Monday, February 22, 2010

Memecahkan air batu


Jam menunjukkan pukul 3.21 petang Ahad. Saya sedang di masjid sementara menunggu isteri dan ibunda tercinta menyelesaikan urusan mereka. Tak ramai orang di sini. Ada sebuah halaqah di belakang masjid. 3 orang mad’unya seperti pelajar kolej matrikulasi. Naqibnya berusia mungkin atas sedikit dari saya, tetapi ruggednya hampir sama. Mereka masing-masing membuka terjemahan Al Quran. Mereka perasan apabila saya memandang ke arah mereka. Saya hanya tersengeh dan si naqib membalas dengan senyuman. Terdetik untuk join dengar apa yang dibahaskan, bukanlah segan tetapi bimbang menggangu halaqah mereka itu.

Suasana begini membuat kita sejuk hati dan mata. Halaqah-halaqah begini memang perlu disuburkan kerana ia memacu kepada percambahan minda Islam yang lebih tajam. Jika tidak secara langsung,paling tidak secara tidak langsung ia membantu ke arah penerapan syariat. Andaikata kita dapat melihat suasana begini banyak di masjid-masjid, alangkah indahnya. Suatu yang tidak boleh dinafikan, kehendak umat kepada Islam semakin kuat. Masing-masing mencari aliran pemikiran untuk dijadikan sandaran. Ada yang bertemu tabligh, salafi, HT, Ikhwan, JIM dan paling meluas di Malaysia adalah PAS. Ini adalah satu fenomena yang baik. Kita mungkin ada aliran yang kita yakini dan dalam masa yang sama mengkritik pandangan lain yang kita rasa silap, tetapi kita tetap perlu meraikan kewujudan pelbagai gerakan Islam. Usahlah bersikap pesimistik sesama umat Islam.

Terkadang memang ada gerakan Islam yang bersekongkol dengan pemerintah, ia memang menyakitkan hati. Tetapi usahlah kita men'generalize'kan semua ahli gerakan Islam tersebut sedemikian. Mungkin ada yang terpengaruh dengan dakyah yang dibawa dalam pembinaan mereka. Biasanya yang terjadi, adalah pandangan peribadi atau tafsiran yang tidak tepat terhadap materi pembinaan. Maka salah faham tersebut mungkin terbawa-bawa dan ia menjadi pandangan yang dominan. Saya juga tidak menolak kenyataan sesetengah gerakan Islam ditaja oleh penjajah kufar. Kita boleh lihat semasa akhir zaman khilafah, Perancis dan British berusaha mendampingi dan memberi sokongan kepada aliran-aliran Islam tertentu yang berpengaruh. Begitu juga pada waktu khilafah telah ditawan pada 1918, British mendekati dan memberi bantuan kepada gerakan-gerakan Islam tertentu tertentu terutama di Hindia (sekarang India, Pakistan dan Bangladesh). Maka ramailah orang-orang Islam yang ikhlas inginkan Islam tetapi terpedaya dek ulama’ dan muhadithin mereka yang telah terpedaya dek umpan barat.Ia telah dan terus berlaku tetapi kenyataannya umat semakin sedar, tetapi masih ramai yang belum.

Jika para pembaca mengikuti berita-berita gerakan Islam hari ini, nescaya kita akan menjumpai sebuah gerakan Islam yang tidak habis-habis menyerang Taliban dan Al Qaeda. Gerakan ini juga menyerang Hizbut Tahrir, tetapi serangannya tidak sekuat serangan mereka kepada kedua gerakan tersebut. Apabila kita membaca statement dan pandangan pemimpin mereka nescaya kita akan terdetik, apakah mereka ini telah dibayar oleh kufar untuk menyerang gerakan-gerakan Islam yang mereka label sebagai fundamentalis. Isteri saya dah call, sambung lagi nanti.

Okay… sambung lagi.

Semalam saya sempat menanyakan tentang isu yang berlegar dikotak fikiran saya ini. Jawapan yang saya dapat adalah bahawa Taliban dan Alqaeda ada gerakan Islam yang ikhlas mempertaruhkan jiwa mereka untuk menghalau kaum penjajah dari bumi kaum Muslim. Mereka mungkin juga melakukan kesilapan dalam beberapa misi ketenteraan, tetapi kita perlu ingat bahawa mereka berjuang untuk menghalau US keluar dan menghapuskan segelintir anak-anak orang Islam yang menjadi talibarut dan agen kepada US. US mempropaganda dan memfitnah mereka membunuh orang Islam. Manakala jika ada gerakan Islam yang terpengaruh dan turut menyerang Taliban dan Al Qaeda, mungkin kerana salahfaham mereka terhadap reality yang terjadi.

US sedang berusaha memecahkan Pakistan kepaada 4 negara, Yaman 2, Saudi 3, Iraq 3 , Indonesia juga dan beberapa negara ummat Islam yang lain. Kemudian mereka sentiasa menciptakan isu sempadan yang tidak selesai atau yang disebut no man land. Antara Malaysia-Indonesia, Syiria –Jordan, Saudi-Yaman,Yaman-UAE dan banyak negara ummat Islam yang lain. Dan mereka sedang mahu memecah-mecahkan lagi negara-negara ummat Islam setelah mereka melaga-lagakan pelbagai aliran ummat Islam terutama sunni dan syiah. Maka ummat Islam bermusuhan sesama negara dan aliran. Ini semua dalam rangka mereka menghalang kebangkitan khilafah. Mereka juga telah berjaya merendahkan pemikiran ummat Islam agar tidak terlalu memikirkan tentang khilafah. Maka para pemimpin dan cendekiawan Muslim, mengakui kewajipan khilafah, mendakwa bekerja ke arah itu, namun tidak merasakan ada agenda lain yang lebih utama dari menerapkan Islam dengan menegakkan khilafah. Mereka merasakan ia sesuatu yang terlalu berat, komplikated dan tidak terjangkau dek akal untuk mengusahakannya secara serius. Inilah ais yang perlu kita pecahkan.

8 comments:

pengat labu said...

saya tak 'tertangkap' perkaitan mengkarate bongkah ais ni dengan isi artikel yang dimuatkan...kalau dlm penulisan esei BM, ia dikategorikan tidak 'terpesong tajuk"....wallahuallam!

cumanya, kesedihan anda dgn 'hasad dengki' jemaah lain yang menyerang dan memfitnah HT , puncanya pada HTM sendiri....termasuklah syabab HT yg seperti wuzara sendiri...

tidakkah anda sedari tembakannya bermula dari senapang anda sendiri ? bila serangan balas dirasai....pertarungan akan sengit sekali dan ISLAM juga yg rugi...

saya bukan minta anda bersengkongkol dgn demokrasi, tapi cukup ada sedikit keadilan anda dalam 'mengiktiraf' jerih perit kami berjuang utk kemuliaan Islam di bumi Malaysia ini...dan menghentikan sikap keras anda menaksubkan pandangan org lain sedang anda sangat taksub dgn pegangan HT.....

cikgu Ali said...

lerrrrrrrr...dah tuko gambo ???

WUZARA said...

Salam,

Pengat labu;
1) Saya tidak membicara HT dalam soal ini. Yang saya bawakan adalah cerita sebuah gerakan Islam, yang tak habis2 memfitnah dan menyerang Taliban dan AlQaeda.

2) Saya okay saja dengan sahabat2 PAS disekeliling saya. Salah seorang sahabat baik saya, pemikiran persis HT tapi masih aktif memegang jawatan dalam PAS. Saya temui ramai orang yang ikhlas dalam PAS, cuma minda mereka masih dalam skop apa yang dibawa oleh pemimpin mereka. Sebab itu apa yang tidak selari dengan Islam, saya serang tanpa kompromi, tetapi bukan bermakna saya tidak hormat perjuangan Islam kalian. Secara umumnya mereka mengakui keperluan khilafah tetapi tidak jelas wawasan dan pemahaman mereka tentang khilafah. Lebih teruk lagi mereka menghalang ahli mereka dari belajar tentang khilafah dari HT lalu memburukkan HT.Tidakkah anda rasa HT membawa dimensi baru dalam pemahaman politik Islam dan fiqih di Malaysia?

3)Jika serangan itu benar, silakan. Tetapi janganlah teguran syar'ie itu dibalas dengan fitnah dan perlekehan. Jika ada tindakan HT yang bertentangan dengan hukum Islam,sila nyatakan.

4) Bongkahan ais yang saya maksudkan, adalah minda yang melihat persoalan khilafah masih terlalu jauh, terlalu komplikated,terlalu idealistik dan sangat sukar dicapai. Inilah minda jumud yang perlu dipecahkan, caranya dengan cara belajar. Tetapi apabila ada pengikut mereka yang mula nak mempelajari tentang khilafah, mereka dihalang.

5)Karangan terpesong ke? Nasib baik bukan jawab SPM.

Cikgu Ali ;
Rasanya yang ini lebih simbolik dari kalari payat tadi. hihi..

pengat labu said...

keh keh keh...silap parking la sheikh, komen saya utk artikel 'majalah al islam tu'...alahai saya lagi terpesong nampaknya....huwaaaa..

WUZARA said...

look before you leap. :)

FM said...

...look for the pillow before you sleep! :)

pengat labu said...

wakakakaka...serve me right !!!

Tufail said...

1)"cumanya, kesedihan anda dgn 'hasad dengki' jemaah lain yang menyerang dan memfitnah HT , puncanya pada HTM sendiri....termasuklah syabab HT yg seperti wuzara sendiri...

tidakkah anda sedari tembakannya bermula dari senapang anda sendiri ? bila serangan balas dirasai....pertarungan akan sengit sekali dan ISLAM juga yg rugi..."

Loh, kok kalu gitu apakah fitnah itu halal kalau HT mengkritik atau para syababnya mengkritik? Lalu buktikan yang mana dikritik itu adalah fitnah.

Apakah statement "HT tidak mewajibkan solat jumaat sehingga tegaknya khilafah" itu teguran atau fitnah? Sekali tengok sudah diketahui. Adakah "HT membolehkan kita mencium bukan maharam" merupakan statement ikhlas atau statement menjatuhkan?
Kalau bukan fitnah namanya apa? Sekalipun berasa marah, atau tidak puas hati, apakah kita dihalalkan memfitnah? na'uzubillah.

2)Taksub pada Islam, tidak pada HT, selagi HT bawakan Islam, ada dalil dan hujah, tiada berlunak-lunak dengan kekufuran atau mencampuradukkannya,jelas tujuan dan method, maka para syababnya insyaallah akan berteguh pada pandangan tersebut.