Monday, November 30, 2009

ISU TAJAAN HAJI NIK AZIZ: HUKUM HADIAH KEPADA PEMERINTAH


Isu tawaran haji kepada MB Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat menimbulkan pelbagai polemik. Bagi UMNO yang tak habis-habis mencari kesalahan PAS dan pemimpinnya, cuba mempersoalkan kredibiliti TGNA. Tetapi tajaan Haji tersebut merupakan kesalahan yang tidak boleh dikaitkan dengan akta rasuah. Manakala bagi penyokong TGNA Aziz habis-habisan mempertahankan tindakan tok guru mereka ini, dengan menjadikan budaya memberi hadiah kepadaa orang alim sebagai hujah keabsahan tawaran haji. Ada juga yang mempertahankan bahawa tajaan haji tersebut adalah sah, TGNA menolak hanya kerana mengelak fitnah.

Sebagai orang Islam, kita menyatakan ia halal atau haram semata-mata kerana dalil yang ditunjukkan oleh Al Quran, Sunnah, Ijma' sahabah dan qias. Haram bagi kita menyebelahi atau menyerang mana-mana pihak kerana sentimen emosi. Oleh itu, bagi memberi penjelasan bagi hukum ini, saya gali dan nukil pandangan para fuqaha dan kongsikan dengan pembaca sekalian. Semoga kita mendapat pencerahan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

HUKUM HADIAH

Dalam al-Qamus al-Fiqhi dinyatakan menurut ulama Syafiiyah, Hanabilah, Hanafiyah dan Malikiyah, hadiah adalah pemindahan pemilikan suatu harta tanpa imbalan sebagai penghormatan kepada orang yang diberi hadiah.

Sebagai sebuah aqad, hadiah memiliki tiga rukun. Pertama, adanya al-‘aqidan, iaitu pihak pemberi hadiah (al-muhdi) dan pihak yang diberi hadiah (al-muhda ilaih). Kedua, adanya ijab dan qabul. Hanya saja, dalam hal ini tidak mesti dalam bentuk redaksi (shighat) lafzhiyah. Ketiga, harta yang dihadiahkan (al-muhda). Al-Muhda (barang yang dihadiahkan) disyaratkan mesti jelas (ma‘lum), harus milik al-muhdi(pemberi hadiah), halal diperjualbelikan dan berada di tangan al-muhdi atau boleh diserahterimakan. (Sila rujuk An-Nawawi, Rawdhah ath-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin)

Hukum Memberi Hadiah

Hukum memberi hadiah adalah sunat. Dari Abu Hurairah Rasulullah saw bersabda:

تَهَادَوْا تَحَابُّوا

Kalian saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai.

(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Al Baihaqi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar)

Abu Hurairah menyataka bahwa Rasulullah apabila diberi makanan, beliau selalu menanyakan kepada si pemberi hadiah apakah pemberian itu hadiah atau sedekah. Jika pemberian itu sedekah, Rasul tidak memakannya dan menyuruh para sahabat untuk memakan hadiah dimaksud. Jika dinyatakan pemberian itu adalah hadiah, Rasulullah menepukkan tangannya dan makan bersama sahabat. (HR Imam Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan An Nasa’i)

Hai para Muslimah, janganlah seorang wanita merasa hina (memberi hadiah) kapada wanita tetangganya walaupun hanya tungkai kuku kambing. (HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad).

Orang yang diberi hadiah disunahkan menerima hadiah yang diberi saudaranya dan membalasnya. Dasarnya adalah hadits `Aisyah riwayat al-Bukhari, ia berkata

Rasulullah saw. pernah menerima hadiah dan membalasnya.

Sebaliknya, Nabi saw. melarang untuk menolak hadiah:

Penuhilah (undangan) orang yang mengundang, jangan kalian tolak hadiah dan jangan kalian memukul kaum Muslim. (HR al-Bukhari Ahmad, Abu Ya‘la dan Ibn Abi Syaibah).

Sebenarnya banyak lagi dalil yang secara umum menggalakkan sesama Muslim itu memberi hadiah. Ini dilakukan sesama Muslim, antara Rasulullah dan sahabat dan sebagainya. Adalah menjadi suatu yang khusus bagi rasul, baginda bahawa baginda boleh menerima hadiah tetapi tetapi haram menerima sedeqah.

Itulah serba sedikit suasana dalam daulah Islamiah pada zaman rasulullah. Walaupun hidup mereka sangat sederhana, mereka saling member hadiah sebagai manifestasi kecintaan mereka sesama Muslim. Mereka saling memberi makanan yang merupakan amalan mulia yang menjadi budaya dalam masyarakat Islam. Sebenarnya banyak lagi hadith-hadith yang menceritakan amalan yang memberi hadiah yang disunnatkan oleh Islam.

KETIKA YANG HARAM MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH

Dalam keumuman hukum sunat memberi hadiah, Islam telah menyatakan kekhususan keharaman memberi dan menerima hadiah. Para fuqaha telah menggariskan 3 bentuk hadiah yang haram, iaitu:

1) Hadiah kerana adanya aqad hutang.

2) Hadiah kerana melakukan sesuatu keharaman

3) Hadiah kepada pemerintah

Pertama, hadiah yang diberikan karena adanya akad al-qardh (hutang). Anas ra. menuturkan, Nabi saw. pernah bersabda:

Jika salah seorang di antara kamu memberi hutang kemudian yang berhutang memberi hadiah atau membawa kamu ke atas haiwan tunggangan maka jangan kamu menaikinya dan jangan menerima hadiah itu, kecuali yang demikian itu biasa terjadi di antara keduanya sebelum hutang-piutang itu. (HR Ibn Majah).

Kedua, hadiah yang diberikan atas tindakan yang haram atau mengurangi amal ibadah. Ini juga bentuk hadiah yang haram.

Ketiga, hadiah kepada pemerintah.

Pengharaman hadiah untuk penguasa, pegawai pemerintahan, dan semisalnya telah disebutkan

dengan jelas dalam hadits-hadits. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hamid Al-Sa’idi, bahawa Nabi saw. menugaskan Ibnu Lutaibah untuk mengurusi zakat Bani Sulaim. Ketika dia sampai kepada Rasulullah saw. dan membuat perkiraan dengan baginda, dia berkata:

“Ini untuk kalian. Dan ini hadiah yang dihadiahkan kepadaku.”

Maka, Rasulullah saw. berkata: “Kenapa kamu tidak duduk saja di rumah ayahmu dan rumah ibumu,

sampai datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar?”

Lalu Rasulullah saw. berdiri dan berbicara kepada orang-orang. Beliau bersyukur kepada Allah dan memuji-Nya, lalu berkata:

Amma ba’du. Sesungguhnya aku menugaskan beberapa orang lelaki di antara kalian untuk mengurusi hal-hal yang dikuasakan kepadaku oleh Allah. Lalu salah seorang dari kalian datang dan berkata: ‘Ini adalah milik kalian. Dan ini adalah hadiah yang dihadiahkan kepadaku.’ Kenapa dia tidak duduk saja di rumah ayahnya dan rumah ibunya, sampai datang kepadanya hadiahnya, jika dia benar? Demi Allah, tidak seorang pun dari kalian mengambil sesuatu darinya, kecuali dia akan menanggungnya pada hari kiamat.”

Dalam Talkhishul Mutasyabih, Al-Khathib mengeluarkan dari Anas, bahwa Nabi saw. bersabda.

"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima alhukam adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

Abu Wail Syaqiq bin Salamah, salah seorang imam tabi’in, berkata: “Jika qadhi (hakim) mengambil hadiah, maka dia telah memakan suht. Dan jika dia mengambil rasuah, maka itu telah menyampaikannya kepada kekufuran.”

Diceritakan dari Masruq dari Ibnu Mas’ud, bahwa ketia dia ditanya tentang suht, apakah itu rasuah, dia menjawab: “Bukan. Tapi suht adalah bahwa seorang lelaki meminta bantuanmu untuk menghilangkan ketidakadilan atasnya, lalu dia member hadiah padamu. Maka jangan kamu terima.”

Diriwayatkan dari Buraidah dari Nabi saw., beliau bersabda: “Barangsiapa yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan, dan kami telah memberikan rezeki (upah)kepadanya, maka (hadiah) yang dia ambil setelah itu adalah pengkhianatan.

Terdapat 2 pengecualian di mana pemerintah boleh menerima hadiah. Pertama, adalah hadiah yang diberi oleh pemerintah dari negara atau kekuasaan lain. Ini ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah saw dimana baginda menerima hadiah dari ketua-ketua kabilan di luar Madinah. Kedua, adalah sekiranya orang yang member hadiah sememangnya telah biasa member hadiah kepada pemerintah tersebut sebelum beliau menjawat jawatan pemerintahan. Ini bersandarkan mafhum dari potongan hadith

….Kenapa dia tidak duduk saja di rumah ayahnya dan rumah ibunya, sampai datang kepadanya hadiahnya, jika dia benar?....

Maka, sekiranya dua orang sudah sedia ada biasa memberi hadiah atas hubungan kekerabatan, persahabatan contohnya, sekiranya salah seorang dari mereka menjawat jawatan pemerintahan, mereka masih boleh meneruskan amalan tersebut.

BAGAIMANA DENGAN KES MB KELANTAN?

Ada sesetengah pihak yang berpandangan TG Nik Aziz boleh menerima tawaran mengerjakan haji tersebut sebagai hadiah kerana amalan pemberian hadiah mengerjakan haji adalah amalan biasa yang dilakukan kepada orang-orang alim. Amalan menanggung kos haji bagi sesiapa pun, baik kepada orang alim, pendakwah dan masyarakat umumnya adalah amalan yang hukumnya sunat. Ia berbalik kepada keumuman hukum sunat member hadiah kepada sesama manusia.

Walaubagaimana pun, bagi kes TG Nik Aziz yang memegang jawatan Menteri Besar Kelantan, beliau terikat dengan hukum sebagai pemerintah. Di mana-mana beliau boleh menerima hadiah dari ketua-ketua kerajaan lain dan juga dengan kenalan-kenalan yang biasa member beliau hadiah sejak sebelum beliau menjawat jawatan Menteri Besar. Jika tawaran hadiah itu datang selain dari sumber itu, adalah haram bagi beliau menerimanya.

KHATIMAH

Dalam system pemerintahan Islam, perkara yang berkaitan pemerintah ini adalah diadili dalam mahkamah mazhalim, sebuah mahkamah khusus membicarakan pertuduhan terhadap pemerintah dan pegawainya. Dalam system sekular hari ini, tiada system kehakiman sebegini, maka ramai pihak yang termangu-mangu memikirkan hukum sebenar bagi masalah sebegini.

Bagi saya, menulis pembahasan fiqh hadiah ini sebolehnya saya menulis dengan penuh kejujuran dalam menukil pandangan para fuqaha. Saya cuba menjelaskan pandangan para fuqaha sejujurnya tanpa bias samada menyebelahi atau menyerang Tuan Guru Nik Aziz. Saya berdoa agar diberi pemahaman yang benar dalam hal ini dan para pembaca juga dapat memperoleh pemahaman yang benar.


Saturday, November 28, 2009

HUKUM SOLAT JUMAAT PADA HARI RAYA


Soalan: Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut, iaitu hari Jumaat?

Jawapan:

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat Jumaat yang jatuh bertepatan dengan hari raya, sama ada ‘Eidul Fitri mahupun ‘Eidul Adha. Dalam kitab Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-A’immah karya Imam Ad-Dimasyqi dinyatakan bahawa:

“Apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka menurut pendapat Imam asy-Syafi’i yang sahih dinyatakan bahawa tuntutan solat Jumaat tidak gugur bagi penduduk setempat (pemastautin) yang mengerjakan solat Jumaat. Adapun bagi mereka yang datang dari kawasan lain, tuntutan tersebut digugurkan. Demikianlah menurut pendapat Imam Syafi’i yang sahih. Sekiranya mereka telah menunaikat solat hari raya, dibenarkan bagi mereka untuk terus pulang tanpa mengikuti solat Jumaat. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, bagi penduduk setempat, mereka wajib menunaikan solat Jumaat. Menurut Imam Ahmad pula, tidak wajib solat Jumaat sama ada penduduk tetap ataupun tidak. Kewajipan solat Jumaat gugur setelah mengerjakan solat hari raya, tetapi mereka wajib menunaikan solat Zohor. Menurut ‘Atha, solat Zohor dan solat Jumaat gugur bersama-sama pada hari tersebut. Maka tidak ada solat sesudah solat hari raya selain daripada solat Asar.”

Ad-Dimasyqi tidak menampilkan pendapat Imam Malik. Ibnu Rusyd di dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid menyatakan bahawa pendapat Imam Malik selari dengan pendapat Imam Abu Hanifah. Dinukilkan bahawa, “Imam Malik dan Abu Hanifah bersependapat, ‘Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka mukallaf dituntut untuk melaksanakan kedua-duanya’.”

Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah diberikan, ternyata bahawa dalam hal ini terdapat empat pendapat:

Pertama, solat Jumaat tidak gugur terhadap penduduk kota (ahlul amsaar / ahlul madinah) di mana di tempat mereka ada dilaksanakan solat Jumaat. Bagi mereka yang datang dari kampung atau gurun (ahlil badaawi / ahlul ‘aaliyah) di mana di kawasan mereka tidak dilaksanakan solat Jumaat, kewajipannya digugurkan. Maka sekiranya mereka (iaitu mereka yang datang dari kampong) telah menunaikan solat hari raya, mereka boleh terus pulang tanpa mengikuti solat Jumaat. Inilah pendapat Imam Syafi’i. Pendapat ini juga merupakan pendapat Uthman dan Umar bin Abdul Aziz.

Kedua, solat Jumaat tetap wajib ditunaikan, sama ada penduduk kota di kawasan di mana dilaksanakan solat Jumaat mahupun bagi penduduk dari luar. Pendapat inilah yang dipegang oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Maka, solat Jumaat tetap wajib dan tidak gugur biarpun sesudah menunaikan solat hari raya.

Ketiga, tidak wajib solat Jumaat tetapi mereka wajib solat Zohor. Demikianlah pendapat Imam Ahmad.

Keempat, solat Zohor dan Jumaat gugur kewajipannya pada hari tersebut. Tiada solat sesudah solat hari raya melainkan solat Asar. Demikianlah pendapat ‘Atha bin Abi Rabbah. Turut dikatakan bahawa itu juga adalah pendapat Ibnu Zubair dan ‘Ali.

Pendapat yang Rajih

Setelah diteliti, didapati bahawa pendapat yang paling rajih adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Huraian lanjut tentang hukumnya adalah seperti berikut:

Hukum pertama, jika seseorang itu telah menunaikan solat hari raya (yang jatuh pada hari Jumaat), maka gugurlah kewajipan ke atasnya untuk menunaikan solat Jumaat. Ia boleh memilih sama ada hendak menunaikan solat Jumaat ataupun tidak.

Dalil-dalilnya merujuk kepada hadis-hadis Nabi SAW yang sahih, antaranya yang diriwayatkan daripada Zaid bin Arqam r.a., katanya: “Nabi SAW melaksanakan solat ‘Eid (pada suatu hari Jumaat) kemudian baginda memberikan rukhsah (kemudahan/keringanan) dalam solat Jumaat. Kemudian baginda bersabda, ‘Barangsiapa yang kehendaki (solat Jumaat), hendaklah ia solat.” [HR Al-Khamsah, kecuali At-Tirmidzi. Hadis ini sahih menurut Ibnu Khuzaimah].

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya telah berkumpul pada hari kalian dua hari raya (‘Eid dan Jumaat). Maka barangsiapa yang kehendaki (solat hari raya), cukuplah baginya solat hari raya itu, tidak perlu baginya solat Jumaat lagi. Dan sesungguhnya kami akan mengerjakan solat Jumaat”. [HR Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim juga meriwayatkan hadis ini dari sanad Abu Salih, dan dalam isnadnya terdapat Baqiyah bin Walid, yand diperselisihkan ulama’. Imam ad-Daruquthni menilai hadis ini sebagai sahih. Ulama hadis lain menilainya sebagai hadis mursal]. Hadits-hadits ini merupakan dalil bahawa solat Jumaat selepas solat hari raya menjadi rukhsah. Ini bermakna, solat Jumaat boleh dikerjakan dan boleh ditinggalkan. Pada hadis Zaid bin Arqam di atas (hadis pertama), Nabi SAW bersabda “kemudian Nabi memberikan rukhsah dalam solat Jumaat”. Ini menunjukkan bahawa setelah solat hari raya ditunaikan, solat Jumaat menjadi rukhsah (kemudahan/keringanan).

Menurut Syeikh Taqiuddin an-Nabhani, rukhsah adalah hukum yang disyariatkan untuk meringankan hukum azimah (hukum asal) kerana terdapat sesuatu keuzuran (halangan), disertai ketetapan hukum azimah, namun hamba tidak dibolehkan mengerjakan rukhsah tersebut.

Maka solat Jumaat pada hari raya menjadi rukhsah kerana terdapat keuzuran iaitu perlaksanaan solat hari raya. Tetapi disebabkan rukhsah itu tidak menghilangkan azimah (hukum asal) sama sekali, maka solat Jumaat masih tetap disyariatkan. Justeru, ia boleh ditunaikan dan boleh juga ditinggalkan. Hal ini dikukuhkan lagi dengan sabda Nabi SAW yang terkandung dalam hadis Zaid bin Arqam “Barangsiapa yang kehendaki (solat Jumaat), hendaklah ia solat”. Inilah manthuq (ungkapan tersurat) hadis, manakala mafhum mukhalafah (ungkapan tersirat) bagi hadis tersebut (dalam hal ini ia berbentuk mafhum syarat, kerana terdapat lafaz ‘man’ sebagai syarat) adalah : “barangsiapa yang tidak kehendaki solat Jumaat, maka tidak perlu baginya menunaikan solat Jumaat”.

Kesimpulannya, orang yang telah melaksanakan solat hari raya, maka gugurlah kewajipan ke atasnya untuk menunaikan solat Jumaat. Lafaz ‘man’ (barangsiapa) mengandungi pengertian umum, tanpa mengira sama ada penduduk kampung mahupun penduduk kota. Adapun bagi lafaz umum, ia akan tetap berada dalam keumumannya selagimana tidak ada dalil yang mengkhususkannya. Dalam hal ini tidak ada dalil yang mengkhususkan (takhsis) keumumannya.

Hukum kedua, bagi mereka yang telah menunaikan solat hari raya, tetap disunnahkan dan diutamakan untuk melaksanakan solat Jumaat.

Secara dasarnya, kedudukan antara azimah dan rukhsah adalah setara (sama), tidak ada yang lebih utama kecuali jika terdapat nas yang menjelaskan keutamaan salah satu daripadanya, sama ada azimah mahupun rukhsah.

Namun dalam hal ini, terdapat nas yang menunjukkan keutamaan solat Jumaat berbanding meninggalkannya. Dalam hadis Abu Hurairah r.a. yang telah dinyatakan sebelum ini, terdapat sabda Nabi SAW “…Dan sesungguhnya kami akan mengerjakan solat Jumaat”. Ini menunjukkan bahawa meskipun baginda SAW menjadikan solat Jumaat sebagai rukhsah, akan tetapi Nabi Muhammad SAW tetap mengerjakan solat Jumaat. Sungguhpun demikian, perbuatan Nabi SAW ini tidak wajib, kerana baginda sendiri mengizinkan sama ada hendak menunaikannya ataupun tidak. Maka, perbuatan tersebut sifatnya sunnah, dan bukanlah wajib.

Hukum ketiga, jika seseorang yang telah menunaikan solat hari raya memilih untuk tidak menunaikan solat Jumaat, maka wajib ke atasnya untuk menunaikan solat Zohor.

Solat Zohor tetap wajib ditunaikan kerana nas-nas hadis yang telah dinyatakan hanyalah terhadap solat Jumaat dan tidak mencakupi solat Zohor. Kewajipan solat Zohor adalah kewajipan asal (al-fardhu al-asli), sedangkan solat Jumaat adalah hukum pengganti (badal) bagi solat Zohor. Maka jika hukum pengganti (iaitu solat Jumaat) tidak dilaksanakan, maka kembalilah tuntutan syarak kepada hukum asalnya, iaitu solat Zohor. Hal yang demikian adalah dalam mengamalkan “istishab”, iaitu kaedah hukum untuk menetapkan berlakunya hukum asal, selagi mana tidak terdapat dalil yang mengecualikan atau yang mengubah berlakunya hukum asal.

Hukum keempat, mereka yang tidak menunaikan solat hari raya pada pagi harinya, wajib ke atasnya untuk menunaikan solat Jumaat.

Rukhsah untuk meninggalkan solat Jumaat ini khusus bagi mereka yang sudah melaksanakan solat hari raya. Mereka yang tidak melaksanakan solat hari raya tidak mendapat rukhsah dan mereka tetap wajib menunaikan solat Jumaat.

Dalilnya merujuk kepada hadis Abu Hurairah (iaitu hadis kedua) di mana Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang kehendaki (solat hari raya), cukuplah baginya solat hari raya itu, tidak perlu solat Jumaat lagi.”. Ini merupakan manthuq hadis. Mafhum mukhalafahnya pula, orang yang tidak melaksanakan solat hari raya, maka ia tetap dituntut untuk menunaikan solat Jumaat.

Imam ash-Shan’ani dalam Subulus Salam ketika memberi syarah terhadap hadis tersebut berkata: “Hadis tersebut adalah dalil bahawa solat Jumaat (setelah ditunaikan solat hari raya) menjadi rukhsah. Boleh dikerjakan dan boleh pula ditinggalkan. Tetapi (rukhsah) itu khusus bagi mereka yang menunaikan solat ‘Eid, tidak mencakupi orang yang tidak mengerjakan solat ‘Eid”.

Oleh itu, orang yang tidak melaksanakan solat hari raya, tidak termasuk dalam pengecualian dari keumuman nas yang mewajibkan solat Jumaat. Mereka yang tidak menunaikan solat hari raya, wajib baginya menunaikan solat Jumaat.

Meninjau Pendapat-pendapat yang Lain

Pendapat Imam Syafi’i

Secara dasarnya, Imam Syafi’i tetap mewajibkan solat Jumaat yang jatuh pada hari raya. Namun beliau menetapkan kewajipan tersebut terhadap penduduk kota (ahlul madinah / ahlul amsaar). Bagi penduduk desa atau padang pasir (ahlul badawi) yang berkunjung ke kota untuk solat ‘Eid (dan solat Jumaat) dan di tempatnya tidak dilaksanakan solat Jumaat, maka mereka dibenarkan untuk tidak mengerjakan solat Jumaat.

Imam Syafi’i berpendapat sedemikian kerana menurut beliau, hadis-hadis yang menerangkan gugurnya kewajipan solat Jumaat pada hari raya bukanlah hadis-hadis yang sahih dan beliau tidak beramal dengannya. Berkenaan pendapat Imam Syafi’i tersebut, Imam ash-Shan’ani dalam Subulus Salam berkata: “Asy-Syafi’i dan segolongan ulama berpendapat bahawa solat Jumaat tidak menjadi rukhsah. Mereka berhujah bahawa dalil kewajipan solat Jumaat bersifat umum untuk semua hari (termasuklah pada hari raya). Hadis-hadis dan atsar-atsar (yang menjadikan solat Jumaat sebagai rukhsah) tidak cukup kuat untuk menjadi takhsis (pengkhususan) kewajipan solat Jumaat kerana sanad-sanad hadis tersebut telah diperselisihkan oleh ulama’. Saya (ash-Shan’ani) berkata, “Hadis Zaid bin Arqam telah dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah. Maka hadis tersebut boleh menjadi takhsis…”

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Imam Syafi’i tidak menilai hadis Zaid bin Arqam tersebut sebagai hadis sahih lalu beliau tidak menjadikannya sebagai takhsis yang menggugurkan kewajipan solat Jumaat. Beliau kemudian berpegang kepada keumuman nas yang mewajibkan solat Jumat pada semua hari (ayat 9 surah al-Jumu’ah). Namun, Imam ash-Shan’ani menyatakan bahawa hadis Zaid bin Arqam adalah sahih menurut Ibnu Khuzaimah.

Dalam hal ini perlu ditegaskan bahawa penolakan Imam Syafi’i terhadap hadis Zaid bin Arqam tidaklah mencegah kita daripada menerima hadis tersebut. Penolakan Imam Syafi’i terhadap hadis Zaid bin Arqam bukan bermaksud bahawa hadis tersebut (secara mutlak) tertolak (mardud) kerana sudah menjadi suatu kewajaran dalam penilaian hadis bahawa sesebuah hadis boleh diterima oleh sebahagian muhaddis tatkala muhaddis lain menolaknya. Dalam soal ini, Taqiuddin an-Nabhani dalam Asy-Syakhsiyah al-Islamiyah Juz 1 menukilkan: “…(kita tidak boleh sewenang-wenangnya menolak suatu hadis) hanya kerana seorang ahli hadis tidak menerimanya, kerana ada kemungkinan hadis itu diterima oleh ahli hadis yang lain. Kita juga tidak boleh menolak sesebuah hadis kerana ahli hadis menolaknya, kerana ada kemungkinan hadis itu digunakan sebagai hujah oleh para Imam atau para fuqaha…”

Oleh itu, walaupun hadis Zaid bin Arqam ditolak oleh Imam Syafi’i, bukan bermakna kita tidak boleh menggunakan hadis tersebut sebagai dalil syar’ie. Hal ini adalah kerana terdapat ahli hadis lain yang menilainya sebagai hadis sahih iaitu Imam Ibnu Khuzaimah, sebagaimana penjelasan Imam Ash-Shan’ani. Maka, beristidlal dengan hadis Zaid bin Arqam itu tetap dibenarkan dan hukum yang disandarkan pada hadis tersebut tetap berstatus hukum syar’ie.

Pendapat Imam Malik dan Abu Hanifah

Ibnu Rusyd menjelaskan hujah kedua-dua Imam tersebut; “Imam Malik dan Abu Hanifah berkata, ‘Solat hari raya adalah sunnah, sedang solat Jumaat adalah fardhu, dan salah satu daripadanya tidak dapat menggantikan yang lain. Inilah yang menjadi prinsip asal (al-aslu) dalam masalah ini, kecuali jika terdapat ketetapan syara’, maka wajib merujuk kepadanya…’

Berdasarkan keterangan tersebut, ternyata bahawa Imam Malik dan Abu Hanifah juga tidak menerima hadis-hadis yang menerangkan gugurnya solat Jumaat pada hari raya. Dengan itu, mereka berpegang pada hukum asal, iaitu solat hari raya sebagai sunnah dan kewajipan solat Jumaat. Asas kepada pendapat mereka sebenarnya sama dengan pendapat Imam Shafi’i. Namun demikian, mereka memberikan pengecualian bahawa hukum asal tersebut boleh berubah sekiranya terdapat dalil syar’ie yang menerangkannya.

Atas dasar itu, memandangkan terdapat hadis Zaid bin Arqam (yang dinilai sahih menurut Ibnu Khuzaimah) atau hadis Abu Hurairah r.a. (yang sahih menurut ad-Daruquthni), maka sesungguhnya hadis-hadis tersebut dapat dijadikan takhsis hukum asal solat Jumaat, iaitu yang pada asalnya wajib kemudian menjadi rukhsah (tidak wajib). Dengan demikian, hukum yang diterima adalah hukum yang telah ditakhsis yakni solat Jumaat menjadi rukhsah bagi mereka yang menunaikan solat hari raya dan statusnya tidak wajib. Inilah pendapat yang lebih tepat.

Pendapat ‘Atha bin Abi Rabah

Imam Ash’ani menjelaskan bahawa pendapat ‘Atha’ tersebut didasarkan kepada tiga alasan, iaitu:

Pertama, berdasarkan perbuatan Ibnu Zubair r.a sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa: “Dua hari raya (hari raya dan hari Jumaat) telah berkumpul pada satu hari yang sama. Lalu dia (Ibnu Zubair) mengumpulkan kedua-duanya dan melakukan solat untuk kedua-duanya sebanyak dua rakaat pada pagi hari. Dia tidak menambah atas dua rakaat itu sehinggalah dia mengerjakan solat Asar”.

Kedua, solat Jumaat adalah hukum asal (al-asl) pada hari Jumaat, sedangkan solat Zohor adalah hukum pengganti (al-badal) bagi solat Jumaat. Maka, jika hukum asal telah gugur, maka secara automatiknya gugurlah hukum penggantinya.

Ketiga, pada zahirnya dari hadis Zaid bin Arqam, Rasulullah SAW telah memberi rukhsah pada solat Jumaat. Namun baginda SAW tidak memerintahkan untuk solat Zohor bagi orang yang tidak melaksanakan solat Jumaat.

Demikianlah alasan yang digunakan. Imam ash-Shan’ani tidak menerima pendapat tersebut dan telah membantahnya. Menurutnya, setelah solat hari raya, Ibnu Zubair tidak keluar dari rumahnya untuk solat Jumaat di masjid, maka tidaklah dapat dipastikan sama ada Ibnu Zubair menunaikan solat Zohor ataupun tidak. Kemungkinan (ihtimal) bahawa Ibnu Zubair solat Zohor di rumahnya. Apa yang pasti, menurut Imam ash-Shan’ani, Ibnu Zubair tidak mengerjakan solat Jumaat.

Bagi alasan kedua dan ketiga, Imam ash-Shan’ani membantah bahawa solat Jumaat adalah hukum asal (al-asl) manakala solat Zohor sebagai hukum pengganti (al-badal). Sebaliknya, solat Zohor adalah al-asl manakala solat Jumaat merupakan penggantinya. Hal ini adalah kerana, kewajipan solat Zohor ditetapkan terlebih dahulu berbanding solat Jumaat. Solat Zohor disyariatkan kewajipannya pada malam Isra’ da Mikraj, manakala solat Jumaat disyariatkan kemudian. Oleh demikian, sekiranya solat Jumaat tidak dilaksanakan, maka wajiblah kembali kepada hukum asal iaitu mengerjakan solat Zohor.

Kesimpulan

Berdasarkan huraian yang telah diberikan, dapatlah disimpulkan bahawa sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka hukumnya adalah seperti berikut:

Pertama, jika seseorang telah menunaikan solat hari raya (‘Eid), maka gugurlah kewajipan solat Jumaat ke atasnya. Dia boleh memilih sama ada untuk menunaikan solat Jumaat ataupun tidak. Namun, disunnahkan baginya untuk tetap melaksanakan solat Jumaat.

Kedua, jika orang yang telah menunaikan solat hari raya memilih untuk tidak menunaikan solat Jumaat, wajib baginya untuk melaksanakan solat Zohor.

Ketiga, bagi mereka yang tidak menunaikan solat hari raya pada hari tersebut, wajib baginya untuk solat Jumaat. Dia tidak boleh meninggalkan solat Jumaat lalu menunaikan solat Zohor sebagai ganti.

Demikianlah hasil pentarjihan bagi masalah ini berdasarkan dalil-dalil syar’ie yang ada.
Wallahua’lam.

Rujukan

Abdullah, Muhammad Husain. 1995. Al Wadih fi Usul Al Fiqh. Cetakan Kedua. Beirut : Darul Bayariq. 417 hal.
Ad Dimasyqi, Muhammad bin Abdurrahman Asy Syafi’i. 1993. Rohmatul Ummah (Rahmatul Ummah Fi Ikhtilafil A`immah). Terjemahan oleh Sarmin Syukur dan Luluk Rodliyah. Cetakan Pertama. Surabaya : Al Ikhlas. 554 hal.
Ash Shan’ani, Muhammad bin Ismail Al Kahlani. Tanpa Tahun. Subulus Salam. Juz II. Bandung : Maktabah Dahlan. 224 hal.
Ash Shiddieqi, T.M. Hasbi. 1981. Koleksi Hadits Hukum (Al Ahkamun Nabawiyah). Jilid IV. Cetakan Kedua. Bandung : PT. Alma’arif. 379 hal.
An Nabhani, Taqiyuddin. 1953. Asy Syakhshiyah Al Islamiyah. Juz Ketiga (Usul Fiqh). Cetakan Kedua. Al Quds : Min Mansyurat Hizb Al Tahrir. 492 hal.
———-. 1994. Asy Syakhshiyah Al Islamiyah. Juz Pertama. Cetakan Keempat. Beirut : Darul Ummah. 407 hal.
Ibnu Khalil, ‘Atha`. 2000. Taisir Al Wusul Ila Al Usul. Cetakan Ketiga. Beirut : Darul Ummah. 310 hal.
Ibnu Rusyd. 1995. Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtashid. Juz I. Beirut : Daarul Fikr. 399 hal.
Raghib, Ali. 1991. Ahkamus Salat. Cetakan Pertama. Beirut : Daar An Nahdhah Al Islamiyah.132 hal.
Sabiq, Sayyid. 1987. Fikih Sunnah (Fiqhus Sunnah). Jilid 2. Cetakan Ketujuhbelas. Terjemahan oleh Mahyuddin Syaf. Bandung : PT. Al Ma’arif. 229 hal
Syirbasyi, Ahmad. 1987. Himpunan Fatwa (Yas`alunaka fi Ad Din wa Al Hayah). Terjemahan oleh Husein Bahreisj. Cetakan Pertama. Surabaya : Al Ikhlas. 598 hal.

KH. M. Siddiq Al-Jawi

Monday, November 23, 2009

Berdebat Untuk Demokrasi atau Islam?



Jika membaca pandangan seorang sekularis dari parti pemerintah, dengan mudah kita faham ia orang kerajaan. Tetapi jika yang memberi pandangan adalah golongan akademik, ramai yang sukar untuk membezakan samada ia pandangan yang Islami atau sekular. Malah ramai yang menganggapnya pandangan ilmiah dari seorang ilmuan, yan tidak terjangkau dek pemikiran orang biasa. Pandangan-pandangan tersebut dijadikan asas perbualan dan pertimbangan dalam membuat tindakan.

Pandangan Dr Aziz Bari dalam petikan berikut mencuit minda saya. Petikannya...

Bercakap dalam sesi pertama program anjuran Institut Kajian Dasar pagi ini, beliau berkata masyarakat Malaysia sendiri masih belum dapat menerima budaya debat yang menyuburkan demokrasi.

Dr Aziz berpandangan budaya debat masih belum cukup subur di Malaysia untuk mecapai tahap demokrasi yang sedemikian tinggi. Ya... dalam negeri yang kuat demokrasinya, debat dan talk show yang bersifat ilmiah adalah suatu yang diperlu disuburkan. Ini kerana mereka berpandangan dengan cara ini, mereka dapat menghasilkan keputusan yang terbaik lalu digubal sebagai peruntukan undang-undang.

Dalam Islam juga menggalakkan penghujahan, tetapi penghujahan dalam Islam sama sekali berbeza dengan debat dalam sistem sekular demokrasi. Kerana dalam Islam, penghujahan hanyalah dalam ruang lingkup ijtihadiah yang dibenarkan syara'. Sedangkan dalam sistem demokrasi, mereka berhujah apa saja permasalahan yang timbul dan mengiktiraf suara manusia sebagai pandangan yang terbaik. Saya melihat, budaya ini sebenarnya sedang disuburkan di Malaysia, tetapi sayangnya dalam kerangka demorasi, dan bukannya Islam.

Kita sepatutnya jelas, bahawa yang perlu diseburkan adalah Islam bukannya kapitalisme. Menyeru kepada demokrasi hakikatnya hanya memperkukuh kapitalisme, kerana ianya adalah sistem dalam ideologi kapitalisme. Maka, pandangan-pandangan sebegini sebenarnya adalah pandangan yang lahir dari pemikiran politik ideologi kapitalisme dan bukannya Islam.

Bacalah ye...

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Sistem dua parti: Pakatan perlu tempuhi jalan sukar...
Salhan K Ahmad
Nov 21, 09
10:18pm
Usaha untuk mewujudkan Pakatan Rakyat sebagai alternatif masih menerima kekangan daripada sistem warisan BN, manakala masyarakat Malaysia sendiri masih belum menyedari keperluan untuk mengamalkan sistem dua parti seperti yang diuar-uarkan.

Maka Pakatan masih perlu menempuh jalan sukar sebelum dapat melaksanakan sistem tersebut di negara ini, sekiranya pendapat beberapa ahli-ahli panel sebuah simposium mengenainya hari ini dijadikan ukuran.

Antara penghalang utama adalah ketiadaan budaya politik yang membolehkan sistem berkenaan dijalankan, kata profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Aziz Bari..

Bercakap dalam sesi pertama program anjuran Institut Kajian Dasar pagi ini, beliau berkata masyarakat Malaysia sendiri masih belum dapat menerima budaya debat yang menyuburkan demokrasi.

"Contohnya kalau seorang exco menyerang kerajaannya sendiri, masyarakat masih melihat perkara ini sebagai tindakan yang tidak betul, jadi bagaimana kita boleh melihat sistem dua parti dijalankan?

"Kita tidak boleh meniru hasil yang sama di negara lain seperti United Kingdom kerana kita tidak mempunyai budaya politik yang sama, ataupun konvensyen yang sama apabila sesuatu undang-undang dilaksanakan," katanya.

Menyetujui pandangan itu ialah seorang lagi panelis, Dr Thomas Stuart Knirsch yang menegaskan bahawa penanda aras yang jelas untuk melihat sistem dua parti dijalankan adalah kesediaan rakyat sendiri untuk menerima persekitaran politik tersebut.

Perubahan sosial, ekonomi


Kajian perlu dilakukan untuk menilai kesanggupan rakyat dalam menerima pakai sistem tersebut dengan mengambil kira realiti semasa, jelasnya lagi dalam sesi khusus berkaitan konsep dan amalan sistem itu.

"Perubahan-perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku di negara ini mewujudkan kategori baru di kalangan pengundi dan juga golongan yang perlu diwakili mereka," katanya lagi.

Pandangan ini disambut oleh naib presiden PKR, R Sivarasa, yang berkata usaha untuk mewujudkan sistem dua parti telah wujud sejak 1960-an tetapi usaha ini telah ditekan oleh BN.

"Ini dilakukan melalui undang-undang ISA, tekanan ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun untuk membolehkan sistem satu parti dominan saja yang wujud," katanya lagi.

Tambahnya, Pakatan Rakyat perlu melakukan usaha berterusan bagi memastikan sistem dua parti dilaksanakan.

"Kita perlu pastikan kebebasan institusi-institusi seperti polis dan juga pemisahan kuasa cabang-cabang demokrasi.

"Satu lagi aspek yang perlu ditangani adalah ketidakseimbangan di antara kerajaan persekutuan dan negeri.

'Negeri Pakatan dihukum'


"Negeri-negeri memberi sumbangan yang banyak kepada kerajaan persekutuan tetapi tidak berkuasa untuk menentukan perkara-perkara berkaitan pendidikan atau kehidupan awam," katanya lagi.

Teng Chang Khim, speaker DUN Selangor dalam sesi seterusnya pula berkata kerajaan negeri itu, yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya 2008, kini dihukum oleh kerajaan BN persekutuan.

"Sebelum 8 Mac, semua peruntukan pembangunan disalur melalui pejabat tanah dan kerajaan negeri dapat tahu berapakah jumlah yang disalurkan.

"Tetapi selepas 8 Mac, kerajaan persekutuan membentuk Pejabat Pembangunan Negeri. Ini satu tawaran yang tidak adil kepada kerajaan negeri, jadi kita perlukan tawaran baru," katanya lagi.

Jelasnya, ini juga merupakan sebab utama kerajaan negeri itu mengusulkan penubuhan satu suruhanjaya geran bebas untuk menyalur peruntukan daripada pusat.

"Tetapi melihat kepada permusuhan antara kerajaan negeri dan pusat sekarang, nampaknya jauh lagi perjalanan (usaha) ini.

Exco kanan kerajaan PAS Kelantan, Datuk Husam Musa pula berkata, usaha tersebut memerlukan "pertukaran menyeluruh" dengan set nilai yang berbeza daripada BN.

Gabungan lemah

"Kita perlukan satu sistem untuk tukar keadaan ini dengan memperkuat pakatan kita," katanya lagi.

Jelasnya, Umno dan BN telah mendapat kesedaran daripada pengundi pada pilihan raya 2008 dengan "menukar" Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurutnya, perubahan itu bagaimanapun tidak dilakukan secara menyeluruh oleh BN kerana masih mengawal institusi-institusi yang masih dapat mengekalkan kuasa mereka.

Katanya lagi, ini diperhatikannya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih "takut" untuk mengadakan pilihan raya kecil di DUN Kota Seputeh.

Beliau mendakwa, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM juga telah 'memerangkap' dua ADUN di Perak, tetapi menurutnya, dua orang ini kemudian nampaknya seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan.

Tambahnya Pakatan Rakyat masih dilihat sebagai gabungan yang lemah, kesan daripada stigma yang ditanam oleh BN.

Jelasnya, Pakatan Rakyat juga perlu menghadapi stigma berkaitan Dasar Ekonomi Baru serta isu-isu melibatkan orang Melayu dan agama Islam.

Perlu beri penerangan

"Satu lagi stigma adalah PAS akan menubuhkan kerajaan Islam sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat," katanya lagi.

Turut berbincang dalam sesi khas mengenai hubungan kerajaan pusat dan persekutuan ini adalah ADUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkata usaha perlu disegerakan untuk memperbaiki perkhidmatan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan.

"Kita tidak boleh tunggu sehingga rakyat meluat lagi," katanya, sambil menjelaskan mengenai usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memberi penerangan berkaitan "hukuman" yang dikenakan oleh kerajaan pusat.

"Rakyat di kawasan saya contohnya masih berfikir mereka tidak perlu lagi membayar tol selepas Pakatan ambil alih kerajaan," katanya.

Sebelum itu, Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan dasarnya di simposium tersebut turut menyuarakan perkara yang sama, dan menegaskan bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan oleh Pakatan untuk menjadi sistem dua parti itu satu realiti.

Manakala setiausaha agung Pakatan, Salahuddin Hashim juga tidak begitu optimistik mengenai sistem dua parti menjadi realiti, antaranya kerana hak-hak negeri tidak dihormati oleh Putrajaya.

Sebagai contoh, katanya ialah negeri-negeri terikat kepada Majlis Tanah Negara, yang menghalang kebebasan kerajaan negeri.

Perak, katanya, adalah antara negeri yang berdepan dengan perkara itu.

Salahuddin berkata, walaupun tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri, tetapi kerana adanya majlis tersebut, maka kerajaan negeri tersebut tidak dapat melaksanakan apa yang dikehendakinya.

Saturday, November 21, 2009

TENTERA ISRAEL MENANGKAP SEORANG MUSLIMAH KERANA TIDAK MAHU MEMBUKA PAKAIANNYA


Hebron- Otoritas pendudukan zionis Israel, sore ini menangkap seorang wanita, Ummu Wisam Dofash, setelah ia menolak membuka pakaiannya di pos pemeriksaan di pintu masuk ke jalan raya Asy-Syuhada di pusat kota Hebron.

Sumber-sumber lokal mengatakan bahwa ketika Ummu Wisam sedang pergi menuju rumahnya di Tel Rumeida, ia dihentikan oleh tentara Israel di pos pemeriksaan, lalu memintanya agar membuka pakaiannya untuk diperiksa, namun ia menolak melakukannya, sehingga salah seorang dari tentara itu menyerangnya dengan cara memukulinya, selanjutnya tentara Israel menangkapnya dan membawanya ke markas polisi Israel.

Sementara sumber pendudukan Israel mengklaim bahwa Ummu Wisam berusaha merampas senjata salah seorang prajurit, karena itulah mereka menangkapnya. (mediaumat.com)

Monday, November 16, 2009

AMAT HINA MENYAMAKAN ISLAM DENGAN DEMOKRASI

Demokrasi umpama ungkapan keramat, baik buat U.S si pengembang ideologi kapitalisme, juga buat pemerintah-pemerintah ssekular ummat Islam mahupun sang wali yang kononnya nak memperjuangkan Islam dengan method demokrasi. Tidak tahu kitab Allah yang mana yang telah menyatukan syariat ini walaupun berlainan aqidah. Kebodohan politik telah membuat ramai ummat Islam tertipu menyangka demokrasi adalah minhaj terbaik untuk menegakkan Islam hingga mereka melantarkan minhaj nabi yang unggul lagi mulia.




Indonesia mahu bersama Malaysia buktikan Islam seiring demokrasi: Susilo


KUALA LUMPUR
: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, berkata negara itu ingin bersama-sama Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa agama Islam adalah seiring dengan demokrasi moden.

Beliau berkata, republik itu juga mahu bersama negara Islam lain membangunkan satu model dan membuktikan bahawa Islam juga mempunyai nilai yang dimiliki peradaban lain. "Tun Musa Hitam betul, Indonesia seperti Malaysia ingin membuktikan tidak ada konflik antara demokrasi dan Islam. Saya baru saja bercakap di Universiti Harvard bahawa tidak benar antara Islam dan demokrasi itu tidak seiring. "Mari kita buktikan bahawa nilai Islam juga memiliki nilai yang dimiliki peradaban lain," katanya pada majlis makan tengah hari sempena lawatan rasmi beliau ke negara ini di sini, hari ini.

Majlis itu dianjurkan Majlis Promosi Hubungan Antara Malaysia-Indonesia yang dipengerusikan Musa. Turut hadir pada majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Terdahulu, berucap mengalukan kehadiran Presiden Indonesia itu, Musa berkata, kejayaan Susilo memenangi pilihan raya presiden untuk penggal kedua secara berturut membuktikan demokrasi boleh berlangsung sekalipun di negara Islam yang sedang membangun.

"Nama SBY (Susilo Bambang Yudhoyono) bila disebut membawa imej segera kepada kita bahawa beliau seorang Presiden Indonesia yang mengukir sejarah kerana dipilih secara demokrasi terbuka buat kedua kali.
"Beliau dapat membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa demokrasi juga membantu dalam memajukan masyarakat," katanya.

Musa menyifatkan kejayaan Susilo memenangi pilihan raya kali kedua itu diteguhkan dengan pemerintahan yang bukan saja berjaya meningkatkan ekonomi negaranya tetapi juga perubahan-perubahan lain yang dilakukan beliau. "Bapak Presiden buktikan beliau serius untuk kikis gejala negatif dalam pentadbiran Indonesia yang bawa akibat buruk kepada masyarakat Indonesia, sekarang kita nampak kejayaan (walaupun) perlahan-lahan tetapi maju ke depan," katanya lagi.

Dalam ucapannya itu yang didengari oleh lebih 200 tokoh daripada komuniti perniagaan Malaysia dan Indonesia, Susilo turut berterima kasih kepada masyarakat Malaysia atas sambutan yang begitu memberangsangkan.

"Saya datang dengan niat yang tulus membawa pesan persahabatan daripada rakyat Indonesia untuk rakyat Malaysia dan marilah kita jemput masa depan kita dengan optimisme yang tinggi dengan niat yang baik dengan pemikiran yang positif bahawa Malaysia dan Indonesia akan lebih kukuh dan bisa (boleh) bekerjasama lebih baik lagi, bahkan kita akan menjadi bahagian penting daripada perkembangan dunia yang makin aman, makin adil, makin demokratis," kata beliau.

Susilo juga berkata, beliau menghormati Malaysia dalam pelbagai perkara dan banyak belajar daripada negara ini.

Presiden Indonesia itu tiba di sini semalam bersama isteri, Ani Bambang Yudhoyono dalam rangka lawatan rasmi dua hari. Malaysia adalah negara pertama yang dilawati beliau selepas mengangkat sumpah sebagai presiden buat penggal kedua Oktober lalu.

Sumber : Berita Harian, 13/11/09

Amat Hina Mereka Yang Menyamakan Islam Dengan Demokrasi

Betapa rosak dan hinanya cara berfikir para pemimpin umat Islam hari ini yang menyatakan Islam seiring dengan demokrasi. Inilah hasil dari pemikiran sekular yang tertancap kukuh di benak pemikiran para pemimpin ini. Sungguh malang bagi umat Islam hari ini apabila para pemimpin mereka tidak dapat membezakan antara hak dengan yang batil, tidak dapat memisahkan cahaya dan kegelapan dan yang paling hina, tidak dapat memilih dengan betul antara Islam dan kekufuran. Nampaknya musuh-musuh Islam telah berjaya menjadikan para pemimpin sekular ini jurubicara mereka ditengah-tengah kehidupan umat Islam hari ini. Mereka ini tidak lain merupakan produk Barat yang berjaya dicetak pemikirannya agar selari dan seiring dengan kehendak Barat.

Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Apakah kamu sedar apa yang telah kamu perkatakan? Kamu begitu berani menyamakan Islam dengan sistem kufur demokrasi. Apakah kamu sedar bahawa tidak ada Deen yang lebih tinggi dari selain Islam. Sabda Rasulullah SAW: “Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya”. Hanya Islamlah satu-satunya ad-Deen/cara hidup yang diterima oleh Allah SWT.

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam"
. [TMQ A-li ‘Imraan (3) :19].

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi". [TMQ A-li ‘Imraan (3) : 85].

Dalil-dalil al-Quran dan hadith di atas begitu jelas! Lantas kenapakah kamu begitu berani menyamakan Islam dengan demokrasi?

Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Islam adalah Deen yang datangnya dari Allah SWT sementara demokrasi adalah sistem pemerintahan yang diciptakan oleh manusia! Mana mungkin Islam seiring dengan demokrasi!

Wahai para pemimpin sekular! Tidakkan kamu sedar bahawa Rasulullah SAW diutus dengan ad-Deen yang haq berserta al-Quran mulia untuk diizharkan mengatasi agama / sistem kehidupan yang lain?

Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. [TMQ At-Taubah (9) : 33].

Janganlah kamu menambahkan lagi kehinaan ke atas kamu dengan terus mengekalkan dan mempertahankan sistem kufur Barat, malah menyamakannya dengan Islam!!

Saturday, November 14, 2009

MASJID DI AMERIKA DISITA



NEW YORK-Atas nama perang melawan terorisme, pemerintah Amerika Serikat (AS) hari ini menyita empat masjid dan satu gedung pencakar langit di kota New York milik lembaga Islam. Pengelolaan keempat masjid dan bangunan bertingkat itu dianggap memiliki hubungan dengan pemerintah Iran. Organisasi pengelolanya bernama Alavi Foundation dan menurut laporan AP, memiliki aset lebih dari 500 juta dolar AS.

Aset itu meliputi akun di bank, pusat-pusat kegiatan islam berupa sekolah dan masjid di New York, Maryland, California, dan Houston, juga gedung 36 lantai di Manhattan. Penasihat hukum Alavi Foundation, John D Winter pun mengaku tidak puas dengan tindakan pemerintah. “Kami kecewa pemerintah memutuskan untuk mengambil langkah (penyitaan) ini,” ujar dia, .

Winter juga mengungkapkan bahwa kasus seperti ini, sangat jarang terjadi di AS. Menurut dia, penyitaan tempat ibadah ini bisa bertentangan dengan aturan yang mengizinkan adanya kebebasan beragama. Kejadian ini pun memanaskan hubungan antara pemerintah dan komunitas Muslim di AS. Apalagi, beberapa hari lalu, isu penembakan di markas militer Fort Hood, menjadikan umat Islam menjadi ikut terkena dampak negatif.

Perasaan tidak puas juga dikemukakan juru bicara Council on American-Islamic Relations (CAIR), Ibrahim Hooper. “Penyitaan ini memberi pesan yang sangat negatif bagi Muslim di seluruh dunia,” ujar dia. Ibrahim juga mengungkapkan bahwa langkah tersebut sangat mengganggu hak warga negara untuk bebas menjalankan ajaran agama.

Juru bicara kantor kejaksaan AS, Yusill Scribner, mengungkapkan bahwa Alavi Foundation ini mewakili pemerintah Iran dalam mengelola aset properti di AS. Lembaga ini menyalurkan dananya ke bank yang juga milik pemerintah Iran bernama Bank Melli. Yusill menuduh bahwa bank tersebut ikut mendukung program pembiayaan proyek nuklir Iran.

Kata dia, pemerintah AS sudah lama menduga bahwa Alavi Foundation merupakan perpanjangan tangan pemerintah Iran. “Selama dua dekade, urusan Alavi Foundation mengarah pada para petinggi Iran termasuk duta besar Iran di PBB,” imbuh seorang jaksa bernama Preet Bharrara.

Penyegelan pusat kegiatan Islam, termasuk lembaga pendidikan ini pun menjadikan para orang tua murid berkumpul di sekolah anak-anaknya. Para penyewa gedung yang disegel juga terkejut. Gedung bernama Piaget itu didirikan tahun 1970-an. Bangunan tersebut disewa sebagai area perkantoran oleh banyak perusahaan investasi. (Republika online, 13/11/2009)

Sumber: http://hizbut-tahrir.or.id


Thursday, November 12, 2009

DI SEBALIK PENANGKAPAN DR.ASRI



[SN194] Pada 2 Oktober lepas, Negara telah dikejutkan dengan penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semasa menyampaikan kuliah agama di sebuah kediaman peribadi di Taman Sri Ukay Hulu Klang. Beliau ditahan atas alasan mengajar agama tanpa tauliah di hadapan kira-kira 100 hadirin. Antara yang turut hadir dalam ceramah beliau adalah Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungib. Peristiwa penangkapan ini telah mendapat liputan yang meluas di hampir kesemua media cetak dan elektronik, dan pelbagai komen pro dan kontra telah kita dengar mengenainya. Namun, dari berita-berita yang tersiar, ternyata pihak yang menyokong Asri jauh lebih ramai dari yang menentang. Hatta, Perdana Menteri Malaysia sendiri mempersoalkan tindakan JAIS yang menangkap Asri. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz juga turut menyuarakan sokongan kepada pensyarah USM itu, malah Dr. Asri dilaporkan baru sahaja bertemu Nik Aziz di Kota Baharu untuk mengucapkan terima kasih beliau kepada Menteri Besar Kelantan itu. Semasa Asri di mahkamah, antara yang hadir memberi sokongan adalah Marina Mahathir, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Saari Sungib, Zuraida Kamaruddin dan Zainah Anwar (SIS). Turut hadir ialah wakil kepada Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

altBegitulah istimewanya Asri di mata pemimpin Malaysia, baik yang sekular, liberal mahupun Islam. Media massa pula nampaknya telah terlebih dahulu menghukum bahawa Dr Asri betul dan JAIS salah. Bagi yang mengikuti perkembangan penahanan Asri dari awal, banyak perkara pelik dan istimewa yang terdapat dalam kes ini. Pihak polis dikatakan menunggu selama 3 jam sebelum masuk dan membawa Dr. Asri keluar. Dan setelah masuk ke rumah, dilaporkan bahawa pihak polis mengambil masa lebih kurang sejam untuk berunding dengan Asri. Asri kemudian keluar dari kediaman mewah tersebut tanpa digari. Dengan kata lain, bekas Mufti Perlis ini ‘ditangkap’ dengan penuh hormat. Di Mahkamah pula, ternyata tiada sebarang dakwaan dilakukan dan pada petangnya Asri telah pun dijadualkan untuk mengadakan sidang media khas di sebuah hotel bersama Jamil Khir. Umum mengetahui bahawa sebelum tangkapan dibuat, Asri telah mengadakan sidang media menjelaskan isu Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah sebarang cadangan melantik beliau sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Asri mengakui yang Najib sendiri menawarkan jawatan tersebut kepada beliau tetapi beliau masih belum memberikan sebarang jawapan, malangnya PGSM telah menghantar memorandum bantahan. Beliau tidak ada masalah dengan bantahan, tetapi fitnah yang dilontarkan oleh PGSM, itulah yang menjadi punca kemarahannya, ujar Asri [http://www.youtube.com/watch?v=i1Y36XLYCVA].

Tauliah Perlu Di Bawah Kerajaan Sekular

Banyak pihak yang cuba mengaitkan penangkapan Dr. Asri dengan fahaman Wahabi yang dibawanya. Namun hal ini dinafikan oleh JAIS mahupun oleh Asri sendiri. JAIS menegaskan bahawa Asri ditangkap kerana mengajar agama tanpa tauliah. Bagi Asri dan bagi ramai pengamat, tauliah bukanlah ‘isu’, tetapi ada agenda lain di sebalik penahanan beliau. Semua orang tahu bahawa isu tauliah adalah isu lapuk, masakan orang sehebat Asri, dengan PhD yang dimilikinya, memerlukan tauliah untuk mengajar agama? Inilah yang ditekankan oleh Asri sendiri berkali-kali, bahawa kepakarannya telah pun diiktiraf oleh Universiti, malah pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan dan pembangkang sering mengundangnya untuk berceramah, apakah kebolehannya masih dipertikaikan sehingga memerlukan tauliah?

Isu tauliah sebenarnya adalah isu yang menjadikan semua Jabatan Agama (bukan sahaja JAIS) dibenci oleh majoriti masyarakat, apatah lagi oleh golongan pendakwah sendiri. Apa tidaknya, Jabatan Agama sebenarnya menjadi penghalang utama kepada mereka yang ingin berdakwah atau menyampaikan ilmu agama. Jabatan Agama dengan sewenang-wenangnya menggunakan ‘kuasa’ dan undang-undang sekular yang ada untuk menghalang seseorang dari menyampaikan agama Allah. Sungguh hina apa yang mereka lakukan! Jabatan Agama bukannya terdiri dari mereka yang bodoh yang tidak tahu bahawa hukum berdakwah adalah wajib. Namun, oleh sebab mereka adalah badan pelaksana kepada kerajaan sekular, dengan ‘kuasa’ yang sedikit yang diberi oleh kerajaan sekular kepada mereka, maka mereka dengan bangganya menangkap penceramah agama yang tidak diberi tauliah oleh mereka. Dan golongan yang ditangkap pula adalah golongan penceramah yang biasanya tidak seaspirasi dengan kerajaan atau dengan lebih tepat, yang selalu ‘menghentam’ kerajaan. Kerajaan sekular sememangnya sebuah kerajaan yang zalim dan sangat takut jika dihentam dari sudut agama, kerana ini boleh mengancam status quo mereka. Jadi, mereka biasanya menggubal undang-undang bagi membolehkan mereka menangkap orang-orang yang tidak sebulu dengan mereka.

Sesungguhnya Allah telah pun memberikan ‘kebenaran’ kepada setiap Muslim agar menyampaikan agamaNya dengan hak. Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri bukanlah pihak yang jahil untuk tidak mengetahui bahawa urusan dakwah merupakan kewajipan/perintah Allah ke atas setiap Muslim. Namun, kezaliman dan kuasa menyebabkan hati mereka tertutup dan mata mereka buta dari kebenaran, sehingga mereka sanggup menangkap orang yang berdakwah di jalan Allah. Berapa banyak ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang tidak terungkap di sini yang memerintahkan kaum Muslimin menyampaikan dakwah, namun pihak Jabatan Agama tetap sanggup menjadi ‘penghalang’ kepada kewajipan ini, Masya Allah! Setelah Allah dan RasulNya sendiri memerintahkan kita untuk melakukan dakwah, apakah hak Jabatan Agama Islam untuk menghalangnya? Alangkah beraninya mereka mencegah manusia dari melakukan kewajipan yang Allah perintahkan!

Kita tidak menghalang jika pihak Jabatan Agama ingin melakukan pemantauan, dan hal ini seharusnya mereka lakukan demi menjaga agama Allah yang suci ini. Mereka boleh hadir ke mana-mana ceramah yang diadakan, dan jika mereka mendapati bahawa ceramah itu bertentangan dengan Islam atau mengandungi kesesatan, maka mereka bolehlah menghentikan ceramah seketika itu juga. Namun, jika ceramah yang disampaikan itu bertepatan dengan hak dan di atas landasan yang benar, maka mereka tidak mempunyai hak untuk menangkap penceramah tersebut. Malah mereka wajib mendengar ceramah tersebut dengan penuh khusyuk dan mengambil pengajaran darinya. Yang perlu dipantau di sini adalah ‘isi’ ceramah yang disampaikan, sama ada benar atau salah, bukannya ‘penceramah’ sama ada mempunyai tauliah atau tidak. Jika ada perbezaan pendapat sekalipun, maka hal ini masih tidak memberikan hak kepada Jabatan Agama untuk menahan seseorang, tetapi apa yang mesti dilakukan adalah dengan mengadakan perbincangan dan perdebatan yang Islami berdasarkan Al-Quran dan Sunah.

Sekitar Perbezaan Pendapat

Di dalam Islam, perbezaan pendapat merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia terjadi bukan sahaja dalam masalah fiqh, malah dalam masalah akidah. Pada zaman Rasulullah SAW sendiri pun telah berlaku perbezaan pendapat di kalangan sahabat, dan hal ini berterusan sehinggalah ke zaman keemasan dan kemunduran Islam. Selama mana perbezaan pendapat tersebut masih berlaku dalam ruang lingkup ajaran Islam, ia tidak pernah memecahbelahkan kaum Muslimin, malah mereka menanggapinya dengan penuh ukhwah dan profesional. Ini kerana, mereka masih disatukan dalam satu negara yakni Negara Khilafah. Dan Khalifah biasanya akan terjun langsung dan menyelesaikan persoalan perbezaan pendapat yang boleh menyebabkan perpecahan umat. Namun, setelah runtuhnya Daulah Khilafah, perbezaan pendapat yang berlaku tidak lagi ditangani dengan benar oleh umat Islam itu sendiri apatah lagi oleh pemerintah. Pemerintah telah bertukar menjadi sekular dan tidak suka, malah tidak boleh ditegur dengan Islam. Mereka memerintah negara-bangsa dengan penuh kezaliman dan berusaha menghalang dan menangkap ulama-ulama yang menyeru kepada penyatuan di bawah satu pemerintahan Islam yang sebenar. Namun, dalam masa yang sama, mereka ‘menjaga’ ulama-ulama yang boleh mendukung kesekularan mereka. Ulama-ulama ini ditawar dan diberi jawatan tinggi dalam kerajaan, gaji yang tinggi, diberi pangkat dan publisiti yang istimewa. Ini adalah kerana, kerajaan sekular tahu bahawa ulama-ulama inilah yang boleh meng‘Islam’kan segala tindakan mereka yang tidak Islam.

Selain kezaliman pemerintah yang tidak boleh dimuhasabah, perpecahan juga melanda umat Islam dengan adanya sikap jumud dan jahil segelintir kaum Muslimin yang tidak dapat menerima pendapat orang lain yang berbeza dengannya, hingga ke tahap berlakunya kafir-mengkafir sesama sendiri. Lebih teruk, kafir-mengkafir ini merebak dari persoalan furu’ hinggalah ke persoalan pokok. Ajaran Wahabi yang selalu dikaitkan dengan Golongan Muda sebagai contoh, sering mengetengahkan isu teologi (ketuhanan). Dalam pembahagian tauhid Golongan Muda yang disandarkan kepada Imam Mujtahid Ibnu Taimiyyah, mereka membahagikan tauhid kepada 3 bahagian iaitu Ubudiyah, Uluhiyah dan Asma’ Wa Sifah. Dalam pembahasan mereka, mereka tidak memberi takwil kepada sifat Allah dan mereka tidak menakwilkan kalimah tentang ‘anggota’ Allah. Contohnya perbincangan tentang tangan Allah (yadullah), menurut Ibnu Taimiyyah, bila Allah menyebut tanganNya, maka yang perlu kita fahami adalah Allah mempunyai tangan, tetapi jangan kita bayangkan (bagaimana) tangan Allah, kerana perkara ini tidak dapat dijangkau oleh akal. Pendapat beliau ini kemudian diterima pakai oleh Imam Mujtahid Ibnu Wahab, yang kemudian mengundang kritikan besar dalam dunia teologi Islam. Akhirnya terjadi polemik antara pengikut dan orang yang anti kepadanya, sehingga ada tuduhan mengkafirkannya. Sementara itu, aliran teologi tradisionalis ‘Kaum Tua’, banyak dibentuk oleh pemikiran Imam Abu Hassan Ashaari dan Maturidi, yang mana pendapat mereka ini sesuai dengan pendapat imam-imam Syafi’iyyah. Dalam hal ini mereka mentakwilkan ‘Tangan Allah’ dengan ‘Kekuasaan Allah’, ‘Istiwa’ dengan ‘Istawla’ dan sebagainya.

Malangnya, kerana perbezaan dalam mentakwil dan mentafwidkan makna, makna yang tersirat dalam nas-nas telah diambil dan dijadikan senjata untuk mengkafir dan menyesatkan sesama kaum Muslimin. Walaupun pembahasan ini telah lama wujud, tetapi sehingga kini perbincangan sebegini masih tetap subur di kalangan sesetengah pihak yang fanatik, yang menyebabkan isu kafir-mengkafir terus muncul. Isu ini terus membara apabila ada puak-puak fanatik ini yang bekerja dan bernaung dalam Jabatan Agama sama ada di peringkat Pusat mahupun di peringkat Negeri. Maka, dengan ‘kelebihan’ kuasa yang ada pada mereka, mereka berusaha untuk mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan akidah mereka, atau setidak-tidaknya mereka akan berceramah di sana-sini dengan menyebarkan fitnah yang jahat dengan mengatakan kumpulan itu sesat dan kumpulan ini sesat. Dengan adanya puak yang fanatik ini, apatah lagi dengan adanya ‘sumbangan’ kekuatan dan layanan istimewa dari pihak pemerintah, maka merajalela-lah fitnah dan perbalahan hasil kerja tangan mereka. Perbalahan telah berlanjut kepada perkara-perkara furu’ seperti masalah qunut, wirid, doa selepas solat, azan sekali atau dua kali sebelum Jumaat dan banyak lagi. Akhirnya isu khilafiah telah menjadi isu untuk saling bid’ah membid’ahkan dan sesat-menyesatkan. Sudahnya, berlanjutan pula kepada isu pentauliahan, seolah-olah orang yang menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah adalah berbahaya seperti menyampaikan suatu ajaran sesat. ‘Tauliah’ justeru telah menjadi kayu ukur kepada benar atau sesatnya seseorang penceramah.

Kaedah Menangani Perbezaan Pendapat

Dalam menangani masalah perbezaan pendapat di kalangan umat Islam, Syeikh Taqiyuddin Al-Nabhani memberikan komentar, “Sedangkan pemahaman terhadap hukum Islam tidak hanya bergantung pada akal semata-mata, semestinya dengan pengetahuan tentang bahasa Arab, kemampuan menggali hukum, dan pengetahuan tentang hadis-hadis yang sahih dan juga yang dha’if (lemah). Berdasarkan hal ini maka para pengembang dakwah hendaknya menganggap bahawa pemahaman mereka terhadap hukum-hakam syarak adalah pemahaman yang benar, meski ada kemungkinan salah. Begitu pula hendaknya para pengembang dakwah menganggap pemahaman orang lain itu salah, meski ada kemungkinan benar. Hal ini akan membuka peluang kepada mereka untuk berdakwah menyampaikan Islam dan hukum-hakamnya sesuai dengan pemahaman dan istinbath mereka terhadap hukum-hukum tersebut. Hendaknya mereka mencuba mengubah pemahaman orang lain yang dinilai salah meski ada kemungkinan benar, supaya mengikuti pemahamannya, iaitu pemahaman yang dianggapnya benar meskipun ada kemungkinan salah. Berdasarkan hal ini, pengembang dakwah tidak boleh mengatakan tentang pendapatnya, ‘bahawa pendapat ini adalah pendapat Islam’ (pendapat lain tidak Islam). Yang seharusnya mereka katakan adalah ‘pendapat ini merupakan pendapat yang (bersifat) Islami’. Para pemuka mazhab dari kalangan mujtahidin menganggap bahawa istinbath mereka terhadap hukum-hakam syara’ adalah benar, namun ada kemungkinan salah. Mereka masing-masing selalu mengatakan: “Apabila hadis tersebut benar (sahih) itulah mazhabku dan buang jauhlah pendapatku”. Pengembang dakwah harus menganggap bahawa pendapat yang ditentukannya atau yang telah mereka usahakan dan sampai pada pendapat yang dipilihnya itu berasal dari Islam dan sesuai dengan apa yang mereka fahami, dan itu adalah pendapat yang benar meski ada kemungkinan salah.” [Mafahim Hizbut Tahrir, hal.70].

Perlu diingat bahawa kaedah di atas adalah terpakai di mana pembahasannya masih berada dalam ruang lingkup hukum syarak, namun jika yang dibahaskan adalah persoalan yang terkeluar dari hukum syarak, maka yang ada hanyalah kebenaran (haq) dan kebatilan sahaja. Justeru, selama mana pembahasan masih bersifat Islami, maka kaum Muslimin tidak dibenarkan menyesatkan pendapat orang lain yang bertentangan. Keadaan akan menjadi lebih buruk apabila Pihak Berkuasa Agama menggunakan ‘kuku besi’ (undang-undang sekular) untuk menangkap pengembang dakwah yang berbeza pendapat dengan mereka atau dengan kerajaan mereka, yang lantas terus menutup perbincangan ilmiah dari dilakukan. Maka semakin terkucillah umat Islam dari usaha menimba ilmu dan mencari kebenaran.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Ingatlah bahawa akidah Islam bukanlah persoalan salafi (wahabi) atau Asha’ari, Syiah atau Ahlu Sunnah. Usahlah bertengkar dan mengkafirkan orang lain dengan dakwaan bahawa akulah Ahli Sunnah yang sebenar. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Mengetahui siapakah pengikut RasulNya dan penolong agamaNya, Sedarlah bahawa yang menjadi musuh kita sebenar adalah akidah sekularisme yang ditanam dalam diri pemimpin dan juga umat Islam oleh kuffar Barat. Inilah akidah kufur yang sebenar-benarnya yang menjadi musuh bagi kita semua. Perbezaan aliran teologi bukanlah punca sebenar perpecahan kaum Muslim, tetapi pemikiran sekularisme, assabiyyah dan wathaniyyah-lah yang telah memecahbelahkan umat Islam dari kesatuan. Kepada pihak berkuasa agama, amanah yang kalian pikul memanglah berat, tetapi musuh kalian bukanlah umat Islam. Musuh kalian adalah hukum kufur yang diterapkan ke atas umat Islam dan ke atas kalian sendiri pada waktu ini. Jalan penyelesaian untuk kalian bukanlah dengan menangkap pendakwah yang tidak bertauliah, tetapi tangkaplah mereka yang telah merubah hukum Allah dan yang menerapkan hukum selain dari Islam. Ingatlah bahawa tugas besar yang kita semua pikul adalah untuk menyatukan semula umat Islam yang berpecah dan lemah ini ke dalam satu negara superpower iaitu Negara Khilafah. Wallahu a’lam.

www.mykhilafah.com