Saya berhasrat sangat untuk menulis tentang krisis credit crunch di US. Tetapi, kesibukan urusan membuatkan saya tidak dapat berbuat demikian untuk waktu ini.
Asas ekonomi yang salah, membuatkan ia amat fragile. Islam memandang matawang sebagai bahan tukaran. Tetapi kapitalisme US menjadika duit sebagai komoditi dagangan. Mereka menjana duit dari duit dalam sistem matawang bersandarkan hutang(debt based money system). Inilah sistem yang dipakai sejak zaman Presiden Richard Nixon sehingga hari ini diseluruh dunia termasuk Malaysia. Oleh itu tidak hairanlah, dalam sekelip mata sahaja kesan krisis kredit di US telah merebak ke Asia dan Eropah.
Dalam politik ekonomi kapitalisme, tindakan bailout adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi. Ini kerana pada mereka adalah salah menggunakan duit cukai yang dikutip dari rakyat untuk menyelamatkan syarikat-syarikat tertentu. Inilah yang dilaungkan US selama ini. Apabila saya selidiki ini bukanlah kali pertama US bailout.
1970 PENN CENTRAL ROAD US3.2B
1971 LOCKHEED US1.4b
1975 NEW YORK CITY US9.4b
1980 CHRYSLER US3.9b
1984 CONTINENTAL ILLINOIS CENTRAL BANK US9.5b
1989 SAVING & LOAN US294b
1991 AIRLINE INDUSTRY US19b
TERBARU 2008
BEAR STEARN US30b
FANNIE MAE & FREDDIE MAC US200b
AIG US85b
WALL STREET US700b
International Herald Tribune melaporkan bahawa penganalisa menyatakan US700b belum tentu cukup untuk menangani krisis ini. IMF juga melihat krisis ini akan memberi kesan signifikan terhadap Asia.
No comments:
Post a Comment