Tuesday, April 28, 2009
Sudahkah anda menyerahkan borang income tax?
Wah... income tax pun dah ada iklan TV. Kena pula Afdlin Shauki yang melakonkannya, saya kira iklan ini cuba serba sedikit meredakan kegeraman pembayar cukai. Apa pun, kepada mereka yang makan gaji, tarikh akhir penyerahan penyata income tax adalah 30 April ini, jika tidak anda akan didenda. Saya sendiri baru hari ini nak isi, e-filing saja mudah. Saban tahun, jumlah income tax yang perlu saya bayar meningkat sampailah sekarang mencecah 4 angka. Malah potongan cukai berjadual(PCB) pun makin besar. Memang sakit hati apabila duit titik peluh kita dirampas oleh orang lain. Tetapi tiada pilihan lain, jika tidak bayar malah boleh dikenakan interest dan tindakan mahkamah. Inilah sumber pendapat negara kapitalisme.
Mungkin bagi mereka yang tiada maklumat sumber pendapatan negara Islam, mereka merasakan cukai adalah perkara yang perlu. Ramai juga yang berpendapat zakat adalah sumber pendapatan negara Islam. Malah dalam draf belanjawan yang dikeluarkan oleh PAS suatu masa dulu, turut meletakkan sumber cukai langsung dan tidak langsung sebagai sumber pendapatan utama. Haji Hadi masa menjawab persoalan tersebut, menyamakannya dengan kharaj.
Kerajaan kapitalis BN memang wajarlah mereka berfikir secara kapitalisme. Dalam sistem kapitalisme, sumber cukai langsung, cukai tidak langsung dan hasil dari faedah adalah merupakan sistem pendapatan utama negara. Tetapi bagaimana pula Haji Hadi sebagai Presiden Parti Islam Semalaysia, menyamakan cukai hari ini dengan kharaj? Walhal Malaysia bukan tanah kharajiah yang dibenarkan oleh syara' dikutip kharaj.
APA ITU TANAH KHARAJIAH DAN KHARAJ?
Tanah kharajiah adalah tanah yang Islam masuk melalui aktiviti ketenteraan. Keistimewaan kepada Makkah kerana walupun pembebasan Makkah melalui aktiviti tentera tetapi ia tidak dikategorikan sebagai tanah kharajiah. Bagi tanah kharajiah, maka dikutip kharaj ke atasnya.
Manakala bagi wilayah yang Islam masuk secara damai(tidak melalui tentera) seperti Malaysia, ia dikategorikan sebagai tanah usyuriah. Bagi tanah usyuriah, dikutip usyur ke atas hasil pertaniannya.
Jelas, tindakan PAS suatu masa dulu mengemukakan Drad Belanjawan yang berasaskan cukai dengan mengatasnamakan kharaj adalah bertentangan dengan hukum Islam. Pada saya, ia adalah suatu usaha untuk menyesuaikan perlaksanaan Islam mengikut konteks sistem sekular hari ini.
Sedangkan dalam banyak hadith rasullah menyatakan keharaman mengutip cukaki, antaranya
"ashabul maksi finnar"
pengutip cukai tempatnya adalah di neraka(HR Imam Malik)
Sumber Pendapatan Negara Islam
Sumeber pendapatan Negara Islam yang merupakan hak negara antaranya adalah
1) Kharaj
2) Usyur
3)Jizyah
4) Fai
5) Anfal/Ghanimah
7) Marafik
8) Khumus
Manakala ada banyak hak milik ummat yang dikelolakan negara Islam, antaranya adalah
1) Air
2) Bahan bakar
3) Bahan galian yang tidak terbatas
Sedangkan zakat adalah rukun Islam yang negara wajib mengelolakannya mengikut asnaf yang telah ditentukan dan tidak boleh dipelbagaikan kepada yang lain.
Saya tidak redha terhadap cukai yang dipaksakan keatas saya
Cukai adalah suatu yang haram. Saya tidak redha cukai yang dipaksakan keatas saya, kerana harta itu milik saya. Yang wajib saya bayar adalah zakat, bukai cukai kufur ini. Jelas, kita semua sedang dianiaya. Doa orang teraniaya adalah makbul. Maka dari itu, marilah kita berusaha dan berdoa supaya sistem kufur ini hancur dan kita dapat sama-sama hidup sejahtera dalam naungan Negara Khilafah Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
assalamualaikum,
boleh tak gunakan wang riba' untuk bayar cukai?takkanlah ulama' macam hj hadi tak tahu tentang hukum ini?maksudnya, jika PAS memerintah, adakah cukai yang lebih kurang sama tetap ada?minta jelaskan sumber2 lain tu.
Jika HT memerintah, tak kutip cukai ke? habis tu nak dapat duit dari mana?
Apa la mangkuk sangat korang nie? Macam tak yakin dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan pada umatnya (yang benar-benar beriman dan ikhlas dalam melaksanakan Islam). Boleh nak argue pulak "nak dapat duit dari mana"... Abis tu, ko tu dulu masa baru keluar dari rahim mak ko dulu, camne ko boleh hidup sampai la nie... Ada mak ko pegi letak ko tepi jalan mintak sedekah ke?... Inilah susah nak fahamkan orang yang tak faham konsep rezeki...
Assalamualaikum wbt,
Terima kasih kepada yang bertanya. Kepada anynomous, saya kira lebih baik kita jawab persoalan itu, mungkin masih ada yang belum jelas. Lagi pun saya tak detailkan penerangan berkenaan sumber pendapatan Negara Islam.
Berkenaan soalan akhi Kerteh, mengikut pandangan yang paling rajih, duit riba' bukanlah duit kita, ia tidak boleh digunakan termasuk untuk membayar cukai. Manakala soalan berkenaan PAS, sebaiknya bertanya sendiri kepada ulama' PAS. Saya hanya quote berdasarkan draf belanjawan yang mereka kemukakan dulu. Tetapi, jika merujuk kepada kes di Kelantan, mereka masih mengutip cukai.
Kepada akhi/ukhti dia, saya telah jelaskan tentang sumber pendapatan daulah a) yang merupakan milik daulah b) milik ummat tetapi dikelola oleh daulah.
Kalau nak bahas di sini agak panjang, tetapi boleh rujuk kitab para fuqaha tentang al-amwal ini, antaranya Al-kharaj karya Qadhi Abu yusof, ia digunakan sebagai standard pada zaman khaliafah dahulu. Hizbut Tahrir juga akan mengeluarkan kitab Al-Amwal yang membahaskan perkara ini.
Semoga menjawab persoalan. JZKK
sedikit tambahan atas soalan akhi/ukhti dia...
Hizbut Tahrir tidak akan memerintah. Malahan sekiranya HT berjaya memimpin ummat menegakkan khilafah, HT bukanlah parti yang akan memerintah.
Praktik parti yang menang pilihanraya akan berkuasa, itu adalah praktik dalam sistem demokrasi. Sedangkan dalam Islam, ketua negara adalah khalifah yang mana beliau tidak terikat dengan mana-mana parti politik.
Walau bagaimana pun HT akan terus ada sebagai parti siasah yang terus menerus mendakwahkan Islam dan muhasabah alhukam.
konsep rezeki sudah difahami, cuma kalau nak cakap gitu kat non muslim, mentah2 le diorang tolak agenda PAS. baik pangkah BN yg ada agenda jelas kalau gitu.
Penerangan yg lebih jitu dan konkrit diperlukan utk rakyat mengetahui bila PAS memerintah kelak, bukan hanya sekadar istilah2 arabic yg nampak masih kabur. Nak ubah pemahamam yg dah lama berkarat selama BN perintah bukan senang. Penerangan demi penerangan diperlukan.
salam buat anonymous,
Hingga ke saat ini PAS tidak pernah membentangkan sumber pendapatan negara Islam kepada rakyat Malaysia. Dalam bajet alternatif yang dikemukan oleh PAS satu masa dulu, sumber pendapatan yang dikemukakan PAS masih dalam bentuk yang hampir sama, iaitu dari cukai langsung dan cukai tidak langsung.
Untuk merombak sistem ekonomi(termasuk sumber pendapatan negara), tidak cukup dengan mengubah kerajaan. Tetapi perlu ada revolusi ideologi. Ini kerana, setakat dengan mengubah kerajaan sedangkan masih lagi dicengkam ideologi kapitalisme diperingkat nasional mahupun dunia, adalah hampir mustahil untul melaksanakan hukum Islam secara keseluruhan.
Apa yang saya nampak, usaha PAS menegakkan Islam adalah dengan usaha mengubah kerajaan sedangkan segala rantain belenggu kapitalisme masih lagi mencengkam. Contoh mudah, krisis kepimpinan membelenggu PAS sekarang.
Mungkin ramai ahli PAS sendiri yang tidak mengatahuinya. Dimana berlaku krisis kepimpinan antara golongan ulama' dan profesional dalam PAS. Sedangkan masalah ini tidak sepatutnya berlaku jika pas benar-benar dapat memutusakn bentuk pimpinannya dari belenggu pendidikan sekular. Jika mereka benar2 ditarbiah, samada yang pernah mendapat pendidikan Islam secara formal mahupun tidak di institusi pengajian tinggi, mereka adalah orang yang faqih agama dan politik yang mampu memimpin gerakan Islam.
Point saya disini adalah, dalam masalah kepimpinan yang sepatutnya lahir dari proses tarbiah pun masih lagi tidak dapat diselesaikan, bagaimana PAS dapat melepaskan rantaian sekular apabila memerintah negara khusus bagi aspek ini, sumber pendapatan negara.
Saya tidak pasti saudara dapat memahami maksud saya atau tidak, tetapi saya terbuka untuk pertemuan dan berbincang. Berkenaan istilah2 sumber pendapatan negara itu, kalau ada kesempatan akan saya jelaskan. Lebih mudah jika saudara berjumpa dengan syabab Hizbut Tahrir untuk penjelasan lanjut.
wallahua'lam.
salam
tahniah buat wuzara, ini satu tulisan yg agak bagus. Cuba menjelaskan keharaman cukai dan solusinya.
bercerita tentang cukai ini adalah satu perkara yg sangat jengkel dan jijik jika dilihat terus dari undang2 dan pelaksanaanya sendiri. satu hukum rimba yg memeras keringat orang lain demi tujuan kononya pembangunan negara, dan tahun lepas shaja lebih kurang RM100 billion telah berjaya diperas dari sumber cukai pendapatan. Tambahan lagi yg saudara wuzara story kat sini cuma cukai individu syarikat tak cerita lagi.
namun unutk menarik minat umat untuk memahami realiti ini dan solusinya perlulah dibincangkan dengan lebih rinci lagi, iaitu bagaimana cukai itu timbul, pelaksanaannya yg kejam dan kemana cukai itu dibelanjakan.
Persoalan yg bakal timbul ialah jika kita tukarkan kepada sistem islam mampukah pendapatan tersebut tampung perbelanjaan negara terutama malaysia pada masa kini kerana lebih kurang RM250 billion diperlukan setahun pada 'curent value' untuk membagunkan negara kufur malaysia setakat ini.
jadi, kajian yg lebih mendalam perlu dilakukan agar umat lebih tertarik berbanding dgn sekadar menghentam sahaja. Dan ini merupakan cabaran bagi para hamlud dakwah masa kini untuk memberi jawapan yg jitu dan persis bagi membangkitkan ummat yg sedia lembik ini.
sekian. allahu a'lam..
Post a Comment