Thursday, May 21, 2009

PAX AMERICANA : BERAPA RAMAI ORANG ISLAM YANG TAHU?



Saya telah membaca tentang PAX AMERICANA sejak beberapa tahun lepas. Saya ceritakan juga tentang PAX AMERICANA dalam halaqah, seminar mahupun dalam perbualan kepada teman-teman. Bahawa Amerika Syarikat sedang berusaha untuk mengekalkan hagemoninya melalui PAX AMERICANA. Tahukah saudara-saudara tentang PAX AMERICANA?

Saya terpanggil untuk membicarakannya semula kerana akhir-akhir ini Senat US dan Barrack Obama melaungkannya dengan hebat dan membincangkannya bersama pemimpin-pemimpin dunia terutama dunia Arab. Apakah saudara-saudara sedar?

Dalam lawatan bertemu pemimpin-pemimpin Arab baru baru ini, seingat saya antaranya Pemimpin Bahrian dan terbaru semalam Arab Saudi, sekali lagi Obama melaungkan idea Pax Americana walaupun tak secara terus terang. Tetapi ia telah difahami oleh Pemimpin Israel, Benjamin Netayahu, yang turut menyuarakan kebimbangannya tentang idea PAX AMERICANA.

Saya tidak sempat untuk membahaskan idea PAX AMERICANA di sini sekarang. Secara mudahnya ia adalah perancangan US untuk menguasai dunia secara langsung. Maksudnya negara-negara di dunia semua bersatu di bawah PAX AMERICANA sebagai ketuanya. Dalam analisanya ia perlu dilakukan sebelum 2040 paling lewat dan patut berjaya mula 2020. Antara analisa US dalam Mapping The Global Future (Memetakan Masa Depan Dunia) yang dikeluarkan pada 2005, menjelang 2020 Islam adalah kuasa besar yang akan muncul dengan kesatuan yang secara spesifik disebut Chaliphate (khilafah). Antara kuasa lain yang mungkin muncul adalah China dan India. Dan antara yang dijangka US, Khilafah akan mempunyai hubungan yang baik dengan China dan mampu menguasai India.

Saya tak sempat nak tulis panjang. Saya hanya sekadar menulis mengikut apa yang ingat dikepala. Nak tahu lagi? Google lah 'Pax Americana', 'Mapping The Global Future', 'RAND Report' , saudara akan dapat melihat serba sedikit perancangan US untuk menjajah dunia secara langsung. Saya percaya Perang Dunia Ketiga jika berlaku adalah antara Khilafah dengan Amarika Syarikat. Semoga kita pada masa itu tergolong dalam barisan mujahid yang mengejar syahid.

1 comment:

Anonymous said...

Sekarang pax anericana mcm nk berakhir btul kah?