KRISIS KREDIT INI SIPLIS EKONOMI KAPITALISME
Pada zaman kegemilangan Islam, penyakit siplis tidak dijumpai dalam Negara Islam. Ia dikenali sebagai penyakit orang Eropah(European Man Disease). Ini kerana perlaksanaan hukum Islam memustahilkan penyakit ini merebak.
Begitu juga dengan krisis kredit in, ia mustahil berlaku dalam negara Islam. In kerana asas ekonomi Islam sama sekali berbeza dengan kapitalisme.Penyakit kronik ini akan membawa kepada ajal kapitalisme sebentar lagi.
PERKEMBANGAN TERKINI DI US, EU DAN ASIA
Pengerusi Federal Reserve (FED), Ben S. Bernanke, dan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Henry Paulson, mengumumkan US memerlukan bantuan antarabangsa untuk menangani krisis kredit yang sedang melanda. Malah mereka turut mengakui bahawa krisis ini telah melanda US sejak 14 bulan lepas. Ini memaksa FED melakukan bailout terhadap BEAR STEARN sebanyak US30billion, FANNIE MAE & INDY MAC (US200billion), AIG (US85billion) WALL STREET (US700billion). Perkembangan terbaru menunjukkan AIG, Lehman dan Wall Street memerlukan bantuan tambahan. US juga memberi amaran, sekiranya antarabangsa tidak turut serta membantu kesannya akan dirasakan keseluruh dunia. Malah krisis ekonomi dunia yang lebih teruk dari tahun 1930 mungkin terjadi jika ia tidak ditangani dengan baik.

Kesan ini sememangnya dirasakan diseluruh dunia. Bursa saham Miscex Russia jatuh 19% secara mendadak dan merupakan tahap terendah dalam tempoh 2 dekad. Petunjuk bursa saham bagi 23 buah Negara Maju mendapati ia telah turun sebanyak 30% ke paras terendah sejak tahun 1970. Di German kerajaan terpaksa memberi bantuan sebanyak USD68billion untuk menyelamatkan Hypo Real Estate. Manakala kerajaan Perancis menyuntik 6.4billion Euro terhadap Belgian Bank. Manakala banyak lagi bank-bank Eropah yang sedang tenat seperti Fortis, ING(Belanda), KBC (Belgium), Natixis(Perancis) dan UniCredit (Itali). Dalam masa US menuntut kerjasama Eropah, pemimpin EU tidak henti-henti menyalahkan US dan menuntut US bertanggungjawab.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), menyatakan Asia akan menerima kesan dari krisis kredit ini kerana Asia adalah pengeluar produk utama kepada US dan Eropah. Walauoun memiliki rizab tukaran asing sebesar USD3trillion dan kadar simpanan yang relative tinggi berbanding Eropah dan US, negara-negara Asia turut terhimpit akibat dari krisis kredit ini, Pasaran saham merudum teruk dari Tokyo hingga ke Mumbai. Paling menakutkan sedikit masa lagi adalah penarikan keluar modal syarikat Eropah dan US untuk menampung kerugian mereka yang berkemungkinan besar menyebabkan kegawatan ekonomi yang lebih parah berbanding 1998. Reuters melaporkan Malaysia antara negara yang dijangka akan menerima kesan teruk kerana 1/3 hutang Malaysia adalah dibuat oleh pelabur asing. Pelabur-pelabur asing ini telah mula menarik modal mereka keluar yang dijangka mengakibat ramai yang akan dibuang kerja dan kegawatan ekonomi.
KRISIS INI TELAH DIJANGKA
Dr. Thahir Abdul Muhsin Sulaiman menyebut krisis dalam system ekonomi kapitalisme memang bersifat suatu kitaran. Ertinya perrtumbuhan ekonomi yang terjadi hanyalah putaran menuju puncak dan akan jatuh ke lembah krisis kembali.
Harry Shutt dalam Destroy of Capitalisme(2005) menyebut bahawa kapitalisme kini sedang mengalami gejala-gejala utama kegagalan secara sistemik. Misalnya semakin pertumbuhan ekonomi yang semakin lesu dan semakin sering terjadinya krisis kewangan.
Jurubicara Hizbut Tahrir Indonesia, Ustaz Ismail Yusanto pula menyebut sistem sistem ekonomi kapitalisme sebagai self-destructive(menghancurkan diri sendiri)
BAGAIMANA KRISIS KREDIT INI BERMULA?
Di Amerika Syarikat, jumlah mereka yang tidak mampu membeli rumah adalah terlalu ramai. Wujudnya terlalu ramai orang yang tidak layak meminjam(sub prime) ini telah memberi kesan buruk kepada sektor hartanah, perbankan, pembinaan dan insurans sehingga satu tahap kritikal sekitar 1990an. Untuk itu US mula membenarkan golongan sub prima ini membuat pinjaman untuk membeli hartanah tetapi dengan kadar faedah dan perlindungan insurans yang sangat tinggi.
Kesannya, harga hartanah tadi melambung berkali ganda. Kemudian mereka malah menerbitkan bon dari hutang-hutang sub prima tersebut. Maka nilai non real hartanah terus meningkat sehingga ia menjadi trend di US. Di satu sisi sektor hartanah, perbankan dan insurans kelihatan perkembang. Hakikatnya adalah seperti data Moody’s ratio of Credit Downgrades to Upgrades adalah pola kredit perbankan yang semakin menurun sejak 1993 yang membahayakan sektor perbankan itu sendiri.
Krisis sub prima ini mula dirasakan sejak 2007, apabila mereka tidak mampu membayar hutang bon-bon yang diterbitkan dan bank tidak mampu untuk memberikan pinjaman untuk pembiyaan semula. US cuba menangani krisis ini dengan membuat spekulasi terhadap pasaran hadapan komoditi seperti bahan makanan dan bahan api untuk menjual lebih banyak dollar tetapi hanya berjaya buat seketika.
Dalam masa yang sama, krisis sub prima mencapai takat didih sehingga bank tidak cukup kredit. Permasalahan paling kritikal adalah nilai real hartanah yang dijadikan bon adalah terlalu kecil berbanding bon yang dikeluarkan. Tentunya bank hartanah seperti Indi Mac, Fannie Mae dan Lehman Brothers paling teruk menerima kesannya, diikuti syarikat inusrans terbesar dan merebak ke pasaran saham Wall Street. Sekarang, krisis yang bermula di Negara Uncle Sam ini telah merebak ke seluruh dunia.
KRISIS KREDIT MUSTAHIL BERLAKU DALAM EKONOMI ISLAM
1)Perbezaan fundamental adalah Islam memandang matawang sebagai alat tukaran sedangkan kapitalisme memandang matawang komoditi dagangan.
2) Sistem matawang Islam adalah bersandarkan emas dan perak. Sedangkan kapitalisme hanyalah fiat money yang hampir tiada sandaran emas. Kapitalis telah menerapkan sistem matawang bersandarkan hutang (debt based moneytary system) yang membolehkan mereka menjana wang dari hutang yang mana ia dijadikan asas ekonomi.
3) Islam melarang riba sedangkan faedah adalah asas bagi sistem matawang bersandarkan hutang yang telah diterapkan sejak 1973 hingga kini.
4) Dalam Islam tiada perkongsian non real sebagaimana sektor non real yang mendominasi ekonomi kapitalisme yang lahir dari spekulasi.

No comments:
Post a Comment