Saturday, February 20, 2010
HTM di Al Islam dan Mastika
Hizbut Tahrir secara relatifnya masih baru di Malaysia berbanding gerakan-gerakan Islam sedia ada. Tetapi secara umumnya diperingkat global, HT paling konsisten dengan metodologi dakwahnya sejak ia ditubduhkan hingga kini. Ini diakui sendiri oleh ramai penganalisa barat dan mereka melihat HT adalah gerakan yang paling hampir dalam meraih kekuasaan dalam mendirikan semula Khilafah. Tindakan beberapa negara Arab dan Asia Tengah mengharamkan HT bahkan menjadikan HT lebih subur berkembang. Ini menjadi pengajaran kepada kebanyakan negara Eropah agar tidak mengharamkan HT. Sebaliknya mereka menyuburkan demokrasi agar umat Islam lebih cenderung kepada demokrasi berbanding minhaj nabi yang ditabanni HT. Mereka juga menyuburkan fahaman Islam moderate atau yang juga disebut modenis Muslim agar menjadi penghalang penerimaan Islam yang dibawa HT.
Sebagaimana kebanyakan negara Arab, yang sama sekali tidak memberi liputan baik secara positif mahupun negatif, ini juga yang dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia setakat ini. Sukar sekali untuk kita jumpa liputan berita tentang HTM di media-media massa arus perdana. Jika ada pun, kebanyakkan adalah tentang HT luar negara. Saya kira kesudian AL Islam dan Mastika keluaran Mac mengeluarkan artikel tentang HTM, serba sedikit memberi penjelasan kepada pembaca. Saya tidak nafikan terkadang lebih banyak fitnah yang boleh diperoleh tentang HT di internet. Saya sendiri yang sudah sekian lama belajar dari HT tidak pernah diajar perkara-perkara tersebut, tetapi ia disebarkan melalui internet dan artikel-artikel membuat saya terkejut. Yang menyedihkan ia bukan saja dikeluarkan oleh pemerintah, tetapi segelintir ahli gerakan Islam yang hasad dan dengki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment