Tuesday, June 24, 2008

Kenaikan Harga Minyak: Apakah Pandangan Islam? (Siri 2:Kebimbangan US)

NEGARA-NEGARA OPEC
Hampir 80% rizab minyak dunia berada di Negara-negara OPEC. Maka tidak hairan jika US cuba sedaya upaya menguasai negara-negara ini. Kesemua negara OPEC kecuali Ecuador, Libya dan Venuzuela telah tunduk secara langsung kepada dasar-dasar US.

Walaubagaimana pun, situasi politik yang tidak stabil dinegara-negara tersebut sentiasa menimbulkan kebimbangan US. Ini kerana di negara-negara Afrika seperti Angola dan Nigeria sentiasa berlaku kekacauan dan pemberontakan. Manakala pemerintah-pemerintah tirani Arab seperti Arab Saudi, Iraq, Kuwait dan Qatar berada dalam keadaan genting menghadapi kebangkitan Islam.

Kebimbangan terhadap sumber tenaga dari rantau yang bergolak ini telah dinyatakan oleh ramai pemimpin US, antaranya:
Ucapan Dick Cheney di Institute Minyak Antarabangsa London pada akhir 1999,yang mana ia berkata, " Akan berlaku peningkatan sebanyak 2% setahun terhadap permintaan minyak dunia, sedangkan berlaku pengurangan 3% setahun dari keseluruhan pengeluaran rizab minyak. Ini bermakna pada tahun 2010 kita memerlukan tambahan 50juta tong sehari. Ini bersamaan lebih dari 6 kali pengeluaran minyak Arab Saudi sekarang"
Pada Mac 2001 semasa Persidangan Kebangsaan untuk Tenaga, Abraham Spencer iaitu Setiasusaha Presiden G.W bush untuk Tenaga menyatakan: "Amerika akan menghadapi krisis rizab tenaga yang teruk dalam tempoh dua dekad akan datang, kegagalan menyelsaikan cabaran ini akan mengganggu kestabilan ekonomi, mengancam keselamatan kebangsaan dan mengubah cara hidup kita"
Cium Dua Orang Sahabat Baik
Bush dan Saud

Pernyataan Bush di American Legion Convention pada 28 Ogos 2007
("And then the thinking enemy, recognizing that a free society in the Middle East would be a major blow to their ambitions to spread their caliphate throughout the Middle East , tried to create sectarian violence. They murdered the innocent in
order to cause people to doubt government and doubt the coalition.") ("These extremists hope to impose that same dark vision across the Middle East by rising up a violent and radical caliphate that spans from Spain to Indonesia .")




Pada September 2001 sebuah memorandum telah dikeluarkan oleh Pusat Analisis Kepupusan (Depletion Analysis Centre) yang mana menyatakan: dunia akan mengalami kesukaran yang sangat teruk berhubung penyimpanan hidrokarbon, pengeluaran minyak antarabangsa sekarang mengalami krisis politik….. Jika pelaburan sepenuhnya di Timur tengah sekalipun, ia akan meningkatkan kuatiti pengeluaran, tetapi dalam jumlah yang terhad, kecuali di Iraq…"

Ketidakcukupan sumber tenaga yang kronik ini boleh menyebabkan hagemoni US ini runtuh begitu saja. Mereka terdesak mencari sumber tenaga alternative yang membolehkan mereka memutuskan kebergantungan mereka kepada sumber tenaga dari rantau yang jauh dan bergolak iaitu timur tengah dan Afrika.

Apakah yang dibuat oleh US untuk membangunkan sumber tenaga alternative? Apakah perkaitan pembangunan tenaga alternative dengan kenaikan harga minyak? Mengapa harga minyak terus naik walaupun pengeluaran berkadaran dengan permintaan?

Ikuti sambungannya dalam siri ke 3, insyaAllah.

No comments: