Thursday, November 5, 2009
CERITA PENGUSAHA AGENSI INSURANS
Semalam petang saya pergi mengambil road tax kereta melalui sebuah wakil insurans. Ini adalah kali pertama saya memperbaharui road tax melalui agen tersebut. Waduh, saban tahun kita dipaksa membayar road tax ditambah dengan toll, insurans loading bagi kereta lebih 10 tahun, ini semua adalah hukum-hukum kufur laknatullah. Semoga hancurlah kerajaan kufur ini berserta pelaksana-pelaksananya. Saya tidak akan sama sekali redha.
Penguasa agensi insurans tersebut, En So, berbangsa tionghua. Saya sempat berbual dengan beliau bertanya itu dan ini tentang insurans. Antaranya saya bertanya kepada beliau apakah insurans third party telah dihapuskan seperti yang dikatakan oleh banyak agensi. Beliau menafikannya. Menurut beliau banyak agensi yang tidak mahu menguruskannya kerana Premium bagi third party wajib all passengers maka harga premiumnya lebih kurang sama dengan premium comprehensif. Memandangkan ramai pelanggan yang lebih cenderung mengambil insurans komprehensif, maka kebanyakan syarikat insurans hanya menguruskan premiun komprehensif sahaja.
Saya memberitahu kepada En. So, samada saya mengambil Premium Third Party atau Komprehensif, sebagai orang Islam saya tak boleh claim apa-apa, ia haram disisi agama. Saya memperbaharui insurans sekadar untuk membolehkan saya memandu tanpa di saman. En. So mula bercakap dalam bahasa Inggeris pula, saya layankan. En. So mengemukakan pandangannya apa yang saya kemukakan tadi adalah pandangan agama. Malah dia dapat menduga saya menolak sama sekali sistem perbankan hari ini. Dia mula bersyarah, agama perlu disesuaikan dengan keadaan dan sistem hari ini. Beliau mengemukakan pandangan beberapa tokoh Muslim yang mengemukakan pandangan sedemikan, antaranya mengambil contoh bagi hukum pemindahan buah pinggang. Wah nampaknya En. So ini banyak maklumat juga.
Dalam masa yang singkat, agar sukar untuk saya membawakan topik ketuhanan untuk mematahkan total hujah beliau. Maka saya kemukakan kerapuhan sistem ekonomi kapitalis, terutama aspek kestabilan dan kekuhanan sistem ekonomi ini. Saya kemukakan pandangan tokoh dalam G20 summit dan kaitkan dengan industri insurans semasa krisis ekonomi 1998 dan sekarang. Saya simpulkan sistem ekonomi ini sedang menuju kehancuran dan malah pemikir barat sendiri ada yang menyatakan ekonomi Islam ada sistem ekonomi yang paling mampan. Akhirnya En. So diam dan mengalihkan topik, bertanya tentang kerja saya.
Saya meninggalkan beliau dengan menyatakan, selepas ini apa kata awak study ekonomi Islam pula. Beliau ketawa kecil dan mengucapkan selamat jalan kepada saya, lain kali datang lagi (orang meniaga la katakan).
Pada pemerhatian saya, ramai orang Islam yang mengakui kehebatan ekonomi Islam, tetapi mereka sendiri tidak tahu perinciannya. Ini adalah satu perkara yang amat menyedihkan. Oleh itu, marilah kita belajar Nizamul Iqtisad fil Islam. Nak mudah, jom datang halaqah Hizbut Tahrir, 2 tahun belum tentu habis bahas kitab ekonomi. Memang kompleks tetapi menarik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
wah bayar road tax jugak ye walaupun tahu itu sistem kufur dan tak anda tak redha.Dulu hentam TGNA sebab bayar riba pada kerajaan pusat atas hutang kerajaan BN kelantan yg terdahulu. Walau puas diterangkan situasi keterpaksaan tok guru anda hentam tok guru sehabis nafsu.... tengok bagaimana Allah 'tegur' anda kembali.
Salam...
Sebagai rakyat dalam negara kufur, banyak kemaslahatan kita yang tak terjaga kerana yang diterapkan adalah sistem kufur menggantikan sistem Islam. Sebagai individu, kita diwajibkan membayar cukai baik langsung mahupun tak langsung. Baik kicap, garam, sardin sudah ada cukap tidak langsung yang dikenakan kepada kita dan cukai langsung yang dikenakan kepada pengedar dan penjual. Pendek kata, semuanya bercukai. Begitu juga cukai-cukai lain seperti cukai pendapatan, cukai jalan, cukai perniagaan dan sebagainya. Jika tidak membayarnya, kita akan dikenakan cukai berlipat kali ganda, malah kadar interestnya dikompaun setiap bulan.
Maka, bayar haram, tak bayar pun haram, kita tidak ada pilihan. Maka dalam kes ini, kaedah fiqh ahwanussyarrain digunakan. Sama seperti kes menggugurkan janis untuk menyelamat ibu yang nak bersalin. Membunuh janin mahupun ibu hukumnya sama-sama haram. Tetapi dalam keadaan samasekali tidak ada pilihan, maka dibenarkan membunuh si janin untuk menyelamatkan si ibu. Sama jugalah bagi kes kita hari ini, diterapkan hukum kufur seperti cukai ini.
Itulah pendirian saya. Jika mereka yang ikhlas dan jujur untuk memahaminya, akan boleh faham. Jadi maka saya mengkritik pembayaran riba' oleh kerajaan kelantan kepada kerajaan pusat?
kerana waqi' bagi kes ini tidak sama untuk diterapkan kaedah fiqh tersebut. Kerana dalam Islam, kedaulatan itu WAJIB mutlak. Ini kerana ia telah ditunjukkan oleh sunnah Nabi yang menolak semua kekuasaan yang tidak mutlak yang ditawarkan semasa usaha thalabun nusrah.
Tanpa kekuasaan yang mutlak, sebagai pemerintah (al hukam) kita tidak dapat melaksanakan hukum syara', bahkan terpaksa tunduk dengan hukum kufur dan malah menjadikan pelaksananya. Maka alasan yang digunakan adalah tiada kekuasaan mutlak (berkongsi kuasa dengan kerajaan pusat). Walhal jika kita kaji banyak kitab2 al-hukam, kita akan dapati para fuqaha menggariskan tentang kewajipan adanya kekuasaan mutlak kepada pemerintah.
Inilah yang terjadi di Kelantan. Mereka sanggup menerima kekuasaan yang tidak mutlak, maka terpaksa membayar riba' dan malah melaksanakan banyak hukum-hukum kufur. Malah bagi kekuasaan dalam bidang kuasa kerajaan negeri sekalpun seperti berkaitan tanah, mereka tidak melaksakan hukum tanah Islam.
Jika akak mahu terima penjelasan saya, alhamdulillah. Apa yang saya tahu, saya memberi pandangan berdasarkan pandangan Islam. Itu saja.
apa-apa lah,
saya sangat 'faham' situasinya dan sangat faham apa yang cuba diolah di sini....anda 'lunak' terhadap diri sendiri tapi 'keras' pulak terhadap orang lain
tak bayar haram...bayar pun haram...hmmm...mananya ada 'rukhsah' la di sini ya....betol orang tua-tua kata...'bila kena batang hidung sendiri alasan sepikul boleh diberi.
banyak sangat ke yg anda tahu ttg peraturan tanah di Kelantan ?
tak pe lah wuzara....suka hati anta lah nak prejudis pada tok guru lagi....cuma janganlah sampai tergamak anda 'memaki'....itu bukan akhlak syabab HT.
makaseyyyy..
alah...tok guru maki orang lagi hebat...hehe
tengok jgk mcm mana Allah 'tegur' tok guru. bukan sekadar tuk guru, dengan 'container' sekali ditegur...
Biarlah dia tufail...
Mereka ini akan pertahankan apa saja tindakan tok guru walaupun haram. Apabila kita tegur, mereka sangka kita benci mereka.
Terkadang kasiah kepada mereka, pentarbiahan mereka tidak tersusun terus dari pemimpin mereka. Maka banyak bergantung kepada ilmu naqib yang menyampaikan. Oleh itu, kepimpinan mereka asyik menekankan aspek wala' kerana mereka tidak mentarbiah pengikut mereka dengan benar. Akibatnya adalah yang tidak dapat membezakan wala' dengan taksub. Kesan dari perkara ini, mereka terdesak untuk pertahankan apa saja tindakan pemimpin mereka.
Salam...
Isteri saya membaca blog saya beberapa hari lalu, setelah sekian lama tidak membukanya. Membaca kritikan 'kak' pada posting ini, beliau lantas menasihati saya," tu la... saya dah cakap, dengan orang PAS ni jangan kritik tok guru mereka, macamana pun mereka takkan terima."
Saya lantas bertanya kembali, " Dulu (semasa bersama PAS) awak pun gitu ke?"
Dia menjawab, " Ye kot... pada kita orang kenapalah nak kutuk tok guru, dia akan orang baik. memang tak boleh nak terima kalau ada orang krtik tok guru."
saya semakin mengerti...
saya pun lebih mengerti kenapa wuzara tuduh taksub bila ada muslimat yang bela tok guru nik aziz....rupanya pengalaman dgn isteri sendiri...
memanglah taksub kata-kata ini..
" Ye kot... pada kita orang kenapalah nak kutuk tok guru, dia akan orang baik. memang tak boleh nak terima kalau ada orang krtik tok guru."
sedang saya tak pula berfikiran begini...
tufail said :
alah...tok guru maki orang lagi hebat...hehe
tengok jgk mcm mana Allah 'tegur' tok guru. bukan sekadar tuk guru, dengan 'container' sekali ditegur...
*********
sapa yang tok guru maki ?? wuzara atau tufail sendiri ??...kalau najib dan umno lah yg tok guru maki....malanglah kalo anda yang terasa hati...
anda kena rajin2 pegi halaqah HT...nanti banyak 'ketinggalan' dalam perjuangan ini....
anda tak dengar wuzara 'puji' org pejabat agama....langsung dia tak maki...
'terkedu' jugak saya jadinya.
Polis dan Jabatan Agama telah selama ini menjadi alat kerajaan menghalang penegakan Islam. Mereka menangkap pejuang Islam, menahan pendakwah yang berdakwah tanpa tauliah, menyebabkan masjid dan surau bisu dari memperjuangkan Islam, menyebabkan ketakutan kepada ummat untuk membicarakan politik Islam, menyekat ceramah agama di masjid hanya kepada fardhu ain, memutar belit fahaman Islam, menyiarkan khutbah jumaat yang tidak mencerdaskan saban minggu. Mereka jelas menjadi haiwan tunggangan pemerintah mengikut kendali mereka.
Seorang Muslim yang berakal tidak selayaknya bersikap demikian, kecualilah sudah tiada akal. Inilah yang menyebabkan mereka tidak lagi bersifat insani (yang tunduk kepada perintah Al-Khaliq), tetapi jatuh sehina haiwani.
Usahlah akak nak mempertahankan mereka ini, nescaya akak akan ditemplak oleh kawan-kawan PAS akan sendiri. Pemerhatian saya, mereka menggelar ustaz2 kerajaan seperti kerbau dan sebagainya.
ada saya membela 'mereka' ?sekali pun tak berkenan saya akan dahului dgn ucapan yang lebih baik tak tergamak 'membinatangkan' sesama muslim kecuali org kafir harbi yang merampas hak dan jiwa org muslim..
kalau org Pas nak tempelak saya...suka depa lah....tak rosak pun aqidah saya kerana tak berani memaki org dalam dakwah saya.
kalau memaki itu juga sebahagian dari perkara yg dibolehkan dalam berdakwah...maka bolehlah cara anda dan bolehlah juga cara TG nik aziz .... tulisan saya tadi adalah respon pada tufail yang mengatakan TG memaki....sedangkan ini juga bukanlah pelik dikalangan HT....tu jer
Post a Comment