Monday, May 25, 2009

Cerita Dulu-dulu

Salam...

Cuaca pagi ni agak mendung, sedikit dingin. Saya suka hari Isnin, bersemangat pergi kerja.
Saya sampai di pejabat seperi biasa pukul 7.30 pagi. Cantik suasana pagi. Tiba-tiba ia mengingatkan saya suasana pagi ketika bersekolah menengah dulu. Sekolah saya terletak di atas bukit, pemandangannya memang cantik. Kami perlu mengosongkan asrama seawal 6.50 pagi dan pergi ke perhimpunan harian. Yelah sekolah Berasrama Penuh, tetiap pagi ada assembly. Kelas bermula 7.20 pagi dan tamat 1.50 petang. Itulah rutin kehidupan saya sehinggalah saya meninggalkan zaman sekolah 12 tahun dulu tapi rasa seperti masih lagi segar dalam ingatan saya. 5 tahun tinggal di asrama, banyak mengajar saya baik dan buruk.

Semasa awal masuk ke IPT, saya tersentap dengan satu kenyataan seorang kawan dari Maahad. Dia kata pelajar dari Boarding School ni adalah anak emas kerajaan, pemikirannya dah dibentuk oleh kerajaan. Pada mulanya saya seperti tak boleh menerima, tapi akhirnya saya akur itulah hakikatnya. Betapa pelajar-pelajar di Sekolah Berasrama Penuh(SBP) telah dibentuk dengan pemikiran yang benar-benar dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran. Kalau nak tengok kejayaan model pendidikan KPM, melawatlah SBP. Mungkin sebab itu semasa di IPT kami senang kamceng sesama SBP berbanding dengan yang lain.

Dahulu saya tak sedar, cuma telah lebih dewasa baru saya perasan. Berbeza saya yang terus masuk ke SBP sejak Form 1, adik-adik saya masuk dahulu ke Maahad sebelum menyambungnya ke MRSM dsbnya semasa di tingkatan 4. Mereka pandai menjaga aurat dan paling ketara bacaan Al Quran mereka baik. Senang kata memang berbeza sangat antara Produk SBP dengan sekolah agama. Mereka mempunyai kesedaran Islam yang lebih baik berbanding saya. Sedangkan saya pada zaman sekolah lebih sibuk dengan sukan, muzik dll. Tergelak saya bila teringat, dulu saya tak dengar radio Melayu, Era dll, yang kami dengar HItz FM, Mixed FM. Lagu melayu lagilah tak layan, yang dijamkan Metallica, Silverchair, Butterfingers dan paling masyuk pastilah Nirvana. Joget lambak pun ada ketika Pengetua sendiri menyanyikan irama 60an. Jika di tempat lain, petang-petang orang main bola atau badminton, tapi di SBP kita lebih suka main ragbi, hoki dan kriket. Saya tak pandai main hoki dan kriket, tapi saya suka ragbi. Itulah suasana di SBP. Pendedahan tentang bab agama sangatlah kurang. Kami memang diwajibkan solat di surau, tetapi pengisiannya kurang. Biasanya yang ada Gash, tapi cerita tak lebih dari Islam yang disempitkan. Qiamullallail ada tapi tanpa fikrah Islam yang jelas kami sekadar menggabungkan dua unsur yang bertentangan. Ketika siangnya berseluar pendek di atas padang malamnya sujud kepada tuhan.

Apakah kami jahil? Tidak. Tetapi kami tidak ada kesedaran. Saya masih ingat semasa latihan ragbi. Coach Ragbi mengungatkan jangan mengada-ngada nak pakai trek suit, ini bukan sekolah agama tapi dosa korang tanggung sendiri. Apabila saya ingat balik betapa kurang ajar coach tersebut pada agamanya. tetapi pada masa tersebut, kami menyambutnya dengan gelak ketawa. semua orang tahu menutup aurat tu wajib, tetapi masih tiada kesedaran atau lebih tepat ketaqwaan.

Saya masih ingat golongan ustaz-ustaz dan guru-guru yang mempunyai kesedaran Islam, dianggap guru-guru berhaluan kiri. sampai ada yang tak sanggup mengajar di sekolah itu. Kasihan mereka.

Apa pun, saya hormat cikgu-cikgu yang mengajar dengan penuh komitmen. Belajar sikit pun leh score, kerana cikgu-cikgu cukup membantu dan menerangkan. Senangkata, spoon feed. Terima kasih cikgu. Apa pun kenangan 5 tahun bersekolah memang menarik. Mujur Alhamdulillah saya ada kawan-kawan yang tak jemu mengajak saya datang ke usrah dan halaqah. Sampai sekarang saya dapat melihat dunia dengan kacamata Islam.

5 comments:

Anonymous said...

Salam,

Nasib baik ana tak masuk sbp!... hehehe :)

p/s: Macho juga anta masa sekolah dulu-dulu ya!... hahaha!

Wasalam.

WUZARA said...

takyah la enta hantar anak ke SBP, kalau SMAP, KISAS okay la.

Nasib baik ana jumpa Hizb, kalau tak sekarang maybe ana jadi sekular yang Islamis. Islam hendak gak, tapi cara fikir masih ada unsur sekular... macam ramai professional sekarang.

i-search said...

salam.

dulu kurus...skang dah macho dan mantap...heheheheheh

WUZARA said...

FM kata dulu ana macho, I-search kata sekarang plak macho. memang takleh dinafikan lagi, hehehe...

Macho tu apa sebenarnya?
Kalau lelaki dia rasa dia macho kalau tinggi, body tough. Tapi ada orang kata macho tu kalau gentleman, tegas, kuat kerja dan berpendirian.

Wat eva la...

hmmm... said...

ha ha ha ha ha....nak tergelak !!

nampak skima abis....budak baik wuzara nih....

nasib baik ana pun kenal HI kat IPT...kalau tak....sekularisme , nasionalisme...semua ada..