangkitkan kembali ummat Islam. Proses tersebut dilakukan sebelum ia menjadi anggota di Mahkamah Isti’naf (Pengadilan Tinggi) Palestina sekitar tahun 1946.

An Nabhany sendiri –baik sebelum dan setelah mendirikan Hizbut Tahrir-- cukup aktif melakukan dialog dengan sejumlah tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin. Abd. Aziz menyatakan bahwa tema pembicaran beliau dengan An Nabhany berkisar pada upaya untuk mewujudkan cara-cara baru untuk menerapkan dan mengembalikan Islam ke tampuk pemerintahan.

Setelah mendapat pencerahan pemikiran dari An Nabhani, Syekh Abd. Aziz --yang pada waktu itu menjadi penanggungjawab tawanan Ikhwanul Muslimin di wilayah Palestina, Suriah, Lebanon dan Yordan tersebut—kemudian menerbitkan majalah yang bernama Al Waie Aljadid bersama dua orang tokoh Ikhwanul Muslimin yakni Abd. Razak Khalifah dan dan Sayyid Kurkur (hal. 16).

Dr. Abd. Aziz kemudian semakin intens melakukan dialog dengan An nabhany termasuk mengenai upaya untuk melakukan reformasi gerakan, uslub, tujuan dan pandangan gerakan Ikhwanul Muslimin. Dengan hal tersebut Abd. Aziz berharap tidak diperlukan lagi pembentukan partai politik baru untuk kembali menerapkan Islam ke tampuk pemerintahan sehingga upaya orang-orang yang berjuang untuk kembali menerapkan Islam tidak berserakan. Menurut Abd. Aziz usaha tersebut nyaris berhasil jika saja ia tidak dihalangi oleh Dr. Said Ramadlan yang merupakan tokoh panutan IM pada masa itu. Setelah upaya untuk membenahi Ikhwanul Muslimin termasuk menyuguhkan pemikiran-pemikiran dan pandangan-pandangan baru mengalami kebuntuan, Dr. Abd. Aziz kemudian bersama-sama An Nabhany mendirikan Hizbut Tahrir.

Beliau juga mengaskan bahwa Syaikh Taqiyuddin tidak pernah menjadi bagian dari Ikhwanul Muslimin. Auni judu’ sendiri juga menampik hal tersebut. Alasannya An Nabhany merupakan sosok yang alim yang memiliki sejumlah tulisan-tulisan yang berserakan diberbagai media di tahun 40-an. Andaikata ia menjadi bagian dari Ikhwanul Muslimin maka barang tentu sedikit banyak akan ditemukan gambaran pemikiran-pemikiran beliau yang bersinggunan dengan Ikhwanul Muslimin. Sejumlah terbitan Ikhwanul Muslimin pada masa itu juga tidak ada yang dapat membuktikan hal tersebut.

Syaikh Taqiyuddin beserta orang-orang yang bergabung dengan HT kemudian semakin intens melakukan dialog-dialog dan interaksi pemikiran dengan berbagai tokoh gerakan, ulama, dan masyarakat secara umum termasuk dari kalangan aktivis Ikhwanul Muslimin. Tidak heran jika sebagian anggota Ikhwanul Muslimin termasuk sejumlah tokohnya kemudian bergabung dengan Hizbut Tahrir seperti Sayyid Namir Al Mishr, Syekh Ahmad Daur, dan Sayyid Ghanim Abduh (hal. 126). Meski demikian Dr. Abd. Aziz menegaskan bahwa tidak benar jika seluruh atau sebagian besar anggota awal Hizbut Tahrir berasal dari Ikhwanul Muslimin.

Pada masa itu menurut Syekh Abd. Aziz hubungan antara Hizbut Tahrir dengan Ikhwanul Muslimin sempat mengalami kebekuan akibat adanya diskriminasi sebagian anggota Ikhwanul Muslimin kepada anggota HT yang sebelumnya berasal dari IM seperti yang dialami oleh Almarhum Abu Hisyam yang mengalami intimidasi sebanyak dua kali. Syekh Taqiyuddin sendiri temasuk Dr. Abd. Aziz banyak mendapatakan tuduhan-tuduhan yang tidak benar. Salah satunya adalah tuduhan bahwa Syekh Taqiyuddin menerima sumbangan dana dari salah seorang diplomat AS senilai 80. 000 dollar.

Meski demikian Syaikh Taqiyuddin sendiri masih sering diundang oleh para anggota Ikhwanul Muslimin untuk menyampaikan pemikiran-pemikirannya yang selanjutnya menarik minat sebagian mereka untuk bergabung ke Hizbut Tahrir (hal. 80). Bahkan pada masa Hasana Al Banna sekalipun, An Nabhany banyak menghadiri daurah-daurah yang diadakan oleh Ikhwanul Muslimin untuk menyampaikan gagasan-gagasannya (hal. 126).

Syaikh Taqiyuddin sendiri sebelum mendirikan Hizbut Tahrir sempat bertemu secara langsung dengan Hasan Al Banna diakhir tahun 40-an di Kairo. Upaya dialog untuk mencari persamaan dengan Ikhwanul Muslimin sebenarnya telah dilakukan oleh beliau sebelum mendirikan Hizbut Tahrir. Meski hal tersebut mendapatkan penolakan dari beberapa pihak dari Ikhwanul Muslimin. Bahkan Dr.Said Ramadlan sebagaimana yang dituturkan oleh Dr. Abd. Aziz, melakukan sejumlah distorsi terhadap gambaran aktivitas Islam yang dilakukan oleh An Nabhani termasuk berbagai perjalanan yang dilakukan oleh An Nabhany dan rekan-rekannya ke sejumlah negara Arab khususnya di Yordania untuk menyebarkan gagasan-gagasannya. Bahkan DR. Said membekukan majalah Al Waie Al jadid yang dikeluarkan oleh Dr. Abd. Aziz bersama rekan-rekannya dari Ikhwanul Muslimin.

Sikap An Nabhani terhadap Al Banna

Dalam sebuah wawancara dengan Syaikh Ahmad Daur –salah seorang tokoh senior Hizbut Tahrir, ia mengatakan bahwa sama sekali tidak ada hubungan organisasi antara An Nabhany dengan Ikhwanul Muslimin, meskipun beliau pernah bertemu dengan Hasan Al Banna yang pada masa itu menjadi Mursyid Aam (pimpinan tertinggi—red) Ikhwanul Muslimin. Terhadap Al Banna, An Nabhaniy pernah berujar: “Syekh Al Banna merupakan orang yang alim, cerdas, sungguh-sungguh dan seorang mujtahid (hal. 83).

Salah seorang sumber sebagaimana yang dikutip oleh Al Judu’ mengatakan bahwa sepanjang interaksinya dengan An Nabhany di Lebanon, ia tidak pernah mendengarkan beliau mencela organisasi-organisasi kaum muslimin. Bahkan terhadap Ikhwanul Muslimin sendiri Syaikh Taqiyuddin pernah berkomentar: “Ikhwanul Muslimin merupakan jamaah Islam yang teguh dan tidak ada yang kurang padanya kecuali kajian tentang politik Islam (hal.83).

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir --ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Demikian pula harus ada dialog-dialog yang intensif dengan aktivis gerakan-gerakan Islam untuk melakukan diskusi dengan cara yang penuh hikmah, nasihat yang baik (mauidzah hasanah), dan debat yang baik dimana nash-nash syara dan hukum-hukum syara’ dijadikan sebagai dasar seluruh tindakan dan ucapan. Disamping itu harus dijauhi sikap-sikap pelecehan, penghinaan, serangan atau pembodohan (terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya). Kami (aktivis Hizbut Tahrir—pen.) hanya berdiskusi dengan menggunakan dalil untuk mencapai kebenaran dan hukum yang shahih tanpa ada rasa permusuhan sedikit pun (hal. 81).


Referensi tulisan ini didasarkan pada sebuah buku yang ditulis seorang peneliti ‘Auniy Al Judu’ Al ‘Abidy dengan judul: Hizbut Tahrir Al Islamy (1992) yang dipublikasan di situs www.alokab.com. Disarikan oleh Muhammad Fakar.

Nota: Artikel ini saya petik dari blog http://www.shahidah-pejuangislamkaffah.blogspot.com/

Saturday, April 17, 2010

Jepun Vs Continental

Lama tak menulis. Lagi lama saya tidak menulis artikel yang ilmiah. Akhir-akhir ini kebanyakannya penulisan santai. Sibuk sangat sebenarnya. Sebelum ini saya jaga 2 plant sahaja, tetapi disebabkan manager plant lagi satu dipindahkan, saya kena acting sementara waktu. Jaga tiga plant dalam satu masa, memang bercapah otak ini, sungguh meletihkan. Jadi kepada kawan-kawan, fahamlah ye.

Saya nak ke JB sebentar lagi untuk mengambil kereta di workshop. Pergi naik bas ekspres saja, kawan saya Rashid akan ambil di bus stop. Dia dah lulus phD dengan jayanya, maka hari ni dia kena belanja saya. Dalam Islam memang dianjurkan membelanja saudara yang kita kasihi, saya pelajari dari hadith-hadith yang begitu banyak menceritakan. Antaranya, dalam hadith qudsi Allah berfirman, Kecintaan Ku pasti diperoleh oleh orang yang saling mencintai kerana Ku, saling berkumpul kerana ku, saling mengunjungi kerana Ku dan saling memberi kerana Ku. (HR Imam Malik, Ahmad dan Al Hakim). Selepas tu dia kena hantar saya ambil kereta. So, thank you bro.

Inilah payahnya pakai kereta canggih-canggih buatan Eropah, nak cari mekanik yang mahir susah dan harga spare partnya mahal. Tetapi jika anda mementingkan ergonomik dan keselesaan pemanduan, kereta Eropah menepati citarasa. Dan paling penting, harga second hand jauh lebih murah dari kereta Jepun, itu point yang sebenarnya :). Mungkin bagi mereka yang mahu mengelak riba' tetapi seperti saya tak banyak duit, kereta Eropah satu alternatif yang baik. Bukan semua kereta Eropah mahal spare partnya, ada sesetengah kereta yang lebih mudah dijaga, terutama bagi mereka yang tinggal di sekitar lembah Klang. Bagi yang berminat, nanti kita boleh cerita lanjut, mungkin ada sesuatu yang boleh dicadangkan. Walaupun dari segi maintenance ia lebih mahal, tetapi bagi long run jika dibandingkan antara kereta Jepun dan Continental, sebenarnya kereta Conti more value for your money disebabkan harga beli yang jauh lebih rendah. Tetapi in term of realibility, kereta Jepun lebih praktikal kerana kita boleh repair di mana-mana saja. Paling penting bear in mind, bukan mudah memegang Islam di akhir zaman!

Tidak lama dulu saya ada menulis pendek mengenai Musyarakah Al Mutanaqisah, satu produk perbankan Islam yang dikatakan lebih Islamik dari Bai' Bithaman Ajil. Maka adalah kawan saya yang mahir dalam sistem kedua-dua sistem ekonomi kapitalisme dan Islam, membuat kajian. Sebenarnya, konsep asal Musyarakah Al Mutanaqisah ini boleh syar'ie, tetapi aplikasi agar selari dengan undang2 Malaysia dengan menggunapakai Ba'i Al Inah pada waktu pertukaran hak milik, jelas menjadikan ia tidak syar'ie. Ulama' mazhab sepakat menyatakan bai' al inah adalah haram. Uzar pernah memetik pandangan Imam Syafie secara sekerat seolah Imam Syafie membenarkan bai' al inah. Itu style biasa ulama' perbankan Islam yang penuh dengan talfiq hukum. Pernah tak anda bayangkan bagaimana pengaturan ekonomi Islam sehingga praktik perbankan ini sebenarnya tidak diperlukan, malahan tidak wujud?

Sekarang cuba anda fikirkan...

Wednesday, April 7, 2010

Ia telah pergi tidak akan kembali...

Setelah lebih setahun hidup bersama kami, tengahari tadi ia telah menghempuskan nafasnya yang terakhir. Lebih menyayat hati, ia ditemui mati dalam keadaan terapung.Setiap pagi sebelum pergi ke kerja saya jarang-jarang melepaskan peluang dengannya. Di waktu malam, dialah juga teman saya. Berlaku perubahan akhir-akhir ini, ia seperti kurang selera makan. Melihat keadaan yang kurang selesa, saya tukarkan air baru pada hari Sabtu, hari ini ia pergi tidak kembali. Nak kata sedih tu sedih la juga, tetapi hidup perlu diteruskan. Tak tahu ikan apa pula yang saya nak bela selepas ini.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
..
.
.
..
.
..
.
..
.
.
.
.
..



Ditemui mati dalam keadaan terapung dalam akuarium.


Inilah ikan arowana tersebut sebelum disimpan dalam peti sejuk.

p/s: Dahulu, arwah abah saya juga membela ikan arowana. Ikan tersebut mati akibat diberi makan cicak beracun setelah berusia hampir 3 tahun. Abah memberi ikan tersebut kepada seorang rakan, dia beliau membalasnya dengan ikan sembilang. Saya tak tahu apa nak buat dengan ikan ini, kalau ada rakan nak masak asam pedas ambillah....

Tuesday, April 6, 2010

Palm Oil: Bad Fat? Good Fat?



Saya sempat menonton Rancangan Oil Palm; Bad Fat? Good Fat? di AFC 703 malam tadi.
Ia cuba menjawab tuduhan-tuduhan dari NGO2 Alam sekitar yang mengaitkan industri perladangan sawit dengan kemusnahan alam sekitar.

Untuk menghadapi bentuk serangan tersebut, Roundtable of Sustainable Palm Oil (RSPO) ditubuhkan. Tetapi tidak semua syarikat yang terlibat dengan RSPO ini. Tetapi bukan ini yang saya ingin persoalkan di sini. Saya rasa tercekik apabila Pengerusi MPOPC, Datuk Yusof Basiron, menyatakan industri sawit menyumbang RM60billion dari pendapatan Malaysia pada 2009 dan ia merupakan sumber pendapatan kepada ribuan pekerja (saya tidak ingat jumlahnya).


Ya, memang ia merupakan sumber pendapatan, tetapi pendapatan untuk kekal di bawah paras kemiskinan. Gaji buruh dalam Industri Sawit hanyalah RM13.50 kemudian ditambah dengan beberapa elaun lain, hanyalah sekitar RM19 hingga RM24 sahaja sehari. Bagi pekerja ladang, ia bergantung kepada jumlah buah dan buah lerai. Ia adalah standard gaji yang ditentukan oleh Persatuan. Sebenarnya kerajaan boleh membantu, tetapi menaikkan gaji buroh hanya akan menurunkan pendapatan majikan dan kerajaan. Maka kekallah mereka dalam kepompong kemiskinan. Ia diiktiraf sebagai penyumbang utama perolehan negara, tetapi lihatlah jalan-jalan ke kawasan ladang sawit. Puluhan kilometer kepedalaman tanah marah, tanpa sebarang pembangunan infrastruktur. Inilah gambarab sebenar industri sawit di Malaysia. Hanya nama-nama konglemerat seperti Sime Darby dan Felda dipaparkan, tetapi itu bukanlah gambaran sebenar industri sawit di Malaysia. Hakikatnya, pekerja industri sawit ketinggalan dari arus kemajuan dan pembangunan.

Monday, April 5, 2010

Laut Aral Akan Pupus



Laut Aral pernah merupakan laut keempat terbersar di dunia. Kedalaman puratanya adalah 30.4m. Tetapi hari ini ia lebih 2/3 dari luat tersebut telah kering. Di jumpai banyak bangkai kapal-kapal yang pernah tenggelam. Laut ini dianggarkan berusia 2 juta tahun. Akibat aktiviti pengairan, aliran air ke laut ini berkurangan sebanyak 90% menyebabkan ia kering umpama padang pasir. Inilah akibat dari tangan-tangan manusia.





>


p/s: Ingatkan orang hutan je yang diancam kepupusan, laut pun sama.

Sunday, April 4, 2010

Mahu berpoco-poco?



Seorang AJK Surau memberitahu kepada imam ada kuliah suboh pada pagi Ahad. Selepas sarapan solat dhuha pula.Tuan Imam menjawab, kan ada poco-poco. %%$$&Y_I_*&*&$%##$$^)(*&&^%$#@VTER%^T^%%$%*&%$E$%(%^%?????????????????????????????

*** Poco-poco tersebut adalah program tidak rasmi yang dianjurkan oleh suami-suami dayus untuk kaum perempuan sahaja. Emak-emak orang berpoco-poco, aduhai... gelinya. Lebih biadap ia nak diadakan di depan surau.

Thursday, April 1, 2010

This Is Not April Fool


Road tax kereta mati semalam, tapi baru hari ini saya sempat uruskan. Biasalah, pakai insurans third party je, bukan nak claim pun benda-benda haram begini. Terpaksa adakan sekadar untuk bergerak di bumi Allah ini. Terkejut saya apabila wakil insurans tu kata dah takde lagi insurans third party, yang ada hanya comprehensive, rM600 setahun, itu paling murah. Campur road tax dah hampir RM700. Kereta sebuah lagi premiumnya pasti lagi mahal. Tiba-tiba macam muka-muka orang yang terbayang di minda saya. Muka-muka saudara mara dan sahabat handai yang kereta mereka takde road tax kerana tidak mampu bayar insurans. Saya sendiri cukup terasa seksanya hidup dalam sistem kufur ini, apatah lagi mereka yang keperluan asas pun masih tak berapa tertunai ditambah dengan biaya sekolah anak-anak yang semakin membesar. Memang bangsat sistem kufur ini dan pemimpin serta pelaksananya.

Borang income tax pun tak isi lagi. Keluar di berita, diingatkan supaya menyimpan semua resit yang terkait untuk pemotongan cukai. Wahh... satu petanda LHDN akan lebih kuat menghisap darah. Lebihan PCB tahun lepas pun saya tak dapat lagi, dah nak bayar tahun ni pula. Satu sen pun aku takkan halalkan, semoga mereka yang terlibat mencekik duit ummat ini akan hancur hidupnya di dunia sebagai mana akan hancurnya sistem kufur ini tak lama lagi, ameen. Kalau kita buka kitab-kitab para fuqaha, nescaya kita jumpa penjelasan yang mengkristal pengharaman cukai, kecuali apa sumber pendapatan yang ditunjukkan Islam. Saya teringat syarahan bekas mufti singapura, Syekh Ahmad Semait dalam kitab Al Kabair(Dosa-dosa Besar) karangan Imam Jarh wa ta'dil, Ad Dzahabi. Jelas dalam kitab ini dinyatakan keharaman cukai, tetapi sang mufti tanpa segan silu menghalalkannya dengan alasan keperluan hari ini. Aduhai bukan sikit ulama' yang menghalalkan cukai, semuanya dengan alasan maslahah. Rajin membaca kita boleh jumpa pandangan sesat para ulama' tak takut tuhan ini.

Mungkin sebab cukai ini, orang suka kerja kerajaaan. Kalau kerja swasta, elaun ke gaji semua kena cukai. Tetapi bagi kakitangan awam, hanya gaji dan elaun2 tertentu je kena cukai, kebanyakan elaun tak kena cukai. Ni lagi satu sikap pilih kasih. Malah kerajaan sudi menimbangkan potongan cukai 30% untuk Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA). Patutlah sukar nak jumpa pegawai tertinggi kerajaan benar-benar aktif ke hadapan dalam gerakan Islam, gaji jawatan dan pangkat telah menggelapkan atau dah pencen baru nak gi usrah. Pencen bergaji penuh dan sebuah Proton Perdana sebagai habuan. Mungkin sebab itu kebanyakkan sokong saja dasar kerajaan walaupun tahu ianya zalim lagi haram di sisi Islam. Sedangkan kalau berpangkat tinggi di sektor swasta, income tax 2,3 bulan memang sukar nak dielak, semua pendapat dikenakan cukai. Bayangkan 12 bulan kerja tungkus lumus, kita cuma dapat 9, 10 bulan gaji, selebihnya dirompak kerajaan.

Memang siksa hidup dalam sistem kufur hari ini jika benar nak menjaga Islam, dipegang panas bagai bara, tetapi jika dilepas jatuhlah ia, balasannya neraka. Rasa tak sabar bila nak tegaknya Daulah Islam Khilafah, walhal diri sendiri tak cukup kuat berdakwah. Marilah semua ummat Islam, khususnya sahabat-sahabat yang sudi membaca blog yang tidak seberapa ini, kita berjuang untuk Islam dengan menerapkan kembali seluruh hukum Islam dengan jalan menegakkan khilafah ala minhaj nubuwwah. Syukur kepada Allah dan terima kasih Hizbut Tahrir kerana memberikan saya kesedaran yang amat bermakna ini.