Sunday, June 29, 2008

Seminar Krisis Kenaikan Minyak



Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi lebih kurang jam 7 saya bertolak dari Batu Pahat menuju ke Bangi. Terlanjur ada kursus di sana sehingga Rabu minggu depan, baik juga ambil kesemepatan hadir ke Seminar tersebut. Sampai di Puri Pujangga UKM lebih kurang jam 9.30 . Masuk ke dewan, penceramah pertama Prof Madya Dr Sharifudin b. Dato Muhammad Zain sedang menyampaikan ceramahnya. Beliau menerangkan realiti yang membawa kepada kenaikan harga minyak, memang menarik dan mendalam.


Beliau menyorot tentang keadaan ekonomi US yang sarat dengan beban hutan negara dan individu yang berkali-kali ganda berbanding KDNK US. Kemudian kesan 'sub prima' yang benar2 tenat di US. Yang semua ini mempunyai hubung kait dengan kenaikan harga minyak. Beliau juga menjelaskan situasi dan faktor industri 'real' minyak dan juga industri kontrak pasaran hadapan, realitinya dan bagaimana ia membawa kepada spekulasi kenaikan harga minyak. apa yang dapat simpulkan, walaupun dalam masa yang terhad Dr. Sharifudin dapat menjelaskan dengan jelas tentang realiti SEBENAR kenaikan harga minyak.

Semasa sesi jamuan, saya sempat berbual2 dengan beberapa tetamu yang hadir. Alhamdulillah mereka memberi respons yang sangat baik. Mereka setuju hanya setelah mendengar penjelasan tadi baru betul2 memahami realiti kenaikan harga minyak ini.


Penceramah kedua dari Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Hakim Othman, menjelaskan hukum Islam tentang pengaturan minyak. Beliau menumpukan khusus hukum bagi minyak sebagai milkiah ammah dengan dalil dan syarah yang jelas. Walaupun saya sudah memahami tentang perkara ini, penjelasan dari Ustaz Hakim menajamkan lagi pemahaman.


Selapas sesi soal jawab, Hizbut Tahrir Malaysia memperkenal barisan saf kepimpinan tertinggi HTM. Selepas itu, Kempen Sejuta Tandatangan dilancarkan oleh Presiden bersama Ustaz Ahmad Mustafa, Setiausaha Agung Hizbut Tahrir Malaysia. Selepas doa penutup, suatu sidang media diadakan.

Itulah sedikit info yang dapat saya kongsi disini. Maaflah buat masa ini tak dapat menulis secara ilmiah lantaran kesibukan urusan harian. okaylah, nak study sikit... esok dan lusa ada exam.

akhir kalam serangkap pantun dari saya...

Malam nan indah penuh rahsia,
Fajar suboh merakit cahaya,
Inilah Islam agama mulia,
Khilafah Nubuwwah tugasan bersama.

Jom Dakwah!!!!!!!








2 comments:

kha27lid said...

gambar semasa persidangan media ada tak?? kalau ada tolong siarkan

Anonymous said...

Salam perjuangan dari sahabat _anak murid Dr.Sharifudin_