Saturday, April 25, 2009
PBB HENDAK KE MANA?
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah pertubuhan dunia yang terbesar dan dianggap menjadi tempat rujukan dan penyelesaian masalah. Tetapi hakikatnya ia adalah alat kepada US dan negara kuasa besar untuk melegalkan tindakan dan dasar mereka. Kegagalan PBB menghalang serangan US keatas Iraq pada 2003 memberi tamparan hebat kepada kepercayaa dunia kepada PBB. Walhal, telah sekian lama PBB membuat keputusan yang condong kepada US dan sekutu.
Pada 1947, PBB telah menyerahkan tanah Palestin kepada Israel melalui Partition Plan 181. PBB jugalah yang telah mengenakan embargo ekonomi kepada Iraq sejak 1991 selama 8 tahun, akibatnya ramai rakyat Iraq yang mati dan menderita. Pada Perang Balkan 2005, PBB menyerahkan ummat Islam Bosnia kepada tentera Serbia. Sejak 2003 hingga hari ini, PBB jugalah yang telah menyediakan zon penampan bagi memberi keselamatan kepada Israel.
Jelas bahawa PBB adalah kufur yang menjadi rujukan dan pembuat keputusan antarabangsa. Sedangkan jelas keputusan-keputusan PBB adalah mengikut telunjuk US dan menzalimi ummat Islam. Allah menjelaskan bahawa haram bagi kita menjadi orang kafir sebagai pemimpin dan barang siapa yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin sebenarnya mereka itu adalah sebahagian dari mereka.
WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, JANGANLAH KAMU MENJADIKAN ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASRANNI SEBAGAI PEMIMPIN, SEBAHAGIAN MEREKA MENJADI PEMIMPIN YANG LAIN. BARANGSIAPA YANG MENJADIKAN MEREKA SEBAGAI PEMIMPIN, MAKA SESUNGGUHNYA ORANG ITU TERMASUK GOLONGAN MEREKA. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMBERI PETUNJUK KEPADA ORANG-ORANG YANG ZALIM. (ALMAIDAH:51)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment