Monday, February 1, 2010
Menjeling ke Davos World Economic Forum 2010
Lama dah tak menulis di blog ini walaupun setiap hari saya mengadap laptop dan internet. Tetapi banyak urusan lain yang perlu didulukan. Dalam kesibukan, sempat juga saya menjeling ke World Economi Forum di Davos yang baru selesai. Tidaklah terlalu mengikuti kerana saya sendiri telah menjangkakan isu-isu yang dikemukakan adalah isu lapok yang telah lama diutarakan berulang kali. Malah isu yang hampir sama juga diutarakan seperti dalam persidangan terakhir pada 2009 di Dubai. Isu tetap sama iaitu kerapuhan sistem ekonomi, kegagalan sistem perbankan, pasaran modal, tenaga, perubahan suhu dunia, perkembangan China, kebuluran dan lain-lain isu yang kerap kali diutarakan. Cuma kali ini kebanyakan pakar membentangkan kertas kerja yang lebih fokus kepada kerapuhan sistem ekonomi, pasaran modal dan perbankan. Pelbagai mekanisme dicadangkan oleh para pemikir ini. Suatu yang menarik apabila Archbishop juga dijemput memberikan pandangan. Malah sebelum ini ada pakar yang cuba menonjolkan beberapa aspek dalam sistem ekonomi Islam sebagai alternatif. Nampaknya golongan kapitalisme mula membuat sesuatu yang boleh dikatakan berlawanan dengan fahaman fundemantal mereka.
Apa yang dibincangkan dalam forum ini walaupun kebanyakannya dalam bentuk persetujuan dan idea, tetapi ianya menjadi idea kepada para pemikir ekonomi kapitalis untuk diterapkan sesuatu kepada polisi ekonomi negara masing-masing. Sudah pasti pelbagai tindakan ekonomi dan politik akan diambil untuk memastikan permasalahan ketidaktentuan ekonomi di hampir semua negara dapat distabilkan. Bagi konteks Malaysia pihak seperti Bank Negara, MTEN, MIEF adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab menjadi think tank dan pembuat polis-polisi untuk memastikan keberlangsungan sistem ekonomi ini.
Apa yang permasalahan yang sebenarnya telah disedari oleh sesetengah pakai ekonomi kapitalis ini, adalah asas bagi sistem ekonomi itu sendiri. Mereka bukan sekadar memerlukan rombakan mekanisme, tetapi rombakan sistem. Inilah fakta yang sukar diakui oleh para pakar ini. Bagi kita yang beragama Islam, penyelesaiannya adalah sistem ekonomi Islam. Perkara paling asas yang membezakan sistem ekonomi Islam dengan kapitalisme, adalah asas ekonomi Islam adalah pengagihan kekayaan. Sedangkan bagi ekonomi kapitalisme asasnya adalah pengeluaran yang mana keadaan ekonomi sesebuah negara di ukur dari keluarannya; KNK dan KDNK. Maka mereka lebih banyak produk dan perkhidmatan menjadi salah satu penentu aras kekuatan ekonomi dan pengeluaran matawang. Sedangkan dalam Islam, asas kepada ekonomi adalah pengagihan agar mana semua bentuk kepemilikan (milkiah) yang ditunjukkan oleh syara' dapat dilaksanakan. Islam membezakan antara kepemilikan harta dan pengembangan harta yang mana ia bertujuan bahawa semua lapisan masyarakat memperoleh keperluan mereka secara makruf. InsyaAllah jika kita memahami sistem ekonomi Islam, gambaran apa yang saya maksud tersebut akan jelas terpancar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment