Wednesday, July 1, 2009

AHBASH, BERHENTI KHIANATI ISLAM !





Saya pertama kali mendengar tentang Ahbash sekitar tahun 2001/03. Ketika itu saya masih lagi menuntut. Ia bermula apabila saya membaca buku Salafiyah Wahhabiah yang ditulis oleh Zamihan Al-Ghari. Kemudian seorang sahabat yang berfikrah salafi mengatakan itu adalah tulisan pengikut Ahbash dan turut menceritakan pelbagai cerita buruk tentang Ahbash. Tetapi pada masa tersebut saya tidak berapa berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Kemudian percakaran tersebut di sambung pula di akhbar antara Zamihan dan Dr. Asri Zainal Abidin. Seorang berfahaman Ahbash dan seorang lagi berfikrah Salafi. Kemudian sampai merentasi web dan blog-blog. Sesat menyesat, kafir mengkafir dan jadi sebutan biasa antara 2 kelompok ini.

Golongan salafi banyak saya temui tetapi Ahbash belum pernah rasanya.Mungkin kerana di Malaysia mereka tidak proclaim mereka ahbash. Tetapi maklumat yang saya peroleh tentang mereka amat menyeramkan. Di mana-mana mereka menjadi talibarut kepada pemerintah. Betapa Ikhwanul Muslimin dan gerakan-gerakan Islam lain banyak dikhianati oleh golongan ini, sampai ramai yang ditangkap dan dibunuh. Mereka menyesatkan gerakan-gerakan Islam lain, mengkafirkan mereka hingga ini pastinya memancing permusuhan sesama Islam. Sampai apabila pengasas Ahbash, Abdullah Harari meninggal, ramai ulama' yang menyatakan ia matinya seorang pengkhianat Islam. Betapa ramainya pejuang Islam yang telah dikhianati golongan ini. Memang ramai ulama' yang telah menghukum mereka sebagai sesat, tetapi sejauh mana kesesatannya saya tak tahu.

Apa yang saya lihat, mereka membawa fahaman tauhid Asy'ariah dan mengamalkan thariqat. Maka dari situ banyaklah pengamalan thariqat yang diamalkan seperti sambutan haul, ratib, tawassul dan kepercayaan lain yang diamalkan. Saya tidak setuju dengan amalan-amalan tersebut. Tetapi apa yang juga saya cukup tidak setuju, mereka bersekongkol dengan pemerintah yang ada. Mereka tidak berani menyerang PAS kerana sememangnya PAS gerakan Islam yang terbesar di Malaysia. Tetapi mengkhianati Ikhwanul Muslimin hakikatnya mengkhianati PAS. Tetapi mereka menjadi alat Kerajaan untuk menyampaikan dasar-dasar sekular. Pastinya mereka cukup marah dengan Hizbut Tahrir yang secara jelas menghukum kufur sistem pemerintahan hari ini. Mereka sering memfitnah HT menuduh pemerintah hari ini sebagai kafir, walhal yang dijelaskan kafir adalah sistem pemerintahannya bukan individunya. Ketika gerakan-gerakan Islam dengan pelbagai fikrah dan thariqahnya menentang kekufuran ini, mereka malah bersama dan menjadi alat kepada pemerintah. Yang sangat merbahaya, mereka berselindung dibalik tauhid dan thariqat dengan mempergunakan madrasah dan pondok.

Mereka menggunakan program-program JAKIM, Pejabat Agama, Institusi Pendidikan dan Jabatan-jabatan Kerajaan hatta PDRM untuk membawa fikrah mereka. Musuh paling utama mereka pastinya Salafi wahabiah. Mereka juga menuduh Hizbut Tahrir sebagai ajaran sesat, tetapi apabila ditanyakan mereka melarikan diri tidak berani bertanggungjawab atas pernyataan mereka. Walhal yang patut diserang itu bukan salafi wahabi, bukan HT, bukan gerakan Islam. Tetapi adalah ideologi kufur yang diterapkan oleh pemerintah hari ini dibawah payung Amarika. Tidakkah mereka mengerti?

Jadi bagaimana menyikapi golongan yang secara luarannya memperjuangkan tauhid dan ibadah ini walhal sebenarnya mereka turut bersetuju dengan pemerintahan kufur hari ini? Jika berjumpa dan paling tidak di alam maya ini, saya suka mengingatkan sahabat-sahabat yang berfikrah Ahbash, bahawa jangan sekali-kali anda menyokong kekufuran yang diterapkan hari ini. Anda wajib menghancurkannya bukan memperjuangkannya. Aliran pemikiran Islam itu banyak sekali sejak sekian zaman. Jika anda mahu menempoh method aqidah mutakallimin yang membangun aqidah dari argumentasi-argumentasi, maka saya hanya mampu berlapang dada dengan anda. Tetapi jika anda memperjuangkan kekufuran pemerintahan hari ini maka anda sekadar menempah jurang neraka Allah.

Saya menyeru siapa saja yang beriman kepada Allah dan RasulNya, agar kita sama-sama berjuang di jalan Allah untuk menerapkan kembali hukum Islam dan bukan hukum selainnya. Jauhkanlah dari sikap sombong dalam menerima kebenaran dan ketaksuban kepada ulama'. Semoga walaupun dari pelbagai aliran Islam, kita dapat bersama-sama menegakkan kembali khilafah Islamiah yang akan menerapkan Islam secara keseluruhan dan menyebarkan Islam keseluroh pelusok dunia melalui dakwah dan jihad.

Allah swt berfirman yang bermaksud:

Jika dikatakan kepada mereka, “Marilah kalian (tunduk) pada hukum yang telah Allah turunkan dan pada hukum Rasul,” niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Lalu bagaimanakah jika mereka (orang-orang munafik) ditimpa sesuatu musibah akibat perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah, “Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna.” Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Karena itu, berpalinglah kamu dari mereka, berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka. (QS an-Nisa: 61-63)

Sesungguhnya jawapan orang-orang mu’min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan.” “Kami mendengar dan kami patuh.” Mereka itulah orang-orang yang beruntung. Siapa saja yang taat kepada Allah dan rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.(QS an-Nur: 51-52)

5 comments:

Azlan Ahmad said...

Assalamualaikum

beware there is ahbash in malaysia. and so far there are 2 muftis in malaysia leaning towards their manhaj. those muftis are current mufti of pahang and terengganu. here in pahang there was khutbah jumaat last month saying those who not follow Syariah Allah is not becoming Kafir I'tiqad

and son of former pesuruhjaya pas pahang arwah ustaz alwi is responsible in propagating ahbash's believe in pahang and terengganu.

beware of this people.

Wasalam

Anonymous said...

ahbash bukan mazhab baru, mereka beraliran asyairah(aswj) dan bermazhab syafie. kenapa mereka memperjuangkan pengajaran talaqqi sistem pondok? memperjuangkan ulama2 pondok dan ulama muktabar dunia islam...cuba anda fikirkan dan kaji...

WUZARA said...

Salam....

Jika mereka nak memperjuangkan aliran aqidah asyairah, saya boleh berlapang dada.

Jika mereka memperjuangkan mazhab syafie, imam syafie itu juga imam saya.

Jika mereka memperjuangkan pondok-pondok dan ulama' muktabar, itu tugas mulia.

Tetapi hakikatnya mereka bukan begitu.Mereka mengkafirkan mereka yang tidak mengambil i'tiqad asyairah, menyesat mereka yang tidak mengambil mazhab syafie, menggunakan pondok-pondok untuk menyebar fahaman songsang mereka.

Mereka mengkafirkan gerakan-gerakan Islam tetapi dalam masa yang sama menjadi barua kepada pemerintah-pemerintah sekular. Merekalah yang melaporkan aktiviti2 gerakan Islam kepada pihak berkuasa sehingga ada yang ditangkap dan syahid.

Jangan ingat dengan sedikit usaha yang Abhash lakukan, ia menghalalkan Ahbash mengkhianati gerakan Islam dan Islam itu sendiri.

Wan Solehah al-Halbani said...

Salam,


Izinkan saya untuk mengemukakan beberapa pertanyaan seperti berikut :

1. Apakah HT tidak diperintahkan untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi terhadap sesebuah kerajaan yang kafir sebagai jalan untuk menegakkan sesebuah Khilafah, tetapi puak kedua yang memberi Nussrah itulah yang diperintahkan Allah untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi – sekiranya benar, apakah ini tidak bererti bahawa perintah dan undang-undang Allah di sini adalah tidak seragam?

2. Bagai manakah dan dpd manakah puak Islam yang memberi Nussrah ini tiba-tiba muncul dgn mempunyai kekuatan ekonomi dan militeri yang mencukupi untuk mengatasi musuh-musuh Islam dan yang berkeupayaan untuk membentuk sesebuah Khilafah?

3. Seandainya tidak wujud puak Nussrah ini, maka HT tidak dapatlah untuk menegakkan sesebuah Khilafah?

4. Apakah ini tidak bererti bahawa Metod Islam dpd HT seperti ini adalah metod yang tidak lengkap, sempurna dan muktamad kerana ianya semata-mata bergantung harap kpd pertolongan dpd pihak yang ketiga yang kewujudan dan kemunculannya itu tidak boleh diperjuang, diusaha dan ditentukan oleh HT sendiri?

5. Apakah HT mempercayai bahawa tidak wujud revolusi dalam Islam kerana perang itu hanyalah diperintahkan ke atas sesebuah kerajaan Islam sahaja dan tidak kpd individu atau kumpulan (Nisa 84)?

6. Apakah HT mempercayai bahawa Jihad dan Perang tidak wujud pada zaman Jahiliyah Malaysia kita sekarang ini kerana tidak ada perintah berperang kpd Nabi kita semasa di zaman Mekah dahulu itu?

7. Kalau benar begitu, apakah pada masa Jahiliyah Malaysia sekarang ini kita pun tidak perlu lagilah untuk melakukan solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin dan seluruh syariat yang lain kerana kesemuanya ini tidak lagi wujud dan diamalkan semasa nabi saw kita di period Jahiliyah Mekah dahulu itu?

8. Apakah pandangan HT mengenai ayat-ayat Jihad dan Perang yang terdapat di dalam al-Quran seperti Baqarah 193, 251; Hajj 40; Anfal 60; Taubah 29 - apakah ayat-ayat ini dan banyak ayat yang lain lagi tidak berbentuk UMUM, KEKAL, FINAL, dan MUKTAMAD yang diperintahkan ke atas semua umat Islam, samada individu dan kumpulan mahupun sesebuah kerajaan Islam dan ianya adalah untuk semua zaman termasuk pada masa sekarang di Malaysia kita ini?

9. Bagai manakah pandangan HT mengenai perintah nabi Musa as kpd umat Baginda untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas kaum kafir yang sedang berkuasa dan memerintah di Baitul Maqdis sedangkan pada masa itu Baginda dan kaumnya belum lagi mewujudkan sebuah kerajaan Islam (Maidah 21, 22, 23, 24)?

10. Bagai manakah pandangan HT mengenai nabi Daud as yang melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas Jalut sedangkan pada masa itu kaum Muslimin masih berada dalam keadaan terusir dpd kampong halaman mereka yang hidup bertaburan di padang pasir tanpa sebuah kerajaan Islam?

11. Bagai manakah pandangan HT mengenai kerajaan Islam Sokoto di Nigeria yang diwujudkan melalui Jihad, Perang dan Revolusi oleh seorang ulama muktabar Sheikh Uthman Fudi pada TM 1810?

12. Tidakkah kaum Ansor yang memberi Nussrah kpd Nabi saw di Medinah itu adalah puak yang satu dan sama yang datang dpd pergerakan Islam yang satu dan sama di bawah kepimpinan Baginda yang berpusat di Mekah?

13. Apakah Nabi saw kita pernah berkata bahawa Nussrah ini adalah Metod Islam dalam menegakkan sesebuah khilafah atau apakah Baginda sememangnya berkata bahawa Jihad, Perang dan Revolusi ini adalah Metod Islam bersesuaian dgn ayat-ayat Jihad dan Perang dpd Allah yang diturunkan kpd Baginda di zaman Medinah itu?

14. Apakah jumhur ulama di zaman salaf dahulu pernah memutuskan bahawa Nussrah ini adalah Metod Islam mengikut hukum syarak yang sah dalam menegakkan sesebuah Khilafah?

15. Tidakkah ciri-ciri puak Nussrah ini adalah menepati Quran, Sunnah dan Sirah sebagai sebuah pergerakan Islam yang tulen berbanding dgn HT ini sendiri?


Sekian, terima kasih.


Wan Solehah al-Halbani

Anonymous said...

Harap dapat review balik artikel ini. Ada perubahan yang signifikan dalam politik Malaysia sejak artikel ini disiarkan. Kita telah lihat siapa yang bersekongkol dengan satu parti komponen pemerintah dan kita juga telah lihat siapa yang menghukum sesat terhadap IM dan HT.

Nik Lee