Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi. Ini adalah coretan kelegaan saya, betapa lapangnya kepala sehingga ada masa untuk kongsikannya disini. Sekali lagi berkaitan dengan kerja saya.
Meja yang dah tak terurus
Semalam pagi saya sepatutnya membuat pemeriksaan pembinaan loji kuasa biomass yang sedang dibina. Tetapi selesai sarapan, chargeman memberitahu saya loji kuasa gas ada masalah, saya lantas terus ke sana. Tak perlu saya nak jelaskan apa masalah, ia akan jadi agak teknikal saya kira. Tetapi masalah ini berkait dengan mekanikal, elektrikal dan automasi, jadi ada pelbagai kemungkinan. Maka jenuhlah saya cuba rectify, tidak juga selesai. Akhirnya kepenatan, saya balik ke rumah pukul sepuluh malam. Bangun 5.30 pagi aduhai ada 9 missed call dari technician saya, hp tertinggal dalam kereta, aduhai...
Hari ini kepala saya ligat memikirkan apa punca masalah ini. Sebenarnya, dari semalam saya sudah menjangkakan masalahnya berpunca pada sebuah alat yang dipanggil flame arrestor pada paip gas, tapi saya harap itu bukanlah punca. Nak dismantle apa-apa part di paip gas, sesiapa yang bekerja dengan gas pasti faham betapa sulit prosedurnya. Dalam masa yang sama, betapa sibuk pun saya kena verify erection di loji kuasa lagi hari ini. Pergi ke site, saya masih menerawang memikirkan breakdown di loji kuasa gas. Bergegas kembali, saya periksa satu persatu dari peranti elektrik, elektronik, control dan sensor. Akhirnya, saya tiada pilihan lain kecuali buka flame arrestor. Selesai kerja dan pasang semula, alhamdulillah ia selesai. Syukurnya tak terkira. Meraikannnya, saya suruh seorang pekerja beli ikan siakap 3 rasa, udang goreng tepung dan lain-lain untuk berkongsi kelegaan bersama. Jom... kita makan dulu.
No comments:
Post a Comment