Thursday, October 29, 2009

Jaga Hati Orang Kafir, Hukum Arak Jadi Mangsa


Jika ini yang berlaku, maksud saya Dr Hassan ALi disiasat kerana ketegasan beliau dalam isu arak, pada saya PAS wajar buang perkataan Islam dari namanya.Ntahlah... saya cukup kecewa. InsyaAllah saya akan ulas kemudian.




PAS S'gor dihadap ke JK disiplin
sumber: http://idhamlim.blogspot.com

Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

"Isu Selangor kita serah pada jawatankuasa disiplin yang dipengerusinya oleh (naib presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu, dengan melibatkan perwakilan setiap peringkat kepemimpinan parti, bagi menggantikan idea muktamar khas - yang asalnya disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.

"Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS.

"EGM (muktamar khas) tidak ada. Kita bersetuju EGM tidak ada," kata Abdul Hadi lagi.
Dua keputusan penting itu diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini.

Kira-kira 60 wartawan dan jurugambar setia menungggu mesyuarat khas itu sehingga sidang media itu tamat.

Abdul Hadi turut menegaskan kembali kenyataan sebelumnya bahawa PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

"Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan," tegasnya.

Mesyuarat malam ini dipanggil bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz di Blog Tok Guru minggu lalu.

Mesyuarat itu bermula jam 8.45 malam ini walaupun Nik Abdul Aziz hanya menghadiri mesyuarat tersebut sehingga jam 11 malam. Semua tiga tokoh utama yang dipertikai oleh beliau turut hadir.

2 comments:

roslisalem said...

komen dari luar pagar ..gitulah adanya ..sekadar berhujah, berbahas.. memang tak ke mana.. eloknya HT pergi rumah ke rumah untuk sebut pasal perjuangan.. semua parti politik dah buat.. tabligh pun buat .. kerja ajak Islam ni kena ikut sunnah.. tabligh pun pergi rumah ke rumah ajak orang buat kerja iman dan amal..

Tufail said...

sekadar berhujah? adakah suadara ini memahami apa itu dakwah, thariqah dakwah Rasulullah, uslub dakwah dan wasilah dakwah?
silakan saudara rosli fahami dahulu ruang lingkup dakwah, serta saudara ulang kaji dulu mengenai pengertian sunnah...
jangan kerana kefahaman saudara sunnah "ajak islam" adalah dari rumah ke rumah menyebabkan saudara streotype terhadap mereka yg telah mengkaji sunnah dakwah berdasarkan dalil yang sedemikian banyak...wallahu a'lam