Alhamdulillah... hasrat untuk menulis blog tercapai juga hari ini. Sebelum ini saya ada juga menulis di portal-portal Islami seperti http://www.ukhwah.com/ dan http://www.mykhilafah.com/ begitu juga menghantar posting-posting di beberapa yahoo groups perbincangan Islam. Semoga usaha dakwah ini diterima Allah swt sebagai amal soleh.

Dalam surah Ali Imran ayat 104 Allah berfirman yang bermaksud:
,"Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebaikan(Islam), mengajak kepada ma'ruf dan mencegah dari kemunkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung."
Isim Nakirah 'ummatun' dalam ayat di atas tidak merujuk kepada mana-mana golongan, ulama mahupun jemaah. Wujudnya berbilang jemaah Islam adalah sah. Yang menjadi keharaman sekiranya tidak wujud apa-apa usaha dakwah.
Oleh itu kepada rakan-rakan seperjuangan dari mana pun gerakan Islam samada di peringkat nasional mahupun antarabangsa, sama-samalah kita bekerjasama dalam perkara yang kita sepakati dan saling hormat dalam perkara yang diperselisihkan.
Sama-samalah kita menjadikan perjuangan dakwah Islam ini sebagai keutamaan dalam hidup kita. Kerana sama sekali tiada keredhaan Allah tanpa Islam. Allahuakbar!!
No comments:
Post a Comment