Saturday, May 7, 2011
Kita Berbeza
Pada suatu pagi Jumaat, di sebuah pekan kecil di Hulu Kelantan, ada pasar minggu tempat ramai orang membeli keperluan harian. Seorang lelaki duduk seorang di sebuah warung memesan roti canai dan teh tarik. Teh sampai dulu, memang pekat dan manis. Roti canai siap beserta kuah dal dan dicampur kari kelantan. Rasa roti canai itu memang sedap. Tapi kuah dal agak cair dan rasanya kurang. Terasa amat santan pada kari disertai rasa manis menimbulkan rasa mual. Syukur Alhamdulillah roti canai itu lembut lagi gebu, di kawasan ini ia sudah cukup menyelerakan.
Seorang yang boleh dipanggil abang, duduk di meja tepi turut memesan roti canai dan teh. Roti sampai sama disertai dal campur kari. Abang memanggil pelayan kedai dan meminta sesuatu. Pelayan itu datang membawa sebekas gula. Abang itu lalu, mengisi 2, 3 sudu gula kedalam mangkuk berisi kari bercampur dal. Sungguh selera dia menikmati roti canai bersama reh tarik pada pagi itu.
Memang citarasa kita berbeza.
p/s: Jika benar Syeikh Osama bin Laden telah terkorban akibat serangan US, mari kita sama-sama mendoakan agar beliau syahid di jalan Allah. Walaupun dikaitkan sebagai agen CIA suatu masa dulu, tetapi jika benar beliau berjuang dijalan Allah memerangi kaum kuffar yang cuba memerangai tanah dan umat Islam, semoga Allah menempatkan beliau dikalangan syuhada'. Perbezaan metodologi perjuangan saya hormati sebagai ikhtilaf.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
kasihan wuzara,dilanda masalah untuk mengisi perutnya di hulu kelantan.
posting pasal makan je skrg,baik dlm fb/blog.jgn ikutkan nafsu sgt,ingat Rasulullah mcmna....bila nak puasanye? hihi..
issh...issh....makan roti canai pun terkenangkan osama, kalu lah masa tu dia terkenangkan adindanya itu ore klate negeri manis bergula, tentu roti canai cicah kari ngan gula dia akan rasa sgt berselera... :D
nurespace bolehlah cadangkan wuzara buat pembaharuan...cuba roti canai cicah asam taik musang tu pula, mungkin dia akan suka...:D
wuzara boleh terima khilaf metodologi jihad dgn Osama sebab satu jer... Osama tak terlibat dgn politik demokrasi. Perasaan wuzara terhadap shahidnya Osama takkan sama dengan perasaan wuzara terhadap shahidnya Ust Ibrahim Libya dulu atau keshahidan pejuang2 Hamas menentang zionis.
ko guano ???
Nurespace, i dah abiskan kari arini, hehe.. nampaknya bulan posa ni I kat hulu Kelantan:0
Moon Flower: buruk sangat tanggapan awak pada saya.
sebab kebanyakan bahasa2 tulisan2 andalah yg telah mempengaruhi tanggapan orang... tu jer.
Moon Flower, adakah anda redha dengan kenyataan Nizar di Sidang DUN Perak, menafikan matlamat PAS untuk menegakkan Negara Islam. Redhakah anda dengan perbuatan begini?
sapa la yang delete...
apa kaitan roti canai dengan osama???
Post a Comment